30.9.15

review matte fever from Silkygirl

Assalammualaikum...

hari saje merajin kan diri untuk ber make up.. actually semalam beli lipstick baru.. Matte fever dari SilkyGirl.

ni lip matte nya..
no kod 06 - Charm..
kaler macam merah maroon..

i likeeee.. ^_^


simple make up..
of course editted picca...
flawless sangat... muahahahaha



28.9.15

Cerita Raya AidilAdha 2015

hai korang!

cuti panjang pergi mana? mesti ramai balik kampung kan? as usual, orang takde kampung macam saya pergi jalan-jalan.. heee~~

1st day raya, adik-beradik ibu kumpul kat rumah kami.. lepak - makan - tidur -makan.... haaaa.. amikk.. asyik lah makan je kejenya.. ibu masak soto.. 4 ekor soto.. ibu masak pagi raya tu.. lepas habis solat raya.. soto tu habis dalam masa 3 jam je.. saya sempat merasa semangkuk kecik je... saya masak rendang daging.. pun habis.. malam tu makcik saya beli kek, hari lahir anak bongsu dia.. terus habislah segala stok makanan atas meja.. syukur jugak lah.. sebab tak membazir kan?

malam lepas tiup-tiup kek tu, saya gerak balik "kampung" Keramat Au2.. ecehhhhh.. kampung sangat.. hahaha.. pergi rumah maklong belah abah.. padahal perut penuh.. mak long hidangkan mee bandung dengan lodeh.. mana boleh tolak.. terus amik mangkuk makan.. hehehe.. lepas tu dia keluarkan puding koktail dengan kek batik.. tolonglaaaa... perut dah sendat.. tapi tetap makan.. muahahaha... tengah sembang-sembang.. sepupu saya tanya.. nak aiskrim tak? laju saya jawab.. nak!! hadoiiiii.. ketat weh perut.. nasib pakai baju loose... kalau tak nampak dah babat..

gambar semua nan-hado.. ntah kenapa ntah tak teringat nak snap picture...

Raya kedua saya pergi interview.... moga-moga ada rezeki saya.. insyaAllah.. :)

22.9.15

Masak apa untuk raya?

Dah ada yang cuti raya ke? jalan raya lengang sikit sebab budak-budak cuti sekolah kan.. saya keluar rumah 7.20pagi sampai ofis just nice. 8.05 dah sampai..

korang masak apa raya? ibu cakap nak masak soto dengan rendang ayam.. raya ke tak, bebila je kita boleh makan rendang kan? saya tak berapa gemar soto.. tapi makan jugak.. tak menolak pon.. hehehe:D

2 minggu berturut saya pergi majlis perkahwinan... makan sesaja.. saya perasan lately ni bila weekend, saya hanya makan tidur je.. dan memang badan naik.. haihhhh.. kena buat jadual untuk weekend.. kang di biarkan makin menjadi pemalas pulak during weekend..

ofis harini pun suram je.. ramai dah cuti kan...

okaylah.. nanti sambung...

21.9.15

Gerai KOPI tapi jual greentea.


Ada satu hari tu Fiza ajak pergi lepak.. memang dah lama tak jumpa pun.. terus set okay je... sebelum pergi lepak makan-makan.. dia ajak pergi beli greentea kat seksyen 7.. dia cakap sedap air kat situ..

gerai ni gerai baru depan Giant Seksyen 7.. 

dia ada 5 jenis air je.. Mocha, Cappuccino, Greentea, Chocolate dan........... lupa lah lagi satu tu..
huhuhuhu:p

sorry guys! 


besar ni..
RM 5 je..


tu gerai dia..
abang-abang sado je..
ehhh.. sado ke?
kikikiki =p


landmark dia cari giant tau..
nama kedai nya KOPI..

sekarangkan zaman hipster...
semua nak di beri nafas baru katanya..
jangan bagi nafas busuk dah lah yer...


siapa nak exchange link?

17.9.15

Tips Mendapat Jodoh - Prof. Dr. Muhaya


Jom ceduk ilmu...

Pasal jodoh, orang ada masalah tapi malu nak cakap. Kita mesti assume kita ada jodoh. 

Kita akan menarik seseorang dalam hidup kita berdasarkan magnet apa yang ada dalam diri kita. - yang baik akan dapat orang yang baik. Nak dapat baik, kena jadi baik dulu. 

Kita mesti ada tujuan buat sesuatu untuk masuk syurga Allah..
Kita mesti jadi orang yang bertanggungjawab menarik jodoh kita...
Buat sesuatu untuk dapat jodoh yang baik untuk ke syurga
Sayang pasangan kerana Allah. kita kahwin kerana sunnah Nabi, pencen kubur kita.
Faham pasangan kita dulu sebelum kita nak orang faham kita.
Sentiasa mencari ilmu. - kegunaan untuk masa depan dalam rumah tangga.

L- listen dengar apa pasangan cakap
O- overlook sentiasa pandang kebaikan.
V- voice out sentiasa meluahkan perasaan kasih sayang pada pasangan
E- effort berterusan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan hubungan.

jadikan jodoh yang kita dapat ada ladang pahala untuk ke syurga..

Bagi orang yang belum ada jodoh, tulis apa ciri-ciri pasangan yang anda nak. fizikal dan mental. bandingkan match ke tak dengan diri kita. maksudnya perangai kita ni sesuai ke tak dengan pasangan kita.

Last sujud - ringankan jodoh dan pertemuan. doa specific apa yang kita nak. "nak pasangan yang bertanggungjawab, pasangan yang beriman.........................."


yang paling penting untuk orang yang dah jumpa jodoh tu.. "Jangan sindir orang.. orang yang suka sindir, orang yang ada banyak penyakit."

16.9.15

#ww Brownies Kedut Kedut


korang masak apa cuti hari ni?

nanti kita bagi resepi brownies ni yer...

Selamat Bercuti..
jerebu ni duk rumah je lah yer..
jimat gak duit.. heeee~~

15.9.15

Kalendar Cuti Umum 2016.


sekarang memang tengah ramai google Kalendar 2016 atau pun cuti umum 2016..

mari-mari kita tengok...
bulan 9 tu gilaaaaa lah cuti nya...

Good morning sayang!


If you love someone.. 
don't forget to wish him / her good morning..
:)


good morning sayang...
=)

14.9.15

Cream Puff MidValley

Minggu lepas tekak teringin bebenor Durian Crepe..
saya paling suka durian crepe kat MidValley tu...
stall dia yang menghala ke The Garden..

sabtu lepas ada kenduri kahwin kat Kompleks Sukan TNB.. balik je dari kenduri tu, ada orang offer.. pergi mid beli durian crepe.. haruslah suka..
walaupun memakai wedges yang tak berapa nak stabil... ku gagahkan jugak...


dahlah parking kat paling atas sekali...
kena menapak level paling bawah sekali..
demimu, ku turutkan jugak..
ececehhhhhh...

beli 12 ketul sekali...
dalam kereta je gone 6 ketul...
memang dasar pelahap..
padahal sebelum ke Mid ni saya pergi 2 buah majlis kahwin..
2 2 kenduri saya makan nasi..
hahahaha:D
perut banyak space gini laa yer...

sekali tapau Cream Puff Papa Beard...
gambar tu nan ado..
personally view cream puff tu kalau makan sejuk sejuk sikit..
sedap lah..
macam saya beli room temperature...
rasa tak berapa nak umppphhh..
tapi custard dia sedap lemak dan tak berapa nak manis..

now, I am so hungry.. ~!
tak breakfast this morning..
:( 




11.9.15

sembang-sembang Jumaat

Assalammualaikum..

minggu ni rasa hari Jumaat macam lambat je.. hahahaha:D dan seperti kebiasaan nya, hari Jumaat je malas buat keje.. kau dah kenapa lah kan? malas-malas pun kena buat jugak.. kang mau kena herdik dengan boss yer...

hari ni rasa nak baking laa... actually dari last week mood baking dah datang.. tapi mengenangkan kena carik oven.. tu yang ter "pause" mood tu.. oven ibu simpan daam bangsal belakang rumah.. hahahaha... sebab dah lama tak bakar apa-apa, jadi oven tu macam menyemak je dalam rumah.. ibu memang tak boleh tengok benda-benda menyemak ni... sume nak di sumbat dalam bangsal..

teringin nak buat brownies dan cheesecake.. kat rumah dah ada bahan-bahan untuk brownies.. kalau nak buat cheesecake kena beli bahan-bahan nya.. dan saya amatlah pemalas nak singgah mana-mana.. Jumaat kan traffic teruk.. sana sini mesti jem..

dah masuk lunch hour.. moh ler kita makan.. korang makan apa?

saya bawak bekal je.. malas nak keluar.. jerebu teruk.. :(

siapa nak exchange link.. meh tepek sini..

Keyword : Kalendar 2016

Lama tak login kat Nuffnang.. yelah, kita bukan blogger yang famous amos.. earning pun sikit je.. heee~~

saya suka tengok keyword.. kadang kadang ada yang merapu meraban merepek...


kemain ramai carik kalendar 2016..
pakat-pakat pilih tarikh nak travel atau nak kawin?


10.9.15

UPSR Zaman Sekarang

saya baca kat Blog Kak Elly.. anak sulung dia UPSR.. Kak Elly tunggu sampai paper habis kat sekolah.. terus lah saya terkenang-kenang zaman saya UPSR dulu.. throwback kisah 14 tahun lepas..

nak ambil exam UPSR saya tak pernah tuisyen.. zaman saya tuisyen tu macam benda asing.. tapi kita pergi kelas tambahan yang cikgu buat.. seingat saya, kelas tambahan ni bermula lepas peperiksaan pertengahan tahun.. baru lah ada kelas tambahan.. tu pun hari sabtu.. sebab petang nak sekolah agama.. mana boleh ada kelas tambahan waktu petang...

tu pun pergi kelas tambahan niat main-main.. hahahahaha... matik laa kalau abah tahu.. tapi saya study lah jugak.. gila kau tak study.. abah tu garang.. takde lah pandai mana.. tapi study tetap study.. sebelum UPSR ada main kuiz-kuiz dengan kawan-kawan.. kau tanya aku jawab, aku tanya kau jawab.. pesen gitu je lah study group dulu-dulu.. hahahaha:D

Sepanjang dari zaman UPSR bawak ke SPM, ibu abah tak pernah lagi tunggu sama-sama kat sekolah time jawab paper. saya tabik mak bapak sekarang.. ambil cuti temankan anak exam.. jangan katakan teman amik exam... hari kecemerlangan pun tak datang.. hehehe:D tapi saya dan adik-adik tak pernah pulak amik hati.. rasa macam, tak datang lagi bagus.. takde lah kot-kot dia nak interview cikgu pasal perangai kita kan? yang datang time amik report card je.. masa ni, mata pandang ke bawah je.. tak berani pun nak pandang cikgu.. hahahaha.. tiap kali habis je amik report card tu.. "siap balik umah nanti!" huishhhh.. gigil kepala lutut dengar amanat tu...

mungkin dulu saingan tak berapa sengit.. kalau straight A tu boleh di kira dengan jari.. satu sekolah mungkin kurang dari 15 orang..sekarang ni yang dapat straight A melambak-lambak.. 

sampai nak masuk IPTA pun susah sebab terlampau ramai yang layak.. ikut rezeki lah, dapat ke tak kan? yang penting kita usaha... tak semestinya yang masuk IPTA tu berjaya jadi kaya raya.... ramai yang tak habis sekolah jadi orang jugak.. yang penting atas daya usaha masing-masing... tapi as parent mesti lah nak tengok anak dorang

akan datang ntah macam mana pulak challenging nak jadi orang.. kan?


oh yea.. saya nak update link kat side bar.. siapa nak exchange link.. meh tepek link blog korang..



Resepi Sizzling Yee Mee

Semalam teringin sangat nak makan sizzling.. feveret saya of course Yee Mee kat food court Giant Shah Alam.. tapi semalam memang tak berkesempatan nak pergi makan.. beli barang masak je lah.. resepi tal sempat google.. hehehehe.. jadinya bantai resepi sendiri je..

