30.4.12

Resepi Makaroni Goreng Basah dan juga Sup Gear Box.


Selamat hari Isnin  semua ^^…

Hari ni masih berpuasa ganti.. melunaskan hutang terhadap yang Maha Esa. Pagi tadi keluar rumah seperti biasa tetapi ajaibnya sampai ofis awal.. I guess sebab ramai sambung cutikan? Sebab tu lah jalan celan and clear..

Today is the last day of April in 2012.. April, you did gave me a great moments in my life. Thanks a lot. However, you still can’t find my future husband..:’) Now, I’m hoping on May.. Good Bye April, hope we will meet again next year.. insya’allah..


Semalam saya pergi cuci mata di Pasar Tani Shah Alam. I’m very sure ramai yang tahu kan pasar ni.. selepas setahun tak menjengah di sini.. bila datang, fuhhhh.. rambang mata.. lucky, nafsu membeli tu dpaat bertahan.. ingat nak breakfast nasi kerabu kat situ.. nampak mengiurkan.. tapi full lah semua gerai.. jalan2, nampak orang makan sup gear box!.. nak jugak… tapi bila fikir-fikirkan, habislah hilang ayu makan gear box kat luar…tapi saya memang minat habislah kat sup gear box tu… 


 sumber google..
mengancamkan???

Lepas bakar lemak selama lebih kurang 2jam kat sana.. dan hanya beli air soya beserta Somtam sahaja.. maka pulanglah saya ke rumah.. niat nak pergi mandikan kekanda ku Mr.Myvi.. tapi semua car wash penuh je.. tak dapatlah nak mandikan kekanda.. mungkin hari ni.. kesian kat dia, dah 2 weeks tak mandi.. busuk!


Sampai rumah masak simple je for family.. Makaroni Goreng Basah.. first time buat masak macam ni.. sebab my family prefer spaghetti je all the time.. saya yang teringin bebenau nak amkan macaroni.. disebabkan saya tukang masak, jadi ikut tekak saya lah kan? Hehehe…


Resepi Makaroni Goreng Basah.

300g Makaroni 
3 ulas bawang putih -> di tumbuk lumat
1 biji bawang merah -> di tumbuk lumat
4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
Setengah cawan air
1 ikat sawi
Sotong
Crab stick secukup nya
5 biji cili padi -> di ketuk 
Sedikit serbuk perasa


Cara-caranya:

  1. Maroni di rebus sehingga kembang. Bila dah toskan air dia, ambil sedikit marjerin @ butter @ minyak gaul rata dengan makaroni.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan cili kering yang di kisar tu. Perlahankan api, kacau sehingga cili tersebut garing dan masukkan sotong.
  3. Masukkan air, sos cili dan soso tiram. Bila sotong dah kecut, masukkan air dan juga kicap. yang ni agak-agaklah gelap mana makaroni yang korang nak.
  4. masukkan sedikit serbuk perasa dan juga garam kalau tak cukup masin. Rasa dulu ye! Masukkan makaroni dan crabstick tu. 
  5. Akhir sekali masukkan sawi. Agak-agak sawi dah layu, masukkan cili padi kalau nak pedas tambah lebih ye.
  6. Kalau rasa kering, boleh je tambah sedikit air. 
  7. Siap!

 note: kalau guna kicap pekat, memadai hanya 2 sudu besar je.  Kalau guna kicap masin, you all kena tambahkan gula sedikit dalam masakan ni, sebab nak mengimbang rasa. Kalau suka boleh tambah taugeh.



meriah dengan bawang goreng sebab saya peminat tegar bawang goreng!

27.4.12

Dari tulus hati ini.




26.4.12

Khamis yang lambat.

Assalammualaikum..

Dah hari khamis.. lambat sangat rasanya nak jumpa hari ni...hari ni hari kedua berpuasa ganti...:) sebelum-sebelum ni dah ganti separuh dah.. tinggal lagi berapa hari je.. Bulan Ramadhan tinggal lagi lebih kurang 2bulan je ni.. baiklah langsaikan hutang sebelum kena bayar lagi berat ye...



saya tak tahu kenapa dalam minggu ni saya balik rumah je terus pengsan... memang terus tidur sampai ke pagi..padahal, bukannya saya kerja berat pun.. minggu ni pun kurang kerja sebab boss saya outstation.. tapi penat saya mengalahkan orang yang kerja kat tapak pembinaan tu... adik-adik saya pun perasan.. pukul 9 je, mata saya memang dah tak tertahan lagi.. macam di pukau oleh tilam dan bantal.. ehhh.. tilam dan bantal reti ke pukau?? hihihi... yang pasti bangun pagi tetap rasa mengantuk.. maybe i need vacation or rest day beside rest day on weekend..



jadi, hari ni memang akan out of energy saya rasa...harap cepatlah masa berlalu hari ni... semalam mengidam nak buka puasa dengan sayur taugeh goreng.. balik pegi kedai, taugeh habis.. adoi..takde rezeki betul..hari ni nak tukar menu pulak.. hehehe... biasalah, orang berpuasa nafsunya lebih sikit kan..kejap lagi nak google resepi mudah dan senang.. almaklumlah, saya sampai rumah je dah pukul 6.30petang.. kena masak yang ringkas-ringkas je.. lagipun, menu utama ibu dah masak..


langkah menuju kehadapan dengan yakin, namun sesekali perlu pandang kebelakang juga.



24.4.12

Perbezaan wajah walaupun orangnya sama.


Saya memang gila kamera.. pantang nampak lensa kamera.. so, memang dalam setiap bulan aka nada je gambar yang saya snap… folder dalam lappy pun dah bersepah-sepah picture saya.. tak tersusun..  malas sebenarnya!


Ade orang cakap kat saya yang muka saya ni sentiasa berubah-rubah.. saya cuba mengkaji kesahihannya.. hikhikhik.. tapi tak nampak mana bezanya.. sama je.. mungkin saya nampak berbeza bila pakai shawl, tudung ekspress dan tudung bawal.. memang muka akan ada sedikit lain lah kan? Lagi-lagi sejak saya suka mendandan muka.. suka pakai eyeshadow yang berwarna-warni dan juga blusher.. tak hebat mana, main hentam kromo je.. tapi I like the result even nampak comot.. muahahaha=]


Bila dah besar baru tahu sebenarnya saya comel.. ayat nak mintak penampor ni.. hikhik;p ala, kalau kita tak puji diri kita, siapa nak puji lagi kan? 


 
 2009

2010



 Raya 2011


 December 2011


 2011


 latest pic..



tahun 2009 - 2010 gambar tak jelas almaklumlah, time student guna handset tak berapa nak ada megapixel.. hehehe..  dah kerja baru mampu nak beli yang ade megapixel.. different sangat ke? for me, sama je.. tak nampak celah mana beza nya tu...


kalau tengok masa kanak-kanak dengan sekarang... bezanya warna kulit laa.. hehehe..


23.4.12

Perancangan di masa hadapan.


Lama tak post pasal personal life kat sini. Sebab munasab nya saya tahu ada beberapa orang yang stalks pasal life saya kat sini. Tak suka kita tapi nak ambil tahu juga pasal kita, kenapa ye? 

Sekarang ni life Alhamdulillah, semuanya ok je.. Semua yang berlaku dalam hidup saya tiada sebarang masalah besar. Masalah kecik tu tipulah kalau kata takde. Life is not perfect. 1 month from now I will turn to be 23years old.. ouch…! Getting older and matured. 

Bila dah nak masuk umur 23tahun ni, haruslah kena fikirkan masa depan. Harus buat perancangan yang teliti walaupun tak semua yang kita rancang tu akan berlaku kan? Tapi sekurang-kurangnya ada jugak perancangan bagi mengelakkan kekecewaan di masa hadapan kan? 

Saya tetiba merancang untuk menukar kereta.. hehehe.. biasalah, darah muda kan?? Padahal myvi tu baru 2years kot… saya aim nak tukar kereta lagi 2 3 tahun lagi.. nak beli kereta besar sikit lah.. maybe Vios, Honda ataupun yang tempatan proton Inspira je.. tapi kena jugak tengok keadaan kewangan pada masa itu..kalau tak mampu, takpe.. Myvi tu pun dah ok..





Tapi dari beli kereta baik beli rumah kan? Adik-beradik saya semua perempuan, nanti semua dah kahwin kena ikut gerak suami tercinta. Jadi saya plan nak beli rumah untuk parent saya. Memang sekarang parent dah ada rumah, tapi rumah flat yang kena naik tangga. Tiada lif. My parent getting old dan of course tak larat nak naik tangga tu kan. Jadi saya plan beli rumah dan biarkan my parent duduk. Insya’allah, kalau ada rezeki nak beli rumah teres. Nak corner lot. Boleh besarkan rumah atau tanam sayur-sayuran. Tak pernah lagi ada pengalaman menanam sayuran. Dah mula nak berangan dah ni.. muahahaha=]


dan kalau jodoh saya lambat, saya dah pasang niat nak pergi buat umrah. Saya teringin sangat nak pergi sana. Ramai kawan saya dah pergi sana, parent mereka bawak. Parent saya tak mampu nak bawak saya pergi sana, so, I have to go by myself. Nasib manusia tu berbeza-beza. #note to myself.

Perancangan untuk kahwin? Tak nak rancang lagi as I don’t have any future husband now. Walaupun jeles dengan kawan-kawan yang dah tunang, dah kawin dan sudah memiliki anak. Siapa tak jeles kan? kalau tak jeles tu sah kau tak normal!

 untung kan orang berkahwin muda..


Saya buat perancangan juga untuk belajar benda-benda basic sebagai perempuan. Saya nak ambil kelas asas jahitan, kelas Andaman dan juga bakeri. Tapi bakeri tu insya’allah saya boleh buat tanpa kelas. Kelas jahitan sebab sekarang ni hantar buat baju kurung pun dah RM40.00.. pergghh.. akan datang berapa pulak harganya kan? Lagipon, saya taknak kerja seumur hidup.. ingat lepas kahwin dah stabil  financial family saya nak duduk rumah.. kerja dari rumah lah.. boleh jaga anak sekali kan??


Tengok… saya ni kalau planning.. memang banyak plan akan keluar, yang menjadinya tak tahulah berapa percent.. harap semuanya menjadi mudah. 




pic takde kena mengena. 




perancangan tu perlu supaya hidup tak huru-hara dimasa akan datang.!

20.4.12

Cinta , Harta atau Realistik?


Kalau dulu jawapan klise mesti cakap..

 cinta tu lagi penting dari segalanya… 

Dengan alasan kalau orang tu cinta kita dan kita cinta orang tu.. memang dah bahagia sangat lah tu.. bagai dunia ni kita yang punya.. ewahh! Sebab tu, budak sekolah yang baru nak kenal cinta.. bila dapat tahu ada perempuan lain cuba duk tackle pakwe diaorang.. mau kecoh satu sekolah.. balik sekolah tunggu kat bus stop.. tak pon gate sekolah.. tarik beg, tarik baju, tarik rambut.. semuanya nak di tarikkan.. budak-budak zaman sekarang ke main advance..



 "see..kecik-kecik dah pandai"


 "dunia ni kami yang punye.."


Tapi bila makin meningkat ke alam kuliah, alam university… cari orang yang ade kereta, paling tidak pon motor.. nanti dapat pusing satu u tu.. nak tunjuk.. wooii..aku ade pakwe lah..” haa.. takpon, kalau kawan nak ajak study.. “ala..boypren aku ajak study..” kalau betul study takpe.. kalau sebaliknya?? Haa.. 


