31.7.13

#WW Sushi


sumber : sushi king

niat hari ni nak bebuka dengan sushi.. tekak ni mengada pulak nak makan sushi...

30.7.13

shawl buatan sendiri..

banyak kerja di ofis.. tapi malas nak buat.. hahahaha.. tahap kerajinan makin berkurangan.. rasa nak lempang je diri sendiri...

hari ni berbuka target nak makan KFC.. entah kenapa tekak teringin sangat nak makan KFC.. lagi pun dah berbulan rasanya saya tak makan KFC.. pulak tu, iklan dia time bulan puasa ni makin galak pulakkan.. hishhh.. mana lah tak tergoda..

disebabkan hari ni feeling cantik.. sebab pakai shawl buatan sendiri..*senyum angkat kening* maka haruslah ber camwhore.. hihihi:D

orang lain bulan puasa makin kurus.. tapi saya? takde effect apa-apa.. lagi rasa tembam ada lah.. kulit saya tak se flawless begitu yer.. terima kasih camera 360..


ni baru muka tanpa edit...
sejak bulan Ramadhan memang tak pakai bedak..
pakai krim muka je..
kalau boleh lipstick pon taknak pakai..
tapi nanti orang tegur pucat..
 

sakit jiwa

apasal lah susah sangat hati ni nak faham...
makin lama macam ni..
makin sakit jiwa raga ni..
tapi hati tak mengerti semua tu..
tak tahu lah sampai bila nak macam ni...
moga ada penyelesaian nya..

29.7.13

cerita ceriti

Assalammualaikum!

minggu lepas satu entry je up.. sebabnya banyak kerja perlu di beres kan.. lagi-lagi auditor datang..korang tahu lah kan macam mana gaya nya kalau auditor datang.. menggelupur 1 badan okey.. walaupun bukan dept saya yang di audit.. tapi tetap jugak kena tempias nya sikit-sikit..

hutang entry game Chelsea kan? nanti yer... ahkak takde idea pulak nak tulis entry tu..#malas sebenarnya#

aktiviti cuti 3 hari yang lepas? buat kuih raya je dik non.. stress kejap.. ibu amik order kuih raya tanpa inform kami (saya dan adik ke-2).. cer korang kira balik berapa hari lagi nak raya? berapa pulak order dia ambik kan? saya ni dah lah bekerja, lain lah kalau penggangur terhormat.. cepat lah sikit siapnya.. ni, memang terkedek-kedek lah.. over ada 1 je pulak tu.. lagi 1 dah selamat jahanam..

semalam pergi cari baju raya.. warna purple.. padahal mengidam warna turqoise.. kalau beli siap ni..toksah lah memasang angan-angan nak pilih warna apa.. design kalau kita suka tu.. jarang sangat ada warna yang kita nak.. maka redha je lah jawabnya yer!

masa beli baju raya semalam, dah pasang niat dalam hati.. tahun depan nak pergi beli kain sendiri.. hantar jahit.. baju kurung moden pun tak kisahlah..janji kain beli sendiri.. mudah-mudahan terlaksana yer.. sebab niat ni dah pasang 2 kali Ramadhan sebenarnya.. hahahaha:D

baju raya plain je.. rasa nak tambah lace atau pun pearl kat lengan baju.. tapi masih confuse lagi nak pilih warna apa yang sesuai nak di padankan.. lepas tu pasang niat lagi.. nak jahit shawl sendiri.. hahahaha... sila gelak dalam hati.. sambil bakar kuih sambil menjahit.. tak dapat saya nak bayangkan.. i'm not super women yet..

apa pun harapnya berjaya lah niat tahun ni.. nak jahit tambah pearl.. wish me luck!

22.7.13

weekend yang sekejap.

korang rasa tak yang weekend tu amatlah sekejap.. 2hari tu berlalu sekelip mata jer... haihh.. tak puas lah cuti weekend ni..

sabtu saya mengemas rumah.. bukanlah satu rumah pun.. bahagian dapur je saya kemas.. banyaklah yang saya buang.. biasalah ibu saya tu, kalau boleh semua dia nak simpan.. bila dah kemas-kemas camni barulah jumpa barang yang kenkonon hilang tak tahu letak mana.. 

dari pagi sampai pukul 3petang saya mengemas dapur.. padahal rumah sekangkang kera je.. belum lagi rumah besar.. acaner lah gamaknya saya mengemas.. mau makan masa 2 3 hari kot..

ahad pulak saya sempat buat kuih.. chocolate chip cookies.. buat 2 adunan dapat lah dalam 6 balang kecik tu.. tu pun baru rasa sekeping je malam tadi.. ingatkan nak ngap lagi sahur tadi, tapi lupa pulak.. mana tak lupa.. mata mengantuk gila.. tidur pukul 1 pagi, bangun kul 5 pagi.. 4 jam je mata berehat... tu pun berapa kali ibu duk panggil-panggil nama saya.. 

ni pun mengantuk lagi.. nasib baik tak masuk meeting room.. kalau tak, tak tahu macam mana nak tahan kelopak mata dari tetutup...


next entri pasal Chelsea vs Malaysia :)

19.7.13

mangsa keadaan..

sedihlah.~~ 

masih di ofis..tunggu barang sampai..


buka puasa air kosong dalam kereta lah nanti..

kenapa lah asyik aku je jadi mangsa keadaan??? 



Resepi Kek Tiramisu Marie

semalam balik kerja memang blank idea nak masak apa.. ibu suruh masak kari telur.. tapi itu sebenarnya untuk sahur... jadi buka kita nak makan apa?? haihhh.. bosan kan makan lauk pauk semua.. saya goreng nasi je semalam.. dan nasi tu termasin.. tapi masih boleh di terimalah kemasinan dia tu..

lepas tu saya saya makan cake tiramisu.. kelmarin saya buat kek tu.. 


Resepi Tiramisu Simple.

Bahan-bahan :

1 bungkus biskut marie
250g cream cheese - suhu bilik
1 cawan whipping cream
5 sudu makan gula kastor
1 cawan air nescafe @ kopi tanpa gula

Cara-Cara :

  1.  pukul cream cheese sampai kembang. masukkan gula dan pukul lagi.
  2. bila cream cheese dah bertukar warna sikit, masukkan sedikit demi sedikit whipping cream. jangan masukkan semuanya, sebab takut cream cheese cair. masukkan sampai agak-agak likat sikit. kira dah kembang lah adunan cheese tu.. jangan cair sangat ye.. sedang-sedang lah..
  3. celup biskut marie satu per satu dalam air nescafe tadi. celup 5 saat je. jangan lama-lama, nanti biskut lembik tak sedap. air nescafe tu saya guna 3 in 1 je.. air dia pulak suam..
  4. susun atur dalam loyang atau tupperware. saya guna tupperware je. satu layer biskut marie satu layer cream cheese tadi. buat berulang kali sampai habis. tapi penghabisan atas sekali mesti cream cheese yer.
  5. kat atas tu saya tabur serbuk milo. kemudian sejukkan dalam 2 jam. siap! boleh di makan.


#gigihnya lukis begini#
macam ni lah saya susun biskut marie tu...
kan dah susun biskut ada ruang antara biskut tu kan... saya letak lah biskut atas ruang tu..
lepas tu baru letak cream cheese..faham ke idok yer? kalau tak faham tanya eh.. hehehe:D


saya guna cream cheese yang ni..
sumber : jom ke pandan




sumber : eshop-bagus
whipping cream ni hanya ada di kedai bakery je.. kalau korang cari kat hypermarket jumpa jenama ANCHOR..
tapi whipping cream ni lagi sedap rasanya.. macam rasa ice-cream sikit.. RM 9.90.. boleh guna banyak kali kalau nak buat tiramisu ni..


18.7.13

monolog hati

aku memang suka mengharapkan benda yang tak pasti, menginginkan benda yang tak mampu aku miliki. tapi semua itu buat hati ku puas. mereka tak mengerti tentang perasaan ini jadi tak perlu mereka tahu. aku tahu Allah sentiasa ada di sisi itu membuatkan aku terus berani berperasaan. biar dikala itu mereka memandang aku dengan kepelikan, tapi aku bahagia. biar mereka tidak mempedulikan aku, tapi aku gembira.

gembira itu subjektif. tak perlu di ungkapkan kerana perasaan sendiri kenal apa itu definisi bahagia. jangan di bilang pada semua akan bahagianya hidup kita sebab riak itu perangai syaitan.

senyuman itu selalu terukir walau derita melanda hidup. biar senyuman menjadi peneman agar bahagia itu kita yang punya.

p/s : tiba-tiba tertaip benda ni...

17.7.13

takde idea

pagi tadi elok je saya dengar zikir-zikir bagai.. yelah, halwa telinga di bulan puasa ni.. tapi habis je zikir tu semua terus start dengar lagu jiwang karat... ni dah apasal ni?? siap nak touching bagai ni... huhuhu

takde idea nak up entri hari ni..

layan lagu ni moh!



16.7.13

Menu Ramadhan 6

 sup tulang




sayur tempe suhun



malas pulak nak taip resepi.. tunggu lah nanti saya update resepi sup tulang yang mudah ni..

:)

Tayar oh Tayar

sebabkan bulan depan nak raya, jadi saya hantar kereta servis hari ni. lagi pun, patutnya servis bulan depan, tapi bajet terlari sikit kan bulan lepas, so hantar bulan ni. uncle bengkel tu memang dah kenal dengan saya sebab selalu hantar kat dia. tadi dia call, cakap tayar kereta dah kena tukar. **tepukdahi**

memang patut tukar pun tayar kereta tu. dah pakai kereta since 2010 tak pernah tukar tayar lagi. patut nak tukar awal tahun ni lepas tu duk tangguh-tangguh.. last-last memang kau tak bertukar lah wahai tayar.. bulan depan aim nak tukar tayar 2 biji dulu, bulan lagi satu lagi 2 biji..

masalahnya sekarang ni, korang faham je lah kan.. kalau perempuan yang pergi bengkel, confirm-confim kena mahal laa.. yelah, kita tak tahu pun apa sebenarnya nak kena tukar, bila pomen cakap-cakap, kita angguk-angguk je lah.. hahahaha..

Kesian Mr.Wud kita, dah nak dekat 3 tahun pakai tayar tu... huhuhu

korang, nak tanya kat mana kedai tayar murah area klang / shah alam / PJ..

kalau korang pun sama pesen macam saya, sebelum pegi tukar tayar meh kita baca tips memilih tayar kereta..


Thanks tuan blog yang share pasal tayar ni.. :)

15.7.13

Boikot Ayam

siapa yang biasa pergi beli barang basah mesti tahu kan harga ayam naik melambung. kalau tak pergi beli pun, kalau korang perasan kat berita dah 2 hari rasanya cerita pasal harga ayam ni...

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek keluarkan kenyataan, mengajak kita untuk elakkan dari makan ayam. nak baca lebih lanjut Sinar Harian 

saya tak kisah pun kalau tak dapat makan ayam ni.. tapi kan kita kalau raya memang banyak guna ayam. nak buat rendang guna ayam, nak buat kuah kacang guna ayam. haa.. acaner? dan lagi satu, kalau ayam ni masak apa pun memang menjadi. serius! masak kari ke lemak ke. semua boleh lah.

lagi 1, bukan ayam je mahal sekarang ni..ikan lagi lah berganda mahal nya wei.. ikan kembung boleh mencecah RM 12 sekilo..ikan paling murah pun, ikan pelaling. ikan bilis pun dah mahal kan?

rumah saya seminggu tu memang masak ayam je. kalau ikan memang kurang sangat-sangat. adik saya yang ke-4 tu tak makan ikan sangat. tu yang payah tu. kalau masak ikan kang dia makan nasi cuit-cuit je. tapi badan tak pulak besar sebab makan ayam je. kakak-kakak dia yang makin besar.

buka ni korang masak apa? ibu suruh saya masak sup tulang. esok kita up resepi ye... :)


Pagi-pagi kena senyum

hari ni keluar rumah pukul 6.40 pagi. semangat saya keluar rumah awal tau. jalan kat klang smooth je. sekali lepas masuk NKVE, lepas dari Setia Alam, jalan dah start slow. padahal baru pukul 7 pagi rasanya. selalu memang akan slow pun, tapi ni slow yang hampir tak gerak tu. saya mulalah tension.

saya jenis tak boleh nak bawak kereta kalau slow macam tu. lagi-lagi drive seorang diri kan? bukan apa, takut terlelap je nanti. tu pasal kalau jalan jem sampai tak gerak tu, saya akan cakap seorang diri. hahahaha.. tak pun saya akan menyanyi kuat-kuat... kalau tak memang asyik menguap je lah hoit..

dulu masa baru dapat kereta, bawak 90km/j pun rasa macam nak terbang. sekarang ni, bawak 120km/j, rasa slow jugak. apakah? hahahaha...

keluar rumah pukul 6.40 pagi sampai ofis 8.30pagi.. Klang - Damansara 1 jam lebih.. 

tapi hari Isnin memang jem lain macam sikit. agaknya orang bersemangat nak kerja kot.


sebelum masuk ofis moh ler kita senyum..
nak cari rezeki kan..
^_^

12.7.13

Proud to be Muslim :)


Take a look this video. 


Seriously, bangga dengan apa yang di perkatakan dalam video ni. tapi dalam masa yang sama, marilah kita cermin diri masing-masing.. Mualaf lagi banyak pengetahuan agama dari kita yang sememangya lahir sebagai umat Nabi Muhammad ni..

Thanks for this video yang unbiased. Great sharing from Korea.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik. insyaAllah :)

Tak payah nak tengok Running-man je.. tengok berita korea pun best juga :)

 


11.7.13

Corat coret sahur

masa saya sekolah dulu, memang saya je yang ibu kejut suruh prepare untuk sahur... dulu masa mula-mula, sambil pehangat lauk meleleh air mata.. sambil goreng telu pun boleh meleleh-leleh air mata.. kenapa sedih sangat? sebab saya sorang je ibu kejut.. adik-adik kang bangun tahu makan je.. mana lah tak touching kan? hahahaha...drama air mata sungguh saya ni..

bila masuk kolej pulak, jarang sahur makan benda berat.. selalunya biskut ataupun roti.. kadang-kadang je makan nasi.. tapi saya tetap bangun shaur.. mungkin dah terbiasa kan...

sekarang dah kerja, takde lagi bangun prepare sahur.. hahahaha... last year adik saya yang no 4 kena prepare sahur.. this year ibu pulak.. sebab ibu balik kerja dalam pukul 2 pagi rasanya.. dia terus masak.. nanti pukul 5.30 macam tu, abah kejutkan kiteorang bangun..

dah dua hari ni sahur.. lauk taknak kalah.. semalam lauk asam pedas ikan, pagi tadi kari ikan merah... hahahaha.. tp buka kang saya masak ala kadar je.. macam semalam ada ikan goreng kembung lebih dari sahur tu, saya buat masak taucu.. tapi sendiri masak sendiri tak makan.. saya masak bihun sup lagi 10minit nak buka puasa.. ala, bihun sup campak-campak je..

lepas balik terawih semalam, goreng ayam 3 ketul.. nak makan dengan nasi.. nama pun tekak melayu.. tak dapat nasi memang tak sah lah.. tapi boleh je kalau tak makan nasi semalam.. saya makan pun setakat 5  6 suap.. kang orang kurus time puasa ni.. saya lak sebaliknya.. hishhh.. mintak dijauhkan lah...

tapi kalau sahur lauk simple-simple lagi sedap kan? walaupun orang kata stress nak fikir masak apa hari-hari.. tapi saya suka! hahahaha :D memang dasar kuat makan punya orang,..

9.7.13

Semua orang pernah buat silap.



Semalam dan hari ni gempar pasal video ulang tahun couple yang ke-seminggu tu… ramai yang bagi komen dan kritikan yang panas dan bahasa yang tak sedap nak di baca.. pleaselah, saya pun geli dan menyampah tengok video tu..yelah, umur ntah baru berapa tahun dah buat video macam tu.. siap berjanji bagai..

Dik, akak dulu pun bercinta jugak masa zaman sekolah… tapi tidaklah over macam tu dik.. kalau niat nak upload supaya orang komen “alalalala…sweetnya uolls ni.” memang silap besar dik.. sekarang ni nak jadi famous memang cepat dik.. silap-silap hang duk utara nun sabah sarawak sana pun kenal muka hang tau… tak pe.. belajar dari pengalaman ye.. nanti jangan upload lagi benda-benda yang boleh buat orang gelakkan kita...

Korang yang komen tu pun.. janganlah guna bahasa kasar…budak ni mesti faham apa yang korang nak sampaikan.. ni kalau dekat seribu orang duk cemuh dia.. bayangkan macam mana dia nak keluar rumah? Tu belum lagi kawan-kawan kat sekolah duk bahan dia.. yang hackers pulak pergi hack akaun dia... fuhhhhh... memang kesian sangat-sangat...

Tapi ni lah realitinya.. zaman dah canggih sangat kan? Dulu masa korang bercinta pakai surat je.. tak pun sms lah kalau time saya dulu.. tu pun sms guna nokia cokia tu.. dulu-dulu, orang hantar sms yang kena klik-klik nanti dapat lah gambar teddy bear ke bunga ke.. tapi tetap hitam putih jugaklah.. -.-“

Saya rasa semua faham kot perasaan budak perempuan tu.. bukannya kita tak pernah jatuh cinta masa zaman remaja dulu.. Cuma mungkin kita tak obsess sangat sampai macam tu kan? Lagi pun..tak retinya korang nak edit video macam budak tu… siap ada background music lagi kau…hehehehe

Doa je lah hubungan dorang menjadi yang halal nanti… boleh tunjuk kat anak cucu pulak..

Ramadhan 2013

monolog :

Ramadhan tiba lagi...
Keterujaan menyambutnya cukup berbeza kali ni,
Mungkin faktor usia yang mematangkan aku,
Dengan azam supaya Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Aku berharap agar Ramadhan ini dapat mengubah diri ini,
menjadi seorang yang jauh lebih baik dan positif dari sebelum ini,

Ramadhan kali ini masih bersama keluarga tercinta, 
Alhamdulillah atas kurniaan Allah.



untuk semua yang membaca :

Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak...

8.7.13

Baju Kurung Artis 2013



Dah lama tak check website nuffnang sebenarnya since bulan May.. sebab kita cash out kan May hari tu.. minggu lepas baru dapat cek.. thanks nuffnang!! Ni cek kedua yer.. cek petama last year… 

Tengok keywords ni..



Hamboiiiii…..dek non…! Tahu lah nak raya bulan depan kemain korang nak google baju raya yer… baju raya artis lak tu… saya tak tahu artis pakai baju raya macam mana tahun 2013 ni.. yang pastinya masing-masing nak ber”peplum”.. untuk saya yang sedikit chubby ni…lupakan je lah yer! baju raya saya tak tahu lah nak beli ke tak.. sebabnya bajet sedikit lari sebab ada beberapa incident yang berlaku dalam kehidupan saya lately ni.. kalau ada rezeki adalah kan… sabar je lah…

alhamdulillah rezeki dapat BE dari nuffnang... 


Nikah sebelum Ramadhan

hari ni tengok anak bulan Ramadhan kan? rasa cepat je masa berjalan kan? dah nak masuk Ramadhan...tapi saya suka... tak tahu kenapa excited lain macam nak sambut Ramadhan kali ni...harap-harap Ramadhan kali ni akan lebih baik dari Ramadhan yang dulu...

semalam kawan saya menikah... kawan kolej dulu...ramai pelik kenapa dia nikah beberapa hari sebelum Ramadhan.. jawapannya nak beraya sebagai suami isteri... oh maiii... sebak tau dengar jawapan begitu... kita ni solo lagi.. huwaaaaa....

 cincin perkahwinan


 the bride!

ehem ehem... i yang touch-up kan dia ni...



 


 the speechless moment...


 us!


 time ni otw bawak pengantin pergi masjid..
masuk ni, dah 2 orang pengantin saya bawak ke masjid..
harap-harap yang ke-3, saya lah pengantin tu yer....


the groom..


biar kita dilanda dugaan kerana disebalik dugaan pasti akan ada kebahagiaan... percaya setiap dengan rancangan Allah.. sebab hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita... 

bahagia didunia tak kekal... begitu juga dengan kedukaan... 
stay calm, stay strong and stay smile..
:)

5.7.13

Lone Ranger

malam ni kawan saya ajak pergi tengok movie Lone Ranger. tadi masa dia tanya nak tengok wayang tak? laju je jawab "okay".. lepas tu duk terfikir.. alaaaaa... hari ni drama Sebenarnya Saya Isteri Dia episod last!!!

sumber : google

Acaner? terlanjur perahu boleh di undur tapi terlanjur kata tak boleh nak delete... tapi boleh tengok kat Tonton kan? so, no worries.

tapi kan, kenapa episode awal-awal kat tonton tu kena buy credit kalau nak tengok? haihh.... pandai kan dorang buat marketing? 


