26.9.14

Selamat hari lahir buat si dia.

Selamat Hari Lahir buat abah saya..
Muhammad Nasir Bin Zuli..

Kat rumah, hari-hari abha basuhkan pakaian saya..
yup, ini adalah kenyataan dan kebenaran nya..
dari saya lahir sampai sekarang..
abah yang basuh baju saya..
kalau baju tu turun warna ke atau kotor yang susah nak di basuh..
abah akan cakap.. baju tu kotor lagi.. tapi abah dah basuh..

semua yang kenal saya dari kecik mesti tahu..
abah saya seorang yang garang..
kat mana-mana pun dia boleh marah..
masa saya kecik memang takut gila dengan abah...ehh.. bukan dengan abah je.. ibu sekali..
hahaha...

walaupun abah garang.. masa bercinta zaman sekolah..
saya cerita je kat abah..
suka siapa.. pakwe siapa..
bila keluar dating pun, kadang-kadang abah hantarkan..
kihkihkih:p

dari abah garang macam singa now abah tak garang macam singa dah..
faktor usia mungkin?
ahhhhh.. kehilangan idea pulak nak menulis..


25.9.14

Puasa Sunat Zulhijjah

Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari ke 9 Zulhijjah. I a adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).
credit -: persatuan bangsa johor

Semalam dah dengar pengisytihar Hari Raya HAji jatuh pada hari Ahad 5hb Okober. jadi 26hb Sept dah boleh start puasa sunat. insyaAllah, sama-samalah kita upgarde iman kita..


24.9.14

WW Selfie Mendongak

 24th Sept 2014

23rd Sept 2014

konon-konon nak nampak kurus.
mihmihmih.

Morning Love.

korang besar kan sendiri yer..


"kalau suka kat seseorang tu, buat biasa sudah"..

morning love!

22.9.14

Kedai Atuk dan Kenduri Kahwin

Assalammualaikum..

Selamat pagi dan selamat bekerja...

Last weekend takde apa yang dibuat sangat.. takde aktiviti sangat.. banyak rehat dan relaks..

Jumaat lepas, saya tak pergi lunch.. balik kerja memang kebulur habis.. lauk pauk kat rumah pulak dah habis licin adik makan.. lalu, memekak dalam group whatsapp.. ajak dorang pergi makan.. mana tahu ada yang nak join sekali.. boleh lah temankan.. lagipun, masa tu dah around 9 lebih.. malam-malam nak keluar kenalah berteman kan..

ni je yang ada..
Salina - Azmi - Tuan Belog - Mael

yeayyyy.. dapat jugak makan hari Jumaat tu..
makan kat kedai atuk (KFC) je..
branch Jalan taiping, Klang..
agaknya sebab dah pukul 10 malam mcm tu..
servis dia gila slow..
40 min hoi tunggu kat kaunter..
customer bukan ramai mana pon..
pernah dengar " a hungry man is an angry man" ?
dalam cite ni, girl.. not man.. kalau boleh masa tu nak terbalikkan je meja tu.. ehhh over nau!

semalam (210914), wedding Fahmi..
Fahmi ni dulu staff saya.. part time staff..
Alhamdulillah.. kawin sudah..
wife dia cantik nya laa...
saya suka sangat dengan baju pengantin dorang ni,,memang serius cantik!!!

untuk Fahmi dan Rubee.. tahniah! selamat bercinta hingga ke Jannah..


tu je cerita hujung minggu saya..
:)

19.9.14

Petua merapatkan hubungan intim suami isteri

Saje nak share petua ni... sekarang ni kita makan macam-macam.. tak macam orang dulu-dulu.. makan benda yang tak tercemar dengan bahan kimia.. 

saya dapat dari FB Kisah Suami Isteri


Kenapa kunyit...?
Erm...banyak khasiat kunyit ni sebenarnya..
Terutama untuk luka dalaman..memang kunyit biasanya digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan juga banyak digunakan untuk kesihatan dan kecantikan kulit!

bahan2 ikut suka hati:
-kunyit dlm 3-4 ketul besar
-gula merah ikut manis
-halia 2-3 ketul besar
-manjakani sebiji cukup
-sireh

-------------------------------------------------------------------
potong halia ,kunyit,sireh kemudian rebus sama sbiji manjakani...sebab manjakani nikan pahit sket..
tapi kalau kamu semua tahan pahit letak lah 2-3 biji hehhehe..

kemudian bila sudah masak tapiskan semua bahan...kemudian kisar semua bahan yang direbus tadi bersama gula merah..kemudian tapis..dan sejukkan sebelum minum...

nak sedap letak sikit air soda... sikit sahaja tau...

perhatian...ibu2 mengandung2 sgt2 dilarang utk mngamalkan jamu kunyit asam ni... sbb jamu ini mngecutkan rahim..

saya rasa yang belum berkahwin pon boleh try jamu ni.. sebab akan menjaga kesihatan luar dan dalam kan? tapi saya tak tahu lah saya boleh minum ke tak.. hehehehehe...

