KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016, mengikut keadaan ekonomi semasa berikutan kejatuhan harga minyak yang menganggu rancangan bajet diumumkan tiga bulan lalu, tengah hari ini.
Keputusan semakan semula Bajet 2016 itu dibuat berdasarkan unjuran harga minyak mentah yang jatuh mendadak mencecah kira-kira AS$30 setong berbanding AS$48 setong ketika pembentangan bajet oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2015.
Kerajaan memperuntukkan RM267.2 bilion dalam Bajet 2016, dengan perbelanjaan mengurus menyumbang RM215.2 bilion dan baki RM50 bilion dalam perbelanjaan pembangunan.
Ikuti perkembangan terkini pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Berikut adalah intipati tersebut:
12.50 pm: Pembangunan Fasiliti - 10 UTC di Labuan, Sg Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawan, Keningau, Seremban dan Kangar akan dibina.
12.50 pm: Projek utama MRT dan LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Center, RAPID Pengerang dan High Speed Rail diteruskan.
12.48 pm: Kerajaan akan terus melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)sebanyak 6 peratus.
12.47 pm: Kadar hutang negara akan terus berkurang dan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK. Kerajaan juga tidak akan kenakan kawalan modal tambatan ringgit.
12. 45 pm: Semak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus dan andaian purata harga minyak mentah Brent pula pada AS$ 30-35 setong. Kerajaan komited capai sasaran 3.1 peratus kepada KDNK.
12. 44 pm: PTPTN - Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak RM5 bilion akan terus disalurkan kepada mahasiswa.
Dan bagi memastikan pelaburan modal insan - Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA diteruskan.
12.44 pm: Pendidikan - Kerajaan setuju teruskan 4 program tajaan JPA bagi 2016 seperti berikut;
- Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemukakan seluruh dunia.
- Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.
- Program Lepasan Bursary bagi 744 pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di universiti awam dan IPTS dalam negara.
- Pengambilan baharu seramai 8,000 pelajar akan diberikan biasiswa untuk ikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama dalam negara.
12.42 pm: Kakitangan Awam - Tidak berhentikan penjawat awam termasuk pelantikan secara kontrak. Kenaikan Gaji Tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016.
12.40 pm: BR1M - Program BR1M dan kebajikan akan terus dilaksanakan.
12.40 pm: Sektor Pelancongan - Pelancong dari China tidak perlu visa untuk memasuki Malaysia bermula 1 Mac hingga 31 Dis 2016, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tidak lebih 15 hari.
12.30 pm: Najib umumkan 11 penstrukturan dan pengubahsuaian yang dianggarkan menjimatkan sehingga RM9 bilion perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Langkah tersebut adalah;
i. Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 - Dis 2017. Namun, caruman majikan kekal.
ii. Kerajaan akan beri perlepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,00 sebulan dan kebawah untuk tahun taksiran 2015.
iii. Bagi mengurangkan kos keperluan harian, kerajaan antaranya akan: liberalisasikan AP bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah dan daging. FAMA akan buka pasar belian terus hasil pertanian MyFarm Outlet yang menjual barangan makanan pada harga jualan 5 - 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran.
Untuk membela pesawah - sediakan tambahan tunai RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih. Program MyBeras turut diperkenalkan.
iv. Berkuatkuasa serta merta, semua penjualan rumah berharga hingga RM300 ribu terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.Sementara, bagi projek Perumahan Rakyat berharga RM35 ribu, kerajaan menerusi BSN dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4 peratus yang memberi manfaat kepada lebih 10 ribu pemilik rumah
v. Sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang diberhentikan.
vi. Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai.
vii. Kerajaan perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada dua kategori - tidak termasuk pembantu rumah asing. Kerajaan laksana program Pengajian dan Penempatan Semula PATI- beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.
viii. Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutama bekalan dan perkhidmatan menerusi usaha merasionalisasikan pemberian geran.
ix. Perbelanjaan pembangunan akan memfokuskan kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.
x. Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik kerajaan akan tambah dana RM6 bilion dalam sediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan.
xii. Pihak GLC disaran laksana inisiatif bagi mengurankan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja akan dipantau oleh EPU.
12.24 pm: Bagi 2016, ekonomi global dijangka lebih mencabar. Pertumbuhan ekonomi global akan lebih perlahan dan perdagangan dunia juga dijangka menyusut.
Agensi penarafan antarabangsa seperti Moody's, Standard dan Poor's dan Fitch terus yakin asas ekonomi dan kedudukan kewangan negara.
12.22 pm: Harga minyak turun hingga Bajet 2015 perlu diubahsuai. Hasil negara daripada sumber berasakan minyak jatuh hampir RM14 bilion.
Kesemua langkah yg diambil berjaya mengurangkan kesan akibat daripada kejatuhan harga minyak dan ketidaktentuan ekonomi global
12.20 pm: Pada 2015, Malaysia diuji dengan pelbagai cabaran diluar kawalan negara. Harga minyak jatuh daripada AS$100 kepada AS$48 setong.
Malah, kemiskinan tegar hampir disifarkan, 1.8 juta peluang pekerjaan berjaya diwujudkan serta memperkenalkan inisiatif dan program rakyat 1Malaysia.
12.15 pm: Negara menghadapi kegawatan ekonomi pada 2008-2009 akibat subprime kiris di Amerika Syarikat dan kenaikan mendadak harga minyak dunia hingga mencecah AS$130 setong, kata Najib.
12.10 pm: Najib berkata, langkah pengumuman Bajet 2016 adalah rumusan setelah mengambil kira pendapat dan pandangan menyeluruh melalui sesi perundingan dengan pelbagai pihak.
Pada 1997-98, negara telah mengalami kegawatan ekonomi hinggakan pertumbuhan KDNK direkodkan pada -7.4 peratus.
12.00 pm: Datuk Seri Najib memulakan ucapan bagi membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016. Menurut Najib, semakan bajet 2016 adalah mengambil kira dua aspek penting iaitu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan kedua; untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Bertabahlah bagi kita-kita rakyat marhaen ni yer...