25.7.14

Trip ke Jalan TAR

minggu lepas ke dua minggu lepas? tak ingat pulak... ibu suruh saya bawak dia pergi kL.. nak shopping baju raya adik-adik... saya terfikir jalan TAR je.. tapi nak ke sana dengan berkereta.. memang tak lah.. jalan mesti jem sampai tahap korang rasa nak nangis kang...

kembang semangkuk muka kau...
>_______________<

sekali ibu ajak adik-adik dia juga.. maka, jom lah kita buat trip ke kL dengan menaiki public transport.. saya parking kereta kat Kelana Jaya.. nak senang kan?

1 gerabak ni family je.. 
bayangkan how bising dalam ni?

mula-mula pergi Kenanga Wholesale.. tapi dorang ni tak berkenan pulak..
maka, terus ke Jalan TAR.. berhenti kat masjid Jamek...
jalan kaki lah sepanjang-panjang tu...
  
total person in this trip seramai 22 orang...
haaaa... bayangkan??
masuk 1 kedai je dah penuh kami-kami ni..
keluar rumah around 12pm balik rumah pukul 12am..
ibu cakap..
serik dah nak pergi kL..
sakit kaki dia ikut kiteorang berjalan..

sekarang tinggal nak cari kasut raya adik je...


jadi anak sulung ni tak boleh selfish..

rancang tarikh tunang dan nikah tahun 2015.


ni saya dapat dari FB semalam...
memang banyak holiday weekend...
tapi Malaysia memang banyak public holiday pon..

belum lagi termasuk cuti sempena kemenangan apa2..

so, conclusion nya..

tahun depan bolehlah buat planning nak tunang...
planning nak kahwin...

banyak tarikh-tarikh panas untuk buat majlis

kan???

korang laaaa.....

saya kena cari calon dulu..
atau menunggu calon?

hikhikhik:p

yang boleh buat bercuti je...

maka duit kena simpan dari sekarang...
apa-apa pun kena guna duit laaa...

24.7.14

excited ke raya ni??

beberapa hari ni dah dengar lagu raya kat radio kan? mesti ramai yang excited... nak balik kampung... 
saya dengar lagu raya takde perasaan...
makin meningkat usia ni.. takde perasaan excited nak sambut raya..
apa pun masih kena sambut sebab itu adalah hari kemenangan bagi umat Islam kan?



mesti ramai tengah packing kan?

ofis pon tenang je harini..
sunyi sepi..
esok mesti lagi sepi...
saya tak cuti..
sebab takde apa pon nak di buat...
kemas rumah weekend je dengan adik2...

hishhhhhh...
bila nak rasa excited raya ni????


23.7.14

kuih raya last minit

dari semalam duk fikir pasal kuih raya..
pasal saya tak siap lagi tempahan kuih raya,..
hahahaha...
tapi tak pe.. mereka nak amik lambat2..
maka saya pun buatlah lambat2...
tapi ni memang kes lambat bebenor..
hahahaha:D

insyaAllah boleh siap...

semalam buat bahulu..
tapi takde acuan bahulu..
buat pakai acuan cupcake..
agak huduh sikit..
nanti saya tangkap gambar...
macam-macam nak buat bila last minit...

kau fikir kau robot ke hajar??

Resepi Sup Ayam Meriah

Semalam tiba-tiba rajin ke dapur untuk masak menu berbuka..
jujurnya, Ramadhan kali ni, memang malas ya amat nak ke dapur...
boleh di bilang berapa hari je saya masak menu berbuka..
maak pulak menu bodoh-bodoh je... malas nak masak menu yang gah macam orang lain..
tak tahu lah kenapa..

jadi nya, semalam saya masak Sup Ayam Meriah.. #dapurhajar
kenapa meriah?? sebab macam-macam ada.. :p

gambar not-so-clear
sebabkan malas.

semuanya malas!! apa lah nak jadi.. >_<

balik kerja semalam terjah AEON Bukit Raja..
niat nak pergi Mr. DIY sebab nak beli loyang..
loyang kat situ murah tau dari kedai bakery..

lepas tu terus menonong ke dalam supermarket bahagian sayur-sayuran..
saya kalau masuk bahagian macam tu..
memang tak sah kalau tak membeli barang..
semalam teringin pulak nak makan baby carrot.. 
macam sedap je..
tapi otak awal-awal dah fikir nak makan bubur nasi kosong..
tangan capai, baby carrot dan cili padi..
sekali terpandang cendawan enoki.. macam best je.. cendawan ni kan jenis kenyal2..
beli lah sepaket.. walaupun tahu, memang tak cukup..

