31.10.12

WW Cute Food Ever!
















comel sangat-sangat!! sayang nak makan...


sumber : google

30.10.12

Berkawan seikhlas hati



Sejak dua menjak ni, ramai pulak nak kenalkan saya dengan lelaki-lelaki bujang.. baik kawan rapat mahupun kawan jauh.. huhuhu:p

I terima je uolls.. tapi tolonglah jangan nak kenenkan macam hari ni jumpa esok kena kahwin.. aiyooo.. pening kepala nak melayan kalau begitu.. saya kalau nampak seseorang yang baru kenal dah cenderung terus ke arah yang berat ni.. memang daku reject terus...


 sumbe : google

Silalah faham, saya kenal dengan mereka untuk berKAWAN.. lebih dari itu, adalah kuasa Allah.. tapi buat masa ni, tolonglah kenal dan berkawan je.. ni baru berkawan dah tanya pergi mana dengan siapa.. alahai! Lemas weii..

Dan saya tak suka kalau kenal thru phone.. my phone number is my privacy.. saya takkan bagi seseorang yang baru kenal no phone saya.. jadi apa-apa kang susah.. so, I choose bbm method and facebook.. tapi saya takkan approve as friend di facebook..almaklumlah, banyak pic saya di sana yer..

Facebook saya selalunya kawan yang kenal je.. tu pun tak semua saya approve.. setakat kalau kau pernah satu sekolah, tapi tak pernah tahu kewujudan satu sama lain.. baik tak payahkan? 


 sumber : hussnana blog


Satu je, just follow with the flow… takdir tu allah dah tentukan.. 


"Jangan memberi harapan kepada yang belum pasti. dan jangan menaruh harapan kepada yang belum tentu dimiliki. Jika mahu memilikinya, berdoalah."

29.10.12

Cik Siti Hajar



Hari ni bukak nuffnang.. kot-kot lah dapat durian runtuh ke kan.. tengok-tengok ada 2 BE.. alhamdulillah, rezeki!



Ada beberapa orang atau orang yang sama google my name.. kalau google Cik Siti Hajar memang automatic blog ni akan keluar.. now I wonder siapa yang duk gigih google nama tu.. saya start guna nama ni awal tahun ni.. dan di facebook memnag nama ni saya guna since last year.. so, dah 2 years lah saya guna.. dan bbm pun saya guna nama tu yer… 



ouchhh... gemuksss!

Pada yang google tu.. may I know why? Anyway, thanks for reading. Appreciate it!

Cuti yang super duper awesome!



Cuti yang lama minggu lepas buatkan hari ni bersemangat untuk kerja.. (semangat ke?) hihi(=
4 hari cuti saya rasa lama sangat.. walhal 4 hari je kot.. ada orang tu sampai tak cukup 4 hari kan? Apa pun cuti kali ni saya enjoy dan relaks.. 


Pagi hari raya pertama saya masak kuah lodeh.. baru nak masak!! Hahaha..dasar pemalas betul.. then, after zuhur, sambung tidu sampai petang..petang tu mak saya pergi umah nenek sedara, tapi saya malas nak ikut.. so, stay at home dan kemas mana-mana yang patut.. malam tu dapat mesej dari Mak Ngah tanya pukul berapa nak sampai rumah beliau.. saya terus call ibu.. then after Isya’ shoot pergi sana.. Raya Aidiladha ni, saya tak pakai baju raya pong... so, no pic at all..

On the way nak pergi sana, masa saya drive ada benda jatuh atas kereta.. bunyi memang kuat lah kan.. saya usha tingkap sana sini, takde apa-apa pulak.. tapi dalam hati duk risau jugak.. masa pergi topup minyak, baru perasan cermin dashboard bergaris.. ahhh.. sudah! Saya asa memang ada garisan kaca, then masuk dalam kereta raba-raba cermin dari dalam, Alhamdulillah.. garisan tu luar je.. tapi one-soon-day, cermin dashboard tu mesti pecah punya..


