14.9.12

Bersediakah kita? Kita sendiri pun tak tahu kan?



Akhirnya minggu ni berjumpa Jumaat kembali. Waktu begitu pantas berlalu meninggalkan kita. Saya memang nak waktu pantas berlalu sebab nak berjumpa tarikh 27 sept. hehehe :D korang mesti tahu kan kenapa.. memang tunggu saat tarikh tu.. 

Minggu ni pun Syawal akan meninggalkan kita. 16hb nanti hari terakhir bulan Syawal. Moga kita semua berkesempatan menemui Syawal tahun depan. Insya’allah. Alhamdulillah, saya dah selesaikan puasa ganti. Gembira tak terkata weii!! Sebab tak payahlah nak pening nak ganti nanti. Moga puasa tu di terima.

Hari ni membaca pasal Allahyarhammah Yasmin Johan sini blog die … Her Illusion

Fb dia http://www.facebook.com/TerritoryYasminJHunwick

Korang google lah pasal dia yer. Nanti dapat tahu macam mana dia meninggal banyak blog dah tulis. 

Ya Allah, dia sempat mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir dia. Nasib kita yang lain ni macam mana lah agaknya kan? Bagaimana kita menghadapi saat-saat kematian nanti? 

Hayati bait-bait lirik ini..

Pergi Takkan Kembali – Rabbani
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya


Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Ya Allah, sedih sangat… rasa nak menangis.. yang penting, korang kena tulis segala macam password social networks yang korang ada.. ini akan memudahkan waris korang unuk menutup segala macam akaun social networks yang korang ada. 

Mati itu pasti cuma tak tahu bila yang pasti kena siap sedia dengan segala amalan.selagi boleh berubah, berubahlah sebab ajal maut tak menunggu kita...

2 ulasan:

unsecretostory berkata...

Betul ! Bila banyak baca tentang kesah dia betul2 bagi banyak kesedaran . Insha ALLAH .

jeBateja berkata...

@7hb ada apa.....cer citer...may be den terlepas sumtin ni....uhukz