Assalammualaikum :-)
Selamat berpuasa..
Dah masuk hari kedua hari ni.. macam mana dengan puasa semalam? dugaan kali ni mungkin tahap kepanasan yang lebih tinggi dari biasa... tak payah beriadah kat luar, sembahyang yang 5 minit tu je pun dah menjejeh peluh keluar.. macam buat kerja berat...
tahun ni 1 Ramadhan hari ahad.. best sangat sebab semua family members ada kat rumah kan? tapi rumah saya memang selalu tak lengkap.. sebab adik dan ibu kerja shift.. so, nak cari waktu smeua orang ada tu susah sikit lah.. tapi kami dah biasa dah..
semalam baca status kawan-kawan kerja McD.. berbuka puasa di restoran sahaja kerana tuntutan kerja.. terus teringat kenangan lama.. lagi 2 3 minit nak buka puasa bagaikan tengah berperang.. perang dengan customers.. hihihi:p lepas buka bukan boleh terus pergi makan.. ikut turn.. kang semua pergi makan, tutup kedai lah jawabnya..
anyway, enjoy Ramadhan.. moga kali ini lebih baik dari sebelumnya..