27.2.12

Ala-ala Meatball Ikea

Last week habiskan minggu dengan berpuasa.. saja ganti puasa dan juga puasa sunat.. nak reduce weight cara macam ni sambil menyelam minum air lah kan?? Biasalah nafsu orang berpuasa ni, nak buka macam-macam menu yang di fikirkannya.. So, sambil duk fikir-fikir tu.. ting!! Nak makan meatball Ikea.. dekat je dengan ofis.. balik boleh terus pergi je kan.. tapi di sebabkan dah akhir bulan.. $$$ pun dah berkurangan.. fikir kaedah lain.. google punye google, jumpa 2 3 resepi macam meatball Ikea ni.. but I combine all the recipe and terkeluarlah my version…




Even rasa not 100% sama, tapi adalah jugak rasanya sipi2 sama..

Meatball tu saya beli yang dah siap punye.. nak ekspress je sebabnya tak sabar nak makan.. nak menguli bagai kan.. but, saya pernah try resepi meatball yang ni..

Resepi asal : Alia Myresepi

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 cawan daging hancur/kisar
  • 1/3 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
  • Garam secukupnya
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih
  • 3 sudu sos tomato => tak taruk
  • 1 sudu sos tiram => tak taruk
  • 12 biji tomato ceri => tak taruk
  • 2 sudu besar minyak masak
  • ½ sudu besar lada hitam
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji bawang besar Holland => potong sampai halus
Cara-cara
  1. Gaulkan daging dengan breadcrumbs dan garam. Buatlah bentuk bulat kecil-kecil.
Satukan breadcrumbs, tepung gandum, garam, lada sulah dan lada hitam.  
  1. Panaskan minyak. Masukkan daging tadi. Goreng sehingga daging keperangan atau masak.
Campurkan daging hancur dengan bawang, kemudian masukkan bahan yang telah di satukan tadi.Agak-agak sampai boleh di bulatkan. Buatlah bulat kecik-kecik kan.
Bakar 160°C selama 20minit - 25 minit. Jangan terlebih bakar, nanti bebola daging akan menjadi kering. Then, goring dalam api yang besar. Kejap je, bagi tukar warna.

#warna merah tu saya edit ye.



Resepi Kuah Meatball.
·         3 sudu besar butter @ marjerin
·         2 sudu besar tepung gandum
·         1 ketul kiub ayam
·         3 sudu besar sos tiram
·         3 sudu besar kicap manis
·         2 sudu besar sos black pepper
·         ½ cawan thick krim
·         1 biji tomato => potong kecik2, hancur lah kiranya
·         1 biji bawang besar Holland => potong dadu
·         1 tin cendawan butang
·         1 sudu makan tepung jagung => di bancuh dengan sedikit air
·         3 sudu besar cheese parmesan
Cara-cara
1.      Cairkan butter gunakan api yang kecil sahaja.
2.      Masukkan bawang besar tadi, masak sampai dia layu, masukkan tepung gandum.
3.      Kacau tepung gandum sampai warna dia bertukar pada brown color. Hati-hati sebab takut hangus tepung tu.
4.      Agak-agak dah tukar color tu, masukkan thick krim, sos tiram, kicap manis, dan sos black pepper. Kemudian kiub ayam.
5.      Agak-agak dah menggelegak tu, masukkan tomato tadi. Tengoklah kuah korang nak banyak mana, kalau rasa-rasa tak cukup, tambah air sikit. Yang ni kena adjust dengan krim lah. Air tak boleh lebih banyak dari krim ye.
6.      Masukkan cendawan jugak.
7.      Tengok pada kepekatan kuah, kalau kuah korang tercair sebab tambah air tadi, korang tambah lah tepung jagung ni. Bila dah masukkan tepung jagung ni korang kena kacau selalu, nanti kuah die hangit.
8.      Adjust rasa dia, sebab tadi dah masukkan sos tiram. Masukkan cheese.
9.      Siap!

Masa masak kuah ni, (dalam gambar) saya terguna whipping cream.. hahahaJ so, kuah saya rasa manis.. meatball yang saya beli siap tu, saya bakar dulu then goreng dalam api yang besar. Bertukar warna je terus angkat.

next time kena buat lagi untuk mendapat rasa perfecto lah.. seronok dpaat makan ni.. berebut-rebut dengan adik-adik saya.. hehe~~

6 ulasan:

LiNda berkata...

sedapnye..boleh try ni..:)

Tanpa Nama berkata...

mcm best jer...hehe

sarah mohamad berkata...

Wahhh wahhh rajinnyaaaa. Meh meh nak try =P

Cik Siti Hajar berkata...

Linda : try laa...

AmyLiana86~ : agak best lah bagi sayalah kan...

Sarah : pasal nak makan.. terpaksa jadik rajin yea..

Tanpa Nama berkata...

sedap ke...hehheheh

Lyaa Suriany berkata...

feh
terliurr beb