8.6.15

DAY 7: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

Jom kita sambung cabaran ini.. walaupun agak lambat tak on-time.. nak jugak teruskan..:p

7)      Where you are in your life vs. where you thought you would be at this point

Since graduate, dah ada plan.. umur macam ni nak beli apa, umur sekian-sekian nak target gaji berapa.. Alhamdulillah, Allah bagi apa yang saya rancang, walau bukan kesemuanya. tapi apa saya nak dalam kehidupan dalam kerjaya. Alhamdulillah.

Sekarang ni saya plan untuk bantu keluarga.. dari segi kewangan. Ya, ibubapa saya kerja biasa-biasa sahaja. Ibu sampai kena buat 2 kerja dalam 1 masa. Siapa tak kesian kan kalau lihat ibubapa kerja berat di usia mereka yang patutnya dah tak payah kerja keras.

Abah selalu cakap, bersyukurlah dengan apa ada, kurang-kurang kita cukup makan. Tak pernah lagi kena ikat perut sebab takde makanan. Malas masak adalah. :p

Sebelum berkahwin, saya nak ringankan beban yang di tanggung oleh parents saya. Cuma saya masih belum mampu menanggung segala perbelanjaan mereka.

insyaAllah, selagi terdaya, selagi termampu saya usahakan.

Umur 26, ada kerjaya sendiri, hidup tanpa menyusahkan orang lain.

I’m satisfied!


Tiada ulasan: