30.1.15

Review Kidz n Creme bersama Aaron Aziz

last week pegi kedai abang Aaron Aziz.. Kidz n Creme.. kat setia alam..
asyik tengok orang update je kan..
kita pun nak try jugak...

masa nak masuk kedai tu..
saya tolak, tarik pintu tu..
tak terbukak..
aik.... dah kenapa?
lepas tu saya nampak waiter datang tapi dengan gemah gemalai.. 
eh, halooooo.. kalau dah tau kedai tu kena bukak dari dalam, kau tak boleh ke laju sikit pergi ke pintu?

so, sebelum masuk lagi, dah rasa tak best...
datang-datang, nanti waiter dia bagi menu..
makanan banyak jugak lah selection dia..
tapi air nan ado.. tak berapa nak banyak choice..

saya teringin nak rasa chocolate mint...
waiter cakap air tu takde... order je lah chocolate iced..
kalau pergi ke kedai makan atau cafe ke.. saya suka try yang tak jumpa kat tempat lain..
atau jarang-jarang jumpa..

 untuk makanan, saya try mee rebus dan Aza try fish apa-ntah-namanya ... lupa! :p


 bun tu memang lembut..
ada coleslaw..
ikan tu macam fish n chip..
sedap!!


kalau korang follow instagram Kidz n Creme ni..
paling famous amos menu Mee Rebus ni..



ni lepas dah di selak kuahnya..
ada tulang yawww...
tempura tu sotong..
kuah memang pekat likat..
sedap!
terasa semua nya..
tapi sotong tempura tu..
gilaaa tak sedap!!

 
famous dessert here..
Nutella tart...
yessszaaaa..
5***** saya bagi..
memang sedap..

next time saya pergi nak try dessert je kot?
:)



27.1.15

benda baik

buat benda baik ni...
banyak dugaan nya...
kena tabah dan sabar..
yang paling penting dekatkan diri dengan Allah..

saya harap semua nya akan berjalan dengan lancar..
semuanya akan dipermudahkan..

amin... :)

26.1.15

makan-makan birthday ibu

16 Jan lepas birthday ibu yang ke 47 tahun..
16 Jan tu hari Jumaat, jadi pakat-pakat adik beradik buat makan-makan hari sabtu..
tak jemput sape pun, adik beradik ibu je..
menu utama spaghetti.. saya masak kuah bolognese, adik masak kuah carbonara.. kemudian order roti jala..
saya masak kuah kari daging , adik masak kuah durian..
beli kek Resepi Rahsia (Secret Recipe), settle!

alhamdulillah, najet tahun ni dapatlah belikan ibu peti ais..
dia nak sangat peti ais... sebab peti ais sedia ada dah dalam keadaan uzur.. hewhewhew:p
mana mampu tu, bagi je lah... tak mampu kita duduk diam-diam..
moga-moga murah rezeki, ada lah nanti kan?

 

Puan Hasni dengan baju dan shwal baru..



 adik bongsu...

kami adik beradik..
tak cukup seorang..
photog tangan gigil agaknya..
kaburrrrr
>___________<"

boleh lah dari takde..

tahun depan insyaAllah bertambah ahli keluarga..
:)

23.1.15

Sabagai peminat Zamani

Semua tahu pasal Zamani kena tangkap dan positif dadah...
ye, dadah tu najis.. 
dan dia dah kena tangkap pon kan?
kenapa pegawai polis tu nak viralkan video tu?
ke dia nak double confirm tu Zamani? ke dia tak pernah kenal Zamani.. jadi suruh Zamani nyanyi lagu popular dia...
rendah sungguh mentaliti pegawai polis tu...
dari semalam orang duk share video tu..
saya tgk 5 saat permulaan, dan tak sanggup nak teruskan lagi...
 
pleaselah yang lain.. 
tak payah lagi nak viralkan benda tu..

saya memang minat dia.. dan saya rasa most of yang lahir era 80-an, 90-an memang minat kat dia..
tak pernah dengar gosip ke cerita dia carik pasal dengan media ke dengan pminat dia ke..
dia bermasalah dengan diri dia je pun..

everyone deserve a second chance..
kita sebagai masyarakat ni, asal orang tu kena tangkap je terus labelkan orang..
memang mentaliti dari dulu lagi macam tu...
cuba kita buang jauh-jauh pemikiran macam tu..
kita tak tahu macam mana dia terjebak.. kenapa dia boleh amik benda tu..

macam Radhi OAG cakap, dia hisap dadah dari zaman sekolah menengah kerana pengaruh kawan2..
tapi dia sikit pun tak salahkan kawan-kawan dia..

I'm sure a lot of Zamani fans mencela perbuatan pegawai polis tu kan?
dan saya dengar pegawai tu akan di kenakan tindakan..
tak tahu lah betul ke tak..


Zamani, please berubah.. we're support u from back!


Review Tappers Cafe

Tak ingat bila pergi IOI City Mall Putrajaya.. saja je nak berjalan sebab rasa macam dah lama tak bersiar-siar di shopping mall.. muahahahaha=p

sementara boleh berjalan ni baiklah kita pergi berjalan.. kang esok lusa bila ada kekangan, dah kena tunda-tunda kan? saya ni memang kaki berjalan, tapi tengok jugak lah.. takde lah nak berjalan sentiasa.. selalu bila both sunday and saturday keluar, next following week, saya akan pastikan saya ada di rumah.. rehat!

IOI City Mall Putrajaya ni opened on December.. so, memang ada lagi floor yang tak banyak kedai bukak.. tapi macam-macam ada tau dalam ni..memang terbakar kalori lah.. 

kat sini ada Kafe Magnum tapi sama lah macam kat MidValley.. asyik lah orang beratur tanpa putus.. macam beli tiket wayang weh... saya takde keinginan lagi nak try.. next time maybe..

dan mata terpandang kedai Tappers... hohoho.. pasal kedai makan laju je kan mata kau memandang... kihkihkih:p hiasan dalaman kedai ni macam ala-ala english style gitu..


so, jom kita try menu Tappers..



di mulakan dengan muka tuan tanah kedaung..
gila bulat kau muka..
bertabah lah yer...


 ni chicken chop...
tapi nama penuh nya iolls tak tahu..
ayam tu dia celup dengan telur je.. dan goreng rangup..
gravy tu rasa macam sos..


 ada orang tu order onion ring..
lepas tu dia tanya.. kenapa takde mayonis macam dalam menu?
padahal dalam menu tu calamari ring...
hikhikhik:p
silap baca..
dah order makan je lah.. nasib baik memang makan bawang tau...


 ni menu saya..
carbonara with steak..
kot?
ya ampunnnnn..
tak ingat nama menu..
bagi saya rasa dia biasa-biasa je..
daging tu plain gila rasa dia..
sos carbonara pun biasa-biasa je..

maybe next ime kalau pergi kita try sandwich dia eh?

Tappers ni ada kat cawangan lain jugak..
korang try tengok kat website dia eh..

21.1.15

KFC dan kenangan

Semalam balik kerja singgah Bandar Klang kejap.. bayar bil dan nak cari kasut.. kasut kerja dah nak rosak.. size kaki pulak susah nak cari.. so, semalam masih lagi tak jumpa kasut.. =(

Singgah KFC kejap, nak tumpang toilet..hehehehehe:p saya ada nampak satu keluarga ni.. makan dengan ceria tawa.. anak-anak dia pun makan dengan happy..

saya teringat dulu, sebulan sekali mesti abah ada bawak kiteorang makan KFC.. rasa happy sangat! feeling orang kaya sangat.. padahal kau makan ayam goreng je pun.. tapi sebab nama KFC tu kan gah... nak pergi makan KFC cari baju cantik-cantik macam kan kau nak pergi dinner.. mihmihmih=p setiap bulan akan sama jugak.. saya jenis makan ayam bahagian tulang.. yang banyak isi memang saya tak suka makan.. tak boleh telan je rasa nya.. muak! jadi saya akan berebut dengan ibu bahagian tulang.. sebab both of us, suka bahagian tulang kan? sampai abah cakap "pergi tengok kat tong sampah.. mesti banyak tulang.."

Kadang-kala, small things can make we happy.. smile like you get a bouquet of roses..

#OOTD cacamerba

#ootd

tudung kaler pink + hijsu mint..
baju hijau mint
skirt kaler biru 

saya memang langsung tak perasan kan perbezaan warna skirt dan baju..
ingat kan sama warna.. 
bila turun kereta nak naik ofis..
eh, ni apa kes beza tone ni..
tapi buat rileks je..
hahahaha


have a nice day uolls!

19.1.15

Good Bye Boss yang Hensem...

Setiap 2 tahun saya akan dapat boss baru.. jadi bulan December lepas tamat dah tempoh 2 tahun untuk boss saya... tapi kali ni, dia tak migrate ke negara lain.. dia terus resign... hahahahaha.. bukan sennag nak buat keputusan nak resign after 27 years with McDonalds kalau tak silap.. dia resign pun sebab family.. anak dia dah nak masuk secondary school.. so, dia tak nak pindah randah sana sini..

 

nampak kebesaran saya..
aduhhhhh..
paling kiri pun boss saya..
tapi dia takde lah migrate sana sini..
so, dia boss tetap saya..


 

ehhh.. tersama pulak kaler tema kita...
my boss is very humble and easy going person..
thanks for teach me the Aussie accents...

ingat lagi bulan pertama dia datang..
saya secretary dia.. so, kena buat appointment segala macam untuk dia..
tapi kau tau.. 15 minit dia bercakap dengan saya..
2 3 perkara je saya faham dia nak apa..
mak aiiii... memang susah nak faham slang dia..
orang-orang yang jumpa dia pon..
kadang2 akan rakam dalam diam apa dia cakap..
hahaha..
makin lama makin faham laa..

good day!
tapi saya dengar dia sebut good die..
kahkahkahkah:p

all the best boss..
will miss u..

sepanjang kerja sebagai secretary ni.. boss ni yang paling hensem..
muehehehehe (= 



16.1.15

Resepi Paprik Ayam Sedap dan Mudah

Ni menu tahun lepas bulan 12.. hehehehe.. baru nak update..
tiba-tiba teringin sangat nak makan paprik..

jom masak...


 
 bahan-bahan yang kita perlukan...
 yang takde dalam ni ayam dan sos cili..

senang je resepi paprik dari saya..

tumbuk kasar bawang putih, tumis kemudian masukkan cili kering dalam 5 6 sudu besar.. saya guna seekor ayam.. kemudian bila dah garing cili tu, masukkan sos cili dalam 5 sudu, 2 sudu kicap,  2 sudu sos tiram dan perencah tomyam 1 sudu. tambah air sikit.
 masukkan ayam.. dan kecikkan api yer.. lepas tu campak serai yang dah di ketuk dalam 3 batang, daun limau purut. bila menggelegak, masukkan sayur-sayuran.. letak gula garam.. rasa kan..
sebelum angkat masukkan bawang besar tu.. 

siap!!



12.1.15

Review Burger Byte Seksyen 7 Shah Alam

haritu pergi cuba makan kat burger byte.. semua tahu kan owner burger byte ni Zizan Razak.. gambar-gambar dalam kedai ni, ada gambar Emma Maembong jugak tau..

ni cawangan seksyen 7, shah alam ye.. dekat dengan giant tu..


 

pandai-pandai lah korang zoom..
tapi kan, gambar masa Emma tak pakai tudung..
kesian dia.. 
suppose Zizan kena aware benda ni kan...
 


burger byte ni mesti lah menu utama dia burger...
tapi saya tak de keinginan pulak nak try burger dia..
jadi saya order benda ni..
korang jangan tanya apa.. lupa dah..
ni Lamb...
grill with black pepper sauce..
ada kentang rebus dan sayur-sayuran tu..
harga RM13.90 kalau tak silap.. 

rasa dia biasa-biasa je...
takde lah meletup kebabommm...

5.1.15

Azam 2015



Setiap tahun kena ada azam supaya tak tersasar dari matlamat hidup... of courser semua orang mesti berazam untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum.. no one want to be worst right? 

bagi diri saya yang kerdil ni.. banyak sangat yang perlu impove.. 

jom list azam..

KURUS
=> ni tiap-tiap tahun on top of the list.. kurus tengah tahun kang akhir tahun naik balik.. hahahaha.. tapi kalau naik tak nak lah sampai obes ye.. 

SOLAT
=> nak istiqamah untuk solat di awal waktu.. sebab kalau solat lambat, nanti rasa macam terpaksa je nak solat.. ni diri saya yer.. nak dapat redha Allah kenalah ikhlas kan?

AURAT
=> nak belajar pakai stokin tangan dan kaki.. tapi sebelum tu kena beli dan kumpul baju yang menepati syarak..

HUSNUDZON
=> sentiasa bersangka baik.. fikir yang baik.. 

PERHUBUNGAN
=> nak ada perhubungan yang stabil. senang cerita nak bina keluarga sendiri. doakan please.......



SIMPANAN
=> nak mula menyimpan setiap bulan dengan displin.. selama bekerja dah nak dekat 4 years ni.. saya langsung tak berdisplin menyimpan... sobbbsss sobsss ):



InsyaAllah.. itu je list saya.. tak payah tamak nak banyak list.. kang tak terkejar kang.. 12 bulan tu rasa macam lama je.... padahal kelip-kelip mata tengok dah bulan 12.. :p

harap-harap berjaya lah ye..

1st Entry 2015.

Selamat bekerja pada diri sendiri.. selepas bercuti hampir 13hari including weekends.. harini bekerja dengan semangat baru..

hari ni masuk office awal.. cleaning the dusk.. sempat baca blog sikit-sikit.. rasa nak jugak lah buat entri pasal Azam 2015.. (=

cuti lama-lama sampai buat saya rindu gilaaaaa kat office.. hahahahaha... macam tak normal pulak rasanya... sampai termimpi-mimpi both bosses.. selalu time cuti kadang-kadang boss ada lah WhatsApp tanya pasal kerja.. ni langsung nan ado! buat saya takut unuk pergi kerja harini..

okay, let's start a good day for whole week. 

gemuk!!!
cuti asyik makan jee..