3.9.19

3 September 2019. Happy Anniversary.

Assalammualaikum.

Lama tak menulis di sini. Berhabuk gila. ramai pun blogger otai dah tak menulis. kan? apatah lagi aku blogger picisan.. 

Today, 3rd September tarikh ulang tahun anniversary perkahwinan yang ke 3. 
Masih muda. Masih setahun jagung. dan aku masih belum pun kenal suami aku sepenuhnya. 
This is reality. 

Aku berkawan 4 tahun dengan dia sebelum berkahwin. tapi kami tak couple and we not closer towards each other. Banyak bercerita bersama tapi masih ada rahsia antara kami. 
Sepanjang perjalanan ke angka 3 tahun. Tak banyak perbalahan kami lalui, ada je gaduh gaduh manja, gaduh gaduh kasar. tipu sangat kata takde. 

Masa kami berdua singkat, hanya 9 bulan. kemudian Amani lahir. Aku anak sulung, yang dah biasa uruskan budak kecik. Dia anak bongsu. Dia banyak sangat dengar cakap cakap orang. Jadi aku,  cakap kat dia. Anak kita, kita uruskan cara kita. Zaman sekarang senang, ada FB, ada google dan jugak banyak forum kan? 

Aku dan dia sama je, kurang sabar dan cepat marah. Tapi sejak berkahwin ni, aku dah slow down kan kemarahan aku. For sake of my marriage. tapi ada masa aku hambuskan je apa yang terpendam. simpan dalam hati tak guna, sebab orang tak tahu apa yang menyebabkan kau marah. kan?

Terima kasih Allah atas perjalanan perkahwinan kami. dan Terima kasih kerana memberi kami Syazwina Amani. 

19.7.18

Lepas raya?

Assalammualaikum.

Lama tak menulis. Tak tahu pulak nak bermula dari mana. 

Lepas raya haritu aku mula kerja di tempat baru. Kerja dalam industri manifacturing. Kilang bak kata ong melayu. Sebab aku ni jatuh dalam bidang Admin jadi sampai masa nanti tak boleh nak pergi jauh. Kadang rasa menyesal dulu dulu masa freshie tak nak pergi apply ke bidang HR. Tapi ni lah namanya takdir Ilahi ye. 

Takat sebulan kerja ni, masih tak dapat nak tangkap flow kerja. InsyaAllah soon akan dapat tangkap procedure dan work flow.

Sebenarnya bila dah jadi mak ni. Rasa nak duduk rumah tu kuat kan? Tapi masihnada komitmen yang kena dijelaskan tiap tiap bulan. Maka, kita bekerja lah sekuatnya.

So, lepas raya ni ramai tak macam aku? Berat bertambah. Sampai ada yang tanya pregnant lagi ke? Awwwww.... Malu kita wak.. Lelemak je yang kita kandung ni. 😂

Sekarang tengah cuba mendiet. Tapi tak lah strict sangat. Hati kita tak kental. Hihihi~~

31.5.18

Persiapan raya.

Assalammualaikum.

Lama tak menulis di sini. entah masih ada pembaca atau tidak. tapi tak kisah. sebab menulis tu suatu kepuasan. Tahun 2018 paling malas menulis di sini. sebab suka membaca je...

Hari ni dah masuk 15 Ramadhan. persiapan raya korang macam mana? Last year raya dalam pantang  kali ni raya anak dah pandai berlari. So, excited lebih. 

Baju jalan raya untuk Amani beli masa PADINI sales akhir bulan 4 hari tu. Senang settle kat situ je. Cuti Wesak hari tu, pergi GM Klang, ingat dah keluar awal. Rupanya ada lagi awal. hadoiiii laa... mencari parking macam cari emas..

Masa sampai GM lepas cari parking dah pukul 11 pagi.. dengan tak bawak stroller nya, aku dah risau.. risau sebab nap time Amani 11 lebih ke 12 lebih.. Setengah pertama dia okay, lepas tu dah lain macam. Husband pulak, dia bukan boleh bertenang kalau anak dah meragam. Kalau aku, buat tak tahu je. hahahahah~~~ buat pekak. 

Baju raya aku tahun ni tempah, sebab nak sedondon. Husband beli je. Sebab baju melayu senang cari. kaler tema tahun ni pun yang senang je. insyaAllah senang lah jumpa nanti. Kakak tailor kata, boleh collect 3hb ni. lepas tu boleh dah cari baju melayu. 

Amani pakai kebaya tau tahun ni. tak sabar nak tengok. Tapi lengan aku suruh MIL potong, buat senteng je lengan nya. takpe lah, baju budak. lagi lagi anak aku jenis kuat peluh. 

so, korang dah start baking kuih raya ke?


24.1.18

Rutin harian baik kerja

Aktiviti paling rindu nak buat. balik kerja tengok tv. 

Sekarang ni balik kerja laju laju, sampai rumah letak Amani terus sinsing lengan kat dapur. 
kita berperang di dapur. 
sebelum ni aku buat frozen food kan? tapi sekarang masak 2 3 hari sekali. sebab capacity tak mencukupi nak simpan lauk pauk.

Selalu macam ni, sejenis ikan dapat 2 atau 3 jenis masakan. sebab kat rumah setakat 3 orang je makan. kadang tu mak mertua dengan suami je makan. sebab aku malas nak makan malam. 

macam semalam ikan kembung tu ada 7 ekor kot. pulak tu besar besar, jadi nya, 2 ekor aku masak asam rebus, 3 ekor masak kicap, 2 ekor lagi buat masak taucu. haaaa~~ kau, terus settle3 hari punya menu.

Sambil masak lauk pauk, sambil masak air panas untuk termos Amani. kadang sambil masak makanan Amani, Macam saya alhamdulillah suami jenis ringan tulang. jadi, mana yang saya tak sempat kemas dan basuh, dia yang buat.

Lepas maghrib baru  mandi. Pukul 9 malam saya tutup lampu nak tidur kan Amani. 

Rutin balik kerja memang packed. tu yang buat rindu aktiviti zaman sebelum kahwin. 

2.1.18

1st post 2018

Assalammualaikum.

Happy New Year

Selamat Tahun Baru

Tahun ni saya list down all my 2018 resolution. Masukkan sekali dengan azam. Selepas 28 tahun hidup saya belajar satu benda. We need to write down all what we want to do. Lagi pun, saya ni pelupa.

As normal, aim to get slim is top priority. Tapi achieve nya tak jugak kan? Well, for this year kita usaha lebih sikit. Jangan malas2 yaaaaa~~~

Untuk 2018 ni, terfikir nak buat perniagaan kecil. Harap-harap menjadi. Masih lagi dalam peringkat perancangan. Banyak ilmu lagi nak kena gali.

Moga yang baik-baik je berlaku untuk tahun 2018 ni. Amin.

:)

21.12.17

amanifoodjournal 1

Macam yang saya post dalam kat sini Excited Anak Boleh Makan . Jadi 1hb saya start bagi Amani makan. 1st meal dia Avocado. Seminggu sebelum makan, hari-hari saya ingatkan suami pergi beli Avocado. Padahal bila di suap ke mulut Amani. Dia tak suka. Tak tahu lah dia tak suka sebab dia baru 1st time merasa makan atau memang dia tak suka rasa avocado tu. 

2 hari saya bagi dia makan Avocado. 


tips beli Avocado cari yang bewarna sedikit coklat.
Bila tekan dia lembut je.


2 hari saya bagi dia makan Avocado
saya blender dengan susu FM
dalam 3 4 sudu je dia makan
tapi bukan semua pun ke dalam mulut dia, di luahkan je.
saya rasa yang betul-betul masuk mulut dia dalam sesudu je.


Saya tak guna 4 days rules macam yang kita selalu baca kat FB atau kat Internet. Kalau google mesti korang jumpa orang Barat sarankan 4 days rules untuk tahu any reaction pada anak kita. Saya bagi 2 hari maksima 3 hari. 

Lepas bagi Avocado ni saya bagi bubur nasi beras perang. Pun saya campur dengan susu FM dia. Lepas 2 hari makan bubur nasi baru nampak dia boleh menerima makanan. tapi masih tak banyak jugak. Yang saya perasan Amani tak suka puree cair sangat. Dia suka yang pekat.

Jadi saya buat puree beras perang sedikit pekat. 3 minggu pertama dia makan sehari sekali je. Tu pon ada yang skip bagi makan. hahahahahaha~~

Last weekend bagi Kentang. Siap beli russet potato. Amani suka pulak makan. Banyak sangat dia makan. Sekali dia sembelit..... hahahahahah~~ jadi stop 2 hari bagi dia makan.. bagi perut dia sihat dulu. Kesian tengok dia sembelit. 


yang ni puree butternut squash.
saya letak Pure Extra Olive Oil


30.11.17

Hidup sebagai isteri bekerja

Aku bukan lah tergolong dalam isteri mithali. Isteri yang jenis buat semua untuk suami. Macam baju kerja suami, aku upah adik untuk iron kan. 2 minggu sekali dia iron kan. Baju kerja aku pun dia iron kan jugak. Sebelum kahwin pun dia yang iron kan. 

Bak kata Kak Diana tak payah pening pening kepala dalam hal kerja rumah. Tak payah nak tunjuk sangat kita ni isteri mithali isteri yang terbaik.

Cara kita jaga rumahtangga blum tentu diterima orang lain begitu juga sebaliknya. Dulu masa aku sarat mengandung memang suami lah yang siang ikan dia lah yang basuh pinggan mangkuk dan jugak lap dapur. Alhamdulillah dapat dia yang jenis ringan tulang. kot kalau sebaliknya hari hari huru hara kat dapur dengar bebelan aku. hahahahah~~

Macam pasal iron baju tu kan, sebelum kahwin memang husband iron sendiri. Tapi macam tak tergamak pulak nak tengok kan? hahahaha... jadi aku bagi je adik upah untuk iron kan baju kami suami isteri. Upah iron tu dari poket sendiri. Takde mintak suami. sebab dia dah sediakan iron kat rumah, siap dapat hadiah kahwin iron steamer tu lagi. Tapi dah nama dasar pemalas, kenalah keluarkan duit ye. 

Kalau makanan pulak, bila datang penyakit malas nak masak atau teringin nak makan benda yang takde dalam fridge. Tekak mengada ngada kan. Katalah nak makan daging tapi daging takde dalam fridge. Aku pergi je beli. Tak payah nak mintak suami belikan. Sebab suami dah penuhkan stock dalam fridge tapi tekak kau yang mengada kan nak makan benda lain. Kalau malas masak sila beli apa-apa ye untuk suami dan mak mertua. kadang cakap jugak kat suami, "saya malas masak tau!". Kalau dia kat luar dia pergi lah tapau apa-apa. 

Jadinya, mana yang boleh dipejam mata atau di permudahkan. Kita buatlah. Lagi pun sama-sama kerja sama sama penat. 

Esok cuti, jadi aku dah fikir nak kemas rumah tang mana, suami kena buat apa. hihihi~~

29.11.17

Pagi yang bertenaga buat saya!

Sejak bulan lepas saya bangun pukul 5 pagi. sebab bersahur. saya ada 29 hari untuk digantikan. Alhamdulillah tinggal lagi 18 hari lagi. Saya puasa 4 hari seminggu. Isnin hingga Khamis.

Sejak dah selalu bangun awal ni, mata pun automatik je terbuka bila pukul 5 pagi. Saya anggap ni latihan untuk saya, sebab Amani akan start makan soon. Jadi pagi-pagi akan jadi rutin saya masak makanan dia. Menang kena bangun awal lah cite nya kan?

Minggu ni tak puasa sebab batuk tak sembuh sembuh lagi. Dah 3 4 hari rasanya. Pagi ni sempat goreng keledek untuk breakfast. Setiap hari memang saya buat breakfast untuk husband. Dia request nak breakfast yang ringan je. Kalau saya apa pun boleh makan time breakfast.

Terkenang kenang menu sambal telur pecah. Lama tak masak menu tu. Terus pagi tadi tumis sambal. Hihihihi~~ saya memang macam ni. tapi tengok keadaan lah. Kalau banyak sangat kena buat untuk sesuatu menu tu, postponed lah weh. Tak koser lah kan subuh subuh nak buat banyak kerja. hahahaha~

So pagi breakfast saya nasi putih dan sambal telur. Telur kunig tu half cook.! phewwww



Pagi ni saya light make up tapi teringin nak guna bold lipmatte. hahahaha~~ 



24.11.17

Pengasuh Amani

Amani aku masuk kerja memang duduk rumah pengasuh. mula tu nak hantar taska, tapi papa dia tak setuju. katanya kalau ada apa-apa jadi Amani bukan boleh cakap untuk mengadu. biasalah anak baru seorang. So, over thinking tu perkara biasa.

Masa akhir-akhir trimester ramai pengasuh area berdekatan dengan rumah. Tapi bila dah nak habis pantang semua dah ada baby asuhan. Kelam kabut jugak cari. Last kawan ofis bagi contact number. 

