28.6.13

Cara Ganti Lesen Yang Hilang.



Awal bulan ni, saya hilang purse. Tercicir rasanya, tapi sumpah tak ingat kat mana. Nasib baik duit dalam tu ada belanja untuk minggu tu je. Tapi yang tekilannya kad pengenalan, lessen memandu dan jugak ATM card. Lagi-lagi ATM card saya adalah debit card. Merbahaya okey! kang kalau orang yang jumpa tu swipe kad tu kang, mau putih mata. Sendiri nak swipe pun terkebil-kebil.

Lepas tu, gigih lah pergi JPN nak buat kad pengenalan kan? Saya suka pergi JPN Shah Alam kat dalam bangunan Plaza Masalam. Padahal dekat rumah saya ada JPN port Klang dan JPN Klang nak jugak pergi jauh kan? Hehehe… selesa kata orang…

Sekarang ni JPN Shah Alam beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Tapi weekend tu masa operasi sampai pukul 1 petang je. Kad pengenalan boleh siap dalam masa 24 jam, meaning esok dah boleh collect. Masa sampai je kat kaunter tu, abang kaunter tu cakap saya dah hilang kad pengenalan sebanyak 3 kali termasuk yang ni. Saya pun cakaplah, masa saya sekolah dulu memang selalu hilang kad pengenalan. Tapi sejak dah habis sekolah memang tak pernah lagi. Abang tu cakap last hilang tahun 2006. Oh, masa saya tingkatan 5. Dan kena denda RM300 sebab dah 3 kali hilang kalau kes rompak ke kena curi ke RM10 je. Tapi dengan syarat ada laporan polis ye. Saya pun pasrah je lah bayar. Nak buat macam mana? Silap diri sendiri kan.

oh, kalau nak ganti mykad thru website JPN pon boleh. dengan syarat tak tukar alamat dan jugak must have credit card. 

Lepas dah settle kan kad pengenalan, nak kena buat lesen pulak. Nasib baik saya tahu mana Puspakom. Tapi yang sakit hati tu, kaunter ada 10 yang buka 2 kaunter je. Masa saya ambil tiket tu, bilangan menunggu giliran ada 96 orang. Can you imagine? Perghh… perghhhh… sebabkan benda tu penting saya tunggu je lah. Masuk Puspakom pukul 2.30 petang keluar dari sana pukul 5 petang. Nak ganti lesen tu 5minit je tau! Kena denda RM20.



 JPJ Padang Jawa

Settle masalah. Sebelum pergi buat lesen saya buat ATM kad. Tak best nya lah bila dapat ATM kad ada gambar player MU. Haihhh.. saya ni bukan minat sangat bola, sekadar tengok tu layan lah jugak.


sumpah malu tengok pipi sendiri yang terlebih yis...



Terbang duit berates pasal masalah ni. Harap lepas ni takdelah lagi tercicir ke hilang ke…

26.6.13

Cita-Cita



Selalu kalau orang tanya masa kecik-kecik, nak jadi apa? Cikgu, Polis atau Bomba tu jawapan standard lah orang cakap. Tapi saya ingat masa darjah 6, kawan saya pernah cakap dia nak jadi ahli astronomi. Ternganga mulut saya dengar sebab tak pernah dengar kan? Masa darjah 4 ke 5 ntah, time pelajaran Pendidikan Islam, ustazah ada cakap ada budak kelas mana ntah nak jadi Security. Hahahaha… time tu Security pun saya tak tahu apa. Lepas tu ustazah cakap, cita-cita ni kena lah tinggi. Bukan main sedap cakap je. Lepas tu ustazah tanya, tahu tak apa tu Security? Semua geleng. Bila dah tahu semua gelak.. eleh, pandai gelakkan orang. Kalau tak, korang mesti cakap, tingginya cita-cita dia.. hahahaha

Bila tengok kawan-kawan lain ada kerjaya yang membanggakan, hati ni mula lah nak rasa cemburu. Cemburu dengan kejayaan mereka. Ada kawan saya jadi doctor, akauntan dan jugak engineer. Lepas tu cakap dalam hati, tu lah dulu belajar main-main. Sekarang mendapatlah kau kerja macam ni.. eh, tapi kerja jugakkan? Ayat nak sedapkan hati

Tapi saya terfikir balik, dulu masa sekolah mana ada main-main ni. Ponteng sekolah pun tak pernah tau. Ponteng kelas je. Agagagaga…. Kerja sekolah selalu je saya siapkan melainkan subjek Prinsip Perakaunan, Fizik dan Kimia. Mintak maaf yer cikgu-cikgu. Saya lemah subjek tu dan saya tak berapa nak suka subjek tu.

Saya kalau dari hari pertama tak boleh masuk apa yang cikgu ajarkan, memang sampai ke sudahlah saya blur. Masa form 3 saya masuk kelas depan. Kawan-kawan semua terer Math. Tapi saya yang otak tak berapa nak cekap ni memang lambat sikit kan pick-up apa cikgu ajar. Bila saya sedar-sedar je. Ehh, dah masuk bab 5 dah? Apasal laju kemain ni… tapi tengok kiri-kanan semua faham je maknanya saya seorang je lah tertinggal bas ni.. hihihi..:D

Takpe, rezeki tu Allah tentukan. Jadi kalau nak berjaya kenalah ada usaha kan? Walau saya tak sepandai orang lain tapi saya tahu ada sesuatu yang Allah anugerahkan pada saya. Tak semua orang boleh belajar buku tebal-tebal sebab sesetengah orang lebih kepada skill..


Meet BFF Aina.. :)

Isnin lepaskan saya cuti.. tiba-tiba Aina tweet saya, jom keluar? wah... bunga-bunga hati iolls.. hahaha... baru kawan baik ajak hati dah bunga-bunga.. sebabnya susah bebenar nak jumpa dia ni.. lagi-lagi dah berkejaya dan jadi student on weekend.. how to meet?


memang jarang sangat jumpa Aina sejak dah kerja ni.. lagi pun, kami sama-sama busy.. kalau tak dia, saya yang busy.. so, bila ada kesempatan macam ni.. memang terus on je..

walau jarang jumpa tapi bila jumpa, we share our stories..


 Aina belanja saya makan kat restoran Jepun.. 

Thanks!




tak perlu kawan yang ramai untuk menemani hidup kita.
cukuplah seorang dua tapi benar-benar memahami kita.
cukuplah seorang dua yang boleh menemani tika kesedihan melanda diri.



25.6.13

Monolog dalaman.




Aku dah penat nak membenci orang. Bukan dapat apa pun, makin sakit hati adalah. Aku dah malas nak fikir apa tanggapan orang lain pada aku. Mungkin aku tak bermakna apa-apa pada orang lain tapi aku tak kisah. Penat nak berikan kepercayaan kemudian di hancurkan orang lain tanpa rasa bersalah. Tahu tak kepercayaan tu adalah benda paling susah nak di bina? Perasaan tu senang je nak bercambah tapi tidak mudah untuk kepercayaan.

Aku pelik tengok orang menabur rasa cinta dan sayang sewenangnya. Aku bukan begitu. Bagi aku cinta dan sayang tu mahal. Aku tak reti nak bagi semua rasa tu semudahnya.

sumber : google



Kadang banyak yang nak di luahkan. Tapi mati begitu sahaja. Aku tak reti nak bercakap tentang perasaan pada orang lain. Mungkin aku serik. serik mengeluarkan kata-kata yang akhirnya meninggalkan aku bersendirian.

Bukan mudah nak lalui semuanya seorang diri. Ada masanya kau juga perlukan seseorang untuk berbicara. Sebab itu Allah jadikan manusia berpasangan. Tapi bukan setiap masa perlukan pasangan, sebab dalam kubur semua orang akan keseorangan.

Aku tak mampu jadi seperti yang lain sebab aku tak reti nak berlakon. Apa yang kau nampak itu lah diri aku yang sebenar. 

Tak tahu hidup ini masih panjang atau sudah dekat dengan penghujungnya


 sumber : google

24.6.13

Jerebu

Hari ni saya amik cuti.. redeem PH awal bulan hari tu.. jerebu area rumah saya memang teruk..rumah dekat dengan port klang kan.. pulak tu rumah tingkat 3.. bukak tingkap ke tak.. memang jerebu masuk.. dah macam duduk kat genting pulak..berkabus bagai.. padahal aap yang menyesakkan dada..

Mungkin ini adalah peringatan Allah pada kita...sebab tak jaga bumi dengan baik..

Moga semua ni cepat berlalu..

19.6.13

Insta...


updated my picca here.. 

:)

Penangan novel

semalam saya dapat pinjam novel dari office-mate... balik petang semalam on time laa.. tak sabar nak baca novel.. sejak-sejak banyak drama di adaptasi dari novel ni..saya buat balik habit lama.. baca novel non-stop before tidur.. 

semalam sampai rumah ngam-ngam pukul 7 malam.. mulakan projek membaca lepas kul 8 malam.. sedar-sedar je dah pukul 12 tengah malam... aduhhh... novel ada lagi setengah buku ni nak habis.. tapi nak keje kena jugak tidur.. so, i tidur dengan senyuman dibibir.. muahahahaha.. terasa di awang-awangan gitu.. biasalah kalau novel cinta ni kan.. dengan kau sekali terasa tengah bercinta padahal takde pakwe pun.. hahahaha....

hari ni bangun pagi macam biasa tak lewat ke apa.. tapi saya malas nak iron baju..maka amiklah baju yang tak perlu di iron... tudung pakai shawl yang tak perlu iron jugak... hihihi



drama ni kan setiap hari Jumaat.. tapi selalunya setiap Jumaat tu saya keluar.. jadi baru tengok 2 3 episod je.. tu pun lompat-lompat.. maka, sebelum meneruskan tontonan di tonton.com.. baiklah saya baca dulu novel die..

mood : bahagia dalam khayalan

18.6.13

Pertama Kali



Setiap pekara yang kita lakukan pasti ada pertama kali.. macam pertama kali kita berjalan.. tu memang tak ingat lah bila.. kau tanya mak kau pun.. belum tentu dia ingat bila.. yelah, adik beradik ada lebih dari 3.. mana nak ingat semua tu.. tambah lagi faktor usia..hikhik :p zaman dulu takde blog takde internet kan? Hehehe:D


Kadang-kala nak lakukan sesuatu buat pertama kali ni kena ada keyakinan yang tinggi.. contoh pertama kali nak pergi temuduga kerja.. kalau confident level low..memang susahlah orang nak amik kau kerja.. saya masih ingat 1st time saya pergi interview.. Interviewer cakap kat saya, jangan takut semua benda ada pertama kali.. 

Selalunya benda pertama kali itu selalu jugak kita ingat.. I mean kaum hawa..sebab memori kaum hawa ni agak kuat berbanding kaum adam kan? siapa setuju?

Bila nak memulakan benda pertama kali ni, kadang-kadang jantung berdegup kuat hati berdebar-debar.. itu bagi sayalah.. kalau benda yang kita buat tu bagi impak besar dalam kehidupan kita memang kita ingat.. tapi kalau setakat pertama kali nak hantar email.. toksah lah nak over sangat kan?


Dalam kehidupan ni semua benda ada pertama kali dan mungkin juga setiap benda ada yang terakhirnya..yang penting kita harus mencuba.. kalau tak kita takkan maju kehadapan..

#2 Tips kecantikan dan kesihatan

bulan April dulu saya dah pernah post kan #1 Tips kecantikan dan kesihatan.

Tips yang ke-2 ni saya nak share kan untuk dapat bibir yang menawan..

sebelum tidur sapukan minyak zaitun di bibir.. ini dapat mengelakkan bibir merekah dan juga pucat.

silalah cuba..

contoh minyak zaitun yang boleh digunakan..

17.6.13

Roti Jala Biru...

mana nak cari roti jala warna biru? hahahaha... sebenarnya main capai je pewarna apa yang ada dalam kabinet.. dah lama tak baking.. jadi tak banyak pewarna yang ada.. saya pernah try warna hijau dulu.. kali ni warna biru pulak.. nanti raya nak buat warna pink.. muahahahaha...

resepi saya ambil dari blog Kak Hana.. memang dari dulu saya guna resepi ni...senang nak ingat dan roti jala lembut je walaupun dah tak panas..


RESEPI ROTI JALA
source : hanamemories@blogspot.com

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ susu segar@santan cair - saya guna air masak + 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
  • pewarna kuning - pewarna biru
Cara-cara
  • Blend semua bahan sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul2 yang boleh membuatkan acuan tersumbat.
  • Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak.
  • Cedukkan adunan dan masukkan ke dalam acuan dan tebarkan di atas kuali.
  • Biarkan seminit hingga roti jala masak. Angkat dan lipat@gulung ikut suka.
saya guna acuan botol mayonis yang ada tiga muncung.. beli kat kedai Daiso.. 


saya makan roti jala dengan sambal tumis ikan bilis.. kali ni sambal tumis ikan bilis saya letakkan sos cili sedikit dan juga gula melaka..

untuk kari daging, saya rebus daging sehingga empuk. tumis bawang dan rempah kari.. kemudian masukkan daging.. bila agak garing baru masukkan santan.. memang sedap!! tapi untuk tekak saya dan family saya lah.. hehehe...



14.6.13

Hukuman dari parents.



Tadi dengar HotChat kat HotFM.. hukuman yang anda terima dari bapa.. tadi AG cakap selalunya mak akan simpan kesalahan kita dan bagitahu kat ayah.. ayah yang akan bagi hukuman.. tapi saya pulak.. sama je.. dari ibu pun dapat dari abah pun dapat..

masa darjah 3, saya pergi belajar main basikal.. jiran sebelah rumah, belikan anak dia basikal.. anak dia baya saya.. so, kita cubalah main.. tapi mula-mulakan tak tahu imbangkan badan..sekali jatuh terseret lutut kat jalan.. maka, berdarah lah kan? Dah sakit, tapi tak boleh nangis.. kena buat hati kental sebab kalau saya menangis kena pukul nanti dengan ibu.. tapi bila balik rumah ibu nampak kesan luka tu kan.. kena pukul lagi.. dahlah sakit kat lutut tu tak hilang lagi, kena pulak pukul… sebabnya, pergi guna basikal orang lain.. ibu tak suka kami pinjam barang ni…

Pernah sekali cakap “bodoh” dengan adik saya yang no 2.. masa tu darjah 4 ke 5 ntah.. ibu ikat kami kat kerusi makan.. lepas tu cili kan mulut.. sakit hoiiiitt…bisa je mulut tu.. cakap “aku kau” dengan adik pun kena macam tu jugak… nangis lah kami 2 beradik kat kerusi tu.. tadi punya gaduh kan.. Bodoh sana bodoh sini.. sekali menangis berjemaah pulak.. 

siti hajar & siti hawa
 orang kata muka kami sama.. 
tapi saya rasa tak sama pon..
sebab dia gelap dari saya.. muehehehe:D

Adik saya yang no 3, dia jenis lasak dan aktif masa kecil..dia seorang je yang lain macam lasak dia.. dulu kan ibu suri rumah, sambil tu ada jaga anak orang.. sepupu saya dia jaga.. lepas kemas depan, ibu masak.. sekali pergi depan, tengok bersepah balik.. tu kerja adik no 3.. siap panjat sana-sini.. last sekali, ada masa tu ibu penat sgt agaknya.. ibu ikat dia kat kerusi..dulu kan kerusi sofa tu buat daripada kayu ataupun rotan.. ibu ikat kat situ.. tapi adik saya ni mana nangis kena ikat.. dia gelak-gelak lagi adalah.. saya balik sekolah tengok, dia tidur dah kat kerusi tu… 


insya'Allah dia bakal bertunang lepas raya ni.. :)


Kalau dengan abah, masa tu saya darjah 6 adik no 2 darjah 4.. balik sekolah kiteorang pergi pusing kawasan rumah naik basikal.. dengan tak tukar baju sekolahnya.. lepas tu bila jumpa kawan-kawna kan tak ingat dunia.. sedar-sedar dengar azan.. kelam kelibut lah bawak basikal balik rumah.. tapi silap besar.. abah dah balik dulu dari kiteorang.. kena duduk luar sampai isyak weh.. malu! Sebab rumah saya tepi Jalan, orang lalu lalang pergi masjid dan surau lalu tepi rumah kiteorang.. jadi tontonan umum lah.. tutup muka je kiteorang.. dah isyak, baru abah bukak pintu.. masuk dalam rumah abah diam je, tak tegur pun kiteorang.. terus pergi mandi, makan dan buat homework..

Ada sekali saya terkepitkan tangan sepupu saya kat pintu kereta.. perghhh.. kena libas dengan abah.. sampai demam-demam saya.. tak sengaja pun…tapi kena jugak.. 

Kalau nak di ikutkan banyak lagi hukuman pernah kena.. sebab parent saya memnag garang dan very strict… kawan-kawan saya cakap, kalau dorang dah lari dari rumah dah.. ehh, dulu saya pun terfikir nak lari dari rumah.. tapi masa tu belanja sekolah pun 50sen.. ada hati nak lari dari rumah? tapi dah besar ni takde lah kena pukul lagi..last kena pukul form 3 kot.. tapi sesekali kena tinggi suara tu adalah.. hehehe~~