28.8.14

Chemistry Cafe Seksyen 7

lepas balik KLCC tu.. pergi dinner kat Chemistry Cafe Seksyen 7 Shah Alam.. cafe ni area Pak Li Kopitiam.. dia blok depan... saje je nak try... Cafe ni lain dari lain sebab suasana dalam tu macam dalam lab...

Welcome door =)
siapa yang nak bergambar...
silakan..


 

ni lasagne dan air harry potter..
air dia rasa mcm vanila..



 yang ni belah kiri air incredible hulk.
yang kanan lady boss..
kawan saya cakap air incredible hulk tu rasa green tea..
tak tahulah dia campur apa lagi..
lady hulk tu air perasa chocolate..

Grill chicken with Salsa (RM15.90)
just okay..
normal taste..

cafe ni ada jual kek, pavlova dan pie..
masa tu tak tertarik dengan menu yang lain..
menu masih tak banyak pilihan lagi..
air banyak jugak lah pilihan dia..
cafe ni more to western..

cuma suasana lain sikit dari cafe lain tu yang nak buat orang try ..

sekian laporan dari saya.. :p

Ke KLCC lah kita...

kelmarin cerita kita pergi KLCC kan? ni I nak upload gambar.. blog kita sukahati kita lah nak upload ke tak.. #ehhh marah pulak.. hikhikhik:p

yang penting background KLCC tu kan?
tak koser nak edit sebenarnya.. 
kahkahkahkah:p

selfie dalam toilet tu penting...
berbaju kurung ke KLCC..
:)




 Dulu masa Asna kerja..
dia suka update dalam blog pasal makanan kat KLCC..
foodcourt KLCC..
kata nya sedap.. sebagai blogger yang cepat terpengaruh..
memang terus simpan hasrat nak makan kat situ...
tapi tu lah, hasrat tu tersimpan je bertahun lama..lepas tu macam dah lupakan hasrat tu...
sekali.. bila Kak Filla update blog pasal foodcourt KLCC..
terus teringat ehh.. hasrat tu tak kesampaian lagi.. 

sorry.. termengarut pulak..

memang betul.. spaghetti ni sedap! murah dan berbaloi...
kalau lah KLCC sebelah rumah.. hehehe:D
lepas ni kalau pergi lagi.. nak try burger.. apa ntah nama kedai nya...
tapi tengok ramai orang beli.. so, kita pasang hasrat dulu yer.. ^_^


ABC Supreme nama nya...
boleh lah... tak terlalu manis..


 candid!
kita makan memang sopan yer.. #silalahpercaya


petang-petang duduk taman lah syokkk..
macam-macam kau boleh nampak kan?
cuci mata gitewwww...
masa tengah lepak-lepak kat sini... ada brader tu jual monopod..
dia mmg attack sesape yang tengah selfie menggunakan tangan..
ramai jugak yang beli..
pelancong asing lah tapi...
saya syak, orang luar tak tahu lagi kewujudan monopod ni..
sebab boss saya dari Australia pon tanya mana beli dan siapa mencipta monopod?
mana I tahu siapa yang cipta boss.. u google sendiri yer~~



lepas ni g Midvalley lah pulak..
i iz rindu nak jenjalan di situ..



27.8.14

Jerawat tak tahu malu...

Muka saya kan jarang ada jerawat...
bila jerawat tumbuh.. seketul dua je macam tu..
tapi memang jarang lah...
now ade seketul.. tepi pipi ni haaa...
dah semua orang tanya soalan yang sama...
macam mana boleh ada jerawat??

tak tahu lah nak jawap macam mana...
apa punya soalan lah yang kau bagi deyyyy!

tapi segan jugak lah.. kalau dah duk semua tanya...
mana lah saya tahu kenapa jerawat ni tumbuh...


 

 Ni of course guna 360..
kalau tak nampak merah menyala nya...
yang pelik.. picit2.. tak keluar apa pon..
tak sakit pon..
sampai saya pon confuse ni jerawat ke apa ni?
saje nak menempel kat muka orang...
tak malu eh???