Bila dah kerja, pemikiran dah matang.. mulalah mencari cinta sebenar.. cari mereka yang ada harta.. bukan cinta pada harta mereka.. hidup sekarang ni semuanya  


Money is not everything
But
Everything is money


Memang orang cakap jangan materialistik.. kalau kita cinta kat orang tu semata-mata pada harta atau duit dia.. bila benda tu dah takde pada orang tu, kita akan tinggalkan orang tu.. bayangkan macam mana kalau orang buat kat kita macam tu… apa perasaan kita kan?

Tapi dunia sekarang makin mencabar minda kita kan? Hidup sekarang semuanya kena duit.. masuk tandas pon kena bayar.. bercinta pun memerlukan duit jugak.. takkan boleh kenyang makan cinta je.. anak nak sekolah guna cinta.. Macam mana tu??

Bagi saya benda ni kena seiring.. kalau betul dia mencintai kita dia mesti nak bekerja bersungguh-sungguh untuk memberi kita kebahagiaan.. iyea, wang tak menjanjikan kebahagiaan.. tapi dengan wang juga boleh buat orang derita..



 it's not easy. but we can make it easy together.


dulu-dulu orang bercinta hanya atas dasar cinta semata-mata.. sebab kat belakang rumah boleh tanam sayur.. padi tanam sendiri.. tanam bersama-sama dengan pasangan.. ala-ala romantic gitu.. ikan lak d je kat sungai tu… tangkap ler sendiri.. sekarang ni.. cer fikir.. nak ke tanam padi sendiri.. nak ke tangkap ikan sendiri..





Entri ni di karya selepas membaca blog CIK EPAL

19.4.12

Battleship ada kena mengena dengan kita.


Sekarang ni movie Battleship sedang hangat diperkatakan.. saya tengok minggu lepas kalau tak silap.. sabtu lepas.. ehh.. ntah.. hilang ingatan jap.. tapi cerita ni sumpah best! Memang terkesan jugaklah dalam hati ni.. ok, saya nak buat review kenapa cerita ni best! Banyak moral of the story yang tersirat dan tersurat.. haa.. keluar dah karangan form 5 ni…




Untuk sinopsis Battleship sila ke BUZZERA.. 


The first moral of story is death. Bila maut depan mata dan tiada family atau orang tersayang depan mata kita.. memang sedih sangat.. jadi, please buat baik pada orang yang tersayang dan mereka yang menyayangi anda.. sebab anda tak tahu bila kali terakhir anda akan berjumpa dengan mereka.. “Ajal itu takkan pernah lewat walau sedetik




The second moral of story is teamwork. Selagi kita ada teamwork antara satu sama lain, insya’allah kemenangan akan sentiasa berpihak pada kita. Kerjasama antara satu sama lain tu amat penting. Jangan sikap pentingkan diri sendiri sebab nanti diri kita sendiri yang akan musnah. Dalam Battleship ni, di sebabkan dengan kerjasama semua anggota NAVY, mereka akhirnya dapat tumpaskan juga musuh tu. 



The third moral of story is knowledge. Knowledge is very important in our life. Kita tak tahu bila masa kita perlu guna knowledge tu. Jadi jangan cakap, aku amik course lain, subjek tu tak penting. Takde kena mengena. Apa pun knowledge yang kita boleh dapat, ambil je.. sebab selagi kita hidup kita akan sentiasa belajar benda baru. Time kapten Nagata (kalau tak silap nama dia), tunjukkan cara tanpa menggunakan radar untuk mengesan musuh. Ilmu Allah lagi luas dari lautan lagi tinggi dari gunung, selagi kita boleh belajar kita kena belajar. Saya guna satu prinsip je, “every day is learning day and we cannot stop learning until we die.


Cukuplah tu je.. hehehe.. ni peringatan untuk diri saya sendiri juga dan mungkin anda yang membaca ni.. masa saya tengok movie tu, time scene yang tak boleh berhubung dengan dunia luar tu.. rasa nak nangis sebab bila-bila masa je boleh mati.. saya memang betul-betul masuk dalam cerita ni.. kan? Kihkih:p tak sia-sia lah keluarkan RM14..  


Psstttt.. tetiba nak cari husband NAVY.. 