Resepi Maggie Goreng Sihat.

Saya dah beberapa hari teringin sangat nak makan maggie goreng...
nak order kat kedai rasa tak berbaloi sangat..
lagi-lagi kedai tak masukkan banyak sayur...
akhirnya, semalam balik kerja terus masuk dapur..
bertukang maggie goreng..

tara....
siap!
bagi menutup kelemahan mi segera..
kita kena taruk sayur yang banyak yer...
ada sawi, cendawan shitake, salad dan timun jepun serta baby carrot..
alhamdulillah..
tercapai hajat!
kalau maggie goreng saya suka pakai brand indomie...
perencah dia sedap sikit...
dan saya cuma tambah chili flakes..
sebab pedas dan saya tak dapat dipisahkan..
 

:)

15.9.14

Jangan bagi kesusahan pada orang lain

kalau kita tak dapat bagi kesenangan pada orang lain..
jangan pulak kita menambahkan kesusahan pada orang lain..

hidup ni roda..
kau buat macam ni..
esok lusa, ada orang lain buat kat kau..

masa tu kalau tak sedar diri jugak..
tak tahulah nak cakap apa..




aku tak faham kenapa kau macam ni..
umur dah banyak,,
akal patutnya digunakan sepnuhnya..
sampai bila mahu menyusahkan orang lain?
patut bersyukur kau beruntung dari yang lain...
 

Hot story bulan September

Assalammualaikum...

selamat pagi.. siapa yang bekerja?? Sep sikit.. samalah kita.. tak nak membazir cuti tahunan.. hihihi:p

banyak hari tak update.. sebab kekeringan idea mahu menulis.. 

paling hot story soalan UPSR bocor.. saya tak faham pada mereka yang membocorkan soalan ni.. integriti dalam bekerja mana weh? setakat UPSR nak di bocorkan.. bukannya macam zaman dulu, tak pass tak boleh pergi tingkatan 1..nak bagi anak sendiri dapat 5A? tak berkat tau.. dah jadi macam ni kan menyusahkan ramai pihak...

lagi yang saya tak faham.. nak salah kan menteri pendidikan.. macam lah Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin tu yang gubal soalan.. yang print soalan.. haihhhh.. korang ni.. agak-agaklah nak menyalah kan orang..

apa pun, benda dah jadi.. nak tak nak memang kena amik exam balik...

untuk adik-adik.. pulun study yer.. dah alang-alang kena tangguh ni.. gunakan masa sebaik mungkin untuk study habis-habisan.. 

hari ni, ofis tak ramai orang.. kerja pun tak bertimbun... sikit-sikit boleh kasi settle.. =)

Have a nice day everyone...

10.9.14

Breakfast omputih sangat

This is my breakfast today...

saya namakan Salmon Grill Spaghetti.. tapi pakai fettucini sebab tu je yang ada stok kat rumah...

resepi spaghetti ni simple sangat!

Kepingan Salmon perap dengan serbuk lada hitam dan garam. semua nya sedikit sahaja.. sebab nanti rasa Salmon akan lari..

guna magic pan - letak sikit olive oil dan grill.

grill ni agak-agak je, jangan terlampau masak.. tak sedap nanti rasa salmon tu.. - ketepikan

cincang bawang putih dalam 5 6 ulas dan tumis dengan menggunakan minyak grill ikan salmon tu.. agak-agak dah garing sikit, masukkan fettucini.. mesra kan dia.. perasa garam dan tabur chili flakes.. bila nak hidang tabur kan serbuk cheese.. settle!

sayur 2 ketul dalam tu.. masak dah garing bawang putih campaklah dalam tu.. sayur ni tak payah masak sangat saya rasalah.. sebab 1st time masak benda ni... selalu tengok dalam tv mat salleh masak guna ni.. tu yang kepingin nak try.. saya beli kat Urban Fresh Setia City Mall.. 1 box kecik RM8.90..

nama dia sayur brussels sprouts.. macam kobis tapi version kecik comel lote..

 

sumber : juicing for health 





9.9.14

20 fakta tentang anda.


Sekarang tengah ramai update 20 fakta tentang diri kita..
since, saya di tag di instagram..
maka saya update kat insta je..

1. Makanan adalah teman sejati.
=> sejak azali lagi makanan adalah kawan baik saya.. orang kalau ajak keluar mesti tanya nak makan kat mana? hahahaha... nampak sangat tak saya kuat makan?

2. Kamera adalah satu keperluan.
=> zaman-zaman ni menag kamera itu adalah satu keperluan yang penting. lagi-lagi blogger macam kita.. walaupun blogger suam-suam kuku.. blogger jugak.. kan?

3. Suka bercakap tapi akan senyap bila marah atau merajuk.
=> tang ni kalau dengan kesayangan lah.. dengan kawan-kawan tak.. hahaha.. sekarang takde lah buat perangai gitu.. sebab takde kesayangan.. kahkahkah:p

4. Mudah marah dan cepat cool down.
=> saya memang seorang pemarah..

5. Suka cakap sorang-sorang.
=> tak tahu nak luahkan kat sape.. kau cakap je sorang-sorang.. terutama time driving.. miahahaha

6. Favourite color pink and purple.
=> ladies sangat!

7. Hidup tak sempurna tanpa telefon.
=> zaman gajet kot. haruslah kena ada telefon walau takde orang pun yang calling..

8. Meluahkan perasaan melalui penulisan.
=> sebab dengan percakapan memang tak terucap lah..

9. Garang tapi manja dengan sesetengah orang.

10. Memasak adalah separuh dari jiwa.

11. Tiada skill kreatif.
=> dulu-dulu masa subjek seni. memang tak pernahnya saya hantar homework. kalau hantar pun maknanya abah atau adik yang buatkan.

12. Setia itu wajib bagi saya.

13. Susah untuk melupakan walau sudah memaafkan.
=> ambil masa yang lama untuk melupakan

14. Senang bergaul dengan orang lain walaupun baru kenal.
=> orang kata saya peramah. tapi ada masanya saya sombong jugak.

15. Size kaki 3 kalau nak pakai high heels kena cari size 2.5
=> sebab tu saya tak pernah kisah design orang kata tak cantik ke apa. sebab saya nak cari kasut memang susah. =(

16. careless is my middle name

17. Susah jatuh cinta
=> takut bertepuk sebelah tangan. jadi, baiklah kita tunggu siapa yang menerima akad nikah kita nanti. InsyaAllah kekasih halal dunia akhirat.

18. Teringin nak belajar berenang.
=> sebab saya suka pergi pantai.

19. 1 of my life wishlist is backpackers holiday.
=> mesti best.. jalan-jalan tengok negara orang..

20. Kerja rumah yang paling tak suka adalah melipat kain baju.
=> tak caya tanya parents saya. selalu kena bebel malas lipat kain baju. kalau boleh semua saya nak gantung je..

Aku pasti hari itu akan tiba juga.



Axe tu kapak ke pisau?

Tadi dengar radio Ultranisme... hari ni kan hari pertama UPSR tahun 2014.. jadi topik dia soalan UPSR apa yang anda ingat sehingga sekarang?

saya paling ingat soalan Bahasa Inggeris.. dia ada gambar.. bawah tu isi tempat kosong.. gambar tu tunjuk kapak.. saya memang tak tahu langsung kapak tu apa dalam Bahasa Inggeris.. semua soalan dah jawab.. tinggal yang tu je.. mata try lah pandnag kawan sebelah menyebelah.. tak nampak jugak apa jawapan nya.. bila masa dah nak tamat.. saya pun tulis je lah dengan confident nya..  

K N I F E

ini KNIFE = pisau

hahahaha...
janji jawab kan??

ini baru kapak = A X E

cikgu selalu pesan... jangan biarkan kertas soalan anda kosong...
saya hanya menuruti pesanan cikgu..
:)


pada adik-adik.. All The Best..

8.9.14

Speed Trap highway Karak

Semalam saya ke Pahang.. hantar adik no 3, balik kampus UMP... Sem baru nak start dah.. ni tahun ke 2..
as usual, kami memang akan pergi 2 kereta.. sebab kereta kami comel lote.. barang dia banyak pulak tu..
malam tu ibu ckp, kalau muat sumbat 1 kereta.. kita naik 1 keta je.. yang lain tak yah lah pergi..
bila bangun subuh saya tanya adik saya.. memang wajibul ghunnah naik 2 kereta...
I okay je.. dah nama nya adik.. 

Bertolak dalam pukul 9.30 pagi.. ibu dan abah saya, jenis tinggal kan rumah semua kena dalam keadaan baik.. tu pasal keluar rumah lambat.. lepas subuh tu, saya terus ke dapur settle kan pinggan mangkuk, hangatkan maknan semalam buat breakfast.. family saya ni, breakfast makan nasi.. nasi berlauk tau.. masak lemak ikan ke gulai ayam ke.. normal lah makan pagi-pagi.. adik bongsu saya tu lagi lah, pukul 6 kadang-kadang dah makan nasi.. sebab dia bangun pukul 5.30 pagi nak ke sekolah...

on the way tu, kat Gombak banyak gila kereta... saya lemah betul kalau kereta banyak sangat.. lagi-lagi jumpa pemandu yang berhemah sangat.. bagi je orang masuk line kita.. haihhhhh... lepas Toll, tu dah okay sikit.. saya memang speeding.. masa dekat bentong kot.. nampak kereta bagi high beam.. berderet kereta bagi high beam.. kenapa orang sebelah sana bagi high beam eh.. saya pon slow kan kereta.. rupa-rupanya kat depan ade speed trap...ke depan lagi pun ada lagi.. tak silap ada 3 kali speed trap.. macam mana ye nak check kita kena saman speed trap selain dari surat cinta sampai? takut jugak kalau dapat...

sampai rumah balik around 5.30pm macam tu.. syukur selamat sampai.. sebab masa driving saya hanpir-hampir terlelap.. ibu kat sebelah sedap je tidur tau... mata ni sekali nak tertutup.. alhamdulillah takde apa-apa yang jadi...




3.9.14

Pengapit of the year...

Last week cuti saya habiskan masa di negeri Perak... dari hari Khamis balik kerja dah terus ke sana.. Diba nikah Jumaat petang.. saja je datang rumah awal.. kot-kot boleh tolong mana yang patut.. dia cakap exit Tapah.. sebab tak nak saya lalu jalan yang menakutkan..

Saya apa lagi, on waze lah.. sebab waze ni risiko untuk sesat amatlah tipis.. tapi cerita nya.. bila guna waze.. nak tak nak kena lalu juga lorong-lorong gelap.. gila kau.. aircond bukak, tapi tangan berpeluh-peluh.. kiri kanan hutan kot.. ke ladang pokok.. tapi tak de lampu.. mau tak kecut perut.. saya duk fikir.. ni kalau tiba-tiba keta rosak ke apa.. nak bagi clue apa kat orang? mana ada sign board apa-apa tepi jalan tu.. memang tawakal je lah.. ada 1 lorong tu.. memang gelap gelita.. saya nampak makcik dengan anak dia bawak motor tak pakai helmet.. berani nya makcik! yelah, orang duduk kat situ dah biasa lah macam tu kan.. hehehe:D 

Akhirnya sampai umah Diba tanpa sesat barat.. alhamdulillah..

 Pelamin yang simple and nice!


 hantaran dari pengantin perempuan ke pengantin lelaki...



doorgift..

 masa ni masih lagi Cik Maliha Adiba...
baju dia pakai ni baju kahwin mak dia..
dia cuma tambah beading je..
cantik!

masa ni lawak sikit..
plan asalnya, ayah Diba akan masuk bilik..
untuk tanya persetujuan.. jadi kami tunggu lah dalam bilik..
tiba-tiba mak Diba suruh ke depan.. 
Imam tanya, tahu tak kenapa di panggil?
Diba jawab lah, mintak persetujuan..
tiba-tiba dengar Shahril lafaz taklik...
dalam otak saya kemain ligat berfikir.. bukan taklik ni di baca lepas nikah ke?
dia ni dah nikah ke?
rupa-rupanya dah nikah...
pengantin pun blur, sama ada dia dah nikah ke belum...


penyerahan mas kahwin..
Shahril dan Diba..

 pengapit of the day with the bide...
amik aura sikit..


 #selfie satu kali..
sebab tu lah tajuk entri begitu...
kihkihkih:p


 gorgeous bride..
Diba ni dah memang cantik...
 

outdoor kat kompleks sejarah pasir salak..

 Aqis.. anak buah Diba..
most of picture pengantin ada gambar dia terselit..
sayang betul kat Anyah dia..
redha lah ye Diba..mana-mana jumpa gambar Aqis..

31hb bersanding kat belah lelaki..
2 pasang pengantin sekali..

kepada pengantin..
terima kasih atas layanan..
Selamat bercinta hingga ke Jannah..

=)