#WW life

pray for the best..
insyaAllah

:)

26.8.14

Babak romantik dalam kehidupan.

korang mesti layan drama Saya rindu awak 200% kan? lepas tu senyum sorang-sorang.. tak payah tipu! 

saya rasa majoriti perempuan memang macam tu.. apa yang kita nampak dalam drama ataupun filem, kita akan cakap dalam hati "kan best kalau aku dapat macam ni" betul tak?? lepas tu senyum-senyum sampai kembang hidung... kahkahkah =)

Tapi bila benda tu jadi.. kita tak tahu nak react macam mana.. nak senyum ke.. nak nangis ke.. memang tak tahu melainkan kaku seketika..

kadang-kadang benda yang kecil orang buat untuk kita adalah benda paling sweet yang kita rasakan... tak payah lah nak bandingkan dengan dalam drama.. sememangnya berapa persen je lelaki yang reti buat macam tu... kalau perempuan memang tak di nafikan.. kreatif je nak buat macam-macam.. ada je idea datang kan?

kalau benda simple pun, akan buat rasa kita bahagia sepanjang hari... 

Appreciate is most important in our life..


Happy mood turn ON!

Assalammualaikum..

Selamat pagi..

Semalam amik annual leave.. tak kemana pon.. saje je amik cuti.. memandangkan cuti saya banyak lagi.. dengan rasa sukacita kita apply je annual leave tu.. nak carry forward memang tak boleh..

Subuh semalam hujan lebat woooo... nak bangun subuh tu, rasa nak gaduh dengan tilam.. hahahaha... lepas subuh, terus sambung tidur balik.. heaven nya laaa... bangun balik dalam pukul 9 pagi macam tu.. suprising, ibu tak marah bangun lambat.. hehehehe:D the best part bila cuti hari biasa ni.. dapat dengar ibu bercerita (read: bebel) dan dapat tengok dia masak.. teringat zaman saya kecik-kecik dulu.. mengimbau kenangan kata orang.. sejak saya tahu masak, saya akan incharge masak pada weekend.. jadi, memang jarang jarang dapat tengok ibu masak... bonding time kata orang.. =)

Semalam pergi KLCC... lama gilaaaaa tak pergi sana.. last pergi masa attend Sharifah Sakinah fitness program.. itu pun takde tawaf area KLCC.. syok gila semalam!! truly happy... takde lah tawaf kesemua tingkat KLCC tu.. lagipun, tawaf je mampu buat.. nak shopping memang taklah... pergi tengok movie, Teenange Mutant Ninja Turtles.. seat TGV kecik dari seat GSC.. biasa saya tengok wayang kat GSC Setia City Mall.. seat dia besar.. selesa kaki kita..Movie tu best! sila lah tengok.. ke orang lain dah tengok saya je baru terhegeh-hegeh nak tengok? hahaha... almaklumlah, musim-muism open house ni.. busy makan je...

nak share gambar... tapi fon tertinggal kat rumah harini.. maka nya.. redha lah bercerita tanpa gambar..
esok lah masukkan gambar dalam entri..



Appreciate what others did for you! 
Thanks! =)

22.8.14

Selamat Kembali MH17

It's a mourning day for Malaysia.


Selamat kembali wahai MH17..
Seluruh tanah air menunggumu..
Keluarga menanti di sini..
Lahad mu telah tersedia..
Tenanglah menghadap Maha Pencipta...
Moga syurga tempatmu..



boleh berkabung asalkan tidak mengikut ritual agama lain..
time bertafakur tu sedekahkan Al-Fatihah..

21.8.14

Majlis merisik yang pertama.

memandangkan tengah ada mood.. maka jom lah kita menaip entri.. lagi pun, takut esok lusa lupa pulak kenangan penting ni.. saya tak tahu kenapa sejak dua menjak ni penyakit lupa kemain menjadi-jadi.. ellloooo.. iolls baru 25 tahun tau... 

Raya ke......(jap tgk kalendar)..... Raya ke 6 bersamaan 2 August 2014.. Adik saya telah di risik.. ni pun kes mengejut jugak ni.. mula-mula kata tak jadi.. tiba-tiba jadi pulak... saje tau buat gempak.. cadang tuan empunya badan nak buat majlis merisik je dulu.. tunang bulan 12 nanti.. masa tengah bincang-bincang dengan pakcik makcik.. dorang dah utarakan cadangan supaya bertunang sekaligus.. namun.... kata tuan badan, belah sana tak nak...

tiba hari kejadian.. yang datang merisik adik-beradik je.. sebab ayah dia tak sihat, mak dia baru meninggal sebelum puasa tu.. yang datang semua muda-muda... cerita punya cerita... abah tekankan suruh bertunang sekaligus.. kikikiki:p redha je kaum lelaki menerima.. makanya, sarunglah cincin terus.. majlis besar buat setahun dari tarikh ni.. tapi nanti bincang lagi lah.. belah kami mintak, cincin bertunang di sediakan pada hari pernikahan.. sebab yang ni, cadangnya merisik je kan? sekali kena bertunang... 

abah sebenarnya tak nak susah banyak kali.. buat majlis panggil orang kan?

masa sebelum berbincang.. abah kenalkan lah saya kakak dia.. semua macam blur.. hahahaha.. mesti dalam kepala masing-masing kakak dia dah tua.. bakal kakak ipar adik saya cakap.. tak tahu nak panggil ibu saya apa.. sebab muda sangat.. 


gambar tak banyak yang ada kat saya.. sebab iolls kan malu.. hihihi:p

ni tuan badan..
adik no 2..
pinjam baju raya ibu..
hahahaha...

sebab fikirkan memang merisik dan simple..
ala-ala orang datang beraya kat rumah..



pakai tudung satin menampakkan kelebaran muka..
adusssss....

 
#ootd pada hari kejadian..

InsyaAllah, we counting days from now..
doakan yang terbaik ye..
because this is the first wedding event by my family..
is a big event right..
 

Good Morning Blogger-ian


20.8.14

Gaya fesyen Jilboobs

hari tu pernah ternampak kat timeline FB ada friend list yang like page ni.. saya tak pasti masih ada lagi ke tak page ni sebab dah di haramkan di Indonesia.. baca sini gaya fesyen jilboobs diharamkan .. dan juga sini muslim conservatives jilboobs Indonesia

pada yang tak tahu fesyen Jilboobs ni apa.. 

sumber yahoo Malaysia

macam ni haa..

pakai tudung tak tutup dada..
kalau tak silap, bermula dari Indonesia..
di sebabkan kita ni berjiran dengan mereka..
maka ada lah beberapa gambar mereka ambil dari orang Malaysia..
di ambil secara sengaja atau tak sengaja..
tak tahu lah kan..

apa motif dorang buat page tu pon..
tak tahu lah kan...
memalukan kaum perempuan je..

apa pun..
syariat menutup aurat tu dari zaman Nabi lagi..
jangan memalukan agama kita sendiri..

#NNRaya by Nuffnang

Nuffnang tiba-tiba baik hati... bagi CPUV.. padahal dah lama tak aktif menaip entri... i malas u know.. lagi pun takde cerita nak di ceritakan.. minggu lepas tengok Nuffnang create event #NNRaya ... tengok tu kat timeline FB sambil cebik-cebik.. 



tak pernah pun Nuffnang jemput kita.. "dah kau malas nak update blog.. fikir dia ingat kat kau?"

siapa dapat invitation? Iolls jeles dengan uolls.. >_________<

Dear Nuffnang, 

I'm touching with you..

:p

18.8.14

Secret of being happy

Assalammualaikum







Selamat pagi semua.

=)

13.8.14

Tanpa Kata

Walk your life with confident.
Trust with Allah.
HE know what the best for you.

12.8.14

bak mai link blog korang.

Dalam ofis ni kesejukan yang gila teramat,...
macam kat kutub sejuknya *macam pernah pergi kutub?*

tadi buat blogwalking..
jeles dengan blog korang yang cantik-cantik tu..
saya tak tukar baju blog ni berkurun dah...
takde masa..

ramai jugak blogger yang saya kenal dah tak menulis..
apa perkembangan korang eh...

siapa-siapa nak letak link kat blog ni..
marilah..
kita kawan-kawan yer...

Rumah Terbuka 15 Syawal

Semalam dapat undangan ke rumah terbuka..
dekat je, Rantau panjang, Klang..
pergi ramai-ramai, 5 kereta kau...
nasib baik kereta iolls paling kecik..senang lah dapat parking..

macam-macam ada..
soto, bubur lambuk, mi sizzling, nasi impit, kuah kacang dan ayam masak merah...
banyak kan??
air dia paling win..
macam air kat pizza hut tu..
lemon + asam boy + sprite + daun mint..
tapi dia tak letak sprite lah..
air tu je saya minum sampai 3 cawan kau..

memang makan saje..
kebetulan semalam berpuasa..
nikmatnya makan makanan hari raya ni..

kawan-kawan yang lain sampai duduk tegak je..
saya balik tu, dapat rasa air berkocak dalam perut..
hahaha... sumpah minum banyak sangat...


 kami ex #mcd079

tahun ni pergi beraya tak macam tahun-tahun lepas....
ada sedikit masalah di sana sini...
apa pun, Allah MAha Melihat dan Maha Mendengar...

minggu ni rumah siapa pulak????