Basically, ni barang-barang yang perlu ada..



sos tiram & Kicap Lemak manis..
kalau guna kicap masin.. kena pandai adjust lah rasa dia yer..
lagi pun bukan manis mana kicap ni..

kalau korang ada kicap pekat boleh letak dalam 5 6 sudu...
tiba-tiba semalam dah habis pulak kicap pekat..
tak koser nak keluar rumah semata demi kicap pekat...




bawang putih dan cili kering...
saya memang suka bawang putih..
bau dia tu menggamit selera makan..



sebenarnya guna cendawan shitake..
yang tebal tu..
tapi semalam pergi NSK tak jumpa cendawan tu..
perut pulak dah lapar tahap gaban punya...
amik je lah cendawan ni..

tips nak hilang bau atau rasa kurang enak cendawan..
ramas-ramas dalam air..
toskan kering..
insyaAllah takde bau yang tak best tu..




hirisan ayam...
masuk banyak mana korang nak...

Cara-cara masak Sizzling Yee Mee:

tumis bawang putih dan cili kering.
bila dah garing, masukkan ayam.
tunggu sampai air ayam tu kering,
kecikkan api, masukkan sos tiram.
kacau rata.
masukkan air.
kemudian tuang kicap.

masak sampai mendidih, baru masukkan cendawan.
buat air pemekat kuah - 1 sudu makan tepung jagung bancuh dengan air.
masukkan dalam kuah.

adjust rasa dia, masukkan sawi.
kalau nak pecahkan telur pun boleh.
tapi saya tak suka.



settle.

tapi semalam kuah dia tak berapa nak pekat.
something wrong betul tepung jagung tu..
tapi dah lapar gila.. abaikan je lah..
habis 2 pinggan.. 
hahahahaha:D

kalau ada cili jeruk mesti nikmat habis..

nak lembut kan Yee Mee..
sebab kita takde hot plate tu kan..
rebus air.. bila dah menggelegak, masukkan Yee Mee..
kejap je..
sebab saya tak berapa sangat Yee Mee lembik ni..

try eh..
:)




9.9.15

#WW Relationship


Harini kaler hitam.

Selamat Pagi! 

Apa mood korang pagi ni? mood saya so-so je.. 
nak kata okay tak okay.. nak kata KO tak KO.. paham ker?? kikiki:p



hari ni tema kaler hitam..
ololololo... flawless sangat.. 
muehehehehe =p




kemeja hitam dan skirt kalerful..
kasi ceria sikit hati tu..
;)


kadang apa kita impikan tak sama dengan apa yang jadi..
di situ lah kita kena percaya dengan seyakinnya..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..


7.9.15

Kat mana ada kerja part time?

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni... saya rasa kena langkah setapak.. mencari part time job.. gaji bulanan sekarang cukup-cukup je bak kata orang... pulak tu, kilang abah bankrap.. dia takde kerja.. umur lebih 50 tahun ni.. syarikat mana je lah yang nak amik dia kerja..

langkah berjaga-jaga.. saya kena tolonglah kan.. buat something.. adik-adik pulak ada 2 orang lagi yang masih lagi dalam alam persekolahan.. betul lah orang cakap, ibu bapa boleh jaga ramai anak.. seorang anak belum tentu mampu menjaga mak ayah dia.. kan?

tapi tang duit ni jangan di fikirkan sangat.. kang jadi gila.. banyak kes dah saya tengok macam tu.. 

semoga dipermudahkan segala urusan..

Sata sedap di Tanjung Lumpur, Kuantan

Hari Sabtu lepas hantar adik balik UMP Gambang.. semester break dah habis.. abah asalnya nak jumpa kawan lama dia.. tapi takde rezeki.. kawan dia pergi outstation.. Ibu pulak cakap nak makan sata sedap yang kawan dia pernah bagi.. saya pernah pergi rumah akwan abah around bulan Feb ke Mac aritu... kat situ perkenalan pertama kali pada sata sedap ni.. terus jatuh cinta.. :p

saya ingat-ingat lupa kat mana kedai sata nya.. yang tahu kat Tanjung Lumpur.. dari Gambang pecut ke Kuantan.. sampai Kuantan cari signboard Tanjung Lumpur.. alhamdulillah jumpa signboard... hehehehe:D jumpa signboard je lah baru.. kedai nya belum lagi...