Hari sabtu pulak, pergi lawat mama-gorgeous kat hospital.. my good-friend ; Syaza admitted HTAR.. sakit pinggang sampai tak leh nak bergerak.. punca tak diketahui.. almaklumlah, dokto semua cuti raya kan.. yang keja pun nurse-nurse yang gossiping..dokor pulak yang saya perasan muda-mudi sangat.. mungkin pelatih kot.. so, dari Rabu (24oct) sampai ke hari ni, tak dapat-dapat result dari sample darah yang di ambil.. but I knew she was a strong women. Sabar ye sygs!

Semalam pulak siang duk rileks je kat rumah..bangun pagi pun dah pukul 9 lebih.. breakfast memang kelaut lah kan? Pesen saya pulak, kalau time cuti, bangun tidu je duk fikir nak masak apa.. nampak macam mak-mak tak? Iskkk.. susah kot nak kikis habit ni.. tapi semalam sumpah, takde idea nak masak apa.. dalam pukul 11, mak saya ajak pergi rumah nenek saya.. apa lagi, pergi lah sebab confim ada makanan kan? Hahaha… buruk perangai! Ada nasi impit, kuah kacang dan serunding kelapa uolls… haaa, penuhkan perut di situ.. =]

Malam tadi pulak pergi rumah Mak Yang, saje pergi melawat.. ala, KL je pon.. 50 minit je dari rumah.. nak jumpa dengan anak Angah merangkap anak buah saya.. :) when baby around, you will smile all the time..right? tapi kenapa baby capat membesar..?



Sampai rumah pukul 11 malam.. flat abis lah energy dalam badan kan.. so, apa lagi..recharge energy for today lah..:)

So, I think I got a very-good memories during this long holiday.. even not going far away.


#Kenangan tu perlu untuk kita tersenyum masa tua nanti..

24.10.12

Peplum Style

sekarang kan tengah in baju "peplum"... saya ni taklah mengikuti perkembangan fesyen sangat.. but bila ramai yang pakai, so tu yang tahu.. tak pun google je.. confirm dapat jawapan..










cantikkan?? dia macam baju kurung kedah.. tapi dimodenkan..


memang teringin nak pakai.. tapi bentuk badan saya ni memnaglah tak sesuai nak bergaya dengan peplum... :(


kalau nak bergaya pun janganlah jadi mangsa fesyen ye... beringat sebelum diketawakan oleh yang lain...




23.10.12

Resepi Mee Kari Udang Simple



Setiap hujung minggu saya yang akan masak. Yelah, weekdays memang tak sempatnye nak masak.. bangun pagi pun terkebil-kebil, apatah lagi nak masak kan.. breakfast pun kat office.. beli sajo.. hehehe=D

So, sabtu lepas, saya masak Mee Kari Udang.. dari tengah hari sampai bawa ke malam, makan mee saje.. nasi tak lalu lah.. asyik nasi je kan..

Resepi Mee Udang Simple

Bahan-bahan :
40 ekor udang basah – saiz yang sedang-sedang
Sedikit halia*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
4 rempah sekawan
250ml santan kotak
300ml air
3 sudu besar serbuk kari – dibancuh dengan air
2 sudu besar cili kering – dikisar
1 keping asam keping
Daun kari secukupnya

Cara-cara :
Tumbuk lumat bahan bertanda *.

  1. Bersihkan udang, kepala dan kulit yang kita kopek tu, basuh bersih dan rebus. Air tak payah banyak sangat. Sekada menutupi kulit-kuli udang tersebut je. Dah mendidih, tutup api, tunggu sejuk dan boleh lah diblender. Blender sehingga hancur. Tapis untuk ambil air udang.
  2. Panas kan minyak, tumis rempah sekawan dan bahan yang di tumbuk.
  3. Dah naik bau, masukkan cili kering. Tumis sampai garing dan masukkan sebuk kari yang dah dibancuh tadi. Tunggu sehingga garing.
  4. Masukkan santan, air udang dan juga air. Agak-agak lah air tu. Jangan cair sangat, kang tak sedap!
  5. Kecilkan api, renehkan kari. Bila kari dah mendidih masukkan asam keeping dan juga udang. Udang masak tak payah lama nanti udang keras tak sedap.
  6. Rasakan garam + serbuk perasa dan taruk daun kari.
  7. Hidang kan!




Mee kari cara saya..

:)