30.4.14

Order Lasagna Daging dan Ayam area Klang dan Shah Alam

Assalammualaikum..

saya nak buka order untuk Lasagna daging dan juga ayam.. tapi mostly orang suka daging..


1 pek RM 18..
COD area Klang dan Seksyen 7 shah alam..

nak order bolehwhatsapp/ wechat:  0195662310

COD hari Sabtu dan ahad.. :)

jom2 order...

29.4.14

Mahu bekerja dari rumah

tak sabar nak cuti Khamis ni.. lepas tu sambung pula hari Jumaat dan weekend.. gila seronok! dapat lah lama-lama lepak di katil.. 

saya mengadu lah kat abah.. "dah malas nak kerja.. nak duduk rumah.."

sekali abah balas.. "aku ni kerja dah berapa puluh tahun..kau tu tak sampai 10 tahun dah mengeluh.."..

kan.... dah kena kat batang hidung sendiri,...

how i wish to work from home.. yea, zaman sekarang menag dah boleh kerja dari rumah.. mungkin masa untuk saya belum tiba lagi.. insyaAllah.. satu hari nanti.. moga di perkenan kan oleh Allah..

sumber google

mean while, enjoy every second in office and try to adapt with the situation..

sumber google
 

28.4.14

Review Injection Vitamin C and Collagen for young skin.

Perempuan di lahirkan sebagai seorang yang menitik beratkan pasal kecantikan.. kalau ada jerawat tumbuh..memang bad mood seminggu.. nak tengok cermin pun menyampah.. macam saya, dulu tak berapa cerewet sangat pasal penjagaan muka ni.. asal takde jerawat.. cukup lah kan? tu pun dah feeling cantik sangat dah tu.. #over!

masa sekolah dulu, saya memang ada jerawat.. time hormon menggedik tengah membiak.. hahaha.. time tu memang banyak sungguh jerawat.. sampai ibu bising-bising.. lepas tu ibu yang duk sental muka ni.. hari-hari nangis time mandi.. bayangkan.. jerawat baru tumbuh tu memang sakit kan? sekali ibu pergi sental muka kita.. perghhhhh... berganda sakitnya..

but now.. kena terima kasih lah kat ibu.. sebab muka saya memang takde parut-parut jerawat.. dan jerawat pun takut nak hinggap kat muka ni.. takut kena lanyak dengan tangan ibu..

bila nak masuk umur 25 tahun.. saya banyak membaca.. banyak google sana sini pasal kecantikan.. takut tua sebelum usia lah.. lagi pun, proses penuaan bermula seawal usia 25 tahun.. sebab badan kita dah kurang menghasilkan collagen.. kita pulak, makan macam-macam.. Malaysia ni kan syurga makanan.. cakap je nak makan apa.. waktu pun bila2 je.. mesti boleh dapat punya.. so, banyak punca cepat tua ni.. paling di takuti perempuan adalah kedutan! Scary weh..



belah kiri adalah muka original tanpa sebarang krim mahupun bedak..

belah kanan dah pakai krim muka, krim BB, dan bedak.. 
hasilnya glowing kan??
padahal?? 
kulit muka kusam, eyebag selambak dengan dark circle, warna kulit pun tak sekata..
tapi selamba je dulu, kalau malas, memang berkulit togel kemana-mana pun.. 
confident itu penting!
>____<"



ini gambar yang terbaru...
last week on friday..
belah kiri berselfie sambil menghadap jem..
belah kanan, selepas mewarnakan muka dalam kereta..
dulu saya make up..
mesti kena ada krim muka dan krim bb..
kalau tak, dark circle tu memang nampak jelas nyata sekali..
sekarang ni.. saya hanya pakai krim muka je..
dan seperti biasa..
kalau tahap kemalasan tu tinggi..
maka, dengan confident yang tinggi juga saya bermuka togel..


lepas google sana sini.. saya terus decide nak ambil suntikan Vit C.. kebetulan, kawan kolej saya menjual produk-produk suntikan ni.. dan dia sendiri dah gunakan nya.. sebelum dia jual.. dia guna dulu.. tu yang menambahkan lagi keyakinan untuk try..

ini adalah product yang pertama kali saya beli..

Aqua Skin EGF
Whitening and Firming

alhamdulillah! kesan dia saya dah rasa.. 
memang ramai yang tegur..
sebab dark circle tu dah takde..
nampak sangat dark circle tu memang dah sebati dengan saya..

sekarang saya dah jadi penjual suntikan vitamin C.. macam-macam produk ada.. kalau nak tahu lebih lanjut.. boleh contact saya.. dan saya akan guide anda juga.. =)

boleh follow instagram saya : cik_hajar89

kadang-kadang saya update kat sana produk-produk yang saya jual..



25.4.14

The Captain Steamboat Meru Klang.

Minggu lepas ramai contact kat wechat uplaod moment masing2 pergi makan kat Captain Steamboat... Steamboat tu feveret oit.. lagi-lagi kalau ade sekali dengan grill... memang berhantu lah.. makan tak ingat dunia.. hahaha

kebetulan, kawan saya ajak saya pergi makan.. apa lagi.. jom-jom kita ke sana.. =)


nah.. I bagi awal2...

kalau korang pergi weekend.. kena call untuk booking dulu..
kalau hari biasa ni.. terjah je kot..
nak selamat.. call je dulu..

The Captain Steamboat ni kat Taman Meru Harapan, Jalan Meru..
lepas pekan kecil Meru, ada traffic light, belok kiri..
straight je sampai jumpa kedai ni..
kedai belah kiri..
boleh masuk lorong kedai ni untuk parking..


Dia ni  kalau stress kerja memang suka makan..
tempat makan pulak kena sedap-sedap...



 I pakai baju kebaya hari ni...
hari apa eh.. lupa...

 masa ni ada orang book.. untuk majlis persaraan..



banyak meja kat sini..


Haa.. ni yang suka ni... 
boleh pilih kuah..
macam biasa, sama ada sup atau tomyam..
selama saya makan steamboat..
saya tak pernah lagi makan sup.. mesti pilih tomyam.. 
kuah dia biasa-biasa je..
rasanya masak kuah guna kiub je ni..

masa saya datang tu, ada nasi lemak.. 
kuih puteri ayu, kuih seri muka..
air tebu, sarsi, dan air kosong..
air panas as usual lah.. kopi dan teh..
 pilihan makanan dia.. 
kambing, daging perap..
fish ball, fish cake, chicken ball..
banyak lagi lah..
variety lah jugak..
 


selesai!!
senak perut!

22.4.14

Tudung bawal ikutan ramai.

Disebabkan sekarang fashion bertudung bawal ala tudung mahal itu.. maka ramai yang follow.. kira budak comel tu trendsetter lah kan.. ramai kot mengikutnya.. saya tak terkecuali.. hehehe.. benda baik, kita follow.. apa salahnya kan??


ni gambar Jumaat lepas...
baju army gitewww....
:)

ni gambar harini...

kalau tengok pin tudung tu sama je kan??

sebab beli satu je uolls..
hahahaha....

dua dua tudung murah punya...

cantik kan???
puji diri sendiri haruslah... :p

18.4.14

Moist Mars Bar yang sedap!!

Kelmarin saya buat eksperimen produk baru untuk Rainbow Crush .. kalau boleh kita ni, nak lah lain dari yang lain kan.. saya bukanlah seorang yang kreatif.. jadi nya kena berusaha lebih sikit dari peniaga yang lain..

sekarang ni tengah famous Mars Bar krispy kan? lepas tu on the top ada coklat cadbury.. saya tak berapa nak minat.. sebab muak.. hehehe.. tapi ada je saya beli.. try kan.. so, saya pun fikir punya fikir.. I'll come out with this idea..


nak kata kek bukan kek.. nak kata brownies bukan brownies..
you taste it and you tell it!
=)


Moist Mars Bar with Butterscotch!

selain mars bar, saya add on others chocolate bar..
so, rasa coklat tu padat dan creamy..
sebab Mars Bar ada caramel dalam coklat tu..


siapa penggemar coklat..

you should try this one!

only RM 13 per pack.. =)


Please do support me at my little business 
fb : Rainbow Crush 
insta : @rainbowcrush06




Simple make up for working.

Semalam gedik nak ber make up bagai...selalu dari rumah memang muka togel je.. pedulik lah orang kereta sebelah menyebelah nak kata apa.. hehehe... kalau ada di antara korang yang lalu NKVE exit damansara mesti tahu jem dia macam mana.. kadang boleh je sembang-sembang dengan kereta sebelah.. tu pun kalau kau peramah alam lah.. hehehe

muka yang togel...
macam mana nak bagi bibir merah2 yer..
alhamdulillah, warna kulit muka dah sekata..
saya buat suntikan vitamin C..
kalau sesiapa berminat boleh tanya..
sekarang saya dah jual..
sebab saya dah try kan..

