30.11.12

Insurans apa korang beli yer???



Next year umur pasti bertambah satu angka lagi kan…makin bertambah umur makin singkat masa kita di dunia ini.. memang semua orang mengharapkan agar panjang umur dan sihat selalu.. tapi for future kita tak tahu apa yang menanti kita..

Sedang saya berkira-kira untuk budget next year.. saya terfikir tentang Insurans.. Life Insurans.. dan saya mahukan insurans yang full cover including maternity… Yes, I am not marry yet.. sediakan payung sebelum hujan kan?? Kos bersalin sekarang pun agak tinggi kan.. so, kita kena cari benda yang menyenangkan hidup kita.. Cousin saya pernah beritahu yang memang ada insurans cover maternity but I’m not sure insurans apa.. masa dia beritahu tu.. wat derkk je.. hihi:p

Kadang-kadang dengar kakak-kakak ofis bercerita pasal insurans anak-anak dorang… jelesss… kecik-kecik dah ada insurans.. yeah! Mak pak dorang mampu … mak pak kite tak mampu.. so, berdiri di atas kaki sendiri…

Korang-korang ada insurans tak?? Share lah sikit pasal insurans or whatever information you have with me.. saya hargai sangat-sangat…

Umur dah 24 tahun baru terkedek-kedek nak buat insurans kan?? Hahaha… tak lewat sangat kan??? Please say yes!

Last day... so sad!

Last day in November.. meaning another 31 days more o enter 2013... cepatnya masa berlalu... I'm not ready yet to meet 2013... 

Bulan Disember nak tiba, so, we need calculate budget untuk next year... acah-acah orang dah kahwin pulak kan?? hahaha:D kenalah buat budget, sebab sumber pendapatan ada satu je..kang over bu azam pun nak fikirkan dari sekarang... azam this year??? ada 3 lagi azam tak dapat nak dikecapi.. so, will bring it to next year... 

Bulan 12 ni musim rezeki murah.. sebab ramai yang buat majlis perkahwinan kan?? so, rezeki murah makan free.. hehehe =)

Mari berdoa banyak-banyak hari ni... Hari Jumaat hari yang mustajab untuk berdoa.. mana tahu akan termakbul... 


29.11.12

Penat

seriously minggu ni sangat lah pack dan memenatkan,.. badan memang dah rasa lemau nya... semalam ada annual year end dinner.. habis dinner pukul 11.30 malam.. sampai rumah pukul 12 lebih... pagi ni memnag badan rasa sengal-sengal ubi laa...

saya amat memerlukan spa saat ini .. :(

kerja melambak weiii!!


bye!

27.11.12

Perbezaan seluar dalam lelaki dan wanita..

pernah tak korang terfikir.. kenapa seluar dalam a.k.a spender wanita dan lelaki dijual berbeza... satu dalam kotak.. satu lagi lambakan je macam tu.. ada tak ada tak ???? korang terfikir?? adik saya yang bongsu tu pernah tanya soalan macam ni masa dia kecik dulu... ;p
























sources : Informasi.my

jadi kakak-kakak adik-adik makcik-makcik sekalian.. apa kata anda??

26.11.12

Basa-basi cerita kawin



Cerita pasal kahwin semuanya orang ingat seronok-seronok je..

Bila kita jumpa berbagai drama depan mata buatkan kita lebih buka mata dan minda untuk berfikir.. terutama drama berkaitan hal rumah-tangga.. perkahwinan tu tak semudah yang disangka.. bila sesuatu yang buruk atau negative berlaku depan mata, cepat-cepatlah berdoa dalam hati agar benda yang sama tak berlaku ke atas diri kita…

Sekarang  ni ramai kawin muda kan? Orang kata muda-muda ni darah tengah panas.. ego pun tengah tinggi.. jadi, pasangan kenalah pandai-pandai handle situation.. jangan nak panas je selalu, kang haru-biru rumah-tangga yang baru dibina..


Buat masa ni saya banyak lihat dengan mata kepala sendiri, drama rumah-tangga.. saya harap benda-benda yang buruk tu takkan berlaku pada rumah-tangga saya kelak..mintak jauh lah kan.. 

Lihat je apa yang berlaku, kalau boleh beri nasihat, berilah.. tapi jangan masuk campur urusan rumah-tangga orang lain yer.. nanti kang lain jadinya..

Sesudah sah lafaz ijab dan kabul seorang lelaki itu.. maka tersandar di bahunya tanggungjawab yang besar.. dan begitu juga wanita.. Dosa seorang isteri itu di tanggung sepenuhnya oleh seorang suami..

