29.8.15

Makan kat food court MidValley

Ada sekali tu kena pergi movie review kat The Gardens.. pergi after working hours, for sure lapar gilaaa kan... tapi kat The Garden tu memang takde kedai makan yang sesuai dengan anak tekak.. maka menapak lah ke Mid Valley.. makan kat Oasis Food Court.. betul kot tu nama nya.. hahaha...

teringin pulak nak makan yang bakar tu.. aduhai... apa ke nama nya?? lupa laaa...






makan dengan office-mate.. rasa dia dah kureng laa...
tak macam dulu-dulu...

28.8.15

Caring vs Romantik

Nak dapat pasangan yang caring pun susah apa tah lagi kau request pasangan yang romantik?

Bersyukurlah dengan apa yang ada. 

27.8.15

Cara mandi bunga.

Menurut Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan. Mandi bunga tanpa berniat yang boleh memesongkan diri daripada ajaran agama membawa banyak faedah.

Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga matahari yang terbaik dan kebaikannya akan diturunkan kepada si pengamal mandi bunga. Antaranya, sekiranya rawatan mandi bunga diamalkan, ia mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan. Di bawah merupakan beberapa tip untuk anda yang ingin mencuba rawatan mandi bunga di rumah.

1. Gunakan bunga yang wangi dan tidak berduri. Pilih tujuh atau sembilan jenis bunga dari pelbagai warna tetapi bukan berwarna hitam. Sebaik-baiknya bunga cempaka dan melur digunakan untuk rawatan ini. Anda boleh memilih jumlah bunga mengikut angka ganjil (7, 9, 11, 13 jenis)

2. Kesemua bunga segar tersebut harus dicampurkan dengan sebotol air mawar dan dua biji limau purut.

3. Pastikan kesemua dahan bunga dibuang dan campuran bunga, air mawar dan limau purut dibiarkan semalaman.

4. Rawatan mandi bunga seeloknya dilakukan pada waktu pagi. Mandi seperti biasa dan jadikan air bunga tersebut sebagai air bilasan.

5. Siram bahagian kiri badan sebanyak tiga kali dan diikuti dengan bahagian kanan. Selebihnya siram dari bahagian kepala sehingga air bunga habis.

6. Anda digalakkan untuk membiarkan badan kering daripada menggunakan tuala untuk mengeringkannya.



Mood: nak pergi spa.. nak mandi bunga.. nak berurut.. nak berscrub... 

26.8.15

Sesekali...........................


this week tiba-tiba mood nak ber make up..
lama dah sebenarnya tak menconteng muka sendiri..
masa raya tu lah ber ia bagai..
masa majlis adik pun tak ber ia...

tapi tak pandai mana pun..
sikit-sikit boleh lah....

sesekali........~~
ku terasa teringin....

heee~~




25.8.15

Cinta Paling Agung

Lepas baca entri blog Kak Elly.. saya terus google kot-kot boleh tengok online cerita tu.. sekali ada.. kehkehkeh:p


asyik tengok iklan kat astro je..
nasib baik ada online..

lepas dah tengok...

saya rasa...
takut nak kahwin..........

=(


kasih manusia tu bila-bila je boleh berubah...
hanya Allah sahaja lah yang mampu menjaga semua tu...


kadang kadang mungkin takdir kau untuk jadi yang ketiga..
tapi takdir tu boleh tukar dengan berdoa dan berusaha menjauhkan diri dari menjadi yang ketiga..
kan?



Tang mana lawaknya gelakkan orang naik motor?

Saya kerja kat McD dulu.. dari restoran takde drive thru di transfer ke restoran ada drive thru.. macam-macam gelagat orang lalu drive thru saya pernah tengok.. 

Ramai je yang tak reti order kat drive thru.. baik semenanjung atau sabah sarawak.. ada je pesen pelik-pelik bila order kat Drive Thru..

yang saya tak faham apa yang laki bini ni gelakkan??? serius tak faham... apa yang lawak orang order naik motor??


orang ni mental disorder agaknya..
gelak kan orang naik motor..
kau laki bini gelakkan dia..
1 malaysia pulak gelakkan kau..
hahahahaha~~
macam baru keluar dari hutan.. LOL

yang lawak tu order macam Kak Su (Chooyaya Secret Garden).. 

dekat Drive Thru tu, ada sensor bila kenderaan masuk lane situ..
sebab tu kadang-kadang tak nampak staff kat kaunter depan tapi korang boleh cakap-cakap dengan dia..
kadang-kadang staff yang otak dia cepat mengingat tu..
rileks je sambil bancuh air milo sambil amik order korang..
bila dah nak end the conversation, laju-laju nampak dia kat kaunter tu kan...

kalau jalan kaki takde sensor bunyi..
kalau takde orang tengok cctv, memang tak perasan lah korang kat situ..
berdiri tegak lah sampai esok depan tempat order tu..
hehehehe:)

fikir lah sikit sebelum gelakkan orang..

teringat dulu..
kejadian 3 4 pagi macam tu..
dengar sensor berbunyi..
staff saya macam biasa lah..
"hi, selamat datang"
sekali bunyi mengilai..
laju-laju kiteorang off button headset tu..
yang si Amoy berani tengok cctv..
tapi tak nampak apa pon laa...

hishhhh.. meremang lak bulu roma ni...





Akim mengamuk kerana video.

Semalam kan viral Stacy peluk Islam.. pagi tadi saya dah tengok video yang orang sebarkan tu.. alhamdulillah.. bertambah lagi saudara kita kan...

lepas tu jumpa twitter Akim..


sumber : beautifulnara

yang merakam ni betul-betul tak amanah....
menukar agama adalah sesuatu yang tidak mudah bagi seseorang...
lagi-lagi orang tu artis..
ramai kenal..


orang sekarang ni makin kurang sifat amanah ke??
tukang rakam ni mesti pekerja Pejabat Agama Islam kan?

silalah bertanggungjawab atas apa yang anda dah lakukan..
kesian kat Stacy..



Lapangkan hati, buka seluasnya pintu hati.



perasaan ni kosong..
tak terikat dengan janji atau apa-apa...
makanya, aku tak peduli apa akan terjadi atau apa yang tak akan terjadi...
aku masih mampu tersenyum..
dan masih mampu hidup dengan tenang..



21.8.15

Keranamu Bakso

Hari rabu tekak teringin nak makan bakso.. tapi nak kat kedai area rumah lama je.. tak nak kedai lain.. tapi masa tekak teringin tu dah malam sangat.. esoknya balik keje terus ajak adik ke sana.. adik saya asyiklah cakap, orang lain lah jual kak long.. saya buat pekak je.. 

drive lah ke sana half an hour gitu.. beli balik.. balik-balik adik terus lah hidang kat saya.. saya tengok kuah dia, ehhh..kenapa takde sos cili takde kicap.. tengok pulak cili dia.. kenapa bukan hijau? kenapa merah? saya tambah sos cili dan kicap sendiri.. suap je kat mulut.. puihhhhh.. tak sedap.. bergenang air mata saya.. huwarggggghhh.. dah lah takde tempat lain yang jual bakso sedap lagi.. yang rasa macam gampang.. serius talk! bengang gilersssss....

semua adik beradik tak berani tegur saya.. hahahaha.. pasal makanan bad mood gila.. tu lah, tadi adik dah cakap orang lain jual.. buat derk je..

now, 6:54pm, Jumaat.. patut dah balik keje kan? tapi saya masih di ofis.. sebab nak cuba bakso kat kedai sate madura kat kayu ara tu.. dia bukak dalam 6:30pm macam tu.. terpaksalah saya berkorban masa kerana mu bakso..

ni link Sate Madura ..
kedai dia famous gak.. pernah masuk JJCM.. kuah sate dia sedap kau..!

abah perli, sejak bila tekak dah tukar tekak Indonesia? 

dahhhhh.. tata~~!

20.8.15

bila lepas kenduri.

Lepas dari kenduri hari tu...
bila masuk dapur rumah saya...
boleh perasan..

sudu dan garpu makin berkurangan..
mug kesukaan saya ntah hilang ke mana..
sudip besar-besar je dalam laci dapur..
sudip kecik ntah mana di sumbat nya..

susun atur dapur masih lagi bercelaru..
tunggu nanti mood ibu sampai..
confirm kasi betulkan balik..

nak tunggu saya ntah bila lah..

oh...lagi satu..

pagi tadi nak bawak bekal..
leftover tomyam ayam semalam banyak...
tupperware kecik semua lesap...
tinggal tupperware eskrem tu...
mana ntah pergi nya tupperware kecik yang bulat tu..

jenuh bukak segala almari kat dapur..
jumpa bekas tak jumpa tutup..
hahahaha...

bilik saya pun masih bersepah lagi uolls..
gila punya sepah..
angin rajin tak sampai lagi..
kena sergah ngan ibu baru dia datang..
muehehehe:p

berlapang dada

Aku cuba untuk berlapang dada...


Namun..

Aku ni manusia biasa....





**pasrah

Saat ini.

Saat ini.
Detik ini.

Teringin nak bersandar pada bahu seseorang.
Bercerita tentang apa saja.

Malangnya tiada siapa lagi yang sudi.
Tiada lagi yang halal untuk aku bersandar.


19.8.15

Keracunan makanan

Hi!

Hari ni baru start kerja untuk this week.. Isnin dan Selasa MC.. Food Poisoning.. perghhhh.. dia punya sakit tu.. memang tahap lembik badan jiwa raga gue...

Ahad malam tu pergi dinner dengan kawan.. saya makan nasi goreng cili padi je.. idok ler pedas mana pon.. memang tak terasa pun tahap kepedasan nya.. saya makan tu around 9pm macam tu... seklai pukul 1 pagi macam tu pergi toilet.. cirit-birit.. sejam kemudian bangun lagi... sekali pakej muntah... badan memang dah rasa lembik selembik nya... 

tapi around 5am Isnin, takde lagi sesi ke toilet.. saya pun siap-siap ke office.. abah pun pelik.. tapi gagah kan jugak.. sampai parking... badan lembik semacam.. tak mampu nak bangun berdiri.. Allah... terbaring lah dalam kereta tu.. whatsapp boss cakap nak MC.. terus drive balik Klang.. fikir nak ke klinik mana.. tapi driving terus ke KPJ.. hahaha.. otak tak terurus dah.. 

sampai KPJ dia suruh admit.. tapi tak boleh.. sebab semalam (read: Selasa) abah ada check up kat PPUM.. takde siapa nak bawak dia.. so, balik rumah rehat je.. ulang makan ubat.. malam sikit gagahkan diri mandi.. semalam gagahkan lah jugak bawak abah ke PPUM.. balik rumah terus terbongkang..

Hari ni pon ada lagi sesi cerry berry... but still kena kerja.. 
saya nerves kalau cuti lama-lama ni weh.. macam tinggi pulak jawatan kau kan.. hahahaha...

ni dah nak balik.. tak sabar nak jumpa tilam weh....



di lahirkan bersama eyebag..
bila tak cukup tidur lagi lah membengkak eyebag...
@__@


rasa nya ni 1st time kena keracunan makanan yang teruk..
sejak Isnin saya tak berani nak makan..
hahahaha..
kalau sebulan macam ni..
selim melim laaa...~~


14.8.15

Review Makan di Foodsbury

Masa hujung-hujung Ramadhan lepas, saya baru ada masa berbuka puasa dengan kawan saya yang seorang ni... memang rapat lah.. lepas tu puasa dia busy saya busy... we're try looking spare time to spend together.. dah dapat hari nya, cari lah kedai mana nak berbuka.. 

saya cadangkan pergi Foodsbury.. sebab dekat Shah Alam je..
so, tak payah pergi jauh-jauh..


masa sampai tu, tinggal 1 meja je available.. alhamdulillah.. kalau tak mahu menangis.. hahaha.. sebab on that day memang saya rasa penat sangat wehhhhh... =p

kiteorang order makanan 1 jam sebelum buka puasa.. and guess what? air je sampai dulu.. itu pun 1 air je.. suppose 3 air.. -puasa memang haus kan? 5 minit before buka puasa, baru spaghetti saya sampai.. carbonara spaghetti.. dia ada set.. air sirap selasih, spaghetti and creme brulee and fruits as dessert... kawan saya order lamb chop kalau tak silap.. pukul 8 baru dapat lamb chop.. memang spoiled mood dah.. air yang kawan saya order coffee latte kalau tak silap.. dia boleh hidangkan dalam bekas plastik air pasar malam tu.. harga air tu around RM8 if not mistaken.. tak berbaloi langsung!! 

spaghetti..

lepas dah makan semua, air saya order baru sampai.. creme brulee tu sampai dah habis makan pun tak sampai-sampai.. saya pergi tanya, dia tukar dengan pancake coklat.. tak sedap! fruits tu langsung tak dapat... 


ni set yang saya maksudkan..


I am not going there anymore... really frustrated with the service.. makanan dia rasa pun biasa-biasa je.. takde apa yang hebat pun...




menu




kek ni pun..
dia boleh lupa nak hantar???
lepas dah habis makan semua..
saya tengok balik resit..
eh.. kek dia tak hantar lagi...

dan takde mood pon nak makan..
buat rasa sesudu dua..
dah..
tinggal kan gitu..

dalam gambar memang gah.. but nothing special there..



13.8.15

Adik Kita Dah Kahwin.

Assalammualaikum...

Kejap je dah sampai ke hari khamis.. Kejap je dah habis Syawal.. kan? macam baru je sambut raya.. 

2 minggu lepas raya, family saya buat Majlis Perkahwinan adik saya yang ke-2.. dia dah nikah bulan 3 haritu.. yang ni kira reception kata ong puteh... hihihi;p husband dia orang KL je..

sebabkan ni 1st wedding event dalam family saya.. jadi memang ada huru-hara nya... starting dari awal puasa memang terasa huru-hara nya rumah kami.. dengan penat tak tertanggung rasa nya... ni pun tengah carik2 promo kat Groupon... nak snagat pergi spa.. 


ni gambar masa nikah...
dia nikah pukul 10 ke 11 macam tu...

lepas habis nikah, pengantin pergi tangkap gambar..
sampai lah nak dekat zohor..
abah nak pergi masjid, terus dia tukar baju melayu dia..
sebabnya dah berpeluh-peluh..
tu jadi gambar rare macam ni...
yang adik beradik lain pakai baju saya..
kemain masing-masing bukak almari baju saya, pilih baju macam kat kedai..
siap tudung sekali kau...

saya share gambar ni dengan bff..
ada yang komen : " semua ni bukan baju kau ke?"
muahahahaha... dia siap boleh perasan..

2hb August Majlis Persandingan..
takde lah bersanding apa pun.. renjis-renjis semua takde..
cuma berarak je.. meraikan pengantin kata orang..

Adik ipar saya jenis tegap dan tinggi.. jenuh dorang carik baju yang boleh muat untuk dia.. hahahaha.. siap alter besarkan seluar sehari sebelum majlis..


adik saya pun jenis rangka besar...
tapi berdiri sebelah husband dia..
bolehlah kiteorang cakap dia kurus..
kahkahkah:p




baju sedondon ni beli kat Plaza Alam Sentral..
masa tu nak carik baju raya..
jumpa yang macam ni, berkenan terus beli..
bila cerita kat makcik-makcik saya.. baju dorang lagi hebat..
bling bling bagai... ibu suruh saya cari baju lain..
tapi saya buat pekak je.. hahaha..
dah beli kan? pakai je lah... 
pasrah lah ibu..


flower crown ni order dari ig: jennkadir
memang dari awal dah terfikir nak pakai flower crown..
tapi bz gilerrrr... sampailah Aina whatsapp..
sebab dia order flower crown untuk dinner dia.. 
saya kirimkan order sekali.. bila dia tanya ada contoh design tak?
saya cakap je.. ikut suka kau design macam mana pun...
malas nak fikir dah.. 

the best part is..
orang tanya "mana anak akak yang lain?"
ibu boleh jawab dengan confident "yang pakai tanjak tu semua anak akak"

hahahahahahaha...
sakit perut saya gelak...


my family..


siblings

diam tak diam 5 bulan jugak saya ada adik ipar..
memang janggal.. sampai lah sekarang ni haa...

yang penting kakak ipar lagi muda dari adik ipar...

dulu saya berangan nanti kawin nak pakai baju purple kuning ni..
tapi adik saya dah pakai dulu..
jadi kita fikirkan lah kaler yang lain ye..

fikirkan tema.. calonnya mana weh?
**terdiam**


:)


12.8.15

#WW Mint Green with Purple


tiba-tiba terfikir this combination.

terus google..






cantik di mata saya...

:)

Seksi si Raja Buah..

Semalam dapat invitation ke Party Durian... party tu start at 6pm.. by 4pm hujan lebat gilerssss... siap guruh kilat complete... dalam hati dah runsing... macam tak dapat pergi je gaya nya ni...

alhamdulillah, by 5:40pm macam tu, hujan renyai-renyai... siap-siap, by 6pm gerak ke Bukit Kiara.. turun kereta je bau durian semerbak wehhhhh... teruja betul tengok durian melambak-lambak.. makan lah banyak mana kau nak.. jangan pitam sudah.. ada jugak manggis.. manggis dia memang best!!! terbaik sangat...

bawak balik 2 biji durian... rasa pening sangat dengan bau durian tu.. hahahaha.. padan muka.. 


memang sedap gila manggis ni...

:)






























yang di tunggu-tunggu......

...


seksi yawrrrr!!!




balik rumah badan panas dah...
cepat-cepat laa mandi..
minum air banyak-banyak...

alhamdulillah..

puas sudah...

kalau tak mulut asyik lah nak makan durian..

total saya makan semalam..

6 biji.. yeeee... 6 biji bukan ulas...

muehehehe:p



#WW Majlis perkahwinan pertama dalam keluarga






will blog more about it later. 

:)

10.8.15

kebetulan.

Kadang kala bila terlalu banyak sangat kebetulan...
kita rasa nak tampar diri sendiri...
ni mimpi ke apa ni?

seriously,
dari sabtu lagi macam-macam pulak kebetulan yang berlaku dalam hidup saya..
rasa macam mimpi..
hahahaha =)

a bit busy starting raya haritu..
rasanya nak pergi singgah Groupon cari promotion spa&massage..
nak mandi yang ada mandi susu ataupun mandi bunga...
bunga tu boleh mengembalikan aura kita tau..

dah-dah, jom g lunch..
lunch hour sudah..

:)

6.8.15

Budak 11 tahun lahirkan bayi songsang secara normal.

Kecoh semalam budak 11 tahun bersalin...
gila betul dunia sekarang..
11 tahun tu saya main lompat-lompat pagar sekolah lagi...
setakat admire senior je.. takde terfikir nak bercinta ke hape..
hadoiii lah budak-budak zaman sekarang....

yang paling terkejut dia bersalin normal, bayi tu songsang..
kalau kat hospital kena czer dah tu...
tu tanda nya, Allah tutup aib perempuan-perempuan yang mengandung cara macam ni..
harap-harap dia sedar lah...

mula-mula fikir budak tu kena rogol ke sumbang mahram ke..
sekali dia ada pakwe daa.. dan dia tahu dia mengandung...
zaman saya dulu, period di kalangan kawan-kawan sekolah darjah 6 lah..
kalau umur 11 tahun ni di anggap rare...
budak-budak sekarang cepat baligh yer..
belum lagi belajar Sains tingkatan 3, kau dah buat eksperimen dik..
Allah, kesian dia pun satu hal..
mak dengan nenek dia mesti lagi terkejut...
tak sangka anak dan cucu umur 11 tahun dah jadi mak budak..

zaman sekarang ni jangan lah mengata anak orang weh...
sebab masing-masing ada anak dan adik beradik perempuan..
doa-doa je tak jadi kat keluarga kita..
adik-adik saya yang sekolah menengah ada lagi 2 orang..
tu pun saya risau..
dari balik sekolah sampai waktu tidur asyik ber whatsapp & wechat lah..
sampai ibu saya cakap, korang bisnes juta-juta ke? hahahaha~~

kita ni hidup di akhir zaman...
banyak yang perlu di jaga-jaga sebab teknologi tanpa sempadan..
semuanya di hujung jari kan?

beringat-ingat lah sesama kita ye..


5.8.15

perempuan cair bila ada orang CARING dengan dia.

percayalah, semua orang mahukan perhatian..
terutama nya PEREMPUAN... 

tak kisahlah dah tua ke apa ke..
perempuan memang suka kan perhatian...
dari sekecik-kecik perkara hinga ke perkara yang lain..


dan dari perhatian akan berbunga rasa hati..

betul tak?

buat korang, kaum adam...

kalau sayangkan seseorang please take a good care of your sweetheart..



if you not chase, you will lose her!


ni biasa nya sifat perempuan..
kalau dah sayangkan seseorang..
dia akan sentiasa ada masa untuk kesayangan..
no matter how busy, she will always have time for you..
trust me!



truly appreciate it!

:)



Abah sakit

saya cuti emergency since Rabu lepas..
Abah sakit..
Ada batu kat saluran hempedu...
Hari Rabu tu saya bawak abah pergi KPJ buat scan..
Patut masuk ward terus.. sebab dia dah jaundice..
Tapi ahad lepas majlis kahwin adik saya..
Takkan dia nak masuk hospital kan?
lagi satu, orang tua ni memang payah kita nak memujuk ke hospital..
saya cuti sampai semalam je.. nak tak nak semalam saya bawa dia ke PPUM..

saya register around 3pm something...
pagi ni, pukul 9am baru abah dapat katil..
semalam takde sape temankan dia kat sana..
sebab nya adik-adik sekolah...
ramai orang sakit..
PPUM pon dah jadi macam HTAR.. katil full..


kalau mampu dah hantar pergi private hospital...

harap-harap cepat sembuh..

tak leh taip dah..
air mata meleleh-leleh..