6.1.12

Bahagia yang macam mana anda cari??

Selalu kalau baca buku cerita bahasa inggeris mesti tulis “happy forever”. Selalunya cerita kanak-kanak mesti akan berakhir dengan happy ending. Sebenarnya di sebalik tujuan kita menunjukkan life will be ending with happy sebab kita nak kanak-kanak tahu sebelum kita bahagia kita kena tempuh pelbagai dugaan kan? Betul, tak semua kehidupan akan berakhir dengan bahagia. Kadang-kala bahagia di pertengahan kehidupan kita sahaja. Nasib manusia ni tak semuanya sama tapi kita perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.





Tetapi bergantunglah pada makna kebahagiaan yang korang faham.


Pada saya bahagia di akhir kehidupan saya apabila menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan orang yang tersayang. Tak perlu berharta hanya ada rumah sendiri dan hidup dengan penuh kesederhanaan. Saya mahu meninggalkan dunia ini dengan orang tersayang disebelah saya. Saya rasa bila kita dah ada anak cucu kita tak boleh bergantung harap pada mereka. Memang kita mahu mereka yang menjaga kita apabila kita tak mampu lagi nak menguruskan diri kita tapi kita kena ingat anak cucu kita pasti punya kehidupan masing-masing. Dan kehidupan mereka mungkin sudah lengkap tanpa kita.

Apa pon saya tetap berdoa yang anak cucu saya ikhlas menjaga saya nanti.

Kalau boleh nak meninggal sebelum saya nyanyuk, sebab saya tak nak anak cucu saya menjadi derhaka dan berdosa sebab saya. Menjaga orang tua yang nyanyuk memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Saya sendiri tidak ada kesabaran yang tinggi. Sabar saya ni senipis kuli bawang.

Bahagia tu kita cari tapi ALLAH yang tentukan untuk kita.. asal hati kita redha, mungkin kita akan rasa nikmat bahagia tu...=]

5 ulasan:

✿ SitiZubaidah.S ✿ berkata...

bahagia itu ada dalam diri...
kesannya zahir dilihat..
(^_^)

saffiya_aleesya @ echa berkata...

sentiasa berada di sekeliling orang2 tersayang yang akan menemani saya hingga hujung nyawa saya..

saffiya_aleesya @ echa berkata...

singgah dan follow sini yer

jeBateja berkata...

Hik...hik....mcm sedih plak ayat2 hang yg terakhir tu.....ahakz....moga kita semua terus di rahmatinya....ahakz...

CariNur berkata...

sokong sgt apa yg diperkatakan...