23.6.16

Wedding Preparation : Part 4 (Borang Nikah)

Sekarang ni semua borang kena isi online.. no more manual form.. hari ni (21-06-16) baru settle isi form dan print out..

korang boleh pergi sini untuk isi form http://ncr.jais.gov.my/ .. ini untuk orang yang nikah di Selangor lah ye.. kalau negeri lain tak tahu... 

masa pergi kursus kahwin sila tumpukan perhatian masa dia bagi penerangan bab ni... penting tau.. kalau tak korang boleh blur.. 

bagi kita perempuan.. kita kena isi 2 borang.. borang 2C dan 2D..



** besar kan ye image ni
Klik borang 2C.
isi borang 2C lepas tu baru keluar borang 2D.
2D ni borang wali.


pihak bakal pengantin perempuan kena tunggu surat kebenaran berkahwin dari lelaki...
tapi sementara menunggu tu boleh je isi dulu..
in fact, saya yang isi dulu form ni dari tunang saya...
siap print dah...
dia tak isi lagi form tu...
awak nak kahwin ke tak ni??

saya kena buat salinan untuk borang sebab saya nikah luar daerah..
padahal Klang dan Shah Alam tu jiran sebelah je kan?
so lepas ni saya kena pergi ke masjid untuk dapatkan pengesahan..

:)

notakaki: rasa lain macam bila pandang borang yang dah di print.


Tiada ulasan: