30.9.13

romantika de amor

nak tahu tak... ala.. kalau tak nak tahu, kita nak cerita jugak.. hehehehe:D

saya ni suka sangat baca novel cinta.. kalau dulu suka baca novel yang kalau tidur malam tu termimpi-mimpi sekali.. hahahaha.. mimpi jadi heroin lah..lepas tu bayangkan hero dia macho.. i iz tak minat orang hensem.. ahahaha.. suka cuci mata je tngok orang hensem ni.. tapi memang tak minat lah yer.. eleh, korang pun suka kan? haaaa... ngaku cepat!

kalau sekarang dah ke arah islamik sikit.. baca novel2 cinta islam.. :) sweet jugak tau sebenarnya..

saya memang suka sangat babak-babak sweet romantic.. kang kalau dah baca memang senyum tu tak reti nak cover.. lepas tu rasa hati berbunga sangat-sangat... mula lah nak berangan kan??

tapi............


....


berangan je mampu yer.. berpijak di bumi yang nyata... 


sebab kalau betul2 scene romantik tu berlaku pada saya.. saya akan kaku gila.. dan tak tahu nak react macam mana.. lagi pun.. i olls ni pemalu yer.. #silajanganmuntah









                                                                                                                                                                        

garang eh?

semalam makcik sedara call saya.. mintak tolong jadi pengapit dia nanti... dalam tengah bercakap tu.. dia tanya "eh..apasal kau ni garang pulak?"... hahahaha...

reality nya saya bukan seorang yang bersuara lemah lembut lemah gemalai.. siapa yang selalu bercakap dengan saya mesti tahu.. bila tiba-tiba saya buat suara lembut.. mereka yang dah biasa dengan saya mesti tanya.. "kau kenapa?"

siapa yang truly knowing me.. tahu saya lembut macam mana.. actually, taklah kasar mana.. but this is me.. 

perhaps kena belajar dengan kawan-kawan yang bersuara lemah gemalai... kot?

happy working everyone..

#tak senang nak bahagiakan orang..bila hati sendiri pun masih lagi tak bahagia#

26.9.13

perbualan ibu dan anak sulung...

semalam baru start kerja untuk this week.. Isnin dan Selasan amik annual leave.. saje nak kasi clear.. boss dah bagi hint suruh clearkan..

kiranya dapat cuti 4 hari direct lah campur weekend.. tapi weekend tu memnag tak kemana.. duduk melangut saja kat rumah...

Isnin dan Selasa pula saya bawa ibu pergi settle kan hal rumah.. insyaAllah end of this year nak pindah rumah.. banyak perkara kena settle kan.. so, tukar position jadi driver kejap :P

Ibu ni kalau anak-anak dia kat rumah, dia nak keluar kan.. mesti bagi hint.. suruh bawak dia.. dia malas nak drive dah.. 

ibu : ibu nak pergi rumah wan (nenek) ni. nak ikut tak?
saya : malaslah orang...
ibu : dah lamakan kau tak jumpa wan?
saya : minggu lepaskan ada pergi jumpa?
ibu : tu minggu lepas.. 

ibu : jar.. tak keluar ke?
saya : keluar kejap lagi..pergi makan dengan kawan..
ibu : balik cepat sikit.. ibu nak pergi beli barang ni..
saya : haa..pergi je.. orang bawak kunci..
ibu : ibu tunggu kau balik ni..

haaaa... tu dialog biasa tu... nak suh kita drive dia ke mana-mana.. nasib baik dia pergi mengurut dia tak suruh kitaorang bawak..kalau tak.. masak nak menunggu.. urut orang kan lama?

Isnin lepas pergi tengok progress rumah... 

ibu : Nanti kita pindah masuk, kita buat kenduri doa selamat lah ye..
saya : Pilih tarikh yang banyak cuti public.. tak payah nak minta cuti..
ibu : bulan 2 boleh lah kot kan?
saya : nanti orang tengok kalendar..
ibu : senang buat kenduri doa selamat dengan majlis merisik ke majlis bertunang ke.. takde 2 3 kali kerja..
saya : siapa pulak nak bertunang bagai ni?
ibu : >senyum<

bagi hint suruh tamatkan zaman bujang.. wakakakaka... sebenarnya selalu je ibu bagi hint macam ni.. kita buat tak tahu je.. kang ada yang sentap menyentap kang.. 

ibu : ingat sikit..tahun depan umur 25 tahun dah...

pleaseeeeee... tak sukalah orang remind pasal umur..
nak je reply balik.. "ibu ingat sikit.. tahun depan umur ibu 46 tahun dah.." heee~~~

entry apakah ini?

25.9.13

Kalau hati dah suka?

Tadi bukak Beautifulnara.. Fizz Fairuz plan nak bernