Sekejap je minggu ni dah jumpa jumaat.. sebabnya isnin lepas cuti kan? Seronok
je jumpa jumaat yang tak seronok bila jumpa isnin.. hikhikhik:p betul tak?
Cuti yang lepas tu tak kemana pon.. sibuk mengemas bilik-bilik kat
rumah.. tapi bukan saya lah mengemas.. ibu yang kemas.. saya tolong sikit-sikit
je.. kalau bab masak saya memang takde masalah.. suruh masak 5 6 lauk
sorang-sorang pun saya sanggup.. tapi bab mengemas, suruh kemas bilik sendiri
pun rasa nak hentak-hentak kaki.. perangai tak semenggah..
Weekend ni takde plan pun.. rasa
esok nak pergi buat walking kat taman rekreasi seksyen 7 tu.. lepas tu nak
pergi pasar beli hidupan untuk minggu depan.. kalau butik pengantin bukak ingat
nak singgah sekali lah.. sebab nak bayar ansuran pakej tu.. yang best nya butik
saya pilih ni, boleh bayar berapa yang kita ada sampai lah habis harga pakej
tu.. tapi bayar habis sebelum majlis lah.. bak kata kakak owner tu “kang tak
naik pelamin kau dik..” muehehehehe:D
Tapi hari ni saya rasa jam lambat sangat.. selalu hari jumaat laju je
dia gerak.. ni dari tadi tengok jam.. bila nak pukul 6 ni weh? Kemain kan
menunggu waktu balik.. padahal kerja ada je tak siap lagi.. tapi sebabkan saya
baru je kerja kat sini, jadi kerja tak banyak lagi.. baru sikit-sikit je boss
bagi kat saya… tu yang bila boss busy saya mati kutu.. sebab tak tahu nak buat
apa.. bila ada tak faham pulak, dah tergendala disebabkan kena tunggu dia..
sebelum ni kerja-kerja saya semua boss yang buat.. tu yang tak de siapa boleh
dirujuk kalau tak faham ke apa..
minggu nbi hari-hari hujan lebat waktu petang.. seronok! sebab malam nanti nak tidur sejuk je.. nyaman..
Tengok total post untuk this year tak sampai seratus pun.. bukan pemalas
ye.. kekangan masa.. nak berjalan ke blog lain pun dah payah sikit.. kadang nak
menulis idea yang takde..
1 ulasan:
Blogger as part time je awak. Memang tak lah selalu kan. Saya pun curi masa je nak update blog dan blogwalking :)
Catat Ulasan