28.2.12

HAYAKI - jom kita makan..^^

Dekat kawasan ofis ni banyak sangat kedai makan yang best-best.. mana lah tak membesar dengan jayanya..kan?? hari ni nak cerita pasal restoran ni..


sumber google


yang ni kawan order..
nasi goreng hayaki kalau tak silap...



jeng...jeng...
ni saya punya...





nasi ayam kukus hayaki..


mintak maaf, handset murah memang gambar tak terang...



i like this sambal..
tangkap leleh...
siap mintak lebih lagi walaupon hidung dah berair, lidah dah terbakar..


drinks dia pon boleh tahanlah..


nasi kat sini memang dia bagi banyak.. boleh share dua orang.. ayam pon besar gabak.. saya siap tapau ayam lebih tu bawak balik.. rasa dia tak terlalu sedap.. tapi kategori sedap jugak lah...**ayat macam kap lam ya nga** hahaha:) but tak menyesalah anda mencubanya... harga masih boleh diterima pakai lagi... kalau datang waktu lunch, sila gagahkan diri untuk beratur..


hayaki ni kat damansara uptown.. sila google ye..:)


 


27.2.12

Ala-ala Meatball Ikea

Last week habiskan minggu dengan berpuasa.. saja ganti puasa dan juga puasa sunat.. nak reduce weight cara macam ni sambil menyelam minum air lah kan?? Biasalah nafsu orang berpuasa ni, nak buka macam-macam menu yang di fikirkannya.. So, sambil duk fikir-fikir tu.. ting!! Nak makan meatball Ikea.. dekat je dengan ofis.. balik boleh terus pergi je kan.. tapi di sebabkan dah akhir bulan.. $$$ pun dah berkurangan.. fikir kaedah lain.. google punye google, jumpa 2 3 resepi macam meatball Ikea ni.. but I combine all the recipe and terkeluarlah my version…




Even rasa not 100% sama, tapi adalah jugak rasanya sipi2 sama..

Meatball tu saya beli yang dah siap punye.. nak ekspress je sebabnya tak sabar nak makan.. nak menguli bagai kan.. but, saya pernah try resepi meatball yang ni..

Resepi asal : Alia Myresepi

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 cawan daging hancur/kisar
  • 1/3 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
  • Garam secukupnya
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih
  • 3 sudu sos tomato => tak taruk
  • 1 sudu sos tiram => tak taruk
  • 12 biji tomato ceri => tak taruk
  • 2 sudu besar minyak masak
  • ½ sudu besar lada hitam
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji bawang besar Holland => potong sampai halus
Cara-cara
  1. Gaulkan daging dengan breadcrumbs dan garam. Buatlah bentuk bulat kecil-kecil.
Satukan breadcrumbs, tepung gandum, garam, lada sulah dan lada hitam.  
  1. Panaskan minyak. Masukkan daging tadi. Goreng sehingga daging keperangan atau masak.
Campurkan daging hancur dengan bawang, kemudian masukkan bahan yang telah di satukan tadi.Agak-agak sampai boleh di bulatkan. Buatlah bulat kecik-kecik kan.
Bakar 160°C selama 20minit - 25 minit. Jangan terlebih bakar, nanti bebola daging akan menjadi kering. Then, goring dalam api yang besar. Kejap je, bagi tukar warna.

#warna merah tu saya edit ye.



Resepi Kuah Meatball.
·         3 sudu besar butter @ marjerin
·         2 sudu besar tepung gandum
·         1 ketul kiub ayam
·         3 sudu besar sos tiram
·         3 sudu besar kicap manis
·         2 sudu besar sos black pepper
·         ½ cawan thick krim
·         1 biji tomato => potong kecik2, hancur lah kiranya
·         1 biji bawang besar Holland => potong dadu
·         1 tin cendawan butang
·         1 sudu makan tepung jagung => di bancuh dengan sedikit air
·         3 sudu besar cheese parmesan
Cara-cara
1.      Cairkan butter gunakan api yang kecil sahaja.
2.      Masukkan bawang besar tadi, masak sampai dia layu, masukkan tepung gandum.
3.      Kacau tepung gandum sampai warna dia bertukar pada brown color. Hati-hati sebab takut hangus tepung tu.
4.      Agak-agak dah tukar color tu, masukkan thick krim, sos tiram, kicap manis, dan sos black pepper. Kemudian kiub ayam.
5.      Agak-agak dah menggelegak tu, masukkan tomato tadi. Tengoklah kuah korang nak banyak mana, kalau rasa-rasa tak cukup, tambah air sikit. Yang ni kena adjust dengan krim lah. Air tak boleh lebih banyak dari krim ye.
6.      Masukkan cendawan jugak.
7.      Tengok pada kepekatan kuah, kalau kuah korang tercair sebab tambah air tadi, korang tambah lah tepung jagung ni. Bila dah masukkan tepung jagung ni korang kena kacau selalu, nanti kuah die hangit.
8.      Adjust rasa dia, sebab tadi dah masukkan sos tiram. Masukkan cheese.
9.      Siap!

Masa masak kuah ni, (dalam gambar) saya terguna whipping cream.. hahahaJ so, kuah saya rasa manis.. meatball yang saya beli siap tu, saya bakar dulu then goreng dalam api yang besar. Bertukar warna je terus angkat.

next time kena buat lagi untuk mendapat rasa perfecto lah.. seronok dpaat makan ni.. berebut-rebut dengan adik-adik saya.. hehe~~

24.2.12

membaca pepatah di hari Jumaat

Assalammualaikum...

today it's friday.. yeayy!! macam lama nak tunggu hari jumaat ni.. nak update blog dengan macam-macam cerita.. but, kat ofis dah tak boleh nak post entri lah.. hanya baca blog je boleh.. benci!

hari ni nak share quotes yang saya tertarik dari blog Poyaty... 


" I wish memories were like text messages, so we could delete the ones we don't like & keep the special ones forever"

memang sangat mengharapkan sebegitu... tak larat nak ingat memori yang panjang menjela..memang banyak kenangan yang manis tapi mengenangkan kisah disebalik itu.. Allah je tahu bagaimana perasaan tu terguris... 


"Be honest with the people who love you, they deserve your honesty"

I thought I will deserve honest when I being honest in every single thing I done.. tapi sebaliknya.. Mungkin bukan nasib saya kan.. cuba untuk trerima keadaan ini... tabahkanlah hati ni.. ATAU mungkin he not love me.. it's ok.. dah boleh terima kenyataan...



" Dear past, stop tapping me on the shoulder. I don't want to look back anymore"

tak larat nak ingat dah.. "dear past, please give me back my heart, my soul and my trust." that's all I need.




kebelakangan ni.. asyik fikir masa silam.. gugur air mata.. sebab rasa macam tak berbaloi atas apa yang saya buat dengan apa yang saya dapat...


Ya Allah, aku mohon Kau berikanlah balasan setimpal atas apa yang berlaku..ameen~~

19.2.12

terasa lagi... #sentap

malam ni terasa hati sangat...;(





Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini...

mohon takdir menyebelahi diri ini... sangat mengharapkannya...

hati ni dah terlalu banyak memendam rasa.. sampai saat ni rasa dah tak larat nak pendam semua.. mohon agar Allah mengosongkan kotak hati ni.. 
jika esok ada lagi untk diri ini bergembira.. akan ku hayati sepenuhnya...

Adakalanya kita PERLU menangis, agar kita tahu hidup ini BUKAN sekadar ketawa..

Adakalanya kita HARUS bergelak, agar kita tahu MAHALnya nilai airmata..


selalu senyum.. namun tak seorang pun tahu apa yang diri ni rasa..


17.2.12

Siapa Dia Sebelum Daku?

"Aku selalu memikirkannya
Siapa dia sebelum daku
Gadis kau puja hingga kecewa
Kini kau tak menyatakan
"
 pernah dengar tak lagu tu? Siapa Dia Sebelum Daku.. lagu lama.. korang-korang pernah terfikir tak macam dalam lagu tu?



Saya tak pernah lah terfikir perkara ni.. pernah tanyalah kot.. entah, lupa dah.. bukan apa.. ade seorang kenalan saya, yang mesti tanya habis-habisan pasal benda ni kat bf die.. she told me that she only want to know.. sebab taknak buat kesilapan yang sama.. ouhhh.. so sweet laa kan..

