9.5.16

Tengok AADC 2 - Jangan kacau tunang saya

Semalam pergi tengok Ada Apa Dengan Cinta 2.. sebelum ni saya bagitahu kat tunang nak tengok cite ni.. lepas tu dia replied "cite tahyul ni.." hahahahaha.. biasalah lelaki... saya tak kisah pun, so decide nak pergi tengok dengan girlfriend lah nanti... tiba-tiba last Friday dia cakap nak tengok tak cite AADC 2 ni? of course lah nak kan? 

so, semalam pergi Setia City Mall.. kalau ikutkan saya nak pergi MidValley.. nak jalan-jalan.. tapi takpe lah lenkali lah pergi.. lagipun ke MidValley tu makan masa.. so, amik tiket pukul 2:35petang.. nasib baik still ada seat tapi tinggal belah-belah depan jugak lah... tak kisah lah... 


korang mesti dah tau ending kan? tunang saya tak habis-habis cakap "kesudahannya dia rampas tunang orang..".. hahahahaha.. nak buat macam mana.. Rangga tu hero cite ni...

bila fikirkan balik.. benda kalau kita simpan dalam hati... tetap akan dikenang sepanjang hayat.. macam Cinta.. dia simpan semua barang-barang masa dia dengan Rangga.. walau dah 9 tahun pun masih elok dia simpan.. tu maksudnya dia masih terkenang.. memang susah nak move on lagi kalau kita jenis sayang ketat ketat.. tapi untuk mulakan perhubungan yang baru kita kena bersihkan dulu hati dari kisah kisah silam.. reset hati tu.. 

1 pertemuan boleh memisahkan perhubungan yang lain.. kan?

balik rumah terus tengok dalam almari.. ada lagi tak barang barang sejarah silam yang saya simpan.. memang tak de dah... heeee~~ 

cite ni slow.. padahal nak tahu kenapa Rangga putuskan hubungan je.. yang Cinta dengan kawan-kawan pergi bercuti tu sikit sangat ditonjolkan dalam movie ni...

saya bukanlah nak sangat sangat tengok movie ni.. tapisebab dah tengok part 1.. of course kau nak tahu sambungan nya.. kan??

untuk orang luar tu.. janganlah kacau tunang orang, isteri orang atau GF orang.. hak orang jangan di cuba-cuba.. 

btw, Rangga tu muka dia memang muka egois kan?

6.5.16

Mumbling di hari Jumaat

Sekejap je minggu ni dah jumpa jumaat.. sebabnya isnin lepas cuti kan? Seronok je jumpa jumaat yang tak seronok bila jumpa isnin.. hikhikhik:p betul tak?

Cuti yang lepas tu tak kemana pon.. sibuk mengemas bilik-bilik kat rumah.. tapi bukan saya lah mengemas.. ibu yang kemas.. saya tolong sikit-sikit je.. kalau bab masak saya memang takde masalah.. suruh masak 5 6 lauk sorang-sorang pun saya sanggup.. tapi bab mengemas, suruh kemas bilik sendiri pun rasa nak hentak-hentak kaki.. perangai tak semenggah..

Weekend ni takde plan pun..  rasa esok nak pergi buat walking kat taman rekreasi seksyen 7 tu.. lepas tu nak pergi pasar beli hidupan untuk minggu depan.. kalau butik pengantin bukak ingat nak singgah sekali lah.. sebab nak bayar ansuran pakej tu.. yang best nya butik saya pilih ni, boleh bayar berapa yang kita ada sampai lah habis harga pakej tu.. tapi bayar habis sebelum majlis lah.. bak kata kakak owner tu “kang tak naik pelamin kau dik..” muehehehehe:D

Tapi hari ni saya rasa jam lambat sangat.. selalu hari jumaat laju je dia gerak.. ni dari tadi tengok jam.. bila nak pukul 6 ni weh? Kemain kan menunggu waktu balik.. padahal kerja ada je tak siap lagi.. tapi sebabkan saya baru je kerja kat sini, jadi kerja tak banyak lagi.. baru sikit-sikit je boss bagi kat saya… tu yang bila boss busy saya mati kutu.. sebab tak tahu nak buat apa.. bila ada tak faham pulak, dah tergendala disebabkan kena tunggu dia.. sebelum ni kerja-kerja saya semua boss yang buat.. tu yang tak de siapa boleh dirujuk kalau tak faham ke apa..

minggu nbi hari-hari hujan lebat waktu petang.. seronok! sebab malam nanti nak tidur sejuk je.. nyaman..


