ya allah..mengantuknya saya..tapi balik kerja pukul 4 pagi.. Nikmatnya kalau dapat baring sambil peluk bantal dan memejamkan mata..
1st time blog from handset..
30.11.10
23.11.10
bajet perkahwinan untuk mereka yang berpendapatan sederhana...;p
Entri baru : Bajet Perkahwinan Bagi Golongan Berpendapatan Sederhana 2016
saya ada copy paste pasal bajet perkahwinan dari facebook.. tapi saya tak tahu owner sebenarnya.. apa pun thanks pada yang share tu..
Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?
Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV. Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …
Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.
Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.
(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)
Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.
Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.
### Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.
Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.
Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.
Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.
Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.
Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.
Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.
Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000
Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.
Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000
Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah RM 17,550
Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga(tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.
Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000
Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000
Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.
Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.
Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.
Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga RM 15,500
Dan, kos untuk kecemasan RM 3,000
Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar
RM 36,050
nilai yang akhir tu.. aduss.. nak terkeluar bijik mata tengok...
dalam kotak fikiran : bilalah agaknya dapat kumpul duit macam tu?
RM 36,050
nilai yang akhir tu.. aduss.. nak terkeluar bijik mata tengok...
dalam kotak fikiran : bilalah agaknya dapat kumpul duit macam tu?
jari jemari
Cik Siti Hajar
9
kata-kata semangat
20.11.10
tag from nelly...
tag from my bestie... N E L L Y..
25 facts about me..
- kuat makan dan suka makan apa sahaja...
- berat badan dah naik selepas tamat belajar..
- punyai jiwa sensitif walaupun attitude ala-ala ganas gitu..
- suka bersahabat dan appreciate my friend so much!
- suka makan makanan yang pedas...
- garang dengan orang bawahan...
- suka berangan sebelum tidur..(oppss!! terkeluar secret!)
- tak suka mandi...
- internet dan saya tidak dapat dipisahkan!
- takde kampung halaman..tapi ada bandar halaman!
- gilakan handset..(tapi sekarang takde $$ nak tukar handset..)
- tak pernah basuh kereta sendiri.. selalu hantar kedai je..pemalas!
- tak suka bau bunga..busuk laa...
- bila cuaca panas msti selsema..
- tak boleh pakai silver @ emas tiruan.. kulit sensitip lebih..
- suka snap pic..
- suka edit pic..kunun-kunun nak lagi lawa lah..
- i like soft color..
- teringin nak pergi zoo...
- suka mandi laut & sungai & air terjun..
- mood cepat berubah..
- paling malas sekali nak mengemas rumah...
- adik beradik semuanya perempuan..
- saya tak suka orang panggil nama penuh saya..
- saya lebih rendah dari adik-adik saya...
tu je kot..hehehhe...
jari jemari
Cik Siti Hajar
2
kata-kata semangat
19.11.10
selamat malam semua... ♥
gud nyte everyone..
thanks for coming my blog...
dah lama tak post entry before going to sleep... hari ni nak post jugak sebelum tidur..
to mylurve yang dah tidur awal-awal tu...ilurveu!!♥
jari jemari
Cik Siti Hajar
2
kata-kata semangat
i appreciate it..
saya hargai segala komen-komen anda dalam blog ni.. dulu saya akan membalas setiap komen yang di berikan.. tapi sekarang ni.. bila dah bekerja.. saya minta maaf banyak-banyak.. komen anada jarang dapat saya reply.. mungkin ada yang kata saya sombong kan?? tapi bagi mereka yang follow blog saya dari dulu mesti tahu kenapa kan?
dulu masa belajar internet 24jam free.. 25jam sehari boleh duk mengadap lappy.. sekarang ni.. ada komitment kerja..jadi masa untuk berinternet ni berkurang lah.. balik kerja je terus duk atas tilam yang empuk untuk merehatkan badan yang penat..(walau badan sekarang dah macam tong drum:( )..
insya'allah bila ada broadband sendirian berhad saya akan menghabiskan lebih banyak masa dengan blog.. hehehe.. that's my hobby.. good hobby right? leh dapat macam-macam knowledge kan?? eehh... dah termengarut pulak dah ni..
apa pun.. saya hargai komen-komen anda.
jari jemari
Cik Siti Hajar
3
kata-kata semangat
18.11.10
raya + movie = cuti
selamat hari raya aidil adha... haa.. minggu ni menu utama lauk di rumah mestilah daging kan?? hehehhe... minggu ni lah korang makan daging sampai nak termuntah bagai kan? kalau suri rumah pulak sampai tak tahu dah nak masak apa lagi untuk menghabiskan daging ni...
saya cuti dua hari untuk hari raya ni.. so, agak bosanlah.. actually tak suka cuti lama-lama ni.. sebabnya pecah kepala duk rumah dengan adik-adik ni... sakit hati.. sakit mata.. hehehhe... biasalah bila cuti sekolah ni kan.. rumah kemas 5 minit je.. lepas tu sepah balik.. sakit hati... bila marah kang baru nak kemas balik..
hari ni plan nak pergi tengok movie.. heee..
nak tengok hero dia yang hensem sokmo ni...
siapa-siapa nak join meh lah datang AEON Bukit Tinggi..
jari jemari
Cik Siti Hajar
8
kata-kata semangat
1.11.10
information kita dijual..!
sejak beli kereta 3 bulan lepas, boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada je orang yang telefon.. cakap dapat kad free lah.. ada promotion kad lah... tapi ayat dia mesti sama..
"cik tiada masalah dengan 18 buah bank di malaysia."
"cik ada kredit kad kan? "
persoalannya.. siapa yang jual information kita pada mereka semua ni?? mana diaorang tahu? betullah kata lecturer saya dulu.. ada orang yang akan jual info kita pada mereka-mereka ni.. kadang-kadang saya bahasakan mereka ni.. jadi biadap kejap.. diaorang akan push kita kan.. haa.. bila kena tang saya.. memang kenalah kan.. nak push sangat.. hamik...
last week, ada satu company bagi kad percutian.. then dia cakap tak boleh batal keahlian.. sekali saya ugut nak mengadu kat hak pengguna.. terus cakap boleh batal dalam masa 24hour.. haa... tu nampak sangatlah menipunya kan?? silap orang lah dia nak push...
nasihat saya.. kalau dengar je dia cakap permulaan ayat begitu.. letak je lah telefon kalau anda takde skill menolak ni..
jari jemari
Cik Siti Hajar
6
kata-kata semangat
Langgan:
Catatan (Atom)