saya pergi blogwalking..sekali terjumpa menu ni...
nasi daging.. katanya dari utara..
lepas tu singgah blog my cousin..
lagi bersemangatlah saya nak try masak nasi daging ni...
semangat nak makan je lebih sebenarnya!
kurma ayam...
dah lama tak makan kurma..bila makan sedapnya lain macam je.. eheee~~
nasi daging dengan air asam..
saya suka makan bawang goreng... tu yang letak banyak-banyak tu...
Bahan-bahan
2 cup beras - basuh dan toskan
200 g daging - apa-apa jenis daging ...dipotong kecil dan bersihkan dan toskan **daging kerbau**
2 s/b minyak sapi/mentega ataupun minyak jagung ataupun apa-apa jenis minyak msk
1 cawan susu cair **saya guna low fat milk**
2 cwn air rebusan daging atau air yg secukupnya utk memasak nasi **air rebusan daging**
2 s/b rempah kurma (kalau ada rempah nasi daging boleh gunakan) **rempah kurma**
2 s/b sos tomato **tak guna!**
2 s/b sos cili **letak extra sikit**
3-4 tangkai cili hijau **tak letak pon**
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, cengkih dan pelaga **takde ketumar**
1 batang serai diketuk
2 s/b kismis **takde**
1 s/k serbuk lada hitam
1 kiub lembu **tak letak!**
daun sup/daun bawang
bawang goreng
Bahan Mesin
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-cara
- Rebuskan daging sehingga lembut dan toskan...air rebusan jgn dibuang...disimpan utk memasak nasi nanti.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus tadi, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga,ketumbar dan cengkih tadi....dan serai ...tumiskan hingga wangi. Kemudian masukkan daging yang direbus tadi bersama-sama dgn air rebusan daging tadi. Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
- Sukat air secukupnya dan masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.
- Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa ...tapi kalau dah bubuh kiub lembu tak perlu garam lagila coz dh masin. gaul lagi dan masak terus hingga nasi masak sepenuhnya.
- Masukkan kismis, tabur daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
- Tabur dan hiaskan lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang...selamat mencuba.
Cara saya masak :
Tumis macam cara kat atas tu.. kemudian masukkan daging.. Bagi daging mesra dengan tumisan.
Kemudian saya masukkan rempah kurma dan sos cili... baru masukkan susu dan air rebusan... tunggu menggelegak.. baru letak serai, serbuk lada hitam.. saya tambah sedikit garam dan secukup rasa... tunggu nasi siap!
saya baca nasi daging ni dimakan bersama air asam.. tapi kang adik-adik pelik sangat..diaorang tak makan kang.. jadi, saya masak kurma ayam makan bersama dengan nasi ni... for me.. thumbs up!! sedap sangat-sangat... menjadilah rasanya kot... bertambah-tambah bila makan... hancusss diet ku... cer lah anda try pulak...^^