9.8.11

Resepi Kerabu Sotong Simple.

hari ni saya nak share resepi yang simple sangat.. tapi hasilnya tak mengecewakan.. tak ambil masa yang lama pun..

resepi kerabu sotong simple versi butterfly

bahan-bahan:
  1. Mestilah kena ada sotong! dalam 10 ekor je..---> siap di siang dan di potong.
  2. 2 batang serai..------> nak letak lebih pun takpe..lagi sedap!
  3. 5 helai daun limau purut
  4. 7 batang cili padi ---> nak lagi kick tambahlah lagi..
  5. 3 biji limau nipis ----> nak air perahannya sahaja tanpa biji.
  6. 1 biji bawang besar. ----> di potong.
  7. garam + gula secukupnya.


cara-cara:

  1. rebus sotong yang dipotong tadi.. jangan rebus dengan air..sebab sotong akan mengeluarkan airnya sendiri.. rebus dalam 5 - 10 minit..
  2. hiris serai, daun limau purut dan cili padi halus-halus..
  3. masukkan dalam mangkuk bersama bawang, gula dan garam secukup rasa kalian ye.
  4. ambil sotong yang direbus tu, masukkan dalam mangkuk tadi.. dengan air-air sotong tu sekali taw!
  5. kacau rata dan tambah perahan air limau nipis tadi..
  6. tunggu dalam 5 minit nak bagi sotong tadi sebati dengan bahan-bahan tadi..
  7. siap! hidang bersama nasi panas.. 


menu semalam ni..
menangis masa makan ni..
saya suka guna cili api warna merah ni..
sebab rasa dia lagi pedas dari cili padi..


p/s: ada yang tambah kacang panjang dan sos ikan jugak dalam kerabu ni..:)


12 ulasan:

Aku DaN SeSuAtU berkata...

sedapnye tgk

Cik Siti Hajar berkata...

mmg sedap..^^

Latifah berkata...

oh, meleleh air liur di petang hari begini :)

balik rumah Abah nanti nak buat la. nyum2...

Cik Siti Hajar berkata...

time2 pose ni klu tgk mknn mmg meleleh kan..??

Miszyuyu berkata...

wuuaaaarghhh nampak sedap! sotong <3

Cik Siti Hajar berkata...

try lerr:)

epen berkata...

dengan serta merta meransang nafsu makan...kah kah kah

Cik Siti Hajar berkata...

hahahah.. nafsu mkn time bln pose ni mmg mencanak-canak..

Lissa berkata...

waaaa.lapoooooo laaa...:P

Asmi Asmidar berkata...

nak try buat la :)

Cik Siti Hajar berkata...

Lissa : hehehe:) time pose mmg lapo..


Mida Midot : try laa... nnt gtaw yea..

sarah mohamad berkata...

sedapnyaaa! dan mudah lak tuu. nanti nak try lah masa kat rumah sewa :D ^^