Krim muka, compact powder Pixy, Lipstick Silky Girl, eyeliner Avon, eye shadow takde jenama..

done!!

simple je..

pergi kerja je pun..


Have a nice day!

16.4.14

dip n dip

Korang pernah dengar tak kedai dip n dip? setakat ni hanya ada 2 cawangan je. 1 di The Curve, 1 lagi di bangsar, kalau tak silap saya branch kat Bangsar selalu full house. lagi pun kat sana susah kot nak cari parking kan.

dah lama plan nak keluar dengan Haza. kebetulan, dia memnag suka coklat. jadi, jom kita dating ke The Curve. dia pulak, tak pernah datang sini. haaa.. elok lah tu..

 Cik Hazarifah



 tuan tanah kedaung...



dip n dip kat sebelah atas..
 

 Masa kiteorang sampai..
kedai ni lenggang je..
bila nak balik..
tengok luar..
ramai tengah beratur..


 waffle stick..
memang sedap!!
korang kena try ni..


 ni crepe brownies kalau tak silap..
bagi saya biasa-biasa je..
dia macam lempeng.. dalam tu ada brownies sikit..
brownies pun brownies coklat laa..

 muka excited.. 



 depan saya tu..
crispies coklat..
tak ingat nama nya..
saya tak suka..
muak!
RM11.90

ni haa...
nampak menarik..
tapi muak laa...


 Syida pun saya ajak..
dia ni dah lama tak pergi jalan-jalan..




Overall okay... sebab coklat dia memang lain dari yang lain.. siapa yang suka coklat, wajib try ni tau... tapi harga memang mahal sikit lah.. biasalah, barang import kan..tapi!! servis lambat ye.. masa nak balik.. 5 kali minta bill baru dapat.. panas je hati ni haa... orang nak bayar kau boleh buat tak layan yer..

next dating tak tahu lagi nak pergi mana...



15.4.14

Breakfast EggRoll yang mudah!

Setiap hari kunci jam pukul 6.09 pagi.. tapi mesti pukul 6.20 juga saya bangun dari tilam.. hahahaha.. gila buruk perangai.. kalau kunci jam 6.20 pagi.. ntah pukul berapa pulak agaknya nak bangun.. dulu, rumah lama.. memang kena bangun sharp 6.10.. kalau tak, mesti lambat.. rumah sekarang ni, keluar rumah pukul 7 pagi pun, boleh lenggang kangkung lagi..

pagi tadi sempat lah buat simple breakfast..

egg roll..

pukul telur dengan cili api + kobis + lada hitam.
goreng dalam magic pan..
saya letak sikit carb stick tu..
lepas tu letak sikit mayonis kewpie..

simple!
kalau ikut diet atkins tak boleh makan dengan cili sos..
saya bukan buat diet atkins..
so, amik je cili sos.. tapi sikit2 je yer.. 

InsyaAllah kenyang makan benda ni.. 

14.4.14

Monolog #6

Bila aku cuba berlakon kuat.
orang mesti akan percaya.
tanpa ragu-ragu mereka percaya.

hakikat sebenar, air mata turun tanpa henti.
susah nak suruh hati redha.
sedangkan kau kena juga redha.
sebab kau hanyalah hambaNYA.

bersyukur dengan apa yang ada.
jangan di tangisi apa yang telah pergi.

11.4.14

Resepi Pasta Yang Simple dan Sedap.

Tajuk kemain ada perkataan sedap.. hahahaha.. 

Semalam tengah google sana sini.. tiba-tiba ternampak resepi Baked Macaroni and Cheese.. perghhh.. drooling sungguh tengok gambar tu.. maka kita pun bersemangat waja lah nak buat.. tapi nak kena perabis stok small shell kat rumah tu.. nanti expired membazir je..

walaupun terliur dengan Baked Macaroni and Cheese..
tapi saya tak follow pun resepi tu..
hahahaha...
saya buat resepi sendiri...

