9.8.12

Chocolate Chips Cookies

Semalam balik keje laju-laju.. sebab semangat nak buat cookies untuk raya.. saya baliki betul-betul punctual.. nak kejar kedai bakery pun iyea jugak.. selalu bakery shop tu tutup kul 5.30petang kalau tak silap.. sekali pegi semalam nampak notis yang bulan Ramadhan kedai tutup pukul 8 malam.. **sigh**

semalam saya baking chocolate chips cookies atau bahasa melayu nya biskut chocolate chips..


sebelum bakar..
tak menarik langsung kan...




selepas di bakar..
warna bertukar jadi terang sikit..




ape motif ni?



dua cookies je gatai tangan letak chocolate chips kat atas tu..

yang lain chips dalam cookies yea.

Resepi nya saya ceduk dari myresepi
Resepi Chocolate Chips Cookies
Bahan-bahan ( 100 biji )
  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus  - 90g
  • 110g gula perang  - 90g
  • 100g chocolate chips – 150g
  • 3 sudu besar cocoa powder – tukar pada milo
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus) – tak letak
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu makan tepung jagung
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

yang warna merah tu version saya.. sebelum buat bulat kecik-kecik, saya simpan adunan ni dalam fridge selama 15minit.. sebab adunan ni lembik sikit.. jadi nak buat bulat-bulat tu agak payah..



2 ulasan:

SadiyanaSadikin @ $$ berkata...

rajin cik siti>>>

Cik Siti Hajar berkata...

xlah rajin mana....

teringin nak makan kena buat sendiri...:>