18.4.12

WW hal nikah dalam ISLAM


17.4.12

Cek pertamaku...

Terima kasih nuffnang..!


saya ni blogger ntah hape-hape.. tak famous mana pon.. blog pon tak ramai pembaca...

tapi memang terharu sangat...!!


cek dari nuffnang.. tengok tarikh tu...
yeaa!! cite dah basi sebenarnya..
tapi apadehal.. saya tetap mau cerita..
yelah, kite baru first time dapat..
u'oll dah beratus kali...





terima kasih nuffnang!
walaupon tak banyak..lepaslah jugak seminggu punye belanja...:)

16.4.12

Saya merisik... ehh..?

semalam saya pergi ke Tanjung Karang.. my cousin nak bertunang.. kiranya kami ni rombongan nak merisik dan sekali gus bertunang lah.. dia sebaya saya, 23tahun.. sobs..sobss... :( ok, aku memang emo! hahaha..

takde yang menarik cumanya saya rasa pertama kali saya rasa Tanjung Karang tu sebenarnya luas.. kesian ye saya ni, padahal saya duduk area selangor tapi tak tahu pasal Tanjung Karang.. sampai sesat-sesat kami.. Masya-Allah, rumah tunang die ni, ke dalam and rumah dia tandas di luar.. uoohh.. kesian kat saya, jenuh menahan untuk pergi toilet.. sanggup tunggu majlis selesai.. malu kot nak jalan mintak lalu.. nenek saya cakap "kalau kita bermalam kat sini, jenuh nak menahan kencing.. tunggu subuh esok.." hahhaa.. gelak je saya dengar nenek saya cakap macam tu...

Masa sampai je rumah tu, kami di hidangkan air sirap sejuk.. dengan muka tak malunya, orang belom pelawa minum, kami terus minum.. mak aii.. dahaganya.. hikhikhik:p nenek dari jauh bagi signal.. janji nak sampai pukul 2.00 petang, tapi bertolak pon dah lambat.. singgah solat semua.. haa.. sampai lebih kurang 2.45petang.. cakap kat pihak perempuan hanya 5 kereta je.. sekali.. hamek... 8kereta..agaknya tuan rumah terkejut sangat masa tengok rombongan kami... keluarga belah my mum memang agak ramai.. adik beradik my mum je ade 8 orang.. belum lagi sepupu-sepapat my mum..

keluarga belah perempuan mintak majlis buat 11/11/12.. jadi tempoh bertunang hanya lebih kurang 7 bulan je.. hantaran pulak serba satu dan belanja hantaran 6666.60... lepas dengar tu, directly saya tanya nenek saya, serba satu tu macam mana? nenek saya kata, masa nikah nanti pengantin lelaki kena sediakan cincin, gelang tangan, rantai dan anting-anting... perghhh.. emas memang mahal pulakkan sekarang ni? saya pun nak macam tu jugaklah nanti.. kena bagi warning to future husband beli emas dari sekarang, tiap tiga bulan beli satu barang kemas...taklah terasa banyak sangat duit keluar.. eehhh.. tuan blog mula merepek... tetibe teringat saya takde future husband lagi.. muahahaha (=







Lelaki memang tak ramai dalam family kami..



Kaum hawa memang ramai..











semua tekun mendengar.. takde pantun-pamtun erk.. straight to the point je.. "kami datang nak merisik dan sekali bertunang.. kalau terima, nak tengok tuan badan ".. haa.. takdenya nak pantun-pantun ni.. buek ponat je..












yang pandang kamera tu my mum and my yongest sister.













time penyarungan cincin.. dalam hati dia mesti berdebar-debar kan?


ehh.. awat muka die macam senyum di tahan.. ke macam nak nangis??


ni nampak benor muka die macam nak nagis.. sabar dik.. belom nikah lagi... hikhik;p



ni lah tunangannya...




ni adik beradik tunang lelaki..







akhir sekali.....





maafkanlah tuan blog yang over ni..
i tahu i cun pada hari tersebut... muahahaha=]
***muntah hijau***