Pasta Beef and Mushroonm

Bahan2:
  1. 1 mangkuk Pasta (direbus)
  2. 3 keping burger daging (hancur2 kan)
  3. sebiji bawang besar di mayang halus
  4. 1 pek kecik yogurt low fat, perisa Natural
  5. 3 batang cili kering di gunting halus
  6. Sedikit cendawan shitake - saya beli yang slice, bila rendam kejap je kembang.
  7. 3 sudu besar sos tiram
  8. 3 sudu besar black pepper
  9. Slice cheese secukup nya
Cara2:
  1.  goreng kepingan burger yang di hancurkan tanpa minyak. sebab nanti daging ni akan keluarkan minyak.
  2. bila dah naik bau, masukkan bawang, cili kering dan cendawan.
  3. kacau sehingga sebati. agak2, masukkan sos tiram dan black pepper. kalau sos black pepper takde, lebihkan sos tiram dan masukkan serbuk lada hitam.
  4. masukkan serbuk perasa jika mahu.
  5. masukkan yogurt dan sedikit air. jangan biarkan berair sangat.
  6. masukkan pasta yang telah di rebus, dan gaul sebati. tutup api.
  7. sapu sedikit butter atau marjerin kat loyang.
  8. masukkan semua dalam loyang.
  9. susun cheese atas pasta. saya takde mozarella cheese, tu yang guna slice cheese tu.
  10. Bakar suhu 170'C selama 5 -10 minit. agak2 cheese tu melting je, siap lah tu.






Senang je kan??? pasta ni pasta tekak melayu. hehehe:D 

8.4.14

Sedondon dengan pasangan.

pagi tadi dengar radio ERA.fm . pasal couple yang pakai baju sama. cool or not? Emma Maembong dan Zizan kan suka pakai sedondon gitu... nampak sweet lah kan.. bagi sesetengah orang tak nampak pon sweet tu.. hehehe..

sumber : google

tu tengok.. kasut sama..
ni takdelah orang perasan sangat kan?

korang rasa couple atau husband and wife yang pakai sedondon ni sweet ke tak?
for me, ada certain tu.. sweet lah.. 


tapi...


kalau pakai baju.. yang sebelah hati kat baju perempuan..sebelah hati kat baju lelaki..
itu tak sweet okay..
hahahaha...
itu I geli..
muahahaha... 
#katajelahkaujeles

15 perkara yang perlu di lakukan sebelum berkahwin

  1. Melancong dan mengembara tempat yang diimpikan. - orang kata kalau nak pergi mana-mana buat sebelum kahwin. nanti dah kahwin banyak komitmen mesti kena fikir 2 3 kali kan. lagi-lagi baru kahwin, banyak duit nak kena guna untuk memulakan hidup berkeluarga. So, kita pergi sebelum kahwin. have fun with our friends!
  2. Melancong seorang diri.- Kutip pengalaman! tapi make sure buat research dulu. 
  3. Mencuba aktiviti lasak. - Dah pergi hiking Broga. kira paling lasak la tu.. kahkahkah. teringin nak buat wall climbing pulak. will do soon!
  4. Menyelam dasar laut. - yang ni, saya memang tak boleh buat. I olls tak reti berenang.
  5. Menginap di hotel mewah bersama rakan baik.- memang nak buat.. rehatkan minda di hotel mewah..
  6. Cuba pelbagai jenis makanan.- dari dulu memang suka buat kerja makan-makan ni.. hehehe:D
  7. Belajar memasak. - mahu memantapkan lagi ilmu memasak dan ilmu menjahit.
  8. Ambil bahagian dalam melakukan kerja amal. - sekarang banyakkan NGO. bolehlah try nanti.
  9. Pergi menonton wayang Gold Class. - dulu pernah buat rasanya. masa belajar dulu. mahal weh tiket nya.
  10. Mencuba style rambut baru. - dah try! since 2014 
  11. Kukuhkan pendidikan agama. - dan mengamalkan apa yang dah belajar.
  12. Stabilkan status kewangan. - masih berusaha
  13. Mulakan business kecil-kecilan. - baru mulakan. Rainbow Crush!
  14. Berhenti merokok dan jarangkan keluar hingga lewat malam. - I'm not doing this.
  15. Move On dari hubungan lepas - yes! I already move on and I'm looking forward my future.

sumber dari : http://www.ikahwin.my/blog/231-tips-perkahwinan-15-perkara-perlu-anda-lakukan-sebelum-berkahwin

2.4.14

WW Rainbow Crush


Bismillah..

insyaAllah dengan izin nya akan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan..

:)

nanti kita cerita details yaa..

1.4.14

Senyum nampak gigi ke tak nampak gigi?

Selalu saya tengok orang senyum nampak gigi.. cantiknya... 
tapi kalau saya senyum nampak gigi.. hancusnya...hahaha
teringin nak senyum nampak gigi...
tapi memang sadis laa...

 percubaan...
nampak bersepah gigi weh..
hentikan niat itu...


 I may prefer like this..



semalam punya cerita...



>_______<"


selalu saya pergi wedding..nanti photographer mesti cakap.. senyum nampak gigi..
habis.. kes saya ni acaner???
kena practice lagi kot? hahaha.. senyum pun ada practice...