29.10.15

Makan di Cotton Craft, Shah Alam.

Ahad lepas saya singgah makan di Cottoncraft, seksyen 13 Shah Alam. saya tak pasti dia ada FB page atau tak.. sebab saya jumpa kedai ni di instagram. kedai dia sama area dengan The Sumbs. masa saya sampai sini.. takde customer.. kedai kosong je tau...


ni kedai dia..
kawan saya boleh cakap..
ingat kan ajak pergi kedai kain?
hehehehe


ni buku menu dia..
fyi, weekend menu dia biasa-biasa je..
kalau weekdays baru ada menu special sikit..


yang ada laici tu air apple juice.. 
dia campur dengan laici..
saya order air jagung blended..
tapi nama commercial dia lain..
tengok kat resit nanti..


pasta tomyam..

sedapppp~~


pasta smoked salmon..
sedap...
tak pedas..
lemak-lemak rasanya...


nachos!!
ni saya suka..
selalu kalau makan.. rasa masam melampau..
I cannot masam sangat...
this is just nice masam dia..
recommend to try out!


ni design dalam kedai dia..


total price..
air jagung tu nama dia milky maze..

affordable for me..

korang should try..
guna waze taip je nama Cottoncraft...









28.10.15

makan-makan di office.

bulan lepas ada buat makan-makan kat ofis.. nampak tak gila pemalas nak update blog.. cerita bulan lepas baru nak cerita kat sini.. 

makan-makan ni buat time breakfast.. tapi menu macam makan tengah hari gaya nya.. hahahaha...


kuih kaswi tu togel sebab ada yang tak makan kelapa..
nak makan dengan kelapa sila golek-golek sendiri..
kelapa asing...





lontong @ lodeh!!

terpaling feveret wehhhh...
kuah ni office-mate yang masak..
memang sedap sangat...
tak pekat sangat tak cair sangat...
just nice..top of that sambal sotong kembang..
of courseee lah tuan belog masak.. 

:)

tips nak buat sambal sotong kembang ni.. sila gunakan gula melaka..
masukkan je seketul masa menumis sambal tu..



oven kat pantri tiba-tiba rosak..
so, microwave kan je udang ni..
nasib baik x bawak cheese..
kalau tak punah harapan nak makan cheese leleh leleh..



23.10.15

Menu diet low carb


mintak maaf lah ye..
gambar tak semenggah..
ni duk kalut pagi tadi...

sejak-sejak rasa badan macam belon...
saya limitkan pengambilan karbohidrat...
3 hari tak makan nasi..

sekali semalam buka puasa ibu masak nasi minyak...
acaner nak tolak?
untuk mengurangkan rasa bersalah saya makan dengan salad..
hahaha..
daun salad tu sama banyak dengan nasi...
lepas tu ada keinginan nak menambah nasi lagi..
cepat-cepat saiko diri balik..
penat-penat je control makan...
ni kau nak taram semua..
tak jadi tambah nasi..
:)


atas tu..
salad butterhead kalau tak silap nama dia..
potong ikut lebar mana nak..
bawang merah sikit.. slice halus..
tuna sikit..
telur rebus tu saya buat kuning dia cair..
lupa nak tangkap gambar..
rebus telur 7 min.. buat stop timer.. :p
lepas rebus tu terus rendam telur dalam air sejuk..

saya suka jenis running egg yolk.. 

letak lah mayonis pilihan anda..
sikit je letak tau..

Khasiat dan kebaikan Manjakani

selalunya yang cerita pasal manjakani ni orang dah kahwin... ramai tak tahu.. manjakani ni boleh je untuk orang yang belum kahwin.. tapi cara pengambilan tu berbeza lah dari yang dah kahwin..



bagi yang tak tahu rupa manjakani tu..
cam ni rupanya..
sumber google..

jom tengok khasiat dia...



KHASIAT MANJAKANI
Berikut adalah 1001 rahsia yang terdapat pada sebiji buah manjakani

1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

2. PENCEGAHAN KENCING MANIS
Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

3. PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM
Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.

4. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

5. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

6. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.

7. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.

8. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

9. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

10. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

11. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

12. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

13. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

14. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.

