hari ni last kerja.. esok cuti panjangggggg sampai lah New Year.. memang tahun ni saje je reserved cuti untuk end of year... dan rasanya harini balik lambat.. kekekekekeke:p banyak benda nak kena settle kan before cuti.. dan nak kemas workplace.. supaya tak sama je susun atur nya setiap tahun..
tapi bila tengok sekarang dah pukul berapa.. alaaaaaa... apasal jam ni laju nau pusing nya?? takpelah nakkk.. bertabahlah balik lambat harini.. esok kita bangun lambat..eh..?
bulan ni update blog macam hapee je.. sian tau blog.. tapi nak buat macam mana.. keadaan tak mengizinkan nak update segala mak nenek...
azam 2015 tak fikir lagi..
yang pasti mahu jadi yang baik dai sebelumnya... insyaAllah...
23.12.14
Tips mendapatkan jodoh
semua orang nak berkahwin kan... takde siapa yang nak hidup sendiri.. sebab memang fitrah manusia itu di jadikan berpasang-pasangan.. zaman sekarang ni ramai pulak yang kawin bawah umu 27tahun.. masa zaman saya sekolah dulu, rileks je orang kawin umur 30 tahun.. sekarang ni umur 27 tahun, susah nak cari lelaki yang masih solo yang masih tak berpunya..
memang tak dinafikan.. ada diantara kita ni jodoh lambat berbanding orang lain.. tapi kita masih perlu berusaha mencari.. sebab jodoh tak datang bergolek..
Antara yang saya dapat simpulkan dari video yang saya tonton.
Luaskan pergaulan. Kawan dengan ramai orang.
=> kalau kita kawan takat tu je, macam mana nak mencari jodoh kan? luaskan pergaulan melalui usrah. melalui aktiviti-aktivi riadah.
Minta bantuan daripada orang lain.
=> tak salah minta bantuan kawan-kawan kenalkan dengan kawan mereka yang cari jodoh jugak..
Jangan terlalu mementingkan kesempurnaan.
=> Tiada yang sempurna dalam dunia ini. Kita mungkin akan bertemu dengan orang yang berbeza dengan kita. kita kena terima dengan hati terbuka.
Jodoh kita dah ditetapkan sejak azali. tapi kita masih boleh berdoa untuk jodoh yang baik. Tiada yang boleh menolak takdir Allah melainkan doa kepada Allah. jadi, mungkin kita cakap jodoh kita lambat, tapi dengan ada nya doa, siapa tahu dapat mengubah takdir kita.. kan?
Doa memerlukan masa untuk dikabulkan oleh Allah. Jadi kita boleh berdoa sejak dari sekolah menengah lagi. bukan harini kita berdoa esok dikabulkan.. in future, bila dah ada anak nanti, suruh dia berdoa untuk ditemukan dengan jodoh yang baik. macam ustazah Siti Norbahya ni buat..
jari jemari
Cik Siti Hajar
1 kata-kata semangat
22.12.14
Isu buka tudung untuk bekerja
Korang ada bacakan baru-baru ni pasal anak Rosyam Nor mintak kerja kat Hamley's.. kena bukak tudung baru diterima kerja..
sebenarnya isu ni dah lama dah ada dalam negara kita.. lagi-lagi kalau untuk position Receptionist.. tak tahu lah kenapa anti dengan orang bertudung.. katanya Malaysia negara Islam.. tapi racist pada muslimah bertudung... banyak kali jugak dengar perkara macam ni.. tapi takde siapa pun yang standing tall untuk menerangkan perkara tersebut.. kan?
sebab kan dia artis.. maka, cepat je pihak pengurusan Hamley's bagi penjelasan.. cuba kita yang takde nama ni.. ntah siapa yang nak bagi penjelasan..
macam-macam dunia sekarang ni... kita kena ada prinsip kita sendiri.. pegang teguh pada prinsip kita..
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
19.12.14
DIY Mask Muka
Selalunya setiap Khamis malam Jumaat saya akan pakai mask muka.. tapi dah bape minggu tak buat.. atas alasan malas... muehehehe..
tak tahu lah kenapa lately ni kulit muka macam makin gelap.. tanya bff dorang kata takde pun.. macam biasa je.. jadi banyak lah google DIY untuk memutihkan kulit.. macam-macam tips saya jumpa.. antaranya penggunaan lemon.. tapi awas ye, lemon tak boleh digunakan jika anda mahu keluar dari rumah.. sebab dia ada tindak balas dengan sinaran matahari.. nak tahu lebih lanjut sila google..
semalam cari yogurt.. boleh takde pulak stok kat Econsave.. adoi.. maka pasrah lah guna apa yang ada kat rumah untuk buat mask. DIY homemade masak :
kunyit hidup dan minyak zaitun.
cara saya: 4 biji kunit hidup tumbuk kasar campur dengan olive oil sikit..
tak tahu lah kenapa lately ni kulit muka macam makin gelap.. tanya bff dorang kata takde pun.. macam biasa je.. jadi banyak lah google DIY untuk memutihkan kulit.. macam-macam tips saya jumpa.. antaranya penggunaan lemon.. tapi awas ye, lemon tak boleh digunakan jika anda mahu keluar dari rumah.. sebab dia ada tindak balas dengan sinaran matahari.. nak tahu lebih lanjut sila google..
semalam cari yogurt.. boleh takde pulak stok kat Econsave.. adoi.. maka pasrah lah guna apa yang ada kat rumah untuk buat mask. DIY homemade masak :
kunyit hidup dan minyak zaitun.
cara saya: 4 biji kunit hidup tumbuk kasar campur dengan olive oil sikit..
kesalahan pertama..
pergi lumurkan sekali kat mata.. dah nak bukak mata tak boleh...
jadi, saya pakai mask tak sampai 15 min pon..
mula-mula basuh muka bersih, kering kan muka.. lepas tu lumur lah..
jangan takut, kuning kunyit tu takkan nampak..
lepas tu cuci muka 2 kali.. :)
guna brand safi. tak tahu kenapa memang suka kat produk SAFI..
kuning kat jari je nampak kesan sampai pagi ni..
hahaha..
jari jemari
Cik Siti Hajar
1 kata-kata semangat
18.12.14
16.12.14
bebel 2015
Update entri untuk December baru 4 kali.. hari ni dah 16hb December dah..
kalau dulu semua cerita nak masukkan kat sini.. tapi sekarang tak boleh.. kata makin matang kan..ecececehhhh... bukan apa, kadang-kadang nak menulis pun jadi takut.. bila jumpa sedara mara.. ada yg ckp "aku baca kat blog kau..".. time tu rasa nak sorok muka bawah bantal..
ada orang ramah di alam maya tapi pendiam di alam realiti.. saya pulak memang tak reti nak diam.. kihkihkih:p selagi ada cerita semua daku ceritakan..
lagi berapa minggu je nak jejak 2015...
seram sejuk nak masuk tahun baru.. entah kenapa pun tak tahu lah...
umur makin bertambah.. bermaksud kematian makin mendekati...
umur makin bertambah.. perangai harus lah makin sopan.. bukan lah selama ni tak sopan..
umur makin bertambah... maka kena lah tambah amalam jugak..
umur makin bertambah.. saving pun kena bertambah..
macam-macam lagi lah...
azam 2015 tak terfikir lagi.. nanti lah fikirkan..
okay, jom balik... harini penat sangat... kerja menggunakan akal fikiran ni lagi penat dari kerja guna tenaga? betul ke? yang pasti, semua kerja penat..
membebel ntah apa2..
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
15.12.14
Cerita weekend 13 - 14
Assalammualaikum..
lama tak update... sebab nya busy bebenor... bagi saya bulan December lah nak kena terkejar-kejar sana-sini.. bosses ramai yang akan cuti sampai new year... kau kena buat kerja untuk kejarkan masa dorang... phewwww....
sekarang ni saya dapat boss yang outspoken... terlalu outspoken... maka kena sentiasa membuka hati terima je apa yang di kata... hohoho:p
jom cerita weekend.. best jugak lah weekend lepas.. (=
hari sabtu ada kenduri kahwin.. macam biasa pergi dengan my bff.. balik tu singgah Tesco Kayangan.. sekali tengok dia jual buah murah-murah.. macam kiwi sepaket RM5.. ni strawberry RM7 sekotak.. apple mint leave 50 sen je.. bagai nak gila si Fyza pilih barang.. balik dari tu, terus potong-potong strawberry, hiris lemon, dan perah 3 biji limau kasturi.. jadilah Infused Water versi hajar.. hahaha... tu daun mint belajar dari kesilapan.. taruk 3 4 helai je.. dulu 1st time buat, 1 batang saya masukkan.. sudah nya cannot minum.. hahaha.. padan muka..
