27.2.14

10 cara menjimatkan air


sama-samalah kita jimatkan air ye?
air tu salah satu nikmat dari Allah..
takde air kita boleh mati..
jangan pentingkan diri sendiri..

cerita ceriti

dunia hiburan saya sekarang ni hanya lah internet sahaja.. kat tv ada cerita apa pun saya tak tahu.. balik rumah terus duduk dalam bilik... dalam rumah tinggal saya dan adik bongsu.. 

kalau dulu rumah semua adik-beradik ada, memang memekak ya amat.. sampai kau rasa, nak halau je semua orang.. hahaha.. sekarang ni sunyi lah pulak.. nak duduk kat depan tengok tv memang takde feel.. kalau nak tahu cerita apa tengah hot.. tengok je Fb atau twitter.. confirm tahu.. kekadang dapatlah tahu sikit-sikit jalan cerita nya.. hihihi

nak masak sekarang pun takde mood.. siapa je lah nak makan kan? membazir je.. sekarang ni kalau masak memang sikit je.. contoh masak ayam kicap.. 5 ketul je saya masak.. tu pun ada lebih seketul sampai esok.. abah memang jenis makan kat rumah.. tapi dia tak kisah pun nak jenis lauk tu.. janji nasi.. so, lauk semalam memang abah lah selalu habiskan..

nak masak nasi ayam ke nasi minyak ke.. tunggu makcik-makcik datang rumah.. tak pun tunggu adik-adik saya balik.. sekarang ni saya teringin nak masak nasi ayam.. tapi bila fikir nak masak sikit tu.. macam tak feel pulak.. hehehe.. dah terbiasa masak banyak kan?

putaran hidup kan? esok-esok kiteorang dah ada family sendiri.. lagi lah ibu abah sunyi.. 

26.2.14

Injection Vitamin C and my review

dulu saya pernah post kat sini yang saya ada masalah teruk gelap bawah mata.. eye bag tu memang dilahirkan bersama.. so, agak susah nak merawat eyebag.. tapi sekarang saya dah dapat atasi sedikit demi sedikit...


tengok ni..

beza kan??

saya try injection Vit C dari kawan saya.. lepas tengok testimoni dia sendiri.. barulah saya yakin.. dan sekarang saya jual sendiri Injection Vitamin C..

 saya pergi facial sebelum buat injection ni.. dan, beautician tu beritahu saya, yang hujung mata saya dah tunjukkan a bit wrinkles... terkejut saya.. yelah, umur baru nak masuk 25 tahun dan i had been told that i got wrinkles. so, i decide to try this product. as you can see below, one of effect of this product is cell repair and anti wrinkles.

AQUA SKIN EGF WHITENING AND FIRMING


Composition Aqua :
Natural Collagen Extract - 1000mg
Alpha Lipoic Acid - 600mg

Composition Lyophilized Powder :
EGF (Epidermal Growth Factor) - 1250mg
L-Glutathione - 3000mg
Natural Collagen Extract with Epidermal Growth Factor
Packing : 6 ampoules & 6 vials
Benefits of Aqua Skin EGF :
· Whiten skin and lighten scar
· Enhance the elasticity of skin
· Moisture and hydrate skin
· Firm, smooth and soften skin
· Lighten pigmentation resulted from exposed sunlight
· Smooth fine lines and wrinkles
· Suppresses the formation of acne/blemish/pimples
· Minimize pores and improves skin complexion
· Remove excess free radicals that will cause abnormal function of brains and organs
· Prevent aging; Anti wrinkles;
· Stimulate collagen formation


Benefits of EGF (Epidermal Growth Factor):
Whitening
- Lighter Complexion - Even Skin Complexion
- Anti Oxidants - Anti Black Spot/Age Spot
- Anti Pigmentation/Freckles

Cell Repair
- Healing Wounds and Scar
- Stimulates Collagen

Anti Aging
- Stopping Aging Process
- Youth and Beauty
- Enhances The Production of Bloods
- Recover Injuries and Tissue Damages
- Prevent Wrinkles

Lifting & Firming
- Repair Loose and Sagging Skin
- Improving Contour
- Firmer and Lifted Skin
- Improve Skin Strength and Elasticity

Anti Wrinkles
- Repair Wrinkles and Creases
- Smooth Skin


di Malaysia, Injection Vitamin C sudah lama ada di pasaran. Ramai artis kita dah cuba. 

if anyone interested to try, do contact me. 
special price will given to you.
and I can do postage to overseas also. 

:)

25.2.14

The Sumbs Cafe

Last week hari ahad pergi delivered kek kat customers.. lepas tu terus zuppppp.. pergi Seksyen 13, The Sumbs Cafe. Seperti biasa, laman sosial telah mempengaruhi saya.. hikhik:P

tengok artis ramai update.. so, kita pun teringin lah kan.. nak juga rasa apa yang sedap sangat makanan kat sini..



gambar ntah kenapa blur...
masa saya datang ni around 2pm.. kedai full house..
very limited seats here..so, you just go to the counter and tell the staff you're waiting for the seats.
bila ada setas kosong nanti dia akan panggil nama kita..



Chicken hunter is mine.
Grill Chicken with sauce and vegetables.
rasa sos dia ala-ala bolognese.
for me, biasa-biasa je..
RM11.90 kot


memang saya craving for this thing!
Churros..
 
design dalam kedai.
saya dapat seats kat luar..
panas bak hang!
 

baru tahu kedai pernah masuk JJCM.

tanya kat staff dia, apa yang best? dia cakap semua yang belakang ada nama sumbs semua sedap..

harga dia pun okay..
not bad lah..
tapi choice for air very minima.

saya order juga sum-sum.. sepatut makan dengan gula merah kan? tapi dia serve dengan gula putih..

nak cari kedai ni, dalam kawasan worldwide sebelah Tesco Kayangan.
 

21.2.14

hari ni hari Jumaat

seronoknya hari dah hari Jumaat.. tapi masa sekarang kan cepat sangat berlalu.. so, weekend 2 hari tu tak sempat pun nak buat apa-apa.. kemas rumah lepastu siap-siap masak.. tengok-tengok dah pukul 2 petang.. tu belum lagi nak iron baju.. haihhhh~~ rasa nak cadangkan weekend 3 hari seminggu..

sekarang ni tengah mencari orang yang boleh design lawa-lawa blog ni.. lama tak tukar design.. dah lupa macam mana nak tukar.. dan nak cari orang yang boleh buatkan logo.. saya kan tak kreatif.. memang susah nak berfikir benda-benda macam ni.. nak suruh design logo untuk business kecik saya.. tak semestinya saya akan jual kek je.. akan datang, jual benda lain pulak.. cuma waktu saya terbatas sebab masih bekerja kan.. kadang-kadang rasa badan ni tak cukup rehat je.. lately ni selalu sangat terjaga malam..

saya kalau tak dapat access internet dalam masa sehari.. boleh meroyan.. dari saya kenal internet terus jatuh cinta.. sampai sekarang masih setia bersama..jodoh kami berpanjangan... ahakss~~ jadi, kekadang bila nak tidur tu, saya surf macam-macam.. tengok-tengok dah pukul 12 malam.. hamik... untuk tahun 2014.. pukul 11 malam je saya off mobile data... mula-mula macam susah je.. yelah, kata pun kekasih hati kan.. lama-lama okay lah sikit.. tapi kadang-kadang terjaga tengah malam tu.. sibuk juga on mobile data.. hahaha... nanti kalau dah ada anak..anak buat perangai macam ni.. kena fikir10kali sebelum marah ye.. 

eh, nanti sambung bebel... hehehe...

akhinya dapat BE yang pertama dari cik Nuffnang.. terima kasih yer!!



 lot of loves,


Kek Keju Coklat Special di Klang



Minggu lepas saya buka pre-order untuk Kek Keju Coklat Special. Lebih kurang macam kek keju meleleh tapi kek saya ni ada beza sikit. sekarang kan dah ramai berniaga Kek Keju Meleleh ni. ada yang sedap, ada yang biasa-biasa je, ada yang sedap! tapi tekak manusia ni berbeza-beza ye. 

Ramai tanya kenapa saya tak buat pre-order masa minggu gaji? sebab nya, ada kawan saya mengandung dan mengidam nak makan kek ni.. hehehe.. saya tak boleh lah nak tangguh.. jadi, buka je terus pada siapa nak order.. takut kang ada kecik hati sebab tak offer. sebab, pernah ada seorang dua kawan yang kecik hati sebab saya tak jual kat mereka..

alhamdulillah... sambutan sangat lah menggalakkan.. yelah, beginner macam saya ni.. ramai yang order tu pernah makan kek yang saya buat.. jadi mereka confident lah nak order..dan, saya kena bakar kek ni hari yang berbeza-beza.. sebab fridge kat rumah tu, kecik.. tak muat.. jadi kena buat batch by batch.. :) saya buat 2 perisa Pandan dan Coklat.. tapi Coklat lebih ramai peminat.. 


untuk permulaan, harga saya bagi harga promosi!!

RM 15 per pack.

after this harga RM 20 ye sayang.. :)

 order in advanced 2 days.
COD area Shah Alam dan Klang sahaja.

 kalau nak order boleh add wechat:  CikSitiHajar
BBM : 7AA4B4D0

0 = kosong




19.2.14

manusia itu

Manusia mudah menjatuhkan hukuman pada orang lain.
suka mempersoalkan kerja Yang Maha Esa.

Jelik dengan perangai manusia begini.

Ada akal, tak boleh fikir dengan baik.

mulut jangan terlalu lancang,
sebab lidah tu lebih tajam dari mata pedang.

dulu aku suka berceloteh, suka mengomel.

makin meningkat usia,
makin aku faham apa itu perkataan "lagha"..
maka sedikit demi sedikit perubahan aku buat.

bukanlah aku berubah terus jadi pendiam.
itu bukan aku.
tapi benda yang rasanya boleh mengguris perasaan orang..
elok jangan cakap..
nak cakap jugak..
cakap dalam hati je!

18.2.14

Kek Minyak Peasa Coklat, Mangga dan Strawberry

Ni menu ahad lepas.. setiap ahad, makcik-makcik datang rumah saya.. berkumpul.. jadi, saya saja bakar kek ni.. 1st time buat ni.. bahan pun memang dah ada kat dapur..






 








Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 5 biji telur
  • 1 cwn minyak
  • 1 cwn susu pekat- 3/4 cawan
  • 1/2 cwn gula castor
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 st baking powder
  • 1 sb ovalet
  • 1 st esen vanila
  • Pewarna
  • 1 paket vico
  • 2 sb strawberry emulco
  • 2 sb esen mangga

Cara-cara

  1. Ayak tepung + baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul telur, gula, ovalet smpai gebu.
  3. Masukkan susu pekat + esen. Masukkan minyak dan pukul lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan pukul smpai sebati.
  5. Bahagikan ikut pewarna. Selang selikan adunan dlm loyang sampai abis.
  6. Bakar selama 45 mins pada suhu 160 hingga masak. Selamat mencuba. 
yang tulisan merah tu saya olah. serbuk koko ataupun coklat emulco takde dalam simpanan. maka kena lah pepandai tukar. saya memang suka menderhaka pada resepi.. hehehe.. saya salah guna loyang.. bukan salah.. loyang yang lain mana ntah hilang nya.. tinggal 2 biji je loyang kat dapur tu..

saya ambil resepi dari MyResepi
 

17.2.14

Kesian Cikgu Zaman Sekarang


Mula-mula tengok benda ni.. rasa nak gelak pun ada.. semua cikgu tak boleh buat.. sudah nya cikgu jadi patung ke apa kat sekolah tu?
 
saya dulu, memang selalu jugak lah kena denda ni.. baik sekolah kebangsaan mahu pun sekolah agama.. dah sekolah menengah takde pun kena denda.. mungkin attitude dah baik sikit.. hahahaha...

lari keliling padang tu masa darjah 4 memang rutin mingguan lah.. hahaha.. time teacher Suraya mesti bawa kamus.. kalau kamus tak bawak, pergilah kau pandai-pandai pinjam kawan kelas sebelah ke.. kalau memang semua takde.. maka redha lah... kalau ramai yang tak bawak.. mesti kena lari keliling padang punya.. kalau beberapa orang je tak bawak.. haaaa... lagi kejam kau.. kena cubit weh!! memang berbekas punya cubitan.. tapi time tu, takde pulak mak ayah datang buat report.. serious takde.. sebabnya, sepanjang tahun weh hukuman tu berlangsung.. suma dah tengah tahun tu makin berkurang lah yang kena denda..

kalau sekolah agama.. lagi sadis... dengar ustazah tu menjerit.. kelas lain pun boleh kecut perut.. hehehe... Ustazah kat skeolah agama semua garang-garang wooo.. memang takde cubit laa.. tapi, siapa tak siap kerja sekolah? pergi berdiri atas meja.. kelas saya dulu, bangunan lama.. bangunan yang guna papan tu.. bayangkan dia suruh berdiri atas meja.. kelas kat tingkat 2.. gayat nya toksah cakap lah.. hahaha.. lepas tu, dari bawah dah memang boleh nampak siapa yang kena berdiri tu..

setakat junjung buku tu.. ala.. apa ada hal weh.. ketuk ketampi tu, kalau kau tak pernah buat.. memang tak best lah zaman sekolah korang.. 

bila baca semua ni.. abis macam mana guru nak mengajar? kalau cikgu tu tumbuk ke, meludah ke.. yes! itu boleh lah dakwa cikgu tu.. tapi setakat suruh ketuk ketampi pun tak boleh macam mana nak bagi budak-budak pengajaran? saya dulu pernah kena berdiri luar kelas sebab tak hafal kata ganti nama diri dalam bahasa arab.. masa tu darjah 5 kalau tak silap.. tapi di sebabkan kena berdiri luar kelas tu.. sampai sekarang saya hafal tau.. sampai sekarang ingat.. 

ni kalau tak boleh kena denda ringan-ringan.. maka, budak-budak tak payahlah buat kerja sekolah.. tak payah bawak buku pun takpe.. sebab takde siapa pun boleh denda dorang..

kalau dulu, try lah bagitahu abah kena ketuk ketampi.. abah tak tanya pun kenapa.. terus kena rotan balik.. sejak tu tak berani lah saya nak mengadu kena apa-apa pun.. diam-diam sendiri sudah...

mendidik banyak cara..taklah kata kena guna kekerasan.. tapi kadang-kala perlu guna juga..

13.2.14

Homesicks

adik no 4 masuk asrama.. memang dia beria nak masuk asrama.. mula-mula dia apply nak masuk Kolej Vokasional di JB.. tapi tak dapat.. abah pergila Kolej Vokasional Klang buat rayuan. dapat kat situ lah.. lebih kurang 20 minit dari rumah.. 

tapi asal call menangis..meleleh.. homesicks.. hahaha... nasib baik tak dapat kat JB.. kalau tak? demam agaknya.. bila abah tanya kenapa menangis? orang buli ke? tak......... orang rindu.... hahaha.. mengekek saya gelak.. baru kau tahu rindu yer.. :p

insyaAllah, ni pilihan yang terbaik dia buat sendiri.. kalau kat rumah memang tak belajar lah.. tengok tv main game.. tu je kerja nya.. tapi adik saya no 4 ni rajin mengemas.. 

saya 1st time duduk asing dengan family umur 18 tahun.. masuk kolej.. bukan hostel, dapat rumah.. 1 rumah 6 orang.. tapi nasib baik.. sepanjang saya duduk situ, hanya  4 orang je students dalam rumah tu.. 

memang saya mengaku, saya pun ada homesicks jugak.. tapi taklah sampai menangis meleleh macam adik saya.. saya rileks je.. call ibu abah pun jarang sekali.. jangan tiru perangai ni yer! abah cakap sebab saya takde perasaan.. hahaha.. saya ni jenis tak suka meluahkan perasaan.. rindu ke sayang ke.. memang tak nya.. pendam kan je..

macam mana ye nak luahkan perasaan tu? sebab jarang buat, so mesti kekok kan?? tapi saya ni cengeng.. orang cakap lembut pun boleh buat airmata saya turun berbaldi... hihihi... dulu lagi teruk.. depan-depan orang saya menangis.. sekarang taklah.. masuk bilik baru kita nangis.. ibu cakap sikit je.. memang meleleh air mata ni... boleh jadi ratu airmata dah...

12.2.14

putaran hidup

Assalammualaikum..

lama kan tak cerita pasal life sendiri. tak de cerita pun nak di ceritakan. rasa macam life saya ni membosankan. lagi pun, macam dah tak reti nak bercerita pulak.. kihkihkih:p

pergi kerja balik kerja. itu sahaja. balik kerja memerap dalam bilik. sejak pindah rumah ni. takde dah melayan drama apa pun kat tv tu. ntah kenapa ntah.

adik-adik pun macam tu.. balik sekolah duduk memerap dalam bilik.. kalau petang-petang tu, ada sepupu yang datang.. barulah pergi main kat luar.. yang seronoknya cuma adik bongsu.. sebab dia masih lagi main kat luar kan.. kakak-kakak ni nak main apa kat laman rumah?takkan nak main pondok-pondok kot..

betul kot orang kata, makin meningkat umur adik-adik kita.. makin rasa kosong.. nanti bila masing-masing dah ada keluarga baru bising kecoh macam kecik-kecik dulu..minggu ni saya pergi hantar adik no 3 balik kampus.. adik no 4 pun dah masuk asrama.. kosong kan rumah? adik no 2 pulak, kerja tak tentu masa.. balik kerja terus tido.. 

sekarang office hours dah berubah.. so, saya balik awal.. tapi kadang-kadang, memang tak nak balik awal.. hahahaha... macam bangang pun ada.. orang lain, kalau boleh lagi awal balik lagi suka.. saya terbalik.. bosan hoit kat rumah.. dinding pandang saya, saya pandang dinding.. apa lagi boleh buat, on9 lah sampai battery phone low.. itu je lah kerja nya.. nak masak pun saya dah malas.. sebab berapa mulut je yang makan.. tak semangat kalau setakat 2 , 3 orang je makan... orang poyo memang gini yer.. hehehe

hidup ni memang akan ada putarannya.. selagi boleh, kita enjoy ye!

have a nice day everyone..

6.2.14

Cerita Diet Lagi

Pagi tadi masuk je ofis terus #selfie sendiri.. hahaha:D


 pakai tribal dress dengan bawal kuning..


Jom cite pasal diet... <bosan> sebab tak kurus-kurus pun!

every weekend memang saya akan pergi jogging ataupun berjalan-jalan di taman tasik Seksyen 7.. tapi sejak dmema teruk tu.. memang terus stop.. kat rumah pun dah tak buat workout.. haihhh.. apa nak jadilah.. saya masih lagi tak dapat berat idaman saya.. tapi berat ideal memang dah capai...


sebelah tu gambar passport last year..
sebelah ni gambar kad pengenalan..
 


2012 vs 2014

tudung yang sama
orang yang sama
gemuk je tak sama


harap-harap i can achieved my target... dan harap-harap saya akan belajar cara untuk maintainkan berat..

saya selalu share tips diet kat instagram saya : cik_hajar89

jomlah kongsi-kongsi tips diet..

5.2.14

#WW Lamb Grill with Sambal Belacan

dalam pemakanan seharian, sarapan pagi sangat penting.. lagi-lagi bagi yang ber diet macam saya.. kalau sarapan pagi tu berat, nanti lunch tak payah makan banyak dah... kadang-kadang lunch saya makan buah je..

 dari semalam duk fikir nak masak apa untuk harini.. tapi memang takde idea.. selalu hari jumaat malam saya akan google menu breakfast yang ringkas.. tapi tak follow pun resepi ang google tu.. follow kata hati je.. hikhik:p

ahad lepas beli lamb shoulder kat Giant.. murah lak.. ada discount.. terus lah amik 1 pek tu.. ada  pcs.. balik tu terus marinated.. sebab lamb ni saya memang selalu grill je.. 

 


 

menangis mat saleh tengok menu ni.. hahahaha
lamb grill with sambal belacan..
abis, gravy takde.. tengok dalam fridge ada sambal belacan..
pun boleh lah.. tekak melayu kan..
 
 


ni pizza egg nama nya...
takde rupa pizza dah, sebab masuk tupperware kan...
senang je ni.. campak2 siap!
tapi kenyang sampai ke petang.. hahaha...
 

4.2.14

Humble Chef Bukit Damansara

kalau pasal makan, memang saya akan teruja lebih... lagi-lagi bila orang cerita makanan tu sedap.... hehehe.. acaner tak gemuk.? asyik nak makan je...

kalau korang pencinta spaghetti dan lamb.. korang kena try kedai ni...

Humble Chef!


 Lamb Chop!
harga RM20..
tapi makan seorang memang tak habis der...
portion dia besar...
rasa?? sedap!!!!! sos dia tu rasa lain dari lain...



 

si gemuk dengan makanan nya..

 
 food of the day..
spaghetti carbonara with lamb...
RM5 je!

 kalau korang guna waze... pastikan address korang search tu bukit damansara tau.. kalau tak, memang tak jumpa kedai ni..  pita lamb dia pon sedap! hahahaha... semua lamb kan? ayam pun ada.. saya ni memang pencinta lamb..