15. PERAWATAN KRONIK ULSER
Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

sumber: ZonWanita

Manajakani boleh di beli di Mydin atau kedai-kedai runcit india.. :)

21.10.15

jerebu = gatal mata + pening kepala

hari ni jerebu kuat jugak kan?
start semalam mata gatal-gatal dah...
hari ni sakit kepala pening...
berdenyut-denyut kepala ni haaa...
hari ni puasa...
puasa ganti...

harap dapat habis ganti sebelum end of year..
malas nak fikir hutang nanti...

puasa ni sekaligus diet..
sebab nak tutup nafsu pada nasi..
nasib baik sekarang memang jenis pemalas tahap dewa nak memasak...
kalau tak... makan 3 pinggan selamba je.. hahaha~~

saya tak tahu lah kenapa pemalas nak masak..
sebab takde orang nak makan kot??

bilalah boss nak umumkan esok cuti? heee~~

#WW make up light


semua barang silkygirl..

:)

syok sendiri ni nama nya...


19.10.15

Minimalace buat hal!

Saya ni kalau beli barangan online.. selalunya akan survey banyak-banyak dulu.. 
buat perbandingan sana sini..
maklumlah... duit tak berapa nak ada..
tapi nak bergaya.... camni lah caranya... heekkkkk~~

dari 2 minggu lepas saya dah jatuh cinta dengan dress songket Minimalace... korang tengok teaser songket dress kat instagram dia... seriuoslyyyyyy... rasa tak sabar nak pergi butik dia dan try...

kata nya akan relase sabtu (24th Oct) ni... sekarang ni nak tahu harga dan jugak design yang ada.. really hope ada warna kuning...

tapi macam takde jeeee~`

menguji kesabaran sangat tau!! sabtu lambat lagi...



saya berkenan betul dengan warna dan design ni...
tapi harap sangat dorang buat kaler kuning...

kalau mahal-mahal mampu pandang je yer...

hikhikhik:p



Resepi asam pedas ikan.

Assalammualaikum..

selamat pagi Isnin.. :)

hari ni jerebu amatlah teruk kat Damansara ni.. keluar kereta je sakit kepala.. menyengat tau dia punya sakit kepala..

semalam hari golek-golek.. heee~~ I don't do anything beside cooking.. kemas rumah adik yang buat.. baju kerja pulak malam baru iron.. itu pun 3 helai je.. kemalasan menguasai diri..

semalam masak asam pedas ikan.. macam dah lama pulak tak makan asam pedas...

dalam fridge ada ikan belanak 3 ekor ikan kembung kecik 3 ekor.. combine kan je dalam asam pedas.. sebenarnya nak buat ikan goreng separuh.. boleh pulak minyak habis.. ngam ngam masak asam pedas je.. nak keluar memang malas lah.. nak kena salin baju bagai kan? maka, semua nya di asam rebuskan sajooo..


semalam masak asam pedas resepi olah sikit dari biasa...

Resepi Asam Pedas Ikan.

Bahan-Bahan:

Ikan - ikut korang nak ikan apa
Bawang besar 1 biji**
Bawang kecik 2 biji**
Bawang putih 5 ulas**
Halia 1 inci**
Kunyit hidup 1 inci**
Buah keras 3 biji**
Serai 3 batang
Daun Kari secukupnya
Bunga Kantan 1 batang
 2 senduk Cili blender
Air Asam Jawa 1 mangkuk sederhana
Asam Keping 

Bahan ** tumbuk lumat.

Cara-Cara Masak Asam Pedas Ikan

Tumis bahan bertanda ** sehingga garing.. time ni bau sedap!
lepas tu kecikkan sikit api, masukkan cili blender..
tumis cili sampai pecah minyak.. oh, masak asam pedas memang guna minyak banyak sikit tau..
kacau selalu cili bagi mengelakkan berkerak..
bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa.. air asam jawa ni bancuh jangan pekat sangat..
kang over masam dia..
time ni masukkan sekali serai, daun kari dan bunga kantan..
bila dah menggelegak, masukkan air sikit.. ikut kepekatan korang nak..
masukkan ikan sekali.. garam dan secukup rasa..
asam keping pun campakkan masuk..
dah menggelegak, masukkan bendi @ tomato kalau ada..

senang kan?

semalam lepas makan dalam pukul 2 petang macam tu hujan lebat... selebatnya...
makanya, kita tidur... hahahahaha... ternak lemak sungguh.. bangun tidur, mandi terus keluar.. pergi topup barang dapur..


tapi menyinggah ke sini dulu..
Cendol Seksyen 7...

tak manis sangat... just nice..
1 mangkuk RM2.00

kat situ ada 2 van.. korang pilih van kaler putih.. 


banyakkan minum air kosong hari ni...


15.10.15

Yang Kaya Makin Kaya.. Yang Miskin Makin Papa

hari ni ramai yang mengamuk toll naik..
yelah, sana sini naik tapi gaji takuk tu jugak..
sana sini naik...
tapi RM makin turun....

saya struggling nak cari kerja dekat dengan rumah..
tak payah bayar toll dan parking..
tapi belum ada rezeki lagi...

nak tak nak kena sabar lah kan?

orang yang semua boleh claim..
selamba lah tutup mata..

kadar toll di naikkan sebab nak bina hospital? sebab nak bagi kesenangan rakyat katanya...

hurmmmmmm....

tanda-tanda akhir zaman..
yang kaya makin kaya, yang miskin bertambah miskin...

malas dah nak bebel...
bertambah sakit hati ni...


kalau marah-marah kang cepat keduttttt..
so, senyum... 
^_^

9.10.15

Shawl / Selendang bertunang Hanis Zalikha berapa meter?

Nak tanya ni.. pada yang expert... yang bakal berkahwin ke bakal bertunang ke...

ada sesiapa tak tahu berapa meter shawl Hanis Zalikha masa dia bertunang..




jenuh duk google.. tak jumpa jawapan nya...


7.10.15

#WW Dalam Dilema

Kejap nak..

Kejap tak nak,,,,


apa punya masalah daaaa~~



6.10.15

Resepi Brownies Kedut Kedut

Hari tu ada share gambar je.. Brownies Kedut Kedut ...

Seperti biasa lah.. resepi ni hasil google yer.. hehehehe:D

Korang check it out kat blog Kak Azlita ni yer... malas nak copy.. saya memang ikut sebiji sebiji.. takde derhaka.. hehehehe:D


sebelum di bakar..
topping : walnut & white chocolate chips & chocolate chips


see kedut kedut?
menjadik!!


then saya rajin buat topping salted caramel..

resepi salted caramel sauce.

1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu cair
sedikit butter

cairkan gula perang. api kecik yer. lepas tu masukkan whipping cream. kacau sehingga gula hancur.
masukkan susu cair. susu cair ni masuk sikit-sikit. tengok pada tahap kepekatan yang kita nak.
tutup api baru masukkan butter. butter ni dalam sesudu makan.

caramel ni makan dengan roti pon sedap!!

selamat mencuba...



New Collection from Poplook

Hari ni Poplook keluarkan design untuk wedding.. saya memang duk menunggu dari semalam.. lepas stalk ig dia.. huwarghhhh.. banyak nya kaler menarik.. tapi tak tau nak pilih mana.. rambang mata hoittt....







both I likeeeee....
aduhhhh..

acaner ni??


ni pon cantik..
tapi kena beli asing-asing..
dia tak jual 1 set...


sekarang ni tak tentu arah pulak rasanya..
hahahahaha...
bengong betei...



5.10.15

Review Menu Magnum Cafe : Magnum Soup Bowl

sekolah cuti 2 hari.. maka jalan raya tak bersesak bagai... hehehehe:D

haze hari sabtu memang teruk sangat.. duduk dalam rumah pun berkabus siap pakej bahang.. menitik-nitik peluh.. hari sabtu saya tak ke mana pun.. pergi pasar je.. tapi ikan mahal weh... ikan tak banyak pilihan.. last-last beli ayam je.. 

semalam pergi MidValley.. makan teppanyaki.. lepas tu makan dessert kat Magnum Cafe.. teringin Magnum Soup.. saya suggest kat korang.. tak payah try menu ni.. tak sedap!! cukuplah sekali je makan.. lagi sedap Triffle Magnum tu..




dalam tu dia ada biskut beras, soya milk yang cair, aiskrim vanila..
sumpah tak sedap!

harga RM25...
tak berbaloi...
pinggan tu besar gila..
isi dia cinonet je...




dan dan menggedik kat tangga tu..
takde orang..
dulu masa mula-mula bukak Magnum Cafe ni...
kemain orang siap que macam nak beli tiket wayang..
sekarang nan ado..
yelah, sekali dua merasa boleh laa...
mahal..!


pagi ni breakfast lontong...
heavy breakfast uolls...

potluck dengan office mate..
saya rebus telur dan buat sambal sotong sikit...

memang kenyang sesangat...


my bowl...
kejap lagi lunch nak repeat balik..

perut dah muncit...
makan tak reti nak kawal..
haishhhhh..

kenapa lah benda lelemak je sedap?