Perasan
tak tajuk entri bawah ni? #WW… hahahaha… senget.. hari ni Khamis bukan Rabu ye
adik-adik.. muahahaha…
Dari
kelmarin dah kena ulcer.. mula-mula tu sikit je.. tapi pagi ni.. nak bukak
mulut pun rasa pedih ya amat… Ulcer tu kat gusi paling atas.. so, susah nak
nampak.. nak sapu ubat apa tah lagi kan.. ramai suruh kumur-kumur air garam.. I
iz tak berani uolls.. seram bila fikir pedih tu…
Tadi
lunch makan kat kedai makan sedap sikit.. selalu makan kat foodcourt je..
maklumlah, hari-hari gaji macam ni memang selalu tak sedar diri.. kang dah
tengah bulan baru nak sedar poket tu kempis.. makan punyalah sedap..sekali
kau.. tercekik tulang.. ahhh… sakit berganda!
Masa
tengah sedap makan langsung tak sedar tercekik tulang.. bila dah masuk ofis
baru sedar.. tengah merana lah sekarang ni.. saya selalu kepal-kepal nasi
telan.. tapi waktu-waktu camni mana nak dapat nasinya wei? Aduhh… memang
menggila lah sekarang ni…
Kejap
lagi nak review performance last year dengan boss.. doakan elok-elok je ye..
harap-harap terima feedback yang okey.. cuak ni oit… tangan dah sejuk habis..
pergi tandas pun dah dekat berpuluh kali…
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan Siti Hajar. Amin
harni Baskin Robbin ada 31% discount.... siapa nak belanja??