31.10.13

Kisah Diet #2 - Lemon untuk Detox



2 minggu lepas, saya mula detox badan. Sebelum nak diet kena cuci sikit lah usus kita kan. Saya banyak baca info, lemon bagus untuk detox kan badan kita. Jadi, saya pergi beli lemon. Untuk permulaan, 1 biji lemon tu tahan 2 hari lah. Lemon mahal hoit! Saya beli kat Tesco sebiji RM1.19. saya beli 3 biji untuk permulaan. Nak tengok macam mana kan. 


sumber google



Hari pertama minum takde apa pun. Sampai lah hari kelima. Hari kelima, baru saya masuk toilet membuang toksid. Perut tak rasa memulas ke apa. Sekarang saya dah amalkan setiap hari. 2liter air bersamaan sebiji lemon. Kekadang saya tambah lagi seliter. 

Kebaikan Lemon: - sumber lifehack.org


11 Benefits of Lemon Water

1. Gives your immune system a boost.

Vitamin C is like our immune system’s jumper cables, and lemon juice is full of it. The level of vitamin C in your system is one of the first things to plummet when you’re stressed, which is why experts recommended popping extra vitamin C during especially stressful days.

2. Excellent source of potassium.

As already mentioned, lemons are high in potassium, which is good for heart health, as well as brain and nerve function.

3. Aids digestion.

Lemon juice not only encourages healthy digestion by loosening toxins in your digestive tract, it helps to relieve symptoms of indigestion such as heartburn, burping, and bloating.

4. Cleanses your system.

It helps flush out the toxins in your body by enhancing enzyme function, stimulating your liver.

5. Freshens your breath.

It also helps relieve toothaches and gingivitis (say wha?). Because the citric acid can erode tooth enamel, either hold off on brushing your teeth after drinking lemon water or brush your teeth before drinking it.

6. Keeps your skin blemish-free.

The antioxidants in lemon juice help to not only decrease blemishes, but wrinkles too! It can also be applied to scars and age spots to reduce their appearance, and because it’s detoxifying your blood, it will maintain your skin’s radiance.

7. Helps you lose weight.

Lemons contain pectin fiber, which assists in fighting hunger cravings.

8. Reduces inflammation.

If you drink lemon water on a regular basis, it will decrease the acidity in your body, which is where disease states occur. It removes uric acid in your joints, which is one of the main causes of inflammation.

9. Gives you an energy boost.

Lemon juice provides your body with energy when it enters your digestive tract, and it also helps reduce anxiety and depression. (Even the scent of lemons has a calming effect on your nervous system!)

10. Helps to cut out caffeine.

I didn’t believe this until I tried it, but replacing my morning coffee with a cup of hot lemon water has really done wonders! I feel refreshed, and no longer have to deal with that pesky afternoon crash. Plus, my nerves are thankful.

11. Helps fight viral infections.

Warm lemon water is the most effective way to diminish viral infections and their subsequent sore throats. Plus, with the lemon juice also boosting your immune system, you’ll simultaneously fight off the infection completely.



Cara saya, masa minggu pertama tu, setengah biji lemon saya perah jusnya. Air segelas je. Sebab nak bagi pekat kan. Lepas seminggu, baru saya hiris2 lemon masukkan dalam botol air. Memang akan rasa pahit sikit. Tapi nak kurus kan? Pahit pun hadap kan je lah..
Kalau rajin boleh buat Resepi Master Cleanse Detox.

Tapi saya tak larat lah. Kalau buat detox ni, 3 days in row tak boleh makan apa2. Kena minum air tu je. Jadi saya buatlah cara macam ni.

Sepanjang tempoh detox ni, saya kurangkan makan nasi. 2 hari sekali makan nasi tapi kuantiti dalam 5 suap je. Selebihnya saya banyak makan lauk pauk. Seeloknya kurangkan makan daging. Tapi lepas raya korban ni. Kat rumah tu memang berlambak daging. Tapi saya masih kawal kuantiti daging tu. Minuman bergula pun saya elakkan. Minum air kosong je.  Ada lah jugak terbabas sekali dua.

Memang orang kata minum banyak akan banyak ke toilet. Normal lah tu kan? Takkan kita nak simpan pulak berliter-liter air dalam badan. Next entry saya akan share macam mana nak buang air berlebihan dalam badan.

30.10.13

Review Innershine Camu Camu

Akhir bulan September, Guardian ada buat promosi InnerShine. 2 kotak RM92 kalau tak silap. saya memang dah lama berhajat nak minum InnerShine ni. dulu ada minum 2 3 tahun lepas. tapi masa tu beli sekotak yang ada 6 botol rasanya. 

 sumber : ohartis

rasa Innershine Camu Camu ni manis ya amat! yelah, sebab ada campuran madu kan. Ingrediants InnerShine Cuma Cuma mestilah Prunes kan. 

Review saya:

Sedap! tapi manis bagi saya. 
Tiap kali lepas makan mesti pergi ke toilet. perut okay je, takde rasa memulas ke apa. 
saya ada kulit ruam kat badan dan kaki. tiap kali saya berpeluh ke apa, mesti merah je kulit. lepas minum ni, kulit tak merah lagi!! dan, kulit jadi lembut. i like!!

kalau ada budget extra every month boleh lah beli 2 kotak untuk 24 hari minum.

bila lagi eh ada promosi???


 mana tahu boleh jadi cantik macam dia ni?



29.10.13

Resepi Ikan Salmon Stim

Selama saya memasak ni.. tak pernah lagi masak ikan Salmon. Selalu makan ikan salmon dengan sushi ataupun kekadang kat hotel makan sushi dengan white sauce.

Tiba-tiba tergerak hati nak beli. tapi beli yang frozen je. yang fresh tu mahal nau. sekarang ikan harga ntah apa-apa ntah kan.

Ni resepi orang nak diet macam saya.. hihihi


Bahan-bahan :

  1. 1 slice ikan salmon
  2. 2 batang serai
  3. sedikit halia
  4. 1/2 biji bawang besar - saya guna bawnag bombay
  5. 5 batang cili api merah
  6. 2 ulas bawang putih  
  7. 1 sudu makan cuka
Cara-cara :

Mayang semua bahan di atas. Gunakan kuali / periuk non stick. masukkan semua bahan tu. tambah air dlm 1/2 cawan. api, kecik je. masak dalam 10 minit. siap! masam masam pedas rasa dia. saya memang tak tamabh gula,garam ataupun serbuk perasa.


memang berpeluh makan benda ni.

cara stim sebenar kena ada air kat bawah kan.. cara ni mudah dan menjimatkan masa. :)

blurrrr

semalam rasa nak demam.. mintak balik awal.. nasib baik boss bagi! pagi tadi hujan lebat sangat kat klang.. bijak sangat pergi tarik selimut instead of bangun terus.. konon.. lagi 5 minit ahh.. sekali.. bangun pukul 8 pagi kau! dahlah jam kat rumah takde bateri.. meraba cari phone..

nasib baik boss takde kat ofis.. kalau tak.. jenuh menaip alasan..

sebenarnya nak cerita pasal pergi panjat bukit Broga 2 minggu lepas.. tapi apasal ntah tak boleh nak transfer gambar kat pc..

banyak juga nak di ceritakan..

tapi..

tiba-tiba blurr pulak!

sambung nanti eh..

24.10.13

Kisah Diet #1

Dah 5 hari saya tak sentuh nasi. takde selera sebenarnya nak makan nasi. bila dah jadi macam tu, alang-alang saya teruskan untuk berdiet. mana tahu turun sekilo dua ke.

saya pun terus google diet seimbang, tips diet dan diet mudah. cehhh.. nak yang mudah je kan? terus saya dapat banyak info pasal diet Atkins. diet ni sangat famous sekarang. tapi saya tak boleh nak buat. jangan cakap saya bagi alasan ye! kalau korang nak tahu. bukan semua diet sesuai dengan badan kita. kita kena cari diet yang bebetul sesuai dengan badan kita dan juga mesti displin!



dah alang-alang tak makan nasi ni, saya pun try kecilkan portion makanan.

setakat ni alhamdulillah. inch dah berkurangan tapi berat still sama. 

banyak download aerobik, cardio workout dan zumba dance. tapi tak banyak yang boleh follow betul-betul. sekarang ni asyik buat jumping jacks dan plank. squat saya tak reti buatlah. rasanya salah teknik. sebab takde sakit ke rasa urat tegang ke. takpe, nanti kita study slow-slow yer!



Sejak Isnin lepas, sebelum breakfast saya akan minum teh kosong yang diperah lemon. hari pertama tu memang tak dapat terima! walaupun segelas je, tapi nak menghabiskan tu, seksa i told u!

Dan banyak tengok blog Kevin Zahri, terutama persoalan yang dia jawab. dapat membantu kita tau. 

Yang penting cut off sugar dan karbohidrat. kalau nak makan ambil dalam kuantiti sedikit je. dan untuk membuang segala macam mak nenek toksid, minum lah banyak plain water. 

Jom kurus bersama.!

Entri lain saya akan share berat badan saya dan berapa yang dah berjaya di turunkan.

macam mana nak perut flat macam ni?

anyone can help?

21.10.13

Nak jugak!


OOTD hari ni.

orang lain OOTD saya pun nak jugak kennn..
hahaha..
tapi orang lain baju berjenama..
saya tak..
pashmina adik punya..
baju kawan bagi..
kain ibu punya..
 :)

tak jenama pong.. tapi saya suka!

Yang tak sukanya.. kegemukan itu....

sebenarnya pashmina tu saya pakai terbalik.

Saya tak faham.

Saya tak faham manusia yang jenis pentingkan diri sendiri.
Kenapa dia tak reti nak fikirkan orang lain? 
sekurang-kurangnya fikirkan keluarga sendiri.
Susah ke kalau nak give and take?

Saya tak faham pada manusia yang suka menjatuhkan orang lain.
Sedangkan dia sudah punya segalanya.
Dia lupa ke akan kurniaan Allah pada dia?
Kenapa mesti nak menjatuhkan orang lain?

Saya tak faham pada manusia yang suka mengata orang lain.
Kalau cakap benda betul namanya mengumpat,
Kalau cakap benda yang salah nama fitnah!
kan berdiam lebih baik dari bercakap?

Saya tak faham pada manusia yang suka berbohong.
Kenapa perlu berbohong sedangkan kau tahu kenyataan nya pasti akan di ketahui kelak?
Kenapa perlu memilih untuk berbohong?
Bahagia ke hidup dalam pembohongan?
 
ambil cermin, tengok diri sendiri. 
mungkin kita perlukan sedikit perubahan ke arah kebaikan.


17.10.13

Borak Wayang Jom



Sejak dah habis belajar saya jarang sangat tengok mid night movie. Dulu masa kerja mcd, habis shift pukul 11.30 malam, terus zasss pergi AEON Bukit Raja. Dulu-dulu situ je yang best tengok wayang area Klang. Kerja 8 jam pun boleh lagi kan sambung tengok movie. Pernah juga lepas habis shift terus pergi gelanggang futsal.. aktif sampai jam 2 pagi.. esok masuk kerja pukul 10 pagi rileks je..

Sekarang.. saya memang nak elakkan tengok mid night movie. Sedangkan movie start pukul 9.30 malam pun saya boleh terlelap.. ini kan pulak movie start pukul 12.30 pagi. Terus berdengkur lah dalam tu agaknya.. ntah apa perangai ntah.. faktor usia mungkin?

Dulu kalau cerita baru je, laju je saya nak pergi tengok.. sorang-sorang pun apa de hal? Tapiiiii… itu dulu yer kawan-kawan.. sejak jadi matang dan berkejaya ni.. wayang tu bukan lagi satu rutin mingguan.. #ayat mintak penampar# perubahan umur ke perubahan zaman? Saya pun tak pasti…

Kalau korang nak cakap, tengok kat Astro First pon boleh.. rumah saya takde astro yer..setakat ni abah tak nak pasang astro sebab adik ada masih lagi bersekolah.. T_T tunggu lah 2 3 tahun lagi kot..

Niat hati nak try jugak tengok midnite.. tapi kena ajak kawan.. kang I olls berdengkur pulak dalam tu.. hehehehe

Agak-agak kan.. dah kahwin dah ada anak nanti saya minat lagi ke tak eh tengok wayang ni?

9.10.13

Skincare untuk kulit kusam

sekarang ni bermacam produk untuk mencantikkan kulit kan? banyak sangat produk untuk memutihkan kulit. dulu-dulu saya kalau nak beli skincare pergi Watson atau Guardian.. sekarang ni bukak FB je.. alah.. skincare yang saya guna selalu pencuci muka je yer.. hahahaha...

saya tak pernahnya nak guna toner ke moisturizer ke.. krim siang atau malam.. lagi lah.. tak rajin nak tepek-tepek mende tu semua.. pencuci muka pakai time mandi.. kalau mandi pakai.. kalau tak mandi tak pakai.. nampak tak kemalasan di situ?? mak mertua baca ni..cancel buat menantu.. Kawan baik bagi saya produk krim malam Garnier.. dah sebulan lebih dah dia bagi.. saya baru guna bape kali je.. dalam 5 6 kali je.. mana tak nya.. dah baring atas katil baru teringat kat krim tu,.. memnag tak lah nak bangun dari katil..

sekarang ni kulit dah okey.. tapi kusam lah...walaupun kulit muka kusam.. selamba je saya pergi kerja tak pakai bedak.. lantaklah di situ.. saya ni memang ada angin nya.. kalau serba tak kena.. takde mood.. memang muka togel je lah ke sana.. huhuhu:D dan warna kulit muka saya memang tak serata yer..

nak tanya.. korang pakai produk apa yer untuk glowing kan kulit muka? untuk nampak kulit tu sihat gitew... sekarang ni memang famous produk AuraWhite kan.. dan sewaktu dengannya lah.. tapi bila kena bancuh-bancuh ni.. alahai.. malasnya.. kang sehari dua je rajin.. lepas seminggu.. memang duk diam je mende tu dalam almari.. 

last month, ada sales kat Guardian. Innershine Cuma Cuma.. saya beli 2 kotak untuk 24hari.. sekarang baru hari ke-6.. memang dah lama aim nak beli.. sekali ada sale.. haruslah amik.. maklumlah.. cheapskate! nanti kita buat review eh.. :)

korang, please suggest kan produk yang best-best..

Pinggan sendiri atau pinggan orang lain?

BERTANGGUNGJAWAB - ORANG YANG BAIK AKAN DAPAT JODOH YANG BAIK

"Saya dah taubat taknak couple dah. Saya nak cari isteri nanti yang tak pernah kena sentuh hatinya oleh mana2 lelaki. Dan awak tentulah bukan orangnya sebab awak ex-saya. Kita dah pernah bercinta sama2 kan. Saya tak cari isteri, saya cari ibu untuk anak2 saya."

Bertanggungjawablah dengan kesilapan anda.

Leave her and come back when you are ready. And not simply leave her and find a fresh one once you are ready, and not taking her as your wife when you are looking for one.

Anda akan dapat pasangan sama macam anda. Jangan look for too much perfections while you yourself are not. 


Usually in this case, lelaki atau wanita yg pernah berpasangan, break up, dan mencari pasangan baru yang fresh konon. And they never get it. Infact, mereka akan berpasangan dgn pasangan yg juga dah pernah bercouple. Dan lebih malang, wanita yang akan jadi isterinya, telah disentuh hati oleh lelaki lain dan bukan dia sebagai suaminya yang sah!

Jadi anda fikirlah, agak2 kalau nak tambah nasi, anda nak makan dalam pinggan baru yg anda sendiri dah gunakan tadi, atau anda nak tukar pinggan sebab pinggan tadi dah kena guna, anda pun nak cari 'pinggan baru' yang hakikatnya dah diguna orang lain dan anda pun akhirnya terpaksa sapu saki bakinya sekali?

Sebab rulesnya ialah, setiap orang cuma dapat SATU sahaja pinggan baru. Hati kalau dah kena sentuh dan guna, akan jadi barang terpakai. Dan semua orang cuma ada satu sahaja hati yang baru. Bila dah kena pakai, dia tak jadi baru dah.

Fikir semula, elok makan buat kali kedua dalam pinggan yg kita sendiri guna, atau makan kali kedua dalam pinggan yang orang lain dah guna dan ambil sekali saki bakinya.

Berpasangan sebelum halal is A BIG NO in Islam my dear brothers and sisters.
BUT ONCE YOU DID, BE RESPONSIBLE.


-Ummu Maryam

KUTIP BALIK PINGGAN SENDIRI DARI KUTIP PINGGAN TERPAKAI ORANG LAIN. GOT IT?

- Pakar Diari Hati 


Post di atas saya copy dari FB Pakar Diari Hati.. kata-kata kat atas berkesan dalam diri saya.. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui segala-galanya... 

Hati kita dah jadi secondhand once kita bercinta.. jatuh cinta dan bercinta perkara yang berbeza yer.. kalau jatuh cinta tapi tak bercinta hati kau selamat lagi.. tapi bila kau dah bercinta.. terimalah hakikat itu..

Jika ada rezeki, jadilah orang bertanggungjawab.

8.10.13

Kurus dengan Cuka Epal

Saya tengah mencari maklumat pasal Cuka Epal atau Cider Vinegar... minggu lepas pergi Tesco terjumpa Cuka Apple brand Heinz. tak silap saya pernah baca yang Cuka Apple ni dapat mengurangkan berat badan. kalau kurangkan berat badan ni memang saya suka.. hehehehe.. senaman malas! 

tapi sekarang ni every sabtu saya bersenam jugak kat rumah. tonton video Cardio Workout. video tu 30 minit tapi saya ikut 10 minit. penat I tell u..

berbalik pada Cuka Epal. 
 
Diantara kebaikan cuka epal organik ialah : sources : Laman Ilmu & Tips Belajar

  1. Menyembuhkan sakit tekak
  2. Kencing manis dan tekanan darah tinggi
  3. selsema
  4. Mengimbangkan kadar kolesterol
  5. Mengatasi  masalah kulit seperti jerawat
  6. Mengatasi masalah keracunan makanan
  7. Melawan allegik terhadap makanan atau haiwan
  8. Mengembalikan tenaga selepas melakukan aktiviti berat seperti bersukan
  9. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  10. Meningkatkan stamina
  11. Meningkatkan tahap metabolisme seterusnya mengurangkan berat badan
  12. Memperbaiki sistem pencernaan dan masalah sembelit
  13. Mengurangkan masalah arthritis and gout
  14. Mencegah batu karang dan jangkitan saluran kencing 

Banyakkan khasiat dia? rata-rata yang saya google suggest kan brand Bragg. Orang kata bau dan rasa dia tak berapa nak best. harap-harap boleh lah tekak ni menerimanya..

 

Dengan semangatnya balik ni nak singgah Giant..
mula-mula memang semangat kan?
well.. kita tengoklah nanti..




7.10.13

Ahad yang awesome


Hari sabtu malam pergi tengok KL Gangster 2.. ngeri hokey tengok cerita tu.. jahat gila Rosyam Nor! Rosyam Nor tu boleh pulak suka jilat-jilat orang.. eeiii... lepas tu tengok si Zati tu kena rogol depan ramai orang.. so, movie ni saya bagi 4 stars! ada jugak lah yang tak puas hati.. apa pun thumbs up for Syamsul Yusof. Orang jahat pun mesti akan ada sifat keperimanusiaan..

Hari ahad pula takde plan apa-apa pun.. tapi tiba-tiba nak main bowling ataupun pergi cycling kat bukit cherakah tu. saje lah up status kat FB.. tengok kawan mana yang bagi respon.. yang boleh masuk sekepala je lah akan di pertimbangkan.. sekali Syaza komen kat status tu.. "Jom!" haaaa.. dia kan bff..  moh kita pergi.. pergi bertiga.. tapi lagi sorang kena censored kan dari blog.. hehehe:D

Pukul 3 lebih kawan lagi sorang pick-up saya kat rumah.. pergi rumah Syaza pulak.. barulah ke Setia City Mall. tak pernah main bowling lagi kat sini.. ramai jugak orang kat situ.. tapi tak tunggu lama pun.. kejap je.. main 2 game je.. puas lah jugak tangan ni membaling...tapi nak repeat again.. cehhhh... sekali dah pergi.. nak lagi kan... yang penting dapat strike sekali..


Line 17



 sebelah line kiteorang ada family yang main..
suami dia main power betul..
kagum betul saya tengok..
dia siap ajar anak dia dalam umur 5 tahun kot..
kecik-kecik dah main bowling..
akak dulu kecik-kecik main batu seremban je dik...
hehehe:)


 Syaza dah kurus sangat!
yang sebelah tu ntah bila nak kurus pun tak tahu!
huh!


badut tu tanya.. nak belon bentuk apa..
syaza cakap nak doraemon..
hahaha.. anak dia minat doraemon..
badut tu cakap dia tak belajar lagi camne nak buat doaremon..
 Echa pandang tepi je..
dia takut nak pandang badut tu..
rugi lah kau Echa.. abang badut ni hensem..
masa dia duk berbual dengan syaza..
saya duk tenung je muka badut ni..
confirm hensem!

sememeh gila saya!


 untung ada anak.. boleh tumpang2 main benda alah ni sama.. 
hahaha :)


#OOTD
nak jugakkk ber OOTD.. 

 

3.10.13

adik exam kakak nervous.

Semalam PMR dah start bagi semua pelajar tingkatan 3 termasuklah adik ke-4 saya.. sehari sebelum exam tu.. saya balik kerja pukul 8 malam.. dia dah tidur.. saya ingatkan dia akan bangun awal untuk study lah kan..

esoknya memang dia bangun awal..pukul 5 pagi uolls... kalau saya dulu pun tidur awal tapi bangun pukul 4.30 pagi untuk study.. yess.. study last minit memang tak bagus yer.. tapi lain orang lain style nya kan? adik saya ni bangun pukul 5 pagi sebab................. nak masak nasi goreng... haaaa...

haihhhh.. tak terkata saya... diam je lah tengok nasi goreng dia..


dia ni lain dari adik beradik lain.. dia kureng sikit bab akademik.. sebab tu saya risau kat dia.. dia yang exam saya yang nervous... hahahahaha... over kan kakak dia ni...


takpelah.. doakan semoga dia dapat jawap dengan baik walaupun jarang baca buku....

selamat pagi guys!

2.10.13

penyakit senyum

penyakit senyum dah mai dah....

hahahaha..

serius lah tak tahu kenapa..

asyik nak senyum je.. sampai cramped mulut ni haa..

takde apa pun berita menggembirakan hati..

but.. tiba-tiba tersenyum sendirinya..

oh.. mungkin nak buat diri ni nampak muda...
well.. senyuman kan salah satu acra untuk awet muda..

:)

1.10.13

Hi October


Assalammualaikum...

Hi October!
Cepat sungguh masa berlari.. meninggalkan kita terpinga-pinga..

"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian kecuali orang-orang yang beriman"

Hidup ini indah sebab kita dapat merasai masam manis masin dan pahitnya sesuatu dugaan.. Allah bagi peluang kita rasa semua sebab hidup ni cuma sekali kan?


boss takde.. mood nak bekerja lemau.. walhal kerja melambak.. fuuuuhhhhhhhhh! tiup semangat kerajinan.. >_<"