28.9.12

just saying

hati ku ini terlalu banyak luka...
memendam rasa yang sudah betahun lamanya..
kadang nak luahkan tak tahu pada siapa..

ada benda yang selalu berlegar-legar dalam kotak hati dan perasaan...

air mata selalu tumpah... melegakan perasaan hati ni...

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMU yang sabar dan tabah... amin..



26.9.12

WW Girls are Strong!!


25.9.12

follower ke-1000

hari ni saya dapat follower yang ke-1000... :) thanks to all followers yang sudi follow blog tak seberapa ni..

orang bertuah dapat angka 1000 adalah ceriteRa MysaRa .. Terima kasih!


24.9.12

Tips elakkan muka berjerawat..



Assalammualaikum!!

Selamat pagi Isnin. Minggu terakhir di bulan September dan jugak minggu ni minggu bergaji… hehehehe…=] lama menunggu okey! Hari ni saya berpuasa sunat Isnin; moga dipermudahkan segala urusan hari ni…:p

Weekend minggu ni terisi sikit dengan dua aktiviti.. sabtu tu ajak Syaza pergi lawat baby baru lahir.. kawan sekerja dulu..baby boy.. masa mak dia siapkan air mandi untuk baby ni, baby tetibe melalak.. gelabah lak saya.. kakak tu tanya, asal tak angkat? Takpe angkat je.. hihihi.. saya tak reti dan tak berani nak dukung baby baru lahir.. kepala dia lembut lagi kan? ..tak reti pun iyea jugak! Hahaha.. mana ade pengalaman wei.. kalau nak dukung sepupu yang baru lahir tu.. ibu saya bukannya bagi.. dia takut saya terganas kat baby tu.. huhu.. Syaza je lah yang dukung baby tu.. almaklumlah.. dia kan dah de pengalaman.. anak sorang dah dia tu..


baby Hilman :)

Balik dari rumah kakak tu, ajak Syaza pergi makan mcd.. saya belanja! Hikhik:p nasib baik dia nak.. sebab saya dah lama tak window shopping.. tu pun kejap je kami ber”window” shopping.. sebab dia bawak anak dia kan.. and anak dia pun dah nak meragam..so, terpaksa lah balik.. saya pun balik lah sekali.. malas lak nak pusing-pusing lagi kan..

Ahad saya memang duk rumah je.. pampered myself! Pakai mask, scrub muka dan juga mandi lebih lama.. shower almost 2 hours.. sekali sekala kan manjakan diri sendiri.. kalau sendiri tak buat siapa pulak nak buat kan.. kalau banyak $$$ bolehlah pergi spa..
Ramai bertanya macam mana saya jaga muka sebab takde jerawatkan.. dalam setahun sekali dua je saya kena jerawat.. tu pun seketul je.. 

Dalam dua minggu sekali saya akan buat benda ni.. 

tips elakkan muka berjerawat.. 


  1. Basuh muka dengan pencuci muka. Tonyoh lama sikit. Bilas dan keringkan.
  2.  Potong tomato pada 4 bahagian. Then tonyoh pada muka. sebelah kiri 1 bahagian tomato, sebelah kanan 1 bahagian. So, sebiji boleh buat dua kali. Tonyoh sampai tomato tu hancur. Then, tunggu dalam dua minit. Basuh muka bersih. Lap muka kering2.
  3. Ambil sedikit minyak zaitun. Ratakan ke suluruh muka. sambil tu silalah mandi ye.. biarkan kat muka dalam 10 minit. Minimum 5 minitlah ye, nak bagi zat-zat dan khasiat diserapkan kat muka tu.
  4.  Basuh muka dengan pencuci muka.
  5. Rasakan kesegaran muka. 

saya guna minyak zaitun yang ni.. :)

 Dan saya tak gunakan toner atau pelembap.. sebab saya takde set lengkap untuk skincare.. selamat mencuba yea!