Saya tahu, takkan bahagia je sepanjang masa, mesti ada sedikit salah faham sana sini.. sebab hidup takkan perfecto.. 


ada ura-ura mengatakan yang sekarang ni ramai kawin muda sebab tengok kawan kawin muda.. :) apa pun, ambil lah dari segi positif.. jodoh mereka dah sampai..


 

coret-coret

Last week macam malas je nak meaip di sini... padahal banyak nau nak diceritakan.. =]

weekend yang lepas saya habiskan masa dirumah kenalan rapat.. ada majlis perkahwinan kakak beliau.. jadi saya diminta tolong sikit-sikit laa.. tak memasal saya jadi pengapit... haaa... kali ke 5 kalau tak silap jadi pengapit ni... jadi pengapit dah, jadi pengantin bila pulak erkk??? hihihi:p

lately, hidup saya penuh sangat dengan ketawa dan senyuman.. alhamdulillah... saya dikelilingi dengan orang yang menghargai saya..

Saya rasa bahagia sangat-sangat…

Dear friends! Thanks for being my real friends.. 

                                                                                                        
Hargai apa yang di depan mata, jangan dikejar apa yang jauh dari kita.. kalau betul itu kepunyaan kita, insya’allah ia nya akan kembali pada kita… 





22.11.12

Resepi Pavlova Sedap Dan Tips






Ni pavlova yang saya buat 2 minggu lepas rasanya.. tekak gatal bebenar nak merasa pavlova.. kalau beli harga agak mahal kan? Kalau buat.. haaa.. amek! Makanlah sampai puas.. tapi tekak saya memang tak puas lagi nak makan mende ni.. hahaha..:D

masa pergi beli buah nak buat topping ni, hujan lebat.. tapi saya redah juga.. demi tekak kan.. hahaha.. tapi hampa jugak, sebab strawberry takde..


Resepi pavlova:

4 biji putih telur (suhu bilik!)
3/4 cawan gula kastor (gula pasir pon boleh)
1 sudu besar tepung jagung - diayak
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila (yang ni letak setitik dua pon boleh) 

1/2 cawan Whipping Cream
Buah-buahan omputeh.. (kiwi,strawberry,anggur)

Cara-caranya :



tengah bakar... buat bentuk bulat2..


  1. Panaskan oven 130'c.
  2. Lapik kan loyang dengan baking paper
  3. Putar putih telur dengan kelajuan sederhana. masukkan gula sedikit demi sedikit.
  4. Bila semua gula dah dimasukkan, tukar kelajuan maksimum. Sehingga dapat "soft peak".. cuba terbalikkan putih telur tu, dia takkan terjatuh.. kalau terjatuh tu, belum lagi dapat "soft peak"..
  5. Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka. Gunakan spatula. Kacau rata dengan lemah lembut yer. Bila dah sebati dengan adunan sila berhenti mengacau,.
  6. Letakkan di atas baking paper. Bakar selama 1 jam. (bergantung pada oven masing2). saya bakar guna api atas bawah.
  7. Bila dah nampak bertukar kepada warna keperang-perangan, maksudnya pavlova dah masak. Tapi! jangan terus keluarkan dari oven.
  8. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk baru keluarkan.
    Pukul whipping cream sampai kembang.. hiaskan atas Pavlova dengan buah-buahan..



yang ni loyang besar...


saya buat double adunan.. seeloknya pavlova ni makan dengan buah-buahan masam.. sebab pavlova ni memang manis dikk.. jadi bila kita makan dengan buah-buah masam, rasa dia balance lah sikit.. tapi makan time sejuk.. memang terangkat weii!!

minggu depan saya nak buat lagi.. lepas dapat gaji.. hihi:D

tips:
#1 pastikan mixer dan tempat nak di mixerkan putih telur tu bersih dan kering dari sebarang air.
#2 pukul whipping cream jangan terlampau lama, nanti dia jadi cair.
#3 pukul whipping cream masa dia tengah sejuk. kalau suhu bilik memang tak jadi. 

21.11.12

WW )'=







211112



Hari ni tarikh cantik..   211112

kalau ada benda baik berlaku hari ni, mesti kita ingat kan?

Tapi kebiasaannya kaum hawa je yang remember about tarikh-tarikh keramat ni… kaum adam? Jarang-jarang yang remember tarikh keramat…one of my friend said : “kami banyak benda nak ingat… excuses kan?

Saya siap dah review calendar 2013.. hehehe…:D tengok-tengok jeling-jeling date cantik.. over tak??


Have a wonderful day friends!



 kuning diraja untuk tarikh cantik :)