Rumah kakak ni dekat dengan ofis aku. Aku try hantar seminggu sebelum masuk kerja. Alhamdulillah, kakak ni okay jaga Amani. Well, Amani kan colic baby. Bukan semua orang dapat handle. Orang tanya percaya je lah kau orang jaga anak kau kecik kecik macam ni. Well, kakak ni isteri polis, duduk pun dalam kuarters polis. Mustahil sangat dia nak buat benda bukan bukan kat anak aku. hihihihi~~

Lepas sebulan dia jaga, anak kakak ni masuk hospital. Lama jugak dalam seminggu lebih. Masa ni adik aku jaga Amani. Cari punya cari jumpa pengasuh duduk dekat dengan rumah. Alhamdulillah. Rumah teres pulak tu. Pengasuh sebelum ni rumah flat. Jenuh mendaki tangga pagi-pagi hantar Amani. 

Pengasuh kedua ni muda lagi. Baya-baya aku je. Anak dia baru sorang umur setahun lebih. Anak dia tak nak susu botol. Tu dia duduk rumah. Buat online business jugak. Dia jaga Amani pun elok je. Bila amik Amani bau wangi, pampers pun tak penuh. 

Pengasuh kedua ni aku jumpa kat FB. aku join group pengasuh kl / selangor. Meh nak bagi tips macam mana nak ada kepercayaan pada pengasuh.

  1. Bila dah jumpa yang berkenan, korang kena jumpa untuk discuss selanjutnya.
  2. Sila jumpa di rumah pengasuh ye. Kalau dia memang dah jaga anak orang, jumpa waktu dia mengasuh. Kira-kira pukul 5 petang ke. Boleh tengok kan keadaan rumah sesuai ke tak? Atau berapa total anak yang dia mengasuh. 
  3. Masa jumpa sila discuss harga upah, pukul berapa hantar pukul berapa amik anak. Anak minum susu macam mana. Cerita details. Pasal harga OT, cuti. Semua-semua lah. Dari situ kena dapat sepakat. 
  4. Hantar seminggu sebelum mula bekerja. Hari pertama aku amik anak after lunch hour. Hari kedua sampai petang. Hari ketiga aku amik mengejut. So, boleh tahu dia jaga anak kita macam mana. 
  5. Last sekali ikut naluri hati korang. Ibu ni ada special naluri yang Allah anugerahkan. Boleh rasa pengasuh ni okay ke tak. Pleaseeeee follow your heart ye! tapi jangan over sangat. 

Kadang kadang ada rezeki lebih aku belikan dia makanan. Upah dia ambil pun murah. Jadi, tak salah berlebih dengan pengasuh. Yelah, seharian Amani kat rumah dia. Kami suami isteri pun tahu perangai Amani macam mana. Bersyukur sangat. 

Harap jodoh dengan pengasuh ni berpanjangan lah sampai Amani masuk pre-sekolah. :)


23.11.17

Suami adalah kawan paling baik.

Tiba tiba rasa nak story pasal rumah tangga pulak kat sini. which is I think I never write before this.

Suami dengan aku lebih kurang je karakter kami. kalau jalan kat luar, jarang lah nak berpegang tangan. jenis kami nak bermesra mesra bukan di hadapan umum. Sebab suami jenis malu kot? hahahaha.. kalau aku lantak kan janji bukan buat adegan over. 

Sebelum kahwin kami tak pernah declare pun. Just kawan baik lepas tu terus ajak kahwin. Jadi, perangai dia tak berapa nak aku fahamlah. Alah, kata orang bercinta 10 tahun pun tak akan tahu perangai sebenar. kan? Lepas dah setahun lebih berkahwin ni, aku makin kenal dia. Apa dia suka apa dia tak suka, insyaAllah tahu lah. 

selepas berkahwin, balik kerja adalah waktu paling tunggu. kalau boleh nak terbang terus sampai rumah. sebab nak jumpa suami. hahahahaha~~ seriously, perasaan nak jumpa suami selepas seharian bekerja adalah sangat sangat teruja. aku tak pernah bagitahu dia pasal yang ni. kami sama sama pesen banyak bercakap. banyak berbual. kecuali kalau marah. diam seribu bahasa lah jadi nya. 

kalau sekarang balik kerja nak cepat sebab nak jumpa dengan anak. :)

alhamdulillah, dia jenis yang ringan tulang. 