20.9.12

peristiwa malam tadi..

semalam masa drive balik jalan memang agak sesak dari biasa.. sesambil drive google resepi rojak tepung @ rojak mamak.. (jangan tiru aksi ini.. merbahaya!) so, dengan semangat yang tinggi, sampai rumah terus pergi kedai.. beli barang apa-apa yang patut.. time nak bayar tu baru teringat pasal ubi kentang bahan utama.. so, mintaklah ubi kentang dari pekerja kedai.. tapi dia boleh cakap dah habis... huwaaa..... masa tu memang menggelegak dah api kemarahan... rasa nak suh je die tutup kedai tu.. sebab barang yang senang nak dapat pun takde,..

naik kerumah dengan perasaan yang kuciwa dan hampa... sambil layan muka hensem Nazim Othman (Kau Yang Terindah), teringat gak kat rojak... iskk.. xleh jadi ni.. habis je cite tu.. dengan segera pakai tudung turun rumah drive pergi bandar klang... kat klang ada rojak famous "Rojak Klang Ghani" kat foodcourt berdepan dengan ShawCenter Point..





 hensem!!!

sumber google


yang peliknya..sambil drive tu saya menangis... hahhahaha... semat-mata demi rojak... kalah orang pregnant yang mengidam.. kan???

alhamdulillah, dapat jugak makan rojak malam tadi.....



sumber google...

18.9.12

Petua Cepat Jodoh #1

 Assalammualaikum........

selepas bebehari godek-godek mr.google.. saya perasan bahawa ramai lagi yang tak kahwin sebenarnya.. yang tak bertemu jodoh lagi.. perempuan dan lelaki sama je sebenarnya,,.

so, hari ni nak bagi petua untuk kita yang bujang-bujang ni...

Membaca surah Al-Fatihah berulang kali atau sebanyak yang mungkin dalam sehari. Niatkan dalam hati supaya Allah memberi jodoh yang baik untuk kita..

mudah kan?balik kerja sambil drive pun boleh buatkan....

mudah-mudahan berguna untuk kita semua yer... =]



14.9.12

Bersediakah kita? Kita sendiri pun tak tahu kan?



Akhirnya minggu ni berjumpa Jumaat kembali. Waktu begitu pantas berlalu meninggalkan kita. Saya memang nak waktu pantas berlalu sebab nak berjumpa tarikh 27 sept. hehehe :D korang mesti tahu kan kenapa.. memang tunggu saat tarikh tu.. 

Minggu ni pun Syawal akan meninggalkan kita. 16hb nanti hari terakhir bulan Syawal. Moga kita semua berkesempatan menemui Syawal tahun depan. Insya’allah. Alhamdulillah, saya dah selesaikan puasa ganti. Gembira tak terkata weii!! Sebab tak payahlah nak pening nak ganti nanti. Moga puasa tu di terima.

Hari ni membaca pasal Allahyarhammah Yasmin Johan sini blog die … Her Illusion

Fb dia http://www.facebook.com/TerritoryYasminJHunwick

Korang google lah pasal dia yer. Nanti dapat tahu macam mana dia meninggal banyak blog dah tulis. 

Ya Allah, dia sempat mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir dia. Nasib kita yang lain ni macam mana lah agaknya kan? Bagaimana kita menghadapi saat-saat kematian nanti? 

Hayati bait-bait lirik ini..

Pergi Takkan Kembali – Rabbani
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya


Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Ya Allah, sedih sangat… rasa nak menangis.. yang penting, korang kena tulis segala macam password social networks yang korang ada.. ini akan memudahkan waris korang unuk menutup segala macam akaun social networks yang korang ada. 

Mati itu pasti cuma tak tahu bila yang pasti kena siap sedia dengan segala amalan.selagi boleh berubah, berubahlah sebab ajal maut tak menunggu kita...

13.9.12

Barang Hataran Daku~~~~



Semalam saja berborak pasal pertunangan dengan kawan sekolah saya.. dia seroang lelaki dan dah ada tunang… mereka bertunang atas desakan keluarga.. dia cerita kat saya yang dia pertama kali jumpa tunang dia di majlis pertunangan itu.. atas sebab keluaga yang jodohkan, jadi dia just ikut.. dan ikhlas menerima perempuan tersebut. Malangnya, perempuan tersebu langsung tak hormatkan dia sebagai tunang dan ada lelaki lain.. 


