25.2.15

Kafe Magnum ke Magnum Kafe?

Hari (tak ingat bila) tu, amik annual leave.. saja nak pergi jalan cuci-cuci mata.. :p

kawan saya ajak pergi IOI City MAll, Putrajaya tu.. walaupun jauh dari Klang.. ada kami kesah? kihkihkih:p

saya pulak dalam kepala dah fikir.. nak ajak dia makan kat Kafe Magnum tu... kalau kat MidValley.. beratur kemain panjang hoihhhh... atas bawah sama je panjang nya.. kat sini kurang sikit beraturnya...


1 batang aiskrim RM9.90 including topping..
Dalam dia Vanila, so nanti dia tanya..
nak celup coklat apa..
Dark chocolat, milk chocolate atau white chocolate..

lepas tu pilih topping...
ada variety choice jugak lah..


ni saya punya..
tak ingat pilih apa..
hahahaha..
yang oren kuning tu dried mango..

 ni kawan saya punya..
kemain siap ber rose bagai...
hehehe..
sy pon ngek g makan petal rose tu..
konon nak tau rasa dia..
nan ado rasa apa2..

orang kata kalau nak cantik makan bunga rose..
korang silalah try ehhh..:p


 selain dari aiskrim..
ada menu lain jugak..
spaghetti pon ada..
hari tu saya try yang ni..
chicken wings..
harga RM19.90..
5 ketul..
perah limau tu..
perghhhh...
sedap weh!!!

lazat sangat...

 happy face!!

silalah try..
kalau saya pergi sini lagi..
nak try spaghetti pulak..
officemate kata sedap..


Good Morning Beautiful.




morning!

17.2.15

Sakitnya bila tak mampu nak meluahkan..

Allah..
aku mohon tabahkan hatiku..
aku mohon tenangkan perasaan aku..
damaikan lah hati ni..

Aku tak tahu nak taip macam mana..
nak tulis macam mana..
nak bercerita macam mana...
aku cuma tahu.. sakitnya bila tak mampu diluahkan..

sources : google.com




10.2.15

Bukit Broga Terbakar

Tadi kawan saya forward gambar Bukit Broga terbakar.... saya terus google.. u know, zaman sekarang ni jangan percaya bulat-bulat je apa korang dapat.. buat research sendiri dulu yer..

sekali betul.. baca myMetro ... petang semalam (Isnin, 9th Feb) terbakar...

saya kan suka sangat pergi sana.. mendaki.. rasa puas sangat!

Tips merawat jerawat menggunakan Apple Cider

Korang tahu tak pasal Apple Cider (ACV)? Kalau korang nak diet, mesti tahu sedikit sebanyak tentang Apple Cider @ Cuka Epal.. sebab sekarang kat group diet mana-mana pun kat FB tu, ada info pasal apple cider ni.. tapi sebenarnya banyak lagi kegunaan dia, selain boleh mengawal berat badan..

saya dah minum Apple Cider ni dekat setahun.. tapi bukan hari-hari.. Cuka kan asid, jadi kena lah minum dengan cara yang betul.. nisbah untuk minum ACV ni 1:4. saya paling tak lalu bau dia.. menyengat semacam.. lepas minum sila kumur-kumur atau minum air dengan banyak.. sebab asid sifatnya menghakis.. kang gigi korang cepat reput pulak..

 Info mengenai Apple Cider


Jenama paling famous sekali Bragg. sebab dia organic dan ada mother of apple. kalau nak beli, seeloknya pilih yang organic. kat Guardian ada jual jenama ni. Company tempatan pun ada jugak yang jual. tapi tak ingat jenama apa.. kalau pergi ke supermarket, cari kat bahagian organik.. nescaya korang akan jumpa benda-benda kesihatan ni.. :p


Bragg ni nama orang.
dia Doktor yang menghasilkan ACV ni..

fakta menarik mengenai ACV
  • Menyokong sistem imunisasi badan
  • Mengawal berat badat
  • Bagus untuk penghadaman
  • Mengeluarkan toksin badan 
  • Membantu mengekalkan kulit yang sihat
  • Membantu mengawal kandungan gula dalam darah
bagi yang ada jerawat tu.. cuba try,

1 sudu besar ACV di campur dengan 2 sudu besar air.
amik kapas, sapu kan kat jerawat tu. dan biarkan meresap.
elakkan kawasan mata yer.. buat berulang kali. nanti korang akan nampak kesannya..

tak caya cuba google! hehehehe:D ilmu di hujung jari je uolls.. mana tahu, dengan cara ni dapat mengawal masalah jerawat korang..

banyak lagi benefit dia.. korang rajin-rajin lah google.. tapi ingat eh! hanya beli yang "RAW".. bukan yang dah di proses.. yang di proses tak guna ye.. kang lain jadinya kang..


#WW ALLAH's PLAN

percayalah dengan apa yang telah Allah aturkan.

9.2.15

mood berangan

semalam tiba-tiba terberangan... padahal selalu sangat pon berangannya... ehehehe:p

duduk mengadap laut.. matahari nak terbenam..
ditemani sejambak bunga dan belon..

tak perlu berfikir tentang apa-apa..
hanya terpaku memandang hamparan lautan yang meluas...

sometimes kita memerlukan kesunyian sejenak untuk ketenangan...

kan best kalau boleh pergi sekarang jugak....





6.2.15

Kuatkanlah Aku.

Susahnya nak meluahkan..
sebab takde hala tujuan untuk luahan..
susah nak mengeluarkan kata-kata..
Allah...
rasa berat sangat kat hati ni...

pernah rasa tak... nak menangis.. tapi takde air mata yang keluar.. walhal, hati kau sakit berdenyut-denyut...

kadang kala rasa....
kenapa mesti aku? kenapa aku je yang kena hadap benda ni?
cepat2 istighfar...
Allah....Alllah....Allah...

ada lagi teruk ujian nya...

sabar tu ada manisnya... macam mana nak bersabar tu kena tanya pada diri sendiri...




sumber: google

5.2.15

#WW L.I.F.E


Focus on what's important only!!

pssstt: today is Thursday.

Yuran Kursus Kahwin Naik

Korang tahu tak Kursus Kahwin untuk kawasan Wilayah dah naik.. dari RM80 ke RM120.. walau bagaimana pun, korang boleh tarik nafas lega juga.. sebab ia nya masih 2 hari sahaja..

bagi saya, harga naik takpe kot.. dari kena bermalam.. kan kan???

korang boleh klik sini untuk info lanjut.. Kursus Pra-Perkahwinan

sape-sape nak kahwin tu, pergilah sementara JAIS tak kenakan caj RM120.. RM40 tu macam-macam jugak boleh buat kan? lagi-lagi nak kawin ni, banyak nak pakai duit.. :)




4.2.15

tak pueh hati!!

rasa tak puas hati sangat....
kalau kerja bawah orang ni...
memang makan hati je..
lagi-lagi dapat majikan yang tak-tau-nak-describe macam mana...

uurgghhhhhhhh.....

nak cari keje lain susah...
ekonomi Malaysia kan mengalami kemerosotan..
so banyak company susah nak bertahan..
lagi-lagi kalau company tempatan..
nak bersaing dengan company international...
memang payah lah....


nak buat business, belum banyak ilmu di dada..
modal pun takde..
yang ada hutang jer....
haisssshhhhhh......

sekarang ni apa pun kena duit...
kalau takde duit, memang tak boleh hidup...