12.10.12

Luaran kuat tak semestinya dalaman pun kuat.



Tengok orang bahagia.. cemburunya saya rasa.. kalau tak banyak cemburu mesti ada sikit.. tipu kalau korang kata korang tak cemburu.. cemburu ni sifat kadang-kala beri impak positif pada diri kita..


Bila cemburu tengok orang jadi kaya, why not kita berusaha dan cari jalan untuk kaya macam orang lain.. minta pertolongan pada Allah agar urusan mencari rezeki kita dipermudahkan..

Tapi cemburu melihat kebahagiaan orang lain, kita hanya mampu berdoa pada Allah agar kita pun dapat merasa sedikit kebahagiaan macam orang lain.. 


ada masanya saya kuat untuk menghadapi segalanya bersendirian.. ada masanya saya lemah.. saya perlukan seseorang disisi.. dan bukan semua orang mampu beada disisi kita saat kita lemah..

Kadang-kadang kita tak tahu nak panggil siapa untuk temankan kita dan di saat itu hanya air mata je mampu menemani.. 



Lately, saya selalu terima kata-kata dari kawan saya..


Kau kuat, tak pernah nampak kau sedih. Macam takde perasaan sedih je kau ni.”




Luaran mungkin kuat, dalamannya hanya kita je yang tahu.. jenis saya bukan nak tunjuk kesedihan pada orang lain.. selagi saya boleh bertahan saya akan pendamkan segala-galanya dalam hati.. 

Mereka nampak saya hanya tersenyum, nampak saya senang ke sana ke mari bersendirian.. hakikatnya? Saya tak mahu mengacau kehidupan kawan-kawan rapat saya.. sedangkan mereka ada urusan masing-masing.. kawan menangis memang ada, Cuma saya akan panggil bila tiba hati ini tak mampu lagi nak menahan.. 



Dan, saya percaya, bahagian untuk saya bahagia akan tiba juga nanti. Bila? Hanya Allah yang tahu. Sekarang pun saya bahagia, walau tak sebahagia kalian yang lain.


7 ulasan:

MRS Rongoks berkata...

be strong ye :)

Cik Siti Hajar berkata...

Insya'allah.. I will

ellenyna berkata...

carilah kebahagiaan yg lain pula.. ;) jika dia x bisa membahagiakan kamu, apa kata kamu cuba cari kebahagiaan yang kamu boleh cipta sndiri :D

cik azLyzah⊙.☉ berkata...

InsyaAllah dear :))

Aishah Jahirah berkata...

yup betul....selagi mampu bertahan selagi tu cuba xsusahkan sesiapakan...tu yg buat nmpk tabah kt mata org kot...

Cik Siti Hajar berkata...

Nyna : insya'allah... doakan ye...


cik azLyzah⊙.☉ : :)

Aishah Jahirah: apa pun kita kena kuat...

Nur-nba berkata...

Kita kena berdepan dengan masalah dengan hati yang tenang.. Banyakkan mengadu pada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Tiap apa yang terjadi ada hikmahnya..