25.8.11

one of favourite topic of women..

lagi beberapa hari je nak raya.. dan saya takde mood lagi nak raya.. actually, raya kedua baru cuti.. that's why laa macam tak berapa nak kisah sangat nak raya ni.. lagipon.. saya takde kampung..hihihi.. beraya hanya di klang..

kalau cerita pasal kampung ni.. my adik-adik selalu cakap.."carilah laki yang masih ada kampung lagi!".. hehehe.. we always talk like that..

baju raya kasut raya tudung raya atau pun handbag raya semuanya saya tak beli lagilah.. yelah, saya tak de preparation nak beli semua tu.. jadi guna duit gaji je.. kang takut belum dapat gaji dah menggelupur..heee~~

apa pon bersyukur sebab mylurve cakap nak belikan baju raya sepasang.. best!!! mungkin beli lagi sepasang je.. 

kalau cite pasal balik kampung mesti ada yang gaduh kan.. nak balik kampung mana.. tapi my family tak macam tu.. sebab dekat-dekat je.. tapi kawan tempat kerja.. akak-akak tu.. semua tak suka nak balik umah mertua.. kata mereka baik kerja dari balik umah mertua.. waaa.. sanggup tu..! my boss pun sama.. dia cakap tak suka nak balik kampung isteri dia..

bagi saya kena give and take lah kan.. pandai je jawab.. hahahha.. kang dah kawen baru taw! mintak di jauhkanlah.. sebab kena jugak fikir.. yang belah sana pun nak beraya sama.. pagi raya tu yang penting.. moment paling indah di bulan syawal kan??





kad raya elektronik..:)

khas untuk semua ye!

21.8.11

tragedi bulan ramadhan..

kisah ini sebagai tauladan dan untuk diteladani...kisah benar.. berlaku tiga hari lepas..

seorang gadis berumur 20 tahun di tangkap basah @ kering tak pasti pula.. tapi didalam tandas.. masa kejadian pukul 5 pagi macam tu.. waktu kena tangkap tu.. lelaki itu dapat melarikan diri.. sebab yang tangkap tu hanya 3 orang lelaki bawah 20 tahun dan seorang perempuan.. jadi lelaki tersebut dengan tangkasnya berlari meloloskan diri..

sewaktu disoal oleh mereka yang menangkap...

si penangkap: ko buat apa haa dengan die?? (tunding jari pada gadis tersebut)

si pesalah: aku tak buat apa-apa pun.. lagipon tak kenal pun siapa dia ni..

bayangkanlah.. boleh tak kenal??? padahal keluar dari tandas yang sama... gadis yang dah gabra tadi.. call mak dia.. dalam 15minit.. mak dia datang.. soal siasat bagai kat anak dia.. dengan tetiba je, anak dia buat statement maut!

dia nak perkosa orang mak.. orang tak kenal pon dia!
gila tak gila statement dia?? kalau betul orang tu nak perkosa dia.. kenapa duduk dalam toilet tu sejam lamanya?? kenapa tak jerit je? dan paling yang di kesalkan.. dia sumpah yang dia tak buat apa-apa sebab dia berpuasa.. 

tapi, mak kan lebih memahami.. mak dia ugut macam-macam.. akhirnya si gadis bagi nombor telefon lelaki durjana tadi tu.. setelah perlbagai ugutan diberikan..akhirnya lelaki tersebut mengaku... akan tetapi! si gadis tetap tak mahu mengaku.. apakah??? tolonglah.. sudah jelas lagi nyata.. dan saya tak tahu bagaimana emak dia selesaikan perkara tersebut..


*************************************************************************************

sebelum ni.. si gadis tersebut suka cerita aib orang pada orang lain.. suka mengumpat tak tentu pasal.. suka buka cerita yang tak tahu sahihnya.. tapi yang pasti dia suka buat mulut.. bila jadi begini.. orang dulu dia cakap jahat..tak baik.. sekarang umpat balik dia.. tapi kali ni depan-depan terkena kat muka tu.. malunya toksah nak cakap lah..



ALLAH tu MAHA ADIL.. sekarang ni balasan semua kita dapat cash kan..??



18.8.11

makanan vs ramadhan vs aku

time bulan ramadhan ni lah yang paling banyak makanan yang akan kita tengok, beli dan makan... tak kurang jugak kalau makanan pattern baru yang nama pelik pelik time ni lah kita jumpa.. last week pergi bazar jumpa air 1 malaysia.. haa.. air pun ada 1 malaysia jugak wokey.. jalan-jalan lagi.. jumpa kuih 1 malaysia.. mak aii.. semua peniaga nak ambik nama 1 malaysia tu.. hisshhh.. 




ni makanan untuk 1 family..(:


saya ni memang sejak azali agak cerewet tentang makanan.. ye, walaupun semua saya makan.. boleh dikatakan semua lah..tapi saya tetap memilih.. yelah, kadang bayar mahal, tapi rasa masakan.. macam budak darjah satu masak.. bayangkanlah.. makan nasi goreng tapi rasa macam makan megi goreng.. haa.. berbaloi tak?? memang taklah..


mylurve dah biasa dah dengan perangai saya yang satu ni.. kalau dia nak ajak makan mesti berhati-hati.. hahaha:) kalau tak, memang dari kebulur terus saya jadi kenyang lah.. sekali rasa saya dah tolak semua dah.. kalau boleh nak jumpa tukang masak tu.. then cakap kat dia.. "try makan masakan kau ni.." ceehh.. cakap macam saya ni terer masak je kan.. 





time blan puasa ni.. kalau beli makanan yang tawar meleset.. saya pujuk lidah sendiri.. cakap.. puasakan.. mana boleh rasa.. tapi kalau makanan tu langsung tak sedap.. sorry, tong sampah lah jawapnya.. tekak saya memang mengada-ngada sikit..sikit ke?? banyak kot...


tapi kalau makanan tu kena dengan tekak saya.. memang berselera sungguh lah..walau perut memang dah penuh..tetap saya makan penuh sopan selera..ramai tegur..

"hajar, kalau makan..nampak macam sedap sangat makanan tu.."
"hajar, kalau makan..memang nampak berselera sungguh..
"


macam tu lah feedback yang selalu saya terima..mylurve makan pulak..? tak pernah nya nak perasan.. saya kalau nampak makanan memang tak tengok keliling dah..ngee~~


kan dah bagitahu.. makan penuh sopan..:)




17.8.11

mood-tak-boleh-blah.

some of company cuti kan hari ni.. company saya tak cuti.. tapi saya mintak cuti..heee~~ 


my ibu pun cuti.. bangun sahur basuh muka.. makan.. kenyang..tidur balik.. anak dara apa ni?? bangun tidur.. tengok ibu siap-siap.. nak pergi beli barang nak masak.. saya just tengok je.. ibu pergi dengan adik saya..


dari ibu pergi kedai sampailah ibu dah habis masak.. soto, asam pedas dan sayur campur.. banyakkan ibu saya masak? tapi anak sulung dia yang sorang ni still duduk depan lappy.. duk usha blog orang.. tengok FB dah bosan dah.. muak tahu.. kalau mak mertua baca blog ni.. mesti reject jadi menantu..ngee~~


lagipon, mood tengah tak-berapa-nak-stabil.. nak marah..marah dengan mylurve.. nak nagis sebab marah?? saya memang pelik...! entahlah, tetiba daku mahu merajuk sakan dengan mylurve.. biasalah mood perempaun kan..u-all-knew-it..

saya kadang-kadang boleh makan hati secara senyap-senyap.. bergantung apa yang saya fikirkanlah..



#WW NUZUL AL-QURAN.


NUZUL AL-QURAN.

14.8.11

uhh..tragedi ramadhan..;(

hari ni (14 08 11) tragedi ramadhan bagi saya..T_T"

bukak puasa sorang-sorang.. first ever ramadhan tahun ini...;( sedih pulak rasanya...
 ajak si demok buka same.. die tido je.. dah nak dekat waktu baru terhegeh-hegeh nak bangun.. 

jadi, niat dalam hati beli makanan kat PARAM..makan kat umah je lah.. sebelum tu! kena pergi ATM dulu.. $$$ takde... pukul 6.15 saya pun keluar rumah.. rilex je.. sampai ATM, panjangnya barisan.. adoiyai.. nak tak nak kena jugak beratur kan? sampai je giliran saya.. mesin ATM tu "out of service"... perghhhh!! berangin tengok mesin tu... rasa nak bakor je..