Jadi dia pun melawak lah dengan saya.. nanti aku pinang kau je lah.. hahaha.. saya gelak je.. saya cakap.. wang hantaran kena 15 ribu.. dan barang hantaran yang saya nak.. “mixer, oven, microwave dan breadmaker”.. hehehe… yang lain tu tak payahlah…. Tergelak dia dengar… kumpul semua tu harga dah berapa kan?? Hikhik:p dapat bayangkan tak baang-barang kat bawah ni diletakkan atas dulang hantaran... muahahhaha=]


lawanyeeee...!!
**lap air liur**




ini breadmaker yer kengkawan...
~~idaman kalbu~~


Kalaulah bakal tunang saya nanti boleh beri barang hantaran macam ni… memang saya bagi hadiah masakan best-best je lepas kahwin nanti… hikhik:p
Combine harga barang tu semua mau ada dekat 10k kan??


Sekali dapat lelaki yang suka pergi gym.. haaaa… mati lah, dia mintak barangan gym tu sebagai balasan hantaran yang dia dah bagi kat saya… time tu menangis lerrrr nak membeli barang-barang tersebut..


 dapat bayangkan tak kalau dia mintak yang ni????


12.9.12

WW Bento - Mampukah kita?


cute kan?? tak sampai hati nak makan... mampukah kita buat macam ni setiap hari??? ***thinking***


sumber : google.


11.9.12

membebel sebab UPSR



sumber : google


hari ni exam UPSR bermula.. dari malam tadi saya duk bebel kat adik yang bongsu sebab dia salah seorang yang akan menduduki exam ini.. memang hati panaslah tengok dia relax je.. kat rumah memang adakalanya saya jadi ala-ala mak.. sebab my mum is working.. ibu saya selalu kerja shift petang sebab pagi nak kemas rumah masak bagai kan.. so, dia memang suka kerja shift petang je.. dont ask me how she managed to get 1 shift only...


sumber google


berbalik pada kes adik saya ni... saya memang menggelegak tengok dia study depan tv.. then i asked her o switch off tv.. dia buat derk je... kenangkan esok (read: hari ni) dia exam saya sabarkan je.. kalau tak memang lama kena tangan..!

saya jenis baran.. sekali cakap buat derk.. dua kali cakap buat dekk jugak.. kali ketiga memang tangan sampai kat muka..

kelmarin (ahad) , balik dari rumah makcik dalam pukul 9, then saya suruh dia mandi.. dia main handset je.. kali kedua saya suruh dia tak bergerak jugak.. terus naik tangan kat muka... haaa... memang mendapatlah kau! menduga perasaan.. orang cakap leklok taknak dengar... buat kepala angin sendiri.. tu pun saya perlahan gerakan tangan.. kang demam lak kan.. 

macam mana lah kalau ada anak sendiri nanti kan?

10.9.12

Betapa prihatinnya rakyat Malaysia



Perasan tak yang masyarakat di Malaysia ni sememangnya masyarakat yang mengambil berat antara satu sama lain.? Buktinya..

Situasi 1:

Kalau lalu belakang rumah jiran, nampak jiran tengah menjemur kain.. lalu soalan yang akan di lontarkan “uiittt.. buat apa tu?”

Situasi 2 :

Anak jiran sebelah tak kahwin lagi. Perempuan dan sudah berusia 25 tahun.. maka soalan yang akan di tanyakan.. “anak kamu bila lagi?”




Situasi 3:

Pasangan baru menikah.. “takde “isi” lagi ke?”

Situasi 4:

Anak dia dan anak kamu sebaya; maka soalannya “anak kamu dapat berapa “A” periksa akhi tahun?”


Tu situasi-situasi normal kalau hidup di Malaysia ni..cuba tengok kalau accident… perghhh.. jalan kemain jammed.. tapi lorong bertentangan yang jammed.. perghhh.. dari belakang kereta slow-slow..bila kita dah lalu aea situ.. alahai... accident laluan sebelah... apasal line sebelah lak yang jammed??? haishhh.. rasanya tak perlu kot menolong sekadar dari penglihatan.. apa kata menolong dengan mendoakan kesejahteraan orang accident tu dari dalam hati.. kan itu lebih baik?






Kalau belum kahwin -> bila nak kahwin? -> kalau dah kahwin -> bila nak ada anak -> bila dah ada anak -> bila nak tambah lagi? -> and the list go on…




Tak tahu lah nak labelkan ambil berat atau jaga tepi kain orang… apa pun. Kena bersangka baiklah.. sebab dah kita ni hidup berjiran kan?