hari ni saya nak share resepi yang simple sangat.. tapi hasilnya tak mengecewakan.. tak ambil masa yang lama pun..
resepi kerabu sotong simple versi butterfly
bahan-bahan:
- Mestilah kena ada sotong! dalam 10 ekor je..---> siap di siang dan di potong.
- 2 batang serai..------> nak letak lebih pun takpe..lagi sedap!
- 5 helai daun limau purut
- 7 batang cili padi ---> nak lagi kick tambahlah lagi..
- 3 biji limau nipis ----> nak air perahannya sahaja tanpa biji.
- 1 biji bawang besar. ----> di potong.
- garam + gula secukupnya.
cara-cara:
- rebus sotong yang dipotong tadi.. jangan rebus dengan air..sebab sotong akan mengeluarkan airnya sendiri.. rebus dalam 5 - 10 minit..
- hiris serai, daun limau purut dan cili padi halus-halus..
- masukkan dalam mangkuk bersama bawang, gula dan garam secukup rasa kalian ye.
- ambil sotong yang direbus tu, masukkan dalam mangkuk tadi.. dengan air-air sotong tu sekali taw!
- kacau rata dan tambah perahan air limau nipis tadi..
- tunggu dalam 5 minit nak bagi sotong tadi sebati dengan bahan-bahan tadi..
- siap! hidang bersama nasi panas..
menu semalam ni..
menangis masa makan ni..
saya suka guna cili api warna merah ni..
sebab rasa dia lagi pedas dari cili padi..
p/s: ada yang tambah kacang panjang dan sos ikan jugak dalam kerabu ni..:)
12 ulasan:
sedapnye tgk
mmg sedap..^^
oh, meleleh air liur di petang hari begini :)
balik rumah Abah nanti nak buat la. nyum2...
time2 pose ni klu tgk mknn mmg meleleh kan..??
wuuaaaarghhh nampak sedap! sotong <3
try lerr:)
dengan serta merta meransang nafsu makan...kah kah kah
hahahah.. nafsu mkn time bln pose ni mmg mencanak-canak..
waaaa.lapoooooo laaa...:P
nak try buat la :)
Lissa : hehehe:) time pose mmg lapo..
Mida Midot : try laa... nnt gtaw yea..
sedapnyaaa! dan mudah lak tuu. nanti nak try lah masa kat rumah sewa :D ^^
Catat Ulasan