13.12.12

Misteri Jodoh

siapa ada tengok Semanis Kurma 2 minggu lepas? tajuk dia Misteri Jodoh.. =]

saya baru dapat tengok.. kat TonTon sajo.. 

panel undangan cakap :

kalau dia jodoh kita, naluri dia dan kita akan sama.. perasaan kita dan dia takkan berbeza.. maksudnya, dalam hati dia suka kita, dalam hati kita suka dia.. cuma kadang-kala kita tak tahu nak menzahirkan macam mana..
jangan terlampau meletakkan syarat seperti nak yang ada rupa paras, berharta, kerja pangkat tinggi..sebab kalau kita memilih sangat memang sukar untuk kita ketemu jodoh kita..

haaa... yang single tu.. cuba check dalam diri kita, ada tak perasaan kat sape-sape?? 

apa pun, jodoh ni memang misteri sebab Allah nak tunjuk kat kita yang Allah Maha Berkuasa.. dan hikmahnya jodoh ni rahsia supaya kita rasa seronok dan bahagia.. insya'allah.. usaha itu perlu dalam mencari jodoh sebab jodoh takkan dtaang begolek..banyakkanlah berdoa pada Allah supaya kita tidak akan keseorangan di dunia ini..

Amalkan doa ni :

  1. Surah Yusuf : ayat 4
  2. Surah Yunus : ayat 81
  3. Surah Al-Qasa : ayat 24
  4. Surah Al-Anbiya' : ayat 89

kalau boleh elakkan ambil hak orang elakkan lah.. kalau tak boleh nak tolak, tu maknanya memang jodoh kita, terima je lah dengan redha.. tapi jangan sebab terlampau stress atau tertekan dengan persoalan-persoalan orang, korang kahwin tangkap muat je.. kahwin ni urusan dunia akhirat..


Carilah pasangan sebaik mungkin sebab pasangan akan memberikan anak yang akan mendoakan kita bila kita tiada nanti..

3 ulasan:

miszgarfien berkata...

tengok sikit je haritu....sempat tengok yg hujung2...tp banyak input yang boleh di manfaatkan...lebih2 lg tang surah yang di bagi...

TyhaLee berkata...

Semoga kita mendapat jodoh yang baik dari Allah :)

budak kecik berkata...

hehe. tetiba teringat kisah ak dgn dia. ak ingtkan ak brtepuk sebelah tgn tapi rupa2 nya tak. kami cuma kawan mcm biasa dulu. tak pernah nk declare kapel hape kemenda tuh.

niat nk kawen mmg ade. cuma belum sampai masanya lg. ak harap dia adalah jodoh yg terbaik utk agama ak dan masa depan ak. amin :')