Tapi…



Pada pandangan saya.. tak payahlah nak tahu kot.. tu hal antara mereka kan.. benda dah settel, dah takde mende lagi nak dikenang mahupun ungkit... so, let it go...

Nanti kang ada yang bergaduh kang.. tersentap ke.. tersentap tu bahaya okay dalam sesuatu perhubungan tu.. so, benda dah lepas tak payahlah nak ditanya-tanya lagi.. just create a new story of your love story.. itu lebih membahagiakan.. betul tak??



bila marah dan benci menjadi satu.. kenapa tiba-tiba sayang pulak yang saya rasa?? hurmm.. weird..^^ biarkan rasa ni berlalu seperti angin.. harap-harapnya begitu...






15.2.12

#WW Perang Iklan Telco

13.2.12

Resepi Mi Hailam Simple

semalam seharian duk kat rumah je.. sebab hari sabtu tu, puas dah merayap...:) sebab ibu pun takde, maka dengan sopannya saya bangun lambat.. hikhik.. opsss!! ala, nak bangun lambat sekali sekala kan.. 

bila bangun dah pukul 11.. sure punye kelaparan.. selalu kat ofis pukul 8 dah pulun breakfast dah.. segera lah pergi tengok dalam fridge ade apa-apa taj yang boleh di masak.. bahan utama mi kuning.. nak goreng dah jemu.. muakss! buat sup pon sama.. maka dengan kreatif sebab perut lapar, saya buat mi hailam.. simple je mi ni, sebab tak de banyak bahan... guna segala mende yang ade je..


simple but nice..
eceehh..


close up sikit..


Bahan-bahan :
1 paket mi kuning
1 ikat sawi 
1 batang carrot
6 ulas bawang putih -- tumbuk halus
1 biji bawang merah -- tumbuk halus
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1 ketul kiub ayam
3 biji telur
beberapa ketul ayam
kicap secukupnya.

Cara-caranya:
  1. Tumis bawang besar dan putih yang dah ditumbuk lumat sehigga garing.
  2. Masukkan cili kisar dan tunggu sehingga cili menjadi garing.
  3. masukkan sos cili, sos tiram dan jugak sos ladahitam, kacau rata..kecikkan api..
  4. masukkan air, ikut koranglah nak kuah banyak mana.
  5. masukkan kiub ayam tadi dan jugak ketulan isi ayam..
  6. masukkan kicap, tengok tahap kehitaman kuah ye.. kalau apaki kicap pekat, jangan taruk banyak, saya pakai kicap cair, kena taruk banyak.
  7. bila dah mendidih, masukkkan sayur sawi dan carrot, pastikan potong kecik-kecik ye.
  8. Bila dah empuk sayur tu, masukkan garam dan bahan perasa serta bancuhan tepung jagung tadi.
  9. pecahkan telur dan masukkan mi kuning.
  10. Agak-agak mi dah mesra dengan kuah tu, bolehlah tutup.
  11. Hidang dnegan bawang goreng, fuhh! terangkat.

kalau ade cili padi pon boleh masukkan,. 


saya jarang sukat bahan-bahan dengan betul.. selalu men campak-campak je sesuka hati..

selamat jamu selera!




8.2.12

Sok Sek Sok Sek.....

Assalammualaikum..

Selamat pagi semua... hari ni dah start keje balik selepas 4 hari cuti.. lama kan kita cuti.. after this takde dah public holiday gabung-gabung macam ni.. bulan 5 labor day.. but I plan to take annual leave in March.. tengok lah dulu nak amik ke tak.. tak berapa nak confirm lagi..

Cuti saya 2hari telah di penuhi dengan baring atas tilam.. saya kena selsema dan serangan demam.. nikmat kesihatan tu, bila di tarik.. sengsaranya lah.. Ya Allah, bersyukur atas apa yang telah Kau berikan..

Sebenarnya takde apa yang di update kat sini.. tapi gian nak menulis di sini.. even takde orang baca.. but I dont care.. this is my blog not yours..

Kita tak perlu kenang pada kenangan lalu sebab ia akan membunuh perasaan kita.. tapi kita perlu kenang kenangan lalu jika ia boleh menjadikan diri kita lebih baik dari semalam..



sumber google