ni semalam.. bangun-bangun tidur teringin nak makan lempeng.. kebetulan ibu baru beli kuali leper.. jomlah kita rasmikan dulu.. 3 keping sekali hadap.. buat pulak tak banyak.. dalam 7 keping je.. berebut makan dengan adik beradik.. sebab kan saya yang buat, adik-adik tak banyak soal kenapa kak long buat sikit je?? kihkihkih... jadi kak long ada kuasa veto sikit..
petang tu pergi The Sumbs Cafe kat Shah Alam..
ni tudung bawal pakai mcm shawl.. kena improve lagi cara pakai ni..
berselirat pulak bila tengok dalam gambar kennn..
lately ni memang suka make up..
ni menu saya..
pasta spicy the sumbs kot..
tak pasti nama dia..
tapi ni pasta with daging dendeng..
dia kata pedas.. bagi saya biasa-biasa je..
churros..
besar gabak..
RM4.90 with chocolate dip..
abah sejak ada tab.. macam businessman.. kemana-mana bawa tab..
saya balik makan semalam.. ibu ajak makan mcd..
katanya lapar.. moh lah kita ke mcd...
yg peace tu adik bongsu saya..
kebetulan makcik saya datang rumah masa kiteorang nak keluar..
jom lah, makan sekali..
=)
mana gambar ibu?? dia tak nak bergambar...
sobss sobss...
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
8.12.14
tunjuk rasa bahagia atau simpan?
kita ni manusia biasa.. perasaan cemburu, hasad dengki mesti ada.. cuma membezakan macam mana kita nak kawal perasaan tu semua. lagi-lagi bila berhadapan dengan manusia yang suka menunjuk kebahagiaan dia.. wah... macam kau seorang je bahagia dalam dunia ni... dulu saya rasa macam, alaa.. biasalah dorang menunjuk macam ni.. bukan apa, konon nak share kegembiraan dorang...
tapi...!!!
kau jangan lupa yer... tak semua orang bernasib baik.. tak semua orang beruntung... jadi, dengan menunjuk kebahagiaan korang tu mengundang rasa morale down bagi mereka..
selepas di fikir-fikirkan...
tak perlu tunjuk bahagia pada mata manusia lain.. sebab hati kita yang rasa.. bahagia tu biar kita je rasa nikmatnya...
sesekali mungkin boleh di kongsi.. tapi jangan lah 24 jam nak berkongsi.. orang lain pun boleh muak.. boleh menyampah...
saya sendiri orang yang kuat cemburu...
kihkihkih:p
jari jemari
Cik Siti Hajar
3
kata-kata semangat
Monday Blueeeeeee....
Assalammualaikum!
good morning..
ber hashtag bagaiiiii... hikhikhik:p
hari ni tema biru ye kawan-kawan...
saya start cuti dari hari Rabu lepas... harini baru masuk kerja balik...
so, kerja memang menimbun...
takpe. be positive... kerja tu kan satu ibadah...
tinggal a few weeks to enter 2015..
kena check balik azam 2014...
macam ada yang kena foward to 2015 je... :)
bahagia tu biar hati kita je merasa.. jangan terlalu show off pada orang...
good morning..
#aidijuma #blue
hari ni tema biru ye kawan-kawan...
saya start cuti dari hari Rabu lepas... harini baru masuk kerja balik...
so, kerja memang menimbun...
takpe. be positive... kerja tu kan satu ibadah...
tinggal a few weeks to enter 2015..
kena check balik azam 2014...
macam ada yang kena foward to 2015 je... :)
bahagia tu biar hati kita je merasa.. jangan terlalu show off pada orang...
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
2.12.14
boots and maxi skirts
cantik kan? tiba-tiba je saya rasa nak google.. yelah, kita duduk kat Malaysia ni jarang-jarang nampak orang pakai boots all the time kan? siapa yang reti berfashion tu memang pakai lah.. macam saya tau tengok je.. hehehe... actually, rasa nak beli dan pakai.. tapi tak reti sangat nak berfashion ni..
kang nampak pelik pulak... kena ada confident yang tinggi baru boleh pakai...
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
27.11.14
sentap
tersentak.
tersentap.
susah nak terangkan.
hati ni cuma satu.
tapi hancur berkecai bagaikan kau punya dua tiga hati.
tersentap.
susah nak terangkan.
hati ni cuma satu.
tapi hancur berkecai bagaikan kau punya dua tiga hati.
jari jemari
Cik Siti Hajar
2
kata-kata semangat
26.11.14
Demam Jua Akhirnya
kan dari Jumaat lepas nak demam...
sekali malam tu memang rasa tak sedap badan langsung..
lucky, last weekend memang takde activity.. hanya nak rehat sepuasnya...
start hari sabtu petang badan dah panas... kepala dah sakit...
tapi masih boleh bangun lagi...
penyudahnya sabtu malam tu.. tumbang!
betul-betul tak sihat...
sampai lah hari Isnin....
nasib baik Isnin memang dah apply cuti.. ingatkan nak cuci mata..
sekali buat taik mata kat umah je... asal letak kepala ke terus hanyut.. macam perangai Nobita dah..
semalam terpaksa amik MC.. memang tak larat nak g kerja..
abis, hidung asyik sokseksoksek je... memang tak lah nak pergi ofis...
sampai melecet hidung dibuatnya...
demam kali ni, kulit muka kering semacam..
berkuping-kuping...
jadi malam tadi gigih sapu yogurt...
biarkan kering.. bilas dengan air..
terasa muka lembap je..
pagi ni bangun tidur,... rasa kulit muka kering lagi..
ingat buat sekali terus muka flawless ke kak? mihmihmih...
antara kebaikan yogurt adalah untuk melembapkan muka dan mencerahkan muka.. kita try yer!
beli yogurt ducth lady yg RM1.80 je.. boleh guna 2 minggu kot?
sekali malam tu memang rasa tak sedap badan langsung..
lucky, last weekend memang takde activity.. hanya nak rehat sepuasnya...
start hari sabtu petang badan dah panas... kepala dah sakit...
tapi masih boleh bangun lagi...
penyudahnya sabtu malam tu.. tumbang!
betul-betul tak sihat...
sampai lah hari Isnin....
nasib baik Isnin memang dah apply cuti.. ingatkan nak cuci mata..
sekali buat taik mata kat umah je... asal letak kepala ke terus hanyut.. macam perangai Nobita dah..
semalam terpaksa amik MC.. memang tak larat nak g kerja..
abis, hidung asyik sokseksoksek je... memang tak lah nak pergi ofis...
sampai melecet hidung dibuatnya...
demam kali ni, kulit muka kering semacam..
berkuping-kuping...
jadi malam tadi gigih sapu yogurt...
biarkan kering.. bilas dengan air..
terasa muka lembap je..
pagi ni bangun tidur,... rasa kulit muka kering lagi..
ingat buat sekali terus muka flawless ke kak? mihmihmih...
antara kebaikan yogurt adalah untuk melembapkan muka dan mencerahkan muka.. kita try yer!
beli yogurt ducth lady yg RM1.80 je.. boleh guna 2 minggu kot?
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
21.11.14
no tittle
minggu ni betul betul hectic bagi saya.
penat sangat tak terkata.
hari ni last day kerja for this week.
saya rasa tak sabar nak tunggu esok.
nak bangun tidur lambat.
nak golek golek kat katil...
hari ni demam..
tapi still have to work...
macam macam nak cerita...
tapi tak cukup masa nak menaip..
penat sangat tak terkata.
hari ni last day kerja for this week.
saya rasa tak sabar nak tunggu esok.
nak bangun tidur lambat.
nak golek golek kat katil...
hari ni demam..
tapi still have to work...
macam macam nak cerita...
tapi tak cukup masa nak menaip..
jari jemari
Cik Siti Hajar
1 kata-kata semangat
14.11.14
jangkaan kita.
Kita takkan jangka apa yang akan berlaku esok..
Kita takkan tahu dugaan apa yang akan mendatang...
apa yang berlaku..
kena hadapi dengan senyuman..
sentiasa positive...
dan hari ni.. pagi ni... on the way nak ke office.. kereta di langgar dari belakang...
what can I say? benda dah jadi.. sampai sekarang perasaan menggigil tu masih ada..
ehhhh.. macam kan saya pulak yang langgar kereta orang...
mood :serabut but still can smile.
Kita takkan tahu dugaan apa yang akan mendatang...
apa yang berlaku..
kena hadapi dengan senyuman..
sentiasa positive...
dan hari ni.. pagi ni... on the way nak ke office.. kereta di langgar dari belakang...
what can I say? benda dah jadi.. sampai sekarang perasaan menggigil tu masih ada..
ehhhh.. macam kan saya pulak yang langgar kereta orang...
mood :serabut but still can smile.
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
12.11.14
S E R A I
ni entri basi sangat ni.. tapi pedulik lah.. nak cerita jugak...
30 October haritu, birthday kawan baik kita... hari sebelum tu dia SMS.. saya dah pelik.. dah kenapa nak guna SMS? rupa-rupanya, screen telefon dia crack... muahahaha... tak memasal nak kena beli fon baru.. dia ajak teman kan pergi kedai telefon murah Directd di Subang Jaya..
maka, kita pun pergi time birthday dia tu... dah buat keputusan nak beli Asus Zenfone 6.. kalau korang nak beli fon kat kedai ni... please eh, buat keputusan dulu nak beli fon apa.. kat sini dia takde layan korang nak belek-belek ke apa.. sebut nak apa.. dia tunjuk, bayar.. tu je urusan jual beli di sini.. tapi memang di jamin fon kat sini original dan murah dari kedai telefon kat luar tu...
tapi hari tu, Asus Zenfone 6 dah habis... jadi, beli je lah Asus Zenfone 5.. tu pun original tinggal 2 set je.. masa balik, dalam kereta Liya godek-godek lah fon baru kan... sekali camera depan tak function pulak.. patah balik lah ke kedai... masa 1st datang tadi takde lah ramai mana...lepas menunggu semua.. dapat fon baru.. :)
lepas tu sy fikir.. nak makan kat mana eh.. alang-alang birthday dia.. jom lah gue belanja kamu...
terfikir nak makan Pavlova.. terus ke SERAI, Empire subang.
dah sampai sana.. nampak kek Hazelnut apa ntah nama nya.. sama je mcm pavlova.. cuma perisa hazelnut.
This cake..
jadi lah kan.. 1 slice share 2 orang..
sharing is caring..
yang ni saya punya...
beef noodles apa ntah nama nya....
tak sedap...
not for my selera...
liya order nasi ambeng..
tapi version moden laa ni..
sayur brocoli.. hahahaha...
sayur campur..
takde tempe..
sedih.. :(
happy Birthday Liya!
May Allah grant you the happiness.. :)
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
pernah tak rasa...
Pernah tak rasa...
bila kena marah dengan bos..
atau ada masalah pasal kerja...
buat rasa nak resign sekarang juga...
nak taip surat tu sekarang jugak...
pernah tak????
bila kena marah dengan bos..
atau ada masalah pasal kerja...
buat rasa nak resign sekarang juga...
nak taip surat tu sekarang jugak...
pernah tak????
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
11.11.14
Seperti insan biasa.....aku ingin bahagia...
Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.
Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
7.11.14
Application WhatsApp buat ramai orang bergaduh.
tengok tu...
siap dah boleh tahu pukul berapa orang tu baca...
kot-kot pasangan yang jenis tak de sifat sabar dalam menunggu..
mesti dapat ayat macam ni..
"u baca msg I pukul 16:41:44, pukul 16:45:44 you tak replied lagi.. kenapa?"
hahahahahaha
gila kau.. siap saat sekali ada kat situ..
bertabahlah ye korang..
yang ni goup pulak..
kalau tak tahu sila try..
nasib baik dulu-dulu bercinta guna mesej je...
selamat sikit kan...
kalau lepas ni dia upgrade
"last seen with.......""typing with others..."
huwaaaaaa... lagi takut weh...
guna wechat jom!
jari jemari
Cik Siti Hajar
2
kata-kata semangat
6.11.14
Ke Broga Hills for 2nd time
Masa cuti awal Muharram lepas.. saya dah planning dengan kawan-kawan nak pergi daki Broga.. pertama kali saya ke sana tahun lepas...bulan 10 jugak saya pergi.. kira nya selepas setahun jejak kembali Broga Hills..
dulu, masa 1st time ke sana.. saya hampir-hampir nak pututs asa.. tak nak daki dah.. sebab nya.. penat wehhh..tapi saya naik jugak lah.. walau tak sampai ke puncak nya.. puas hati lah jugak..
kali ni pun tak sampai puncak tertinggi tu.. tapi sampai lah jugak ke atas.. sebab nak naik puncak tertinggi tu.. tempat dia curam sangat.. kena bantuan orang lain..
saya bertolak dari rumah pukul 5 pagi.. actually dah lambat ni.. sebab perjalanan ke Broga, Semenyih dari Klang makan masa selama 1 jam.. sebab sekarang matahari kan dah cepat naik.. jadi kami memang tak merasa moment moment matahari terbit tu.. lagi-lagi banyak kali pit stop.. penat weh.. stamina dah lah tak berapa nak ada..
siapa yang nak pergi tak tahu arah.. korang amik je signboard ke Semenyih... gerenti jumpa..
parking nak masuk Broga RM2.. parking dalam ladang kelapa sawit je.. masuk tandas RM1.. dah macam tandas KLCC dah weh,...
meh layan gambar...
lawa kan..
ni dari kamera samsung Note 2..
guna apps HDR
kalau perasan kat kaki saya tu ada line merah..
saya rasa siapa gedik-gedik nak tangkap gambar lepas line merah tu..
confirm terus jatuh..
kalau ajal panjang.. hidup laa.. kalau tak.. sendiri mau ingat..
sebelum tangkap gambar ni saya tak tengok belakang..
bila dah pusing tu.. mak oiii.. gayat wehh..
belakang saya tu lah kemuncak nya..
nak naik tu curam..
kena ada orang tolong...
lain kali sampai atas tu pulak lah..
insyaAllah..
cantik kan?
Maha Kuasa Allah, Tuhan sekalian alam..
jari jemari
Cik Siti Hajar
1 kata-kata semangat
feeling something different.
I put so much effort..
I do that i did this..
at the end..
nothing for me..
sedih hati tak payah cakap lah...
Allah je tahu..
tapi siapa I nak mempersoalkan semua ni?
Sedih hati...
tapi nak bilang pada siapa?
nak cerita pada siapa?
moga semua nya baik-baik saje nanti..
I do that i did this..
at the end..
nothing for me..
sedih hati tak payah cakap lah...
Allah je tahu..
tapi siapa I nak mempersoalkan semua ni?
Sedih hati...
tapi nak bilang pada siapa?
nak cerita pada siapa?
moga semua nya baik-baik saje nanti..
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
kalau tak kerja.....
kalau ada problem kat tempat kerja..
i mean pressure stress and etc.....
tiba-tiba rasa nak berhenti kerja.. kalau boleh nak balik time tu jugak...
lepas tu mulalah nak berangan.. kan best kalau tak kerja..
tak payah hadap jem..
tak payah kelam kabut bangun pagi..
tak payah tidur sebelum pukul 12 malam..
lagi best tak payah iron baju kerja untuk seminggu...
perghhhh..
heaven sangat...
kalau berangan kan semua kena indah-indah je..
tapi!!!!!
kalau tak kerja siapa nak bayarkan hutang - piutang tu??
mana nak dapat duit nak shopping..
macam mana nak makan sedap2??
maka nya...
jom lah sambung kerja..
:)
have a nice day!
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
5.11.14
3.11.14
Lafaz Sakinah
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
sources : lirik lagu
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
1st November 2014
1st November tarikh penting... ehh.. bukan penting.. tarikh banyak benda berlaku..
1st of all.. tahniah Pahang!! u deserved it! kau tahu.. Pahang menang ibarat 1 Malaysia menang.. apa pun adat pertandingan.. ada menang ada kalah nya.. habis kalau semua dah menang tak payah ada match lah kan? dan saya rasa orang JDT mesti berangin je bukak fb atau twitter.. sabar ye.. tahun depan ada lagi.. selangor pun kalah tau tahun ni... :p
another viral is...
Baby Che Ta dan Zain..
mak aiiii... lahir-lahir dah comel sangat... indah sungguh ciptaan Allah..
saya tengok gambar ni lama-lama..
sampai rasa nak kawin..
nak ada baby comel macam ni jugak!
hehehe..
che ta lepas bersalin pun berseri-seri...
macam mana lah dia jadi cantik begini yaaa...
baby, get welcome to the world..
:)
and be prepared to be an artist..
all picca by Google.com
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
30.10.14
terima kasih Nuffnang
tadi blogwalking... ramai jugak update pasal Nuffnang tengah baik hati.. kemain banyak CPUV...
saya pun gatal lah nak check.. kahkahkah..
sekali memang betul.... banyak lah CPUV dia bagi.. more than 5..
thanks Nuffy!
lepas ni please bagi banyak lagi.. :p
tak mkisah lah bape sen pun.. duit bukan senang nak di cari zaman sekarang ni.. kan?
saya pun gatal lah nak check.. kahkahkah..
sekali memang betul.... banyak lah CPUV dia bagi.. more than 5..
thanks Nuffy!
lepas ni please bagi banyak lagi.. :p
tak mkisah lah bape sen pun.. duit bukan senang nak di cari zaman sekarang ni.. kan?
jari jemari
Cik Siti Hajar
1 kata-kata semangat
29.10.14
#ainamezar kahwin part 2
jom bersambung cerita wedding aina..
kang makin di tangguh makin tak di cerita..
nikah Jumaat.. malam berinai hari sabtu.. jarang kan orang sekarang buat malam berinai? oh yea... aina ni pure jawa.. kalau jawa ni tahulah makanan tak nak kalah kan.. banyak sangat pilihan makanan nya... malam berinai menu nasi lemak lauk sambal sotong, ayam berempah dengan sambal jawa tempe tu.. kuih pon banyak pilihan.. ada kuih yang saya tak pernah tengok pon.. hahaha...
malam berinai tu saya datang rumah pengantin lepas maghrib.. sampai-sampai Aina tengah tangkap gambar kat pelamin.. posing ala-ala model youuuu... :)
kang makin di tangguh makin tak di cerita..
nikah Jumaat.. malam berinai hari sabtu.. jarang kan orang sekarang buat malam berinai? oh yea... aina ni pure jawa.. kalau jawa ni tahulah makanan tak nak kalah kan.. banyak sangat pilihan makanan nya... malam berinai menu nasi lemak lauk sambal sotong, ayam berempah dengan sambal jawa tempe tu.. kuih pon banyak pilihan.. ada kuih yang saya tak pernah tengok pon.. hahaha...
malam berinai tu saya datang rumah pengantin lepas maghrib.. sampai-sampai Aina tengah tangkap gambar kat pelamin.. posing ala-ala model youuuu... :)
see..
ala-ala model kan..
HB fresh flower..
DIY by pengantin sendiri..
dia cakap petang tu baru buat..
kalau saya lah.. tak jadi rupa bunga dah HB ni..
saya suruh dia posing..
nak update kat insta..
haruslah ade selfie kan..
ni team yang buat pelamin Aina..
Miely Dazzle
korang boleh search kat FB..
walkway pun dia yang buat kan..
ni walkway..
cantik tak?
ranting2 tu Aina cari sendiri..
gila gigih dia ni..
esok sambung reception yer..
banyak gambar nak tepek dalam ni..
senang nak buat reference nak kawin sok..
;p
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
penat kerja dengan kau!
saya tak boleh bekerja dengan orang yang fikir hanya dia je yang berkuasa..
sedangkan dia pun kuli jugak ye!
saya tak boleh bekerja dengan orang yang nak guna pakai semua idea yang dia keluarkan..
idea orang di tolak tepi mentah-mentah..
saya tak boleh kerja dengan orang yang nak perli hasil kerja orang lain..
jangan nak jatuhkan orang lain...
jangan nak iri hati kat orang lain..
masing-masing ada kerja dan tugas masing-masing kan?
penatlah kerja nak lawan emosi dengan orang macam ni...
please lah.......................
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
28.10.14
jadi manusia................................
jadi manusia.
jangan pentingkan diri.
jangan menyusahkan orang lain.
jangan tahu nak mengampu je!
done~~~!
mood: bengang
jangan pentingkan diri.
jangan menyusahkan orang lain.
jangan tahu nak mengampu je!
done~~~!
mood: bengang
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
#ainamezar kahwin part 1
10 10 14.
tarikh panas untuk tahun ni. ramai snagat yang nikah / kahwin tarikh ni.
salah seorang nya my BFF since form 4.. Aina..
dia kata tak sengaja pilih tarikh hot ni.. tak tahu lah betul ke tak.. hihihi..
saya pernah lah saje-saje berkias nak jadi pengapit dia.. sekali memang dapat terus jawatan tu.. hahaha
3 majlis baju di sponsor...terima kasih Aina... :)
101014; lepas Zohor sebelum Asar. Aina selamat menjadi isteri kepada Amezar. masa pengantin lelaki datang, Aina tak siap lagi. tapi dia sikit punya relaks sampai orang lain yang rasa gelabah.. siap tudung tengah di iron oleh bridesmaid beliau.. makcik dia bape kali duk cakap, cepat-cepat.. tapi pengantin rileks je.. janji makeup dia cantik.. hahaha.. masa betul-betul nak ijab kabul tu.. baru dia ke depan..
hari Khamis, balik kerja saya terus ke kedai Benang Hijau. nak beli tudung matching dengan baju pengapit hari nikah. otw tu saya call Aina.. tanya macam-macam lah.. #lupadah
sekali Aina kata, jom temankan aku pergi buat inai..
haaaa.. kegilaan apa, malam-malam nak pergi buat inai?
lepas maghrib je terus pergi rumah dia.. mula-mula pergi Plaza Alam Sentral..
saya tahu kat situ ada 1 tempat yang memang cantik inai nya.. malangnya dah tutup.. masa tu pukul 9 malam dah... jadi kami pergi ke Uptown Shah Alam.. tak tahu lah kedai tu ada lagi ke tak.. Uptown Shah Alam kan terbakar..
Happy newly bride and groom
pelamin nikah ni Aina DIY sendiri..
cantik kan?
simple je..
geng perd 05/06 teknik klang
kiri - kanan
wani - yours truly - bell - layla - nelly
self-us
pelamin DIY Aina..
simple but nice kan?
will continue for a reception part..
:)
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
24.10.14
trip versi jimat ke Cameron Highlands
Last Monday, saya pergi short and sweet escape.. pergi Cameron Highlands.. last saya pergi tahun 2008.. masa tu kat kolej lagi.. masa pergi dulu tidur sana semalam kalau tak silap.. yang ni saya pergi balik hari je.. saya teringin sangat nak makan scones kat sana.. hehehe..:D
saya pergi exit kat simpang pulai.. lepas dari Tapah.. sebab 1st time drive ke sini.. jadi kena ambil jalan yang kurang berisiko.. saya pergi berdua je.. dengan kawan sekerja.. paksa dia supaya temankan.. habis kang.. siapa nak tolong tangkap gambar kang.. background cun melecun kan..
Welcome!
ni kat Lavender Garden..
kalau dari Simpang Pulai straight je.. nanti nampak sebelah kiri..
bayaran masuk RM 5..
siapa pencinta bunga.. bolehlah masuk..
atas garden ni ada ladang srawberry..
selfie with bunga..
tak tahu lah ni kategori lavender jugak ke bukan..
ni lah bunga yang ada kat situ..
ada lagi,.. tapi saya terdelete..
heee~~
lepas tu gigih cari jalan naik ke Kilang Boh..
nak minum-minum kat sana..
dah naik sampai atas..
sekali kilang dia tutup..
tempat tu hari Isnin tutup..
:(
tau tak orang datang jauh-jauh sebab nak menikmati pemandangan kat situ??
hampa belaka..
kena repeat ke CH lagi gamak nya...
lupakan pasal BOH..
mari kita makan strawberry manis..
masa tengah usha-usha farm mana yang menarik di hati..
sekali lalu depan pasar dia tu..
apa lagi.. saya terus suruh kawan saya cari parking..
nak makan lily bud goreng tepung..
this one!!
lily kimchan..
sedap bak hang..
susah nak cari kat Klang..
cari kat Jusco pun tak jumpa lily bud..
carrot..
comel..kemetot je..
macam-macam sayur kan..
tak beli..
tengok kan je..
hehehe..
saya beli jagung madu..
selonggok RM10..
tapi lupa ada bape pcs..
saya buat bubur jagung..sedapppp~~!
atas sikit dari pasar tu..
ada Rajoo Strawberry farm..
naik je atas tu..
petik sendiri strawberry..
setengah kilo RM30..
mahal ke?
ntahlah.. gasak..
mula-mula pekerja farm tu cakap nak tangkap gambar saya dan kawan saya..
okay lah..
lepas tu dia cakap apa ntah.. saya tak faham..
yang pasti dia suh saya posing..
maka, terjadilah gambar seperti atas..
gemuk!! =(
kalau berlakon bagi lah kat saya..
hahaha..
sedap gilaaaa strawberry nya..
ini scones murah...
kegilaan daku..
^_^
gelojoh!
rupa-rupanya.. dulu pun pergi sini..
belek-belek gambar baru perasan..
lepas tu kami tuju ke Bharat Tea..
rugilah datang CH tak minum teh..
actually tudung ni saya pakai terbalik..
tapi.. siapa yang tahu kan?
hahaha.. korang dah tahu lah ni..
makan scones kat sini pulak...
ala-ala model x??
model obes.. kihkihkih:p
sumpah seronok sangat short trip kali ni...
next time nak pg dgn bff pulak..
syukur Alhamdulillah dipermudahkan segala nya..
korang kalau nak pergi berjalan.. meh lah ke sini.. setakat makan scones petik strawberry..
tak habis beratus..
jangan g shopping macam2 pulak..
jari jemari
Cik Siti Hajar
0
kata-kata semangat
Langgan:
Catatan (Atom)