7.8.14

Raya tak best ke best?

baru nak cerita raya...

raya pertama hari tu, lepas subuh pergi sambung tidur balik.. bangun pukul 7.30 pagi.. kelam kelibut mandi sunat Aidilfitri.. lepas siap-siap, tengok jam pukul 8.15 baru.. sempat lagi nak breakfast.. sunat makan sebelum solat kan.. 

lepas je balik solat, saya berperang di dapur.. masak kuah lodeh.. sebab nak masak malam sebelum tu, takut basi kan.. ibu pulak duk call adik-beradik dia nak pergi kubur arwah wan (read: nenek)... tengah-tengah masak tu dorang sampai.. laju-laju tutup api dapur.. moh ke kubur.. 

lepas balik kubur dorang ke rumah jiran sebelah, sepupu ibu.. saya teruskan masak memasak.. adik balik cerita :kari daging mak long sedap".. sabar je lah.. lepas settle masak tu ingat boleh lah tukar baju raya.. pakai make up, pakai cantik-cantik nak tangkap gambar.. tu semua harapan saja...

ada budak-budak datang, lepas tu sedara datang.. lepas tu ada orang datang lagi.. sampai ke Zohor saya tak siap-siap lagi.. sedih weh... gambar pagi raya memang takde.. salam raya pon tak sempat.. apa punya raya ntah tahun ni... kelam kelibut.. 1st time raya rumah bawah.. dulu-dulu, pagi raya takde siapa pun datang rumah kami..melainkan budak-budak.. tahun-tahun sebelumnya.. rendang akan tahan 2 hari.. tahun ni? tengah hari dah habis dah.. saya pun tak smepat rasa rendang ibu.. raya kedua saya masak rendang ayam.. nak bagi kat makcik sedara.. pon, saya tak rasa.. adik-adik makan bagi habis..

baju raya pertama
warna sebenar hijau turqoise..
ntah kenapa bila kena cahaya nampak warna ni..

saya beli kain ela kat Jakel..
time tu ada sales..
lepas tu hantar jahir kat Princess Wardrobe.. cari kat FB..
memang recomended!

raya kedua
jubah Rayyan Haya beli di SBU Shah Alam..
dapat 20% diskaun..
paling best tak labuh...



with siblings.
tak cukup korum


 with my ibu..


nak gambar raya hoittttt~~!

6.8.14

Boikot hanya terjadi di Malaysia

saya tak marah orang nak boikot..
sebab saya tahu masing-masing ada hak..
masing-masing nak berusaha menghentikan segala kekejaman keatas Gaza..
saya juga boikot mana yang mampu...

tapi please mind your words..
jangan kasar jangan biadap..

korang siapa nak mengharamkan rezeki kami?
orang memang cakap, rezeki Allah bagi..
ada tak terfikir rezeki kami tertulis di sini oleh Allah..
rezeki datang dari Allah dengan berusaha..

saya bukan tak pernah cari kerja lain..
banyak kali okayyyyy...
bukan sebab tak suka kerja sini..
tapi saya nak kerja area shah alam..
sebab dekat dengan rumah..
esok2 dah kahwin, takkan nak jumpa anak suami waktu weekend je..

dan please..
jangan cakap kerja je lah kerja apa-apa pon..
masing-masing antara kita ada komitment bulanan..
lagi-lagi zaman sekarang semua nya perlukan duit...
 
orang Malaysia ni memang extreme benda-benda macam ni..
cuba fikir...
betul ke apa aku like apa aku share di FB tu..
jangan sebab kawan-kawan kau buat..
kau pun buat jugak..
"dorang share tu, dorang tahu lah tu"
choiiii..

yang paling tak faham kenapa taknak boikot company-company yang memang dari Israel..
memang ada company-company sedemikian di Malaysia..
tapi biasalah, orang Malaysia kan..
dan hanya satu-satunya negara Islam yang buat flash mob, ceramah or demo di hadapan McD..


I'm working at McDonald's and I stand with Gaza.
#prayforGaza #supportGaza

4.8.14

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum!!

dah start kerja ke korang harini? saya dah start dari last week lagi.. sebab ambil cuti sehari je.. malas nak cuti lama-lama.. sebab tak kemana pon.. harini pon lemau je nak kerja..

semalam pergi beraya dari pagi sampai ke malam.. jadi driver kan penat.. lagi-lagi kalau salah jalan.. Waze buat hal pulak semalam.. kesabaran teruji laa.. 

takde mood nak menaip.. nantilah smabung cite raya.. 


oh..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN..