31.1.12

Alas bedak yang murah dan berbaloi!

ada yang mintak saya buat tuto pakai eyeshadow untuk beginner.. tapi saya takde confident lagi nak buat tuto.. kena tunggu lah ye.. lagi pun, saya pakai eye shadow yang murah-murah je.. yang tak berjenama..

tapi kali ni nak share alas bedak dari mustika ratu.. ramai kan yang dah tahu pasal produk ni?


yang ni untuk kulit berminyak


actually, first saya tahu pasal produk ni dari blog Fyna.. dan kulit saya tak berminyak..tapi rembat jugak yang berminyak.. sebabnya kat kedai tu dah habis stok untuk kulit normal.. nak try sangat.. beli je apa yang jumpa depan mata..





ni masa mula-mula berjinak dengan produk ni..





yang ni pakai dengan krim BB..


just pakai alas bedak Mustika Ratu..
then, apply Magic BB Powder..

latest pic ni..

saya tak edit ye pic2 atas ni.. memang pakai alas bedak ni muka kita nampak smooth je.. walhal muka saya memang tak smooth langsung.. warna tak sekata..tapi pakai benda ni.. tingg!! macam magic.. terus nampak smooth... botol kecik tu saya beli dari bulan 10 ke 11 ntah.. tak habis lagi.. still ade lagi.. sebab benda ni jangan apply banyak-banyak.. sikit je.. then rata kan seluruh wajah.. saya rata kan guna jari je.. takde nak pakai span bagai.. 

so, you girls.. try laa.. barang murah tak semestinya tak elok.. untuk produk ni, saya dah buktikan yang ia nya turn out very well...

kalau dah try beritahu ye!

30.1.12

Tweet Tweet #Twitter

rasanya ramai kan dah ada akaun twitter ni.. kiranya kedua paling famous lah lepas Facebook..

meh lah ramai-ramai add saya...

@ciksitihajar


ramai2lah kita beramah mesra.. saya belum lagi nak private akaun twitter ni macam saya private kan akaun facebook saya..

27.1.12

Resepi Kek Pisang Mudah

Assalammualaikum semua…


Jumaat dah hari ni..kejap jer kan.. Sekarang ni saya asyik suka baking kek pisang.. tak tahu lah kenapa.. sedangkan saya tak berapa gemar sangat dengan pisang ni.. pisang mentah tu saya tak makan.. kalau goreng ke di buat pengat ke.. saya makan lah.. hee~~ saya memang pelik.. pelik ke? Mengada je lebih!



suka makan tang badam tu..hihihi.. kerak2 tu yang saya suka..



Yang ni kek pisang saya baking masa cuti CNY lepas.. kek pisang marble coklat.. first time buat marble-marble ni.. tapi x jadi marble pon.. yang bahagian coklat tu kat bawah je.. hehehe.. lantaklah labu.. asalkan jadi kek nya.. senang je nak buat ni.. resepi die? Google kan ade.. sekarang senang.. nak masak google je.. kihkih... kalau dulu-dulu kena tanya mak ke nenek ke..berguru dulu..sekarang more easier.. yang tak tahu masak pon tahu masak...


Ada yang saya edit bahan nya. Refer bawah ye..:)



2 cwn tepung gandum è 2 ½ cawan tepung self raising1 s/k baking powder è tak letak
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
è 5 biji pisang di blender dengan 100ml susu fresh milk separa hancur.1/2 cawan minyak masak è ditukar kepada buttercup, cairkan.
esen vanilla
è esen pisang
2 biji telur
è gred B
Sedikit Badam dan coklat cip è ni tabur atas kek before di bakar

Caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.



Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan tepung selang seli dengan pisang yang diblender tadi. Kemudian baru masukkan esen pisang. Masukkan tepung tu saya dah tak putar, just kacau guna sudip kayu je..

 3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.





>> kalau nak buat marble, asing kan dalam 2senduk dan campur coklat emulco dalam 1 sudu besar.


tak jadi kan marble die?? kena touch up skill lagi ni..:)

Walau pun gambar tak menarik, tapi rasa kek ni sedap..(puji diri sendiri).. sampai ade yang suruh buat lagi…


Selamat Mencuba ye~~!

25.1.12

WW ada erti tersirat dan tersurat..














19.1.12

sampul merah berisi...

Tak sabarnye nak tunggu esok.. dapat gaji wey!! Lepas tu, this weekend kan dapat cuti panjang.. isnin dan selasa cuti.. yezzzaaa~~!

Disebabkan head department iaitu bos saya menyambut Chinese New Year, makanya, saya dapat sampul merah.. hihihi:p alhamdulillah.. rezeki… isi nya cukup lah buat untuk buat belanja selama seminggu… J

Teruja kot masa dapat ni...



See.. belakang siap ade wishes lagi..
Korang boleh faham taka pa my bos tulis??
Best romance luck tuhh.. hahaha=]
Saya senyum je masa baca wishes ni…



Thanks ma’am...
Saya suka tengok cara bos saya ni dressing..
And she looks very young…
tengok ketembaman saya..:(


Sekarang ni masih menunggu lagi sampul merah dari head department yang lain...kot-kot lah ada lagi yang murah hati nak bagi..


Orang yang belum kahwin je ye yang boleh dapat angpau! Yang dah kahwin duk diam2.. kihkihkih..





18.1.12

bulan ni bulan shopping kan. . . .

Assalammualaikum semua…


Ramai ke dah dapat bonus?? Jelesss i.. saya tak tahulah status saya dapat bonus ke tak.. sedihhh… hopefully dapatlah.. walau tak banyak, sikit pun jadilah.. buat lepas beli baju dan kasut.. hahaha=] nak jugak shopping... geram tengok perkataan sale tu merata-rata tempat.. diskaun-diskaun tu lagi... aiyoooo~~

now everywhere is sale!



Bulan ni gaji keluar awal.. hopefully dapat berbelanja seperti yang di bajetkan.. bukan seperti nafsu inginkan..

Semalam saya pergi jalan-jalan kat klang.. ala, kat bandar klang tu kan macam-macam kedai ada, tu pon if korang tahu lah klang tu kat mana.. nak g jusco bukit tinggi tak sanggup.. bukan tak sanggup apa.. tak sanggup dengan godaan.. hehehe=] padahal jusco bukit tinggi tu dah dekat dengan rumah saya...

 ni shaw centerpoint..
betul-betul kat tengah bandar klang...
dalam ni mostly ramai indon je..


Pusing-pusing semalam dapat lah beli sepasang kasut..walau duit tinggal nyawa-nyawa ikan, tetap jugak nak beli kasut ni.. 70% diskaun okeh.. rembat lah satu.. dahlah kaki saya ni size die limited.. tu yang dah alang-alang pegang, duk try…arghhh.. beli jelah… kaki saya size 4.. that’s why kalau jumpa berkenan dan mampu di beli terus je amik.. kebetulan kasut sedia ada sekarang ni dah nazak.. kira ikut keperluan lah kan? Bukan ikut kehendak.. ada bezakan… ayat sedapkan hati ni…

harga asal RM60.. after discount RM20.00 :)
i like...takde tumit.. senang nak bergerak..
tak kisahlah korang nak cakap saya ni cheapskate ke..
yang penting i'm happy...
kasut pun nak tunjuk kat orang.. hahaha:)

 
 pssst.. parkson sekarang tengah ada sale gila-gila... mata pon berpinar-pinar tengok... jom lah terjah ramai2...:)





13.1.12

kesepian dan kesedihan saling berkait rapat..

Mungkin ada yang berasa kesunyian bila takde pasangan hidup.. memang sunyi.. sunyi sangat.. but I used to be lonely.. walaupun sebelum ni saya ada teman lelaki tapi saya dah biasa juga ditinggalkan keseorangan.. jadi saya dah biasa menghadapi situasi macam tu.. bukan maksud teman lelaki tinggalkan saya terkontang kanting.. tapi maisng-masing ada urusan lain juga kan? Jadi kita kena faham..


Lagipon, masa di kolej dulu saya dah biasa sorang-sorang.. even saya jatuh sakit pun saya hadapi sorang-sorang.. Masa sakit mata yang teruk dulu, saya pergi klinik pun sorang2.. walaupon masa tu sebelah mata saya tak nampak apa-apa..alhamdulillah, segalanya ok je..


Bila kesunyian dan kesedihan bersatu.. hati memang remuk.. air mata bercucuran bagai air hujan.. tak kurang juga air mata dalam hati… saya memang selalu menangis pun.. gembira saya menangis..sedih lagilah kan…


bukan mata saya..:)

Apa pon, saya jarang beritahu orang kalau saya sedih.. tapi kalau gembira saya heboh-hebohkan..^__^ bagi saya no point pon nak beritahu orang.. saya ingat lagi saya pernah menangis di bahu teman lelaki saya dulu.. kerana terlampau sedih.. masa tu saya simpan dah terlalu lama segalanya dalam hati..tak tahulah dia ingat lagi ke tak.. bila semua yang kita rasa kita pendam dan simpan jadi bila tiba masanya ia akan keluar dengan sendirinya…

Sekarang saya tiada teman lelaki.. sunyi?? Dah biasa.. tak jadi masalah.. Cuma kadang-kadang tak cukup kuat je.. apa pon, ALLAH sentiasa bersama kita.. tabahkan hati untuk hadapi semuanya.


12.1.12

Lelaki, Cinta dan Kerjaya.

Ada lagi ke perempuan yang hanya mementingkan kasih sayang dan juga cinta sahaja? Mungkin ada perempuan yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang tidak bekerja atau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.. Boleh ke hidup bahagia tanpa duit? Saya bukan perempuan mata duitan.. saya sendiri ada duit yang boleh saya gunakan untuk hidup saya. Tapi sekarang ni kita hidup memerlukan duit. Tak perlu bermewah-mewah cukup sekadar boleh makan ada tempat tinggal kan?

Tetapi jika untuk berkahwin, saya prefer lelaki yang mempunyai pekerjaan tetap dan sekurang-kurangnya pendapatan yang diperolehi boleh menaggung makan minum saya. Perkahwinan memang sebuah perkongsian hidup. Jika suami kita susah kita akan membantu.. dan sebagai isteri tidaklah meminta berlebihan cukup sekadar mempunyai rumah untuk berteduh dan ada makan minum yang mencukupi.

saya ada bertanya kepada kawan saya yang sudah berkahwin, bagaimana dia membina kehidupan sebab masing-masing baru bekerja. Dan jawapan yang diberikan sebab suami mereka sudah mempunyai pekerjaan tetap dan gajinya boleh menanggung dia..tapi as usual ada benda yang kita kena sharelah bayar like sewa rumah, bil-bil dan jugak in term of nak beli asset.

"Jika lelaki benar2 mencintai , cinta itu yg akan gerakkannya utk cari harta dan kerja utk bina kebahagiaan bersama org yg dicintainya."- PMJ


Saya terjumpa ayat di atas.. benarlah kata orang, jika lelaki itu mencintai kita, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memberikan sebuah kebahagiaan. Selalunya lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga adalah lelaki yang matang dalam pemikiran. Jadi jangan terllau ikutkan sangat rasa cinta sebab kelak kita binasa. Apatah lagi untuk berkahwin dan seterusnya kita akan mempunyai anak. Bukan kita minta untuk bercerai tapi masa akan datang kita tak tahu bagaimana nasib kita.


Moga saya berjumpa lelaki seperti ayat diatas...insya'allah:)

6.1.12

Bahagia yang macam mana anda cari??

Selalu kalau baca buku cerita bahasa inggeris mesti tulis “happy forever”. Selalunya cerita kanak-kanak mesti akan berakhir dengan happy ending. Sebenarnya di sebalik tujuan kita menunjukkan life will be ending with happy sebab kita nak kanak-kanak tahu sebelum kita bahagia kita kena tempuh pelbagai dugaan kan? Betul, tak semua kehidupan akan berakhir dengan bahagia. Kadang-kala bahagia di pertengahan kehidupan kita sahaja. Nasib manusia ni tak semuanya sama tapi kita perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.





Tetapi bergantunglah pada makna kebahagiaan yang korang faham.


Pada saya bahagia di akhir kehidupan saya apabila menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan orang yang tersayang. Tak perlu berharta hanya ada rumah sendiri dan hidup dengan penuh kesederhanaan. Saya mahu meninggalkan dunia ini dengan orang tersayang disebelah saya. Saya rasa bila kita dah ada anak cucu kita tak boleh bergantung harap pada mereka. Memang kita mahu mereka yang menjaga kita apabila kita tak mampu lagi nak menguruskan diri kita tapi kita kena ingat anak cucu kita pasti punya kehidupan masing-masing. Dan kehidupan mereka mungkin sudah lengkap tanpa kita.

Apa pon saya tetap berdoa yang anak cucu saya ikhlas menjaga saya nanti.

Kalau boleh nak meninggal sebelum saya nyanyuk, sebab saya tak nak anak cucu saya menjadi derhaka dan berdosa sebab saya. Menjaga orang tua yang nyanyuk memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Saya sendiri tidak ada kesabaran yang tinggi. Sabar saya ni senipis kuli bawang.

Bahagia tu kita cari tapi ALLAH yang tentukan untuk kita.. asal hati kita redha, mungkin kita akan rasa nikmat bahagia tu...=]