Bila mengajar anak dara.



saya ada baca entri Kak Elly baru-baru ni. Dia mengadu pasal anak dara dia yang sulung, Yaya. Yaya ni comel dah besar mesti cun lah.. Kak Elly cita yang Yaya dah pandai melawan dan taknak tolong dia buat kerja.. terus saya teringat zaman saya dulu.. hahahaha

tapi saya beruntung sikit lah kot.. ibu mula bekerja masa saya darjah 6. Adik-beradik 5 orang tapi masa tu no 4 dengan 5 kecik lagi. Takkan nak suruh dorang yang buat kerja kan? Saya selalu ditugaskan masak je. Sapu sampah dan basuh pinggan adik no 2 dan 3. masa sekolah kami tak basuh baju sendiri. Baju semua abah yang uruskan. In fact, until nowadays, abah yang uruskan. sebab abah cerewet bab-bab baju ni.

Tapi sama je kes saya dengan Yaya. Bila hari cuti ibu suruh tolong dia buat kerja rumah, saya mesti jawab “asyik nama orang je ibu panggil.” Yelah, time tu kira macam zaman perantara, dari kanak-kanak nak ke alam remaja.. masa tu lah nak kena belajar buat kerja rumah bagai kan? Tapi saya tengok kawan-kawan takde pun macam saya, haa.. lagi lah saya rasa macam “eh, apasal nak buat semua ni?”

Tapi bila dah masuk tingkatan 2 ke 3 ntah, maisng-masing dalam rumah dah tahu kerja masing-masing. Takde lah nak bertolak-tolak, siapa sapu rumah, siapa nak sidai baju siapa nak basuh baju. Tapi macam mana cantik kau kemas rumah, macam mana bersih kau sapu rumah pun. Bila ibu balik kerja tetap dia tak puas hati. Ibu saya jenis memang suka mengemas, maka dia yang baru balik kerja akan kemas balik dan akan sapu rumah balik. Mungkin tu attitude mak-mak orang kot?

Seiring dengan peningkatan usia, maka tanggungjawab pun makin bertambah kan? Lagi-lagi sekarang ni, masing-maisng dah bekerja. Masing-masing balik kerja penat. Tapi saya jenis kalau balik kerja penat, terus terperap dalam bilik. Tapi ibu kalau balik kerja penat macam mana pun, tapi ada yang tak kena dengan mata dia, dia akan buat. Tu memang sikap ibu dari duu yang which is saya rasa saya tak mampu lagi nak ikut. 

Tapi betul kata Kak Elly, apa yang mak suruh buat adalah untuk menyenangkan kita di masa depan. Cuba bayangkan kalau tak tahu basuh pinggan mangkuk? Tak ke malu kalau pergi rumah orang nanti. ada kawan saya tak reti nak potong bawang walaupun umur dah 26 tahun. bayang kan dia pergi rumah orang? potong bawang tu benda basic kan?

Tapi saya kalau bab mengemas memang kureng sangat. Suruh memasak dan membasuh saya buat. Kalau mengemas saya tolak kat adik-adik lain. Tapi bila umur dah 24 tahun ni, automatic fikir. Sekarang boleh lah suruh adik-adik mengemas, kang dah kawin nak suruh siapa? Suami ke nak mengemas? Insaf kejap! Tapi saya alah dengan habuk ni. Kang bersin sepanjang hari. Tu yang malas tu..


Dan ini adalah kelebihan berbuat baik kepada ibubapa, saya ambil dari FB Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
 
1.    Dapat pahala seperi ibadah haji dan umrah

2.    Rezeki Murah dan berkat

3.    Allah panjangkan umur

4.    Mendapat anak-anak yang soleh &solehah

5.    Berpeluang di jamin masuk syurga

6.    Hilang dukacita ndan datang kegembiraan

7.    Dapat sayang Allah, manusia dan semua makhluk

Apa pun, sampai bila nak harap kan parents yang buatkan kerja untuk kita kan?