Masa aku sarat mengandung, aku masih lagi masak setiap malam. Tapi aku akan mintak dia siangkan ikan atau ayam dan tolong cuci semua perkakas. kira dia akan kosongkan sinki. selama ni tak pernah lah dengar dia merungut. 

Kalau sekarang suruh tolong tengok anak pon alhamdulillah dia membantu. Dia ada cerita kawan ofis dia cakap, saya bertuah sebab dia tolong malam sama-sama jaga anak, buatkan susu. Kalau suami kawan nya tak bangun pun malam. Saya terus jawap, buat anak sama-sama jaga anak kenalah sama-sama. alah, bukan tak pernah tengok depan mata. Isteri tunggang terbalik jaga anak. Suami dia buat tak nampak je. Kalau nampak pun di tengok kan je. Kalau saya jadi isteri orang macam tu memang puting beliung lah selalu rumahtangga kami. :p

Rahul dalam Kuch Kuch Hota Hai ada cakap. Cinta itu adalah persahabatan. My husband is my bestfriend. 

Semoga jodoh kami dipanjangkan sehingga ke syurga. Amin =)

22.11.17

Excited anak boleh makan

Hai! Lama tak menaip di sini. banyak kali jugak taip taip taip. lepas tu ada kerja, lupa dah nak taip apa.! 😴

Tadi pergi cucuk Amani 5 bulan. Actually, dah lambat. aku saja delay kan. I have my own reason.

Nurse remind boleh bagi makan next month. Awal bulan dah boleh bagi makan. Baby di Malaysia boleh makan umur 6 bulan. Tapi ku tahu ramai jugak yang bagi anak makan umur 3 4 bulan. Cleaner ofis aku sendiri cerita sepupu dia bagi anak dia makan seawal umur 30 hari. sedih aku dengar. 😢 siap cakap kat aku, jangan lah bagitahu misi kita bagi anak kita makan. apa pun, mak mak tahu lah kan apa yang terbaik untu anak masing-masing.

Aku dan husband dah decide, 1 hb nak bagi Amani makan. Aku terus Google dan baca buku yang KK bagi. Ikutkan boleh je bagi makan bubur nasi terus. Tapi ikut dari pembacaan dalam Google dan pengalaman orang, intro puree dulu. So, we decide nak bagi makan Avocado as her 1st meal. Nak bagi anak makan ni excited lain macam. 😄

Aku siap buat timetable lagi tau. Nanti aku tunjuk kat sini. 

Yang memeningkan kepala, macam mana cara nak memudahkan BS bagi Amani makan. kita kena permudahkan kerja BS sebab dia dah tolong jaga anak kita. Lagi lagi Amani tu, kekadang perangai boleh tahan jugak. 

So, moh kita google lagi. hihihi~~ 

30.10.17

Masih lagi batuk selsema.

Assalammualaikum...

Kejap je dah nak habis October. Makin lama kemain malas pulak nak menaip di sini. Tapi sayang kat sini.. :p nanti lah sampai masa kita upah orang suh edit background. Sekarang ni masa yang ada tak cukup. 

Amani masih lagi batuk dan selsema. Tapi dah okay sikit. Cuma tang kahak je bengang aku dengar. Abah suruh pergi klinik sedut kahak dia. Aku tunggu sabtu ni. Kalau masih lagi berbunyi bunyi memang momy bawak awak ke klinik tan tu ye Amani. 

Hari Khamis lepas saya cuba buat steam bawang putih dekat dia. Tak lama pun. Kesian sangat tengok muka dia. Merah padam. Yelah, air panas kan? tapi memang cepat lah nampak hingus tu meleleh je. Terus sembur Sterimar lepas tu sedut. Buat 2 kali last sekali saya bagi Nasal Soline. Lega sikit nampak dia. Terus senyum senyum simpul.

Masuk hari ni dah 4 hari aku berpuasa ganti. 29 hari weyyyy kena ganti. so, tolak 4 hari rasa tenang lah jugak. hihihihi~~~ bukan apa, tahun depan akhir bulan 5 kalau tak silap dah start puasa Ramadhan. Jadi kenalah cepat cepat mengganti. 

Jumpa lagi!

24.10.17

Bila baby demam batuk dan selsema.

Hari ni hari kedua Amani demam dan batuk. batuk dia batuk berkahak.
Hari ketiga selsema.
Kesian sangat.
yang bagus nya waktu malam, walaupun batuk kuat macam mana pun. dia nangis kejap lepas tu sambung tidur. tak banyak kerenah.

tapi bila dia batuk tu.
merah padam sangat muka dia.
memang menghiris hati momy dia ni.

saya dah try mandi lemon.
tak kurang.
sapu dengan minyak bawang putih.
pun tak kurang.

semalam waktu subuh badan dia panas.
saya bawak dia pergi KK.
doktor bagi ubat demam je.
ubat batuk dan selsema tak bagi.
memang bawah 2 years takde ubat pon.

saya pernah baca. doktor boleh bagi ubat kalau teruk.
tapi dos amatlah sikit.
macam Amani dapat ubat demam.
3 kali sehari, 4ml je.

tu pon dia pandai dah, nampak kita pegang picagari tu kepala pusing-pusing kiri kanan.
protes lah tu agaknya.
bila bagi melalak sambil dia buat bunyi macam nak muntah tu.
tapi tak muntah pun.
lebih elok muntah sebenarnya. keluar terus kahak tu kan?

harap harap tak lama lah Amani tak sihat ni.
risau betul.

12.10.17

Anda anti vaksin?

Semalam bawak Amani pergi cucuk vaksin.
Sepatut cucuk masa umur 3 bulan, tapi masa umur dia 3 bulan dia demam. Jadi aku saje je delay ke 4 bulan memandangkan umur 4 bulan takde vaksin.

bila sebut pasal vaksin ni takut. sebab sekarang ramai yang tak amik vaksin untuk anak mereka. Bab ni tak nak sentuh lah ye. masing-masing ada sebab dan pilihan terbaik untuk anak masing-masing. dah jadi mak bapak ni kena banyak membaca dan menggali ilmu. jangan jadi pengikut. orang buat macam tu kita pun buat. macam lembu di cucuk hidung kan.



lama tak letak pic dalam blog.
:)

Amani kena cucuk tak nangis pun. Dia diam je. Kita sebagai parents kena observe anak selepas kena cucuk. Ada ruam ke demam ke. Kita kena perhatikan betul-betul. Takut kena kesan AEFI. nak tahu apa tu AEFI klik sini Garis Panduan Keselamatan Vaksin Malaysia sila baca dan hadam kesan-kesan selepas suntikan vaksin. sebab tu ada yang tak vaksin anak dia. dan vaksin sebenarnya adalah 1 pilihan. kita boleh pilih nak atau tak. 

Anak harta dunia akhirat. kita kena bijak untuk memilih yang terbaik untuk anak.

:)

9.10.17

#sindrommakmak bermula dalam diri ini.

#sindrommakmak bermula dalam diri saya.

sejak ada anak ni, walaupun Amani baru nak masuk 4 bulan esok, tapi saya dah fikir panjang pasal hidup dia. hahahahaha~~

angan-angan;

4 years nak hantar pergi kelas KUMON, kelas mengaji. 
5 years nak hantar pergi pre-school yang belajar bahasa Mandarin. sebab saya nak dia sekolah Mandarin. 

planning nya bila anak start masuk sekolah rendah saya berhenti kerja. focus pada anak.
itu plan, resultnya kita tunggu akan datang. 

dari kecil nak develop minat dia ke arah pembelajaran.
dunia pembelajaran sekarang makin menyeramkan.
serius! aku serammmmmm sangat tengok paper exam budak-budak sekarang...

jujurnya dik, memang ahkak tak tahu jawapan atau cara kerja nak dapatkan jawapan kat paper exam tu.. hahahahahaha~~~

aku rasa sampai masanya nanti, anak nak exam, mak pak yang kena masuk tuition. 

A tak menjanjikan hidup senang lenang sepanjang hayat. 
F pon tak menjanjikan hidup susah papa kedana.

yang penting usaha dan tawakal.
Doa jangan dilupakan. 

Makcik aku dulu pernah pesan, 

nak doakan jodoh anak, rezeki kerja bagus, kehidupan elok kena doa dari dia dalam kandungan lagi.

sama-sama lah kita amalkan ye..

:)

2.10.17

Perut Dan Aku.

Lepas bersalin, perut saya masih lagi menggelebar menggelebeh.
macam pakai pouch bag wehhhhhh.
Amani dah nak masuk 4 bulan, momy tak slim slim lagi.


Ni dah start minum ais lagi lahhh.. jenuh haku nak double work mengurangkan berat badan..
actually, boleh je start dah misi diet ni, lagi lagi saya ada 29 hari nak ganti puasa.


tapi tu lah, menu ke apa ke, tak plan lagi.
cuma skip makan malam je. 
tu pun ada jugak culas nya. 
tang exercise pon susah sikit. ingat nak join zumba once a week ke.
tapi Amani siapa nak tengok kan? 
tunggu husband boleh handle Amani 100% baru saya fikirkan yang ni.

sekarang tindakan drastik yang boleh dibuat,
pakai bekung macam dalam pantang.
sapu kapur makan yang dah diperah limau nipis ke perut.
balut perut, lepas tu pakai bekung.

minggu depan kita try eh.
sebab bekung kat rumah ibu.
kena amik tu dulu.

nak buat plank jugak lah.
10 seconds je.. boleh menangis agaknya nanti.
kalau sesiapa rasa saat ni sekejap je berlalu, cuba lah korang buat plank.
;p


perempuan dan kecantikan tak dapat di pisah kan..
am I right?

26.9.17

siapa lebih sabar melayan kerenah anak?

Benda macam ni subjektif. Kena tengok balik diri masing-masing lah kan?

Antara saya dengan suami, saya lebih sabar melayan kerenah anak dari suami. Lebih lebih lagi waktu malam. Biasalah baby lagi kan. Macam anak saya Alhamdulillah, dia tidur malam start umur 50 hari kot? Tapi of course ada bangun malam mintak susu. Jadi saya buat rules suami isteri, selang sehari jaga dia.. kira malam ni saya jaga anak, malam esok suami..

Selalu dia bangun setiap 2 jam atau 3 jam sekali.. tapi datang angin dia, sejam sekali pon ada. So, macam malam tadi, setiap sejam dia bangun nak susu. Sampai pukul 4 pagi lepas tu nangis sikit2 sambil potpetpotpet… saya tersedar bila suami saya cakap tidur lah, nak apa lagi? Hahahahaha.. member tension lah tu kan?

Saya terus amik alih… suruh suami tidur time tu anak saya dah menangis kuat sikit.. bila saya gosok-gosok kepala dia tanya kenapa, bukan faham bahasa baby pon… tapi nak calm kan dia.. dalam 10 min macam tu tak dapat reda kan tangis dia, baru saya angkat dia dukung kejap.. dah berhenti nangis letak dia sebelah papa dia… time ni tak tidur lagi… masih mengomel.. tapi saya agak dia panas, sebab dapat rasa badan dia berpeluh… bagi dia susu, usap usap kepala dia.. tidur balik.. tu pon tak lena.. ada je terjaga kejap kejap.. kita ni baru nak lelap mata.. alarm dah bunyi…


Suami saya ada sabar nya, tapi bila kena mengena dengan waktu tidur tu, sabar nya cepat hilang.. hikhikhik.. kita kena lah tolerate kan? 

kami suami isteri tak sabar nak tunggu anak umur 6 bulan.. sebab orang cakap bila anak dah boleh makan jarang jarang bangun mintak susu... hehehehe~~~

19.9.17

Apa yang kita takutkan.................

Saya ada terbaca ayat ni..


"Apa yang kita takutkan itu lah yang akan Allah uji. Sebab dia uji kita di titik kita paling lemah."
Sebab tu ada ustaz / ustazah cakap, kita jaga hubungan dengan Allah, maka DIA akan settle kan urusan kita yang lain.

jadi nya.. ayat ni suruh kita kembali bergantung harap pada Allah.. 

just do HIS Order and everything will be fine.


belajar terima dengan hati yang terbuka dan redha selalu atas apa yang berlaku.
moga hati kita tenang dan keajaiban akan muncul untuk hidup kita.



18.9.17

1st time anak demam,

Assalammualaikum..

2 minggu lepas baby Amani demam, selsema dan batuk. 
kira demam masa genap usia 3 bulan.
kata orang beralih bulan.

1st pengalaman tengok baby macam tu.
kalut jugak mulanya, sebab kesian sangat kat dia.
Amani cranky nak berpeluk je. fuhhhh... memang lenguh semacam lah..

bawak pergi Klinik Kesihatan..
doktor ada bagi ubat, tapi dengan dos yang sikit sebab mengikut berat badan dia.
dan sehari 3 kali je, tak boleh lebih.

Amani baru tengok syringe tu dah geleng geleng.
hahahahaha~~ pandai pulak tolak ubat.
hari ke 3 demam dah kebah, tapi batuk sesekali masih ada sampai lah ke hari ni.

selsema pun malam je.
pakaikan selimut dia tendang tendang kaki sendiri, bila bukak selimut baru diam.
haishhhhh.... lepas tu kang menangis sebab hidung tersumbat..

masa Amani demam saya mandikan dia dengan lemon suam.
dalam 4 kali mandi.
lepas tu sebelum tidur lap lap badan dengan air sejuk.
kalau malam rasa kepala dia panas, saya tuam dengan air.

kadang terasa jugak dalam hati bila orang cakap anak tak minum susu ibu ni antibodi lemah.
entah lah, menjeruk rasa hati.
doa momy moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Syazwina Amani.

:)

30.8.17

Pengalaman Berpantang

Hari ni hari ke 80 hari selepas melahirkan.

Saya masih pantang benda-benda sejuk.
bengkung dah tak pakai. tapi corset saya pakai.
perut menggeleber lagi. bila entah nak firm.

pengalaman pantang saya miserable.  
bermula lepas balik ke rumah pada hari ke 6.
mungkin kerana perubahan tempat dan cuaca, anak saya meragam. 
dia asyik menangis dan mahu di dukung. dukung pulak kena berdiri atau berjalan.
kalau duduk dia menangis. hai laaa anak, baru usia 6 hari dah tahu keadaan duduk dan berdiri. 😧

saya pantang di rumah ibu saya pada awal nya. dalam 30 hari berpantang macam tu.
ibu masih bekerja dan tak dapat cuti sebab masa saya bersalin lagi 2 minggu je nak raya kan.
jadi cuti dibekukan. ibu pulak kerja shift malam masa tu. 
asal malam je anak saya melalak macam kena pukul. apa pon buat tak dapat nak tenangkan dia.
masa tu saya tertekan sangat. suami pun stress. 😭

urutan badan ibu yang urut. sebab ibu memang tukang urut.
untuk bertungku pulak, kadang culas. culas sebab anak dah menangis.
masa ni adik beradik takut nak pegang Amani. sebab jenis menangis tak berhenti.

berlanjutan sampai ke 3 minggu. siang pun dia jenis tidur 5 ke 10 minit je 😩. bukan macam baby lain yang tidur berjam jam lama nya. jadi masa saya stress tu susu badan terus drop. dan keadaan masa tu tak mengizin kan saya untuk pump susu. 

makan pun tak tentu hala jadi nya. sebab saya jenis makan pedas. bayangkan sebiji cili pun tak dapat makan? paling banyak makan setengah pinggan nasi. selalu 4 5 suap saya dah tak lalu. lada hitam tu bukan pedas macam cili kan.

memang saya langsung tak lalu makan dalam 3 minggu berpantang. bila badan dah kuat sikit, luka dah kering. saya masak makanan pantang sendiri. saya dah tak lalu nak makan nasi. jadi saya masak spaghetti sup, spaghetti goreng salmon dan salmon grill. baru lah lalu makan. masak pun terkocoh kocoh. sebab Amani jenis tak boleh ditinggal kan. 

masa berpantang kan musim raya. saya jadi moody bila semua orang pakai cantik-cantik dan pergi raya. moody sangat. sampai up status kat FB. lupa apa saya tulis. tapi ramai yang komen suruh bertenang dan ingat bukan semua orang dapat nikmat menjadi ibu.

lepas sebulan pantang dirumah sendiri. suami ajak balik rumah MIL. sebab dia pun penat nak ulang alik. saya pulak dalam pantang cenggeng habis kalau suami tak balik. hahahahaha~~ air mata murah sangat dalam pantang. asal dia tak balik tersedu sedu nangis waktu malam. Amani nangis saya pun nangis. baru dia balik 10 minit pon saya rasa rindu lain macam dah. hahahahaha. such a clingy wife. alhamdulillah dapat suami jenis melayan dan memahami. 

Dalam hari ke 50 kot. Amani boleh tidur malam. kalau jaga pun takde menangis, bangun untuk susu je. lega sangat kami suami isteri. sebab saya nak mula bekerja dah. tak dapat bayangkan kalau pergi kerja mata panda sebab tak tidur 1 malam. 

sekarang perangai menangis Amani hanya waktu siang. maka bertabah lah menjaga dia masa siang. tapi dengan pengasuh alhamdulillah. dia behave. nangis sikit sikit je. kata orang anak ni manja dengan ibubapa dia. layan kan je selagi mampu. kalau saya depress, saya tinggalkan je dia kejap. sebab kita ni manusia biasa yang penuh emosi kan?