12.7.12

Cara nak renew lesen di post office

lesen saya expired 8 Julai yang lepas... lesen expired, roadtax pun nak expired bulan yang sama... **sigh**

jadi semua boleh teka bahawa bulan ini adalah bulan papa kedana saya... hahaha..=] serius rasa muflis sekejap... tu lah duk angguh-tangguh simpan duit roadtax.. last-last sendiri menggelabah.. korek sana, korek sini... hambekkk.. sekarang mari cakap padan muka pada saya... T_T"

dua tahun lepas, selepas musnah riwayat lesen P.. maka renew lesen dengan bangga sebab takde huruf P lagi.. tapi bukan saya yang renew.. ibu yang renew kan.. iyea.. masa tu baru mula bekerja, dan tak dapat gaji lagi... maka, haruslah buat muka kesian kat ibu.. ibu jugak lah yang pergi renew kan lesen saya.. (:

jadi selepas dua tahun, masa untuk renew lesen kembali... kali ni kena buat sendiri.. dah 23 tahun, takkan semua nak ibu buat kan? jadi dengan gagah pergi hari sabtu, 7 Julai... sebab post office kat rumah saya memang bukak hari-hari.. selalunya.. sekali pergi, tutup.. silalah menangis di situ yea.. siap marah-marah lagi kat depan post office tu.. apasal kau tutup pulak hari ni??? fikir punya fikir... kerajaan cuti minggu pertama lah weiii... rasa nak lempang diri sendiri laju-laju...!

tapi akhirnya buat jugak... sendiri... without no on helping me.. bangga!! cehhh.. padahal lesen je, minah ni dah bangga.. 

cara-caranya : pergi ambik no, tekan kat button pelbagai.. lepas tu, tunggu giliran.. pergi kat kaunter cakap nak renew lesen.. bagi lesen lama.. sediakan RM47.00 untuk tempoh 2 tahun.. dari lesen P kepada lesen full takleh renew di post office ye.. harap maklum..



muka suci dua tahun lepas... =]





ehh.. apasal eh, takde gambar? macam tak berseri je lesen baru ni...




sibuk-sibuk nak PRU kan.. saya register lah sekali nama saya masa renew lesen ni... hihihi.. sambil menyelam minum air.. free je... bawak kad pengenalan je ye... tapi tak tahulah sempat ke tak nak mengundi this year.. sebab kalau tak silap kena maik masa 3 bulan untuk nama kita masuk dalam SPA..



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haritu suruh ayah je renew lesen. hihi

z o u l berkata...

rela renew kt JPJ leh dptkn lesen bgmbr dr pej pos x bgmbar

Cik Siti Hajar berkata...

Rara Nasiha : kite dulu pon suruh mak yg buat kan... ;p

Cik Siti Hajar berkata...

z o u l: xde masa nak pergi jpj... ;(

Shawn Razaleigh berkata...

toddia dah hilang P


gua punya keta bertampal M (mekdi)

E'in berkata...

kite nie lesen keta pun xde.. mcm mane nak renew.. hehe

Cik Siti Hajar berkata...

Shawn Razaleigh : memang dah hilang lama.. 4years ago...=]


E'in: ala.. nnt nak ambil jugak kan lesen...

Tanpa Nama berkata...

Nak renew gakk....

Unknown berkata...

Lao nk renewkn org len pyerr , kne bwk ic dy k ??

Cik Siti Hajar berkata...

kena bawak jugak kalau tak silap...