Tengok total post untuk this year tak sampai seratus pun.. bukan pemalas ye.. kekangan masa.. nak berjalan ke blog lain pun dah payah sikit.. kadang nak menulis idea yang takde.. 

DIY Scrub Badan

Sekarang ni ramai suka buat DIY untuk scrub muka ke scrub badan ke.. sebab kita tahu bahan yang kita guna tu takde bahan kimia atau pun terlalu sedikit bahan kimia.. saya ni memang suka men diy kan untuk muka ke badan ke.. 

kalau korang baca entri-entri lepas ada lah baca entri saya buat mask sendiri.. memang setiap minggu saya buat.. biasanya akan gunakan yogurt.. 1 tiub kecik yogurt tu boleh guna untuk 4 ke 5 kali mask muka.. bahan lain pulak bergantung apa ada kat dapur.. kalau takde apa yogurt tu separa beku kemudian tepek kat muka.. memang best! sejuk je....

sekarang ni nak try buat scrub badan.. kat bawah ni semua hasil google.. senang nak rujuk nanti.. :)

sumber : Whatawomansay

sumber : HelloGlow

yang ni ada step by step.. 
bahan yang boleh kita gunakan..


sumber : Lorensworld

yang atas ni selalu nya orang barat lah buat..

kalau orang melayu.. kita panggil lulur.. kebiasaan nya orang kita gunakan beras dan juga kunyit.. saya pernah baca, goreng beras tanpa minyak hingga ringan.. kemudian tumbuk kasar bersama kunyit hidup... lepas tu lulur / scrub badan.. boleh juga campur sedikit minyak zaitun..


kebaikan scrub badan ni adalah untuk membuang daki dan juga kulit-kulit yang dah mati.. kita hari-hari sabun badan tapi kulit mati masih lekat kat badan.. kulit makti ni degil.. jadi kena gosok guna bahan yang tekstur kasar macam garam dan gula dan oat.. garam selalunya orang guna garam bukit kalau tak silap... garam kasar dan gula guna brown sugar.. nak mudah pergi je spa.. hehehehe:D

so, task minggu ni goreng beras... hihihihi :)

5.5.16

Bella Ammara di Zalora

Hai korang... lama tak update sebab a bit busy... diam tak diam, bulan depan dah nak puasa.. korang dah ganti ke belum hutang puasa tu? Jangan duk tangguh tangguh.. lagi pulak sekarang dah banyak keluar design baju raya.. mood raya tu cepat je datang kan?

Salah satu jenama terkenal yang up to date, Bella Ammara. Dari 2012, lagi Bella Ammara selalu keluarkan rekaan yang cantik-cantik. Takdelah kita yang pakai tudung ni jeles tengok orang bergaya.. sebab kita pun boleh bergaya sama.. Boleh saya katakan Bella Ammara digemari sebab design dia mematuhi syariah..


Kalau tak percaya pergi terjah laman web Bella Ammara for Zalora ..






Saya suka warna merah.. bukak je website Bella Ammara for Zalora terus tergoda dengan jubah ni.. Maya jubah nama dia.. sekarang kan orang pakai design begini..

Pemilik Bella Ammara ni sepasang suami isteri, Sharifah Nabilla Al-Yahya dan Muhammad Khalif Samsudin. Walaupun dah ramai peminat dan pengikut setia jenama mereka. Kedua mereka tetap mengekalkan ciri muslimah yang sopan dan moden.

Korang tak nak ke cantik bergaya dengan rekaan dari Bella Ammara?  Jom order kat Bella Ammara for Zalora .. free delivery lagi! J jimat duit minyak duit toll korang.

Moh cuci mata tengok rekaan untuk raya..






Yang ni nama nya Mayang Kebaya.. potongan nya loose.. takde lah Nampak bentuk badan kan.. lemak pun boleh di simpan yer.. maklumlah, time raya makan memang tak ingat dunia.. hahahaha..=)






Yang ni kalau buat pergi wedding pun cantic kan? Saya suka tang bahu tu.. mcm ada wing gitewww...


Nak tengok yang lain terjah Bella Ammara for Zalora tau! kang saiz dah habis takde stok.. jangan nangis.. :p