masuk dalam keta.. carik duit seringit-seringit.. satu-satu tempat saya bongkar... jumpa RM7.00.. cekalkan hati je.. pergi bazar.. niat hati nak makan nasi campur.. tapi takut kang harga mahal.. jadi cari makanan yang harga fixed... akhirnya beli nasi ayam..walau tekak tak rela..hati paksa jugak untuk membelinya.. sadis betul..

apa pun, bersyukurlah.. sebab ada jugak rezeki yang diberi dari mereka yang kurang bernasib baik... alhamdulillah..=]

11.8.11

Berkelopak-kelopak mataku ;(


nampak tak mata saya yang di bulatkan tu?
tengoklah perbezaan antara kedua mata..
saya tak tahu kenapa sebulan sekali mata saya mesti jadi macam tu..
tebal je kelopak mata..
amik masa 2 weeks baru sembuh..
tak tahu lah kalau allergic apa-apa kan..
tapi kebiasaanya lepas bangun tidur dia akan bengkak sikit..
dan ambil masa sehari nak jadi berkelopak-kelopak kat mata tu..


nak mintak nasihat @ petua @ tips nak kurangkan bengkak tu..

malulah bila ramai yang tegur..;(

Shisha tu best ke?


korang-korang tahu tak shisha tu apa? mesti korang tahu kan? tengok pic bawah ni.. confirm korang tahu..

sumber pakcik google!

HUKUM BERHUBUNG SHISHA
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, bekas mufti Arab Saudi, ketika menjawab soalan berhubung hukum menghisap shisha menjelaskan seperti berikut:
“Menghisap shisha dan rokok dan segala jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (shisha dan rokok). Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman ALLAH SWT:
Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?”. Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik…..” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Maidah (5) ayat 4.
Dan firmanNYA lagi: “Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-A’raaf (7) ayat 157.
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasarkan kepada dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada ALLAH SWT agar memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar ALLAH SWT melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya DIA adalah sebaik-baik tempat memohon.”
sumber hukum shisha ni dari sini.
http://psipum.org/shisha-fakta-dan-fatwa/

klik situ kalau nak tahu lebih lanjut..


kenapa saya menulis entry mengenai shisha ni?? untuk ditujukan kepada seseorang yang tak nak dengar pendapat orang.. bacalah tu puas-puas.. actually, saya memang tengah marah sangat-sangat.. dahlah bulan puasa... eeiii.. faham-faham sendirilah ye!


10.8.11

#WW Ramadhan.


enjoy!

9.8.11

Resepi Kerabu Sotong Simple.

hari ni saya nak share resepi yang simple sangat.. tapi hasilnya tak mengecewakan.. tak ambil masa yang lama pun..

resepi kerabu sotong simple versi butterfly

bahan-bahan:
  1. Mestilah kena ada sotong! dalam 10 ekor je..---> siap di siang dan di potong.
  2. 2 batang serai..------> nak letak lebih pun takpe..lagi sedap!
  3. 5 helai daun limau purut
  4. 7 batang cili padi ---> nak lagi kick tambahlah lagi..
  5. 3 biji limau nipis ----> nak air perahannya sahaja tanpa biji.
  6. 1 biji bawang besar. ----> di potong.
  7. garam + gula secukupnya.


cara-cara:

  1. rebus sotong yang dipotong tadi.. jangan rebus dengan air..sebab sotong akan mengeluarkan airnya sendiri.. rebus dalam 5 - 10 minit..
  2. hiris serai, daun limau purut dan cili padi halus-halus..
  3. masukkan dalam mangkuk bersama bawang, gula dan garam secukup rasa kalian ye.
  4. ambil sotong yang direbus tu, masukkan dalam mangkuk tadi.. dengan air-air sotong tu sekali taw!
  5. kacau rata dan tambah perahan air limau nipis tadi..
  6. tunggu dalam 5 minit nak bagi sotong tadi sebati dengan bahan-bahan tadi..
  7. siap! hidang bersama nasi panas.. 


menu semalam ni..
menangis masa makan ni..
saya suka guna cili api warna merah ni..
sebab rasa dia lagi pedas dari cili padi..


p/s: ada yang tambah kacang panjang dan sos ikan jugak dalam kerabu ni..:)


8.8.11

tetibe daku terkenang saat itu~~~

teringat dan terkenang berpuasa di kolej.. mula-mula memanglah sayu je saya rasa.. lepas tu dah boleh adapt dengan situation.. kat kolej saya ada line internet dan wifi 24hours dibuka.. so, memang saya akan online 24hours.. kalau nak direhatkan lappy barulah offline.. tu pun waktu tidur je..


jadi waktu berbuka dan jugak bersahur memang makan depan lappy.. kadang-kadang boleh komen status kawan-kawan.. hehehehe... ingat lagi saat tu.. ex-classmate pun macam tu.. tak ramai yang offline waktu-waktu macam tu.. internet je lah hiburan yang saya ada waktu tu.. saya pulak jarang keluar malam.. melainkan ada tugasan je.. selain tu.. saya memang malas tahap gaban kalau nak turun dari rumah...



lebih kurang macam ni lah..:)


tapi kalau sekarang  ni buat lagi.. mau kena marah dengan my parents.. even online 2jam lebih pun abah dah bising..bayangkanlah kalau bawak perangai kat kolej tu kat umah.. hadoiii... tak dapat bayangkanlah apa yang bakal terjadi..

rindu pulak saat berpuasa di rantauan..ehhh~~~ rantauan lah sangat.. kat negeri sembilan je pun..!

5.8.11

Sahur membezakan puasa kita dengan agama lain.

saya pernah dengar orang cakap yang membezakan puasa kita dengan puasa agama lain adalah sahur... renung-renungkanlah...

tiap kali bulan ramadhan.. time bangun nak masak untuk sahur tu memang agak liatlah.. lagi-lagi time hujan.. iskkk.. mendera perasaan daku.. dulu waktu sekolah menengah memang saya lah yang di kejut abah untuk masak  sahur... saya start bangun masak untuk sahur since tingkatan 3.. pernah nangis-nangis duk kat dapur sambil masak.. hahaha..(: 

adik saya yang kedua tu selalu escape.. menyampah benor lah kat die time tu.. memang harapanlah kalau nak dia bangun.. time tu die form 1.. selalu lah bertekak dengan die.. selalu lepas sahur memang tak tidur dah.. nak kena bersiap pergi sekolah pulak kan.. 

pernah ada satu masa tu.. saya mengantuk sangat kot.. goreng telur bersama dengan jari.. mula-mula rilex je lagi.. lepas telur tu pun dah bunyi-bunyi garing.. tetiba.. ehh... terus menjerit.. .. jari dah garing sekali dengan telur.. terus mencurah-curah air mata.. terus bad mood.. tak makan sahur... mogok...

bila dah masuk kolej.. duk hostel.. nasib hostel saya ala-ala uma.. apartment.. so, dapat roommate yang tak bersahur.. saya ni memang dah di ajar makan sahur.. jadi, saya sahur awal.. dalam kul 2 3 pagi.. sebelum tidur tu makan.. kadang tidur awal.. pukul 5 pagi bangun minum air je..

tahun ni tahun pertama sahur di rumah sewa.. housemate semua tak bangun sahur.. dugaan sekali lagi bangun untuk bersahur seorang diri.. tapi bangun minum air je laa.. kalau sorang-sorang ni.. tak lalu lah..

saya sekeluarga kalau bersahur makan macam biasa.. nasi tu bertambah-tambah.. mesti orang lain pelik..

apa menu anda bersahur selalunya?

3.8.11

The delicious food for us today.

hari ni dah masuk hari ketiga dah kita berpuasa.. alhamdulillah.. 

hari ni saya bukak puasa dengan kawan baik saya AINA 

lama tak jumpa dengan beliau.. jadi saya ajak dia bukak puasa bersama.. sambil buat girl talk...:)

makan berdua tapi makanan macam makan bertiga.. eheee(:



food were awesome!



sup campur...
my feveret soup.(:



udang goreng tepung..



my bestie!

 us 




semasa kejadian..



selepas kejadian..

alhamdulillah.. rezeki kami untuk hari ni...


setakat hari ni saya tak berkesempatan lagi nak pergi terawih.. 



Ya Allah.. betapa ketinggalannya saya dari mereka yang lain..