lepas tu saya terus ikut signboard Kg Tanjung Lumpur.. masuk area situ nampak laut... saya dah pelik dah.. sebab pernah pergi kedai sata tu.. tepi jalan raya.. bukan tepi laut.. keluar balik laa dari kawasan tu.. straight je ikut kata hati.. dan jumpa!

satu cucuk RM2, ada 4 pcs.. saya makan je 3 cucuk.. hahahahaha... kegilaan apakah ini? tapi serius sedap sata ni... tak macam kat Klang.. memang lain rasanya..


kualiti gambar teruk...
otak-otak dia ikan fresh tau.. tak macam selalu tu...
tapi I don't like..
hehehehe..



kopok lekor panas2..
memang terbaik..

ibu borong sata RM40 kau.. balik rumah saya bedal lagi.. hehehe:D 
Kedai ni ada jual cempedak goreng, pisang goreng dan macam-macam lagi.. ikan celup tepung pon ada.. tapi tak tahu lah pulak nama kedai ni apa..

kalau dari Kuantan tu naik flyover ke Tanjung Lumpur.. nanti akan jumpa signboard Kampung Tanjung Lumpur kat kiri.. korang straight je, naik flyover lagi... lepas flyover ni, slow-slow sikit.. belah kanan ada KPJ Kuantan.. straight lagi. sampai jumpa warung kecik tepi jalan belah kiri korang.. sebelahnya ada kedai perabut kayu jati.. singgah lah... insyaAllah tak menyesal..

teringat kat sata pun boleh meleleh air liur.. hadoiii laa.. jauh tau!



3.9.15

Tips Menjemput Jodoh






















saya dapat dari FB...
share untuk semua yang tengah mencari jodoh...

yang penting akhlak dan peribadi kena di jaga dan di perbetulkan..
jodoh cerminan diri kita sendiri..

2.9.15

monolog

Aku bila kusut..
tak suka nak bercakap..
suka nak menulis je...
kalau boleh aku nak orang tengok aku...
sekali pakej faham apa yang aku nak cakap..
baca fikiran dan hati aku...

dari dulu lagi..
kalau kusut sangat...
menulis je lah kerja aku...

susah nak communicate sebab takut terlaser.. 
dan tak suka nak jumpa orang time-time gini...

Monolog~~~

#WW - what is the meaning of beauty?


stay beauty people!

1.9.15

Tanda-tanda telefon mintak tukar

Korang pergi mana cuti 3 hari ni? saya tak ke mana pon.. setakat pergi kenduri kahwin dan ukur shopping mall... hehehehe:D ramaikan yang melangsungkan perkahwinan cuti panjang ni.. yang bertunang pun ada.. tahniah di ucapkan kepada semua.. 

dan saya perasan, fon saya makan bateri kemain cepat... 4 jam je tahan kalau on mobile data.. kalau off extra lah sejam.. aduhhhhh.. dahlah bukak galeri kemain berat sekarang ni.. padahal gambar tak banyak mana pun.. banyak dah delete.. apps pun bukan banyak pun.. pelik betul...

takkan nak suruh beli baru pulak kan? ekonomi gawat, GST lagi.. adussss...


tapikan... berkenan jugak yang ni..




samsung S6 Edge Gold

cun weyyyhhhhh...

haishhhhh...


tapi tunggulah kot-kot dapat duit terpijak ke..

kehkehkehkeh:p



Buat baik di permulaan bulan September.

Janganlah awal bulan je buat baik. Buat baik ni kena berterusan. Baru kita dapat rasa sendiri kebaikannya. Bak kata orang, buat baik di balas baik.. buat jahat tanggunglah kau sendiri.. heeee~~

ni saya copycat dari blog sepet tau.. The Power of Sedekah.. bukan tu tajuk entri.. nak tau tajuk entri dia, klik link tu.. 

jom, kita sama-sama share bersedekah.. kena ingat satu benda, rezeki bukan pada wang @ duit sahaja.. kebahagiaan hidup pun salah satu rezeki dari Allah kan?



Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.

Awak ada masalah kewangan? Keluarga?kawan2? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak cari jalan keluar?

Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best story dia!
Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Lakukan ini TODAY!
1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.

2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)

3)Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)

3)Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.
4)Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen

6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.

7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.

Ulang selama 3 hari berturut turut.
InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!
Siapa berani sahut cabaran ni? #tipsfelinnanadea