balik rumah, tengok adik dah defrost ayam..
haaa.. senang keje daku..
sebelum solat asar, pesan adik suruh tumbuk bawang putih dan halia..
saya memang di ajar masak dengan bawang-bawang tumbuk.. no blender!
ibu tak suka.. jadi, memang dah terbiasa lah..
masak subuh-subuh dengar bunyi lesung batu... hehehe=D

Resepi Sup Ayam Meriah

7 - 8 ketul ayam (potong kecik2)
rempah sekawan (buah pala, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih)
6 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1/2 biji bawang besar di mayang
1 ketul kiub ayam
baby carrot 
cendawan enoki
2 biji ubi kentang
5 - 7 batang cili padi - tumbuk
1 biji limau nipis

Cara-cara
panaskan minyak masak dalam 3 sudu besar.
tumiskan halia dan bawang putih.
bila tengok dah garing sikit, masukkan bawang besar dan rempah sekawan.
bila dah garing bawang tersebut, masukkan air secukup nya.
masukkan kiub ayam, ayam dan ubi kentang.
sebab ubi kentang ni keras. amik masa nak lembut.
agak2, ubi kentang da lembut, baru masukkan baby carrot.
bila dah masak, masukkan cendawan, perah limau nipis dan cili padi.
rasakan dengan garam. Siap! taburkan dengan daun sup.
perah limau nipis jangan masukkan biji ke dalam sup.. kang tak pasal2 pahit sup korang..
kalau ada tomato pon boleh campak dalam ni..

saya makan bubur nasi kosong dengan sup ni..
:)
 
 

22.7.14

hari yang lesu

banyak yang nak di ceritakan...
tapi saya malas nak transfer gambar...
penyakit malas menjadi-jadi..

hari ni bangun lambat.. lepas sahur pergi sambung tidur..
padahal selalunya memang terus bersiap nak pergi kerja..
mula-mula dah sedar dalam pukul 6..
dalam hati.. jap lagi lah.. sebab dengar ada orang guna bilik air..
tiba-tiba terjaga 6:50 pagi..
hamekkkk...
mandi lintang pukang..
solat subuh gajah....

tapi ni mengantuk lagi...
dah kenapa lah....
>.<"

lebih kurang 5 hari lagi nak raya...
baju raya ni tailor tak call lagi..
siap ke tak ni???

malam ni malam ganjil ye...
moh kita doa banyak2..
:)


21.7.14

Cara renew roadtax kereta online.

Semalam genap 5 tahun usia Mr. WUD... kejap je dah 5 tahun..
tahun ni 1st ime renew roadtax dan insurans sendiri...
mula-mula memang gelabah habis...
sebab tak pernah buat kan?
selalunya ibu yang settlekan.. iolls tukang bayar je..
tapi tahun ni ibu sibuk..
makanya, kita kena buat sendiri yer...


the status updated while I'm stress thinking of roadtax and insurans..

apa lagi, kena tanya Mr. Google..
anyway, thanks, pada kakak-kakak abang-abnag yang update kat blog masing2..
membantu sangat!!

Cara renew insurans kereta:

cari balik cover note insuran last year..
ini penting sebab ada macam-macam maklumat yang kita perlukan nanti..
macam no enjin, NCD, dan juga berapa jumlah yang kita insurankan..
korang boleh je tukar insuran yang baru..
macam saya tahun lepas guna Kurnia Insurans, tahun ni guna Etiqa Insurans..
kenapa guna Etiqa
sebab murah..

tapi.. korang bacalah dulu mengikut kesesuaian korang..
setiap insurans ada kelainan masing-masing..
lagi 1, saya pilih Etiqa sebab dia link dengan maybank..
hutang piutang saya semua dengan maybank..
tak payah pening-pening kepala fikir..

 Etiqa ada bagi extra rebate 10%..
=)

lepas dah fill up form..
korang akan dapat cover note and resit..
dia hantar kat email..
do check email properly yea..

lepas dah print out cover note,
bawak geran original  dan cover note ke pejabat post..
mesti original tau..
kalau takde original..
korang pergi collect kat bank yang korang buat loan...

renew roadtax RM70 je.. caj perkhidmatan di pejabat pos RM2.

 

Iftar at Al-rawsha Seksyen 7

Semalam pergi buka puasa dengan kawan..
makan buffet kat Seksyen 7.. Restoran Al-Rawsha.. restoran ni baru lagi kat seksyen 7.. cawangan lain kat KL...
tekak saya ni pesen universal.. semua makanan boleh tibai.. bagilah negara apa pun.. cuma kalau dah rasa dia agak tak kena dengan tekak.. kita slow2 lah makan tu.. :p



macam Istana kan??

dari area Jakel tu, korang straight je, lepas tasik belok kiri.. dari jauh dah boleh nampak belah kiri korang..
sebelah bangunan kebudayaan tu...


Dessert!!!
yang saya perasan nama dessert;
caramel puding, rice puding and milky puding...
tapi yang ni eden tak rasa pon..
acaner nak rasa, perut dah ketat semacam hoit..

ni nama nya mukadimah..
hahaha..
saya amik pakej buffet.. RM45 nett..

silalah percaya saya makan ini je.. #matakeatas

rugi lah kalau bayar mahal-mahal engkorang amik ni je...

 Restoran ni memnag nampak mewah..
dari segi hiasan memang cantik!!

 tengok lampu je pon boleh tahu kan??


tempat buffet dia ada 1 area je..
jadinya, korang kenalah beratur macam budak-budak asrama..
kesabaran amatlah di perlukan yer..




saya tak tahu mana silapnya...
dorang bagi meja untuk sekeluarga..
padahal saya datang berdua je...
campur malaikat kiri kanan baru 4..
hihihi..

takut tengok gambar ni...
gemuk!!!
ni selepas 3 round.. kot?

 sebelum balik kita selfie dulu..
banyak cermin kedai ni...


nasib baik pakai baju loose..
kalau tak.. nampak spare part kat perut..

overall makan kat sini okay..
sedap!
try lamb mandy.. memang sedap sangat..
mushroom soup tawar sikit.. #puasakan?
Lamb dia lembut..

gambar makanan memang tak ambik..
sebab dalam otak fikir makna je..
:)


kalau nak booking.. korang search FB dia..
dah terdelete pulak no fon dia..

18.7.14

Jumaat = Malas

Asal Jumaat je malas..

Asal Malas je Jumaat...

samalah time balik nanti.. asal Jumaat je jem kemahen... janganlah lambat balik walau seminit.. kang tersadai kau dengan jem...

kau dah kenapa eh?

kikikiki:p

#cakapdengandirisendiri


hari ni tak ramai orang dalam ofis...jadinya ofis sejuk sangat... nak menaip pun susah...


dah masuk 10 malam terakhir... sama-sama kita cari malam seribu bulan..

MH17

Is a gloomy day for Malaysian...
kita kena percaya kita kuat, sebab tu Allah turunkan ujian ni ke atas kita..
masa untuk bersatu padu telah tiba..
jangan sebut pasal agama, bangsa.. kita adalah Malaysia..

saya percaya, negara asing telah membuka mata ke atas negara kita ini...

Allah Allah Allah..

moga keluarga mangsa tabah..

jangan buat andaian yang bukan-bukan selagi berita itu tak sahih..
kesian pada ahli keluarga mangsa..

16.7.14

Kehilangan nenek di bulan ramadan.

mulakan kerja selepas 6 hari cuti..
terasa lemau..
cuti panjang???

Nenek saya meninggal Rabu lepas jam 5.30 ptg.. di sebabkan kita di bulan puasa, jenazah di kebumikan pada keesokkan harinya.. saya panggil nenek saya WAN.. tak pasti mengapa, tetapi itu panggilan among my mother side.. wan pergi pada usia 73 tahun.. alhamdulillah, saya dapat hidup dengan wan selama 25 tahun.. meninggal sangat senang dikelilingi 2 orang anak dia.. makcik dan pakcik saya... asbab meninggal demam.. tapi saya yakin sangat, walau tak demam ajal pasti menjemput beliau...
 
maka, cuti panjang lah saya...

tiada lagi nenek dan atok kerana kedua-dua belah sudah tiada..






ku seru nama mu S E M A N G A T!!!


9.7.14

Resepi Roti Jala Biru

Sabtu lepas makcik-makcik datang berbuka di rumah saya.. jadi saya masak leboh sikit.. kebetulan tekak teringin nak makan roti jala... roti jala ni, nak buat nya senang.. tapi leceh sebab masak satu per satu..

actually saya buat 2 kuah.. kari ayam dan kuah durian ni... pilihan saya haruslah kuah durian... lama gila tak makan kuah durian...

resepi roti jala:

2 cawan tepung
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan susu cair @ santan
1 sudu kecik garam

blend semua bahan dia atas kemudian tapiskan.. :) saya saje tambah pewarna biru... acuan roti jala saya guna botol yang muncung 3.. takde lah sememeh..

makcik-makcik saya cakap takut nak makan.. tapi habis jugak! hehehe :D



Samba menjadi sambal

Assalammualaikum..

apa cite dengan Brazil ni?? kena lauk di padang sendiri.... kalau kat Malaysia kena macam tu, tak payah 2nd half.. kosong stadium tu... hihihi... hashtag hari ni #sambamenjadisambal

Jujurnya, saya tak tengok barang 1 pun game FIFA tahun ni... sekadar mengikuti update dari lama sesawang... lagipun saya ni goup #lalang. saya bukanlah peminat tegar sukan.. sekadar ikut-ikut camtu jer lah... kalau nak tahu baca dari surat khabar atau pun laman media...


good morning!
have a nice day
^_^

8.7.14

baju raya tiba....

Assalammualaikum...

kejap je dah puasa ke 10!! alhamdulillah... =) kalau di bulan puasa ni, memang akan terasa pantasnya masa berlari...

semalam saya dah dapat parcel dari online shop.. saya tempah baju raya dari laman sesawang.. kan tahun ni ceritanya, saya menjadi pengapit berulang kali.. so, memang banyak kain ela yang dapat.. dan dan saya fikir, ala, buat baju raya dengan baju-baju ni je lah... :p

tapi masa saya berfikir tu.. masa dah suntuk.. memang banyak tailor tak terima.. takpe, kita cuba ikhtiar cara moden.. kihkihkih:p guna kuasa google ye kawan-kawan..


alhamdulillah..jumpa lah satu online shop di FB.. yang sudi lagi mengambil tempahan.. maka, laju-laju saya pos ke beliau.. tapi masalah nya.. saya takde baju contoh.. memang takde.. pergi jumpa sepupu saya..dia belajar course fesyen.. tapi dah lama tinggalkan dunia itu.. gamble je lah..suruh dia amik ukuran dan bagi kat kakak tu..

senalam, bila receptionist intercom cakap ada parcel.. laju-laju ambil dan try dalam surau.. phewww... lega.. muat.. tapi kan!! muat-muat ngam-ngam soi je..terutama tang dada.. makanya, jangan mimpi raya nak makan banyak-banyak... 

ada lagi 4 pasang kena tempah..#kempisdompet

kata baju raya kan?? mana boleh show off dulu.. hihihi..


4.7.14

kuih badak berendam yang tiada badak

semalam sebelum balik google resepi.. ala.. korang pun mesti buat kan cari resepi time bulan puasa ni.. konon nak cari juadah lain dari yang lain kan?

sekali ternampak resepi badak berendam yang tidak memerlukan badak sebagai bahan utama.. =p apa lagi, laju-laju tepon abah suruh beli kelapa.. heee~~ rumah saya tiada kedai berdekatan.. sobss sobss..]=

semalam masih lagi kurang sihat.. kepala memang berat je.. tapi tetap beraksi di dapur.. yelah, nak harap adik2 kang.. ade je mulut saya complaint.. hahaha.. saya perasan saya dah ada sifat ke-emak-kan.. ni tak kena tu tak kena.. kalau sakit hati sangta.. kita diamkan je.. hehehe.. lantak korang lah kat situ.. bukan nya dorang tak reti masak.. reti je..tapi tak mencapai standard yang saya nak.. hihihi.. over!

ni lah badak berendam saya... nak resepi korang google eh.. resepi badak berendam.. mesti macam-macam resepi korang jumpa.. tapi sama je pon.. =]

arini rasa nak buat donut.. kalau rajin! hehe:D

selamat berbuka korang!

3.7.14

belajar berpuasa

Baca blog Kak Filla pasal didik anak berpuasa.. dia cerita pasal anak dia.. saya nak cerita pasal adik-beradik saya.. macam mana kami belajar berpuasa..

seingat saya, seawal umur 7 tahun saya dah puasa penuh.. masa tu pergi dan balik sekolah ibu yang hantar dan ambil.. jadi, memang di jaga ketat-ketat.. tak dapatnya, nak ajak ibu pergi kedai minum air.. balik sekolah mampu telan air liur je.. kat sekolah time rehat, memang duduk dalam kelas.. sebab majoriti kawan-kawan memang tak puasa.. untuk mengelakkan diri tak berpuasa, terpaksa kurantin kan diri sendiri dalam kelas...pernah sekali masa darjah 4, kawan saya ellaki tak puasa.. selamba je makan nasi ayam minum teh ais kat kantin.. saya dari dalam kelas tengok kan je.. dalam hati cakap "mak dia tak marah ke dia tak puasa?".. hahahaha... yang garang mak kau sorang je..

dalam family, selalunya sorang akan panas soang akan cool sikit kan? tapi tidak dalam family saya.. tidak sama sekali yer..

ibu ngan abah sama je, 2 2 garang.. katalah petang-petang tu main kat luar rumah sampai maghrib, masuk je pintu memang kena libas lah dengan ibu... malam sikit, abah balik ibu report kat abah... kena lagi!! so, cuba cite apa yang saya fikir kalau nak ponteng puasa? hehehehe=p

memang tak berani nak cari pasal.. kawan-kawan lain duk cerita, puasa penuh mak bagi duit raya.. saya mampu dengar je.. memang dari kecik abah ibu tak pernanh janji apa-apa.. puasa tu wajib, tak puasa siap lah kau.. 

macam adik-adik no 4 dan no 5.. dorang puasa sejak umur 6 tahun macam tu.. sebab terikut-ikut dengan kakak-kakak dia kan.. jadi memang senang lah ibu abah ajar dorang puasa.. kekadang ada jugak, buat-buat lembik especially lepas balik sekolah kan.. kau fikir ibu nak layan?? nan adooo~~ dia jeling je kang..

mungkin orang cakap parents saya terlampau bertegas dengan kami adik-beradik.. tapi mungkin itu salah satu cara nak didik anak-anak yang kesemuanya perempuan.. well, 1 dunia tahu nak jaga anak-anak perempuan ni bukan nya mudah..

rasanya kalau budak zaman sekarang di gunakan kekerasan... esok tak balik dah rumah... atau pun, petang kena marah lepas sejam dah up status kat FB..

kenangan berterawih..

pagi tadi dengar radio Sinar FM.. tajuk kenangan terawih...

masa saya darjah 6 ke tingkatan 1 ntah.. saya dengan sepupu sepapat semangat lah nak pergi terawih... dari rumah nak ke masjid dlm 10 minit berjalan kaki... masa tu kiteorang keluar rumah lepas azan Isyak.. jalan lah dengan berlenggang kangkong dengan bergumbira.. yelah, jalan kaki ramai2..sambil tu borak2...

sampai-sampai je masjid.. kiteorang tengok orang dah solat.. tapi time tu tak terlintas lah orang tengah solat Isyak.. yang dalam kepala otak ni.. dorang dah mula berterawih.. kakak sepupu saya cakap.. "kita dah lambat ni... orang dah mula sembahyang..".. sambil-sambil tu duk terintai-intai lah orang sembahyang... dah lah dari rumah, wudhuk pun tak mabil lagi.. hahaha..

sudahnya.. pelan-pelan kami jalan balik umah.. kahkahkah.. :p

sampai rumah, takde siapa tanya dah habis terawih ke? memang takde sape tanya.. sampai rumah, masuk rumah.. ambil pinggan terus sambung makan... =)

lepas dah habis sekolah barulah saya belajar solat terawih... alhamdulillah, tiap-tiap tahun pergi terawih walau tak penuh =p

siapa tak tinggal lagi terawih tahun ni??? Tahniah!!

1.7.14

Restoran Sushi Halal

puasa-puasa ni tekak selalu mengidam macam-macam kan? macam orang pregnant pulak.. macam-macam lah terlintas.. kalau pergi bazar Ramadhan tu, semua pun nampak sedap.. hihihi:p

dah 3 hari berpuasa ni baru saya ada keinginan nak makan sesuatu... teringin nak makan Sushi dan Nasi Arab...semalam boss suruh survey-survey buffet Ramadhan.. pakej mana yang menarik.. maka, satu per satu saya tengok dan tertarik sangat-sangat dengan Sushi dan Nasi Arab.. teruslah google sana sini kot-kot ada buffet sushi yang murah-murah.. korang tahulah harga sushi ni macam mana kan? kat Groupon ada buffet nasi arab.. siapa nak try pergi google yer..

lepas google sana sini, saya baru dapat info yang hotel Blue Wave Shah Alam ada dining untuk sushi dan ia nya HALAL.. yesss!! untuk pengetahuan korang, restoran sushi susah nak dapat sijil halal.. sebab ada sebahagian menu menggunakan kicap yang mengandungi alkohol.. 

so, lepas ni kumpul duit sikit, pergi makan kat Agehan Japanese Restaurant ... 

dulu-dulu memang tak suka sushi.. 1st time try beli kat Jusco tu.. rasa memang takleh blah..kembang tekak.. lepas try makan kat restoran Jepun.. sedap lah pulak... hahaha.. mengada sungguh tekak ni woit!

korang ada mengidam makan apa-apa tak untuk hari ni?