11.5.12

Resepi Ikan Siakap Stim Simple

semalam tekak teringin sangat nak makan ikan.. tapi bila call rumah, adik cakap ibu suruh masak ayam.. aduhh.. lagi-lagi ayam.. kembang tekak dengan ayam.. jadi, saya balik kerja, saya singgah kedai.. nampak pulak ikan siakap.. tinggal seekor je.. haa.. amik je lah..

 jadilah hasilnya begini... makan panas-panas memang sedap!

Resepi Ikan Siakap Stim versi simple.


1 ekor  siakap
Sedikit serbuk lada sulah
5btg cili padi
10ulas bwg putih – tumbuk lumat
2biji bwg besar – 1 biji tumbuk lumat, 1 biji mayang
3btg serai – racik halus
Sedikit halia – tumbuk lumat
Asam keping
2biji limau nipis – Jus sahaja
5biji limau kasturi – Jus sahaja

1.      Ikan siakap lumur dengan garam dan bahan yang ditumbuk lumat. Perap dalam sejam.
2.      Didih kan air dalam kuali besar. Air tu terpulang banyak mana, kalau nak kuah lebih, lebihkan air.
3.      Bila air dah mendidih, kecilkan api, masukkan serai, asam keping. Asam keping tu masukkan sekeping je, hanya untuk buangkan hanyir ikan.
4.      Bila air mendidih, kecikkan api..masukkan serai..serai tu racik halus.. Masukkan asam keping..1 keping je.
5.      Kemudian masukkan ikan dan sedikit lada sulah.
6.       Bila ikan dah nak masak, masukkan cili api dan sebiji bawang yg di racik halus.
7.      Bila nak tutup api masukkan perahan air limau kasturi dan nipis.. Jgn msukkan biji limau nanti pahit.. Rasa garam. Siap!
8.      Tabur kan daun sup, wangi je bau die!

Ni version guna apa yang ada je.. kalau ada tomato dan daun limau purut, pon boleh letak. 

 Nama stim tapi tak stim pon.. hahahha.. version orang malas memang gini.. janji dapat rasa yang best kan..


bulan lepas boss saya pergi US sampai awal bulan hari tu.. bila dia masuk ofis.. dia bagi hadiah dari ni..

 senyum je saya sampai ke telinga...
nak beli sendiri memang tak mampu... 
thanks boss!
luv u..

2 ulasan:

Hidayah Rusli berkata...

jalan2 sni. sedapnyeee ikan siakap masak stim. lapo pulak ase hehe :)

LeenNajib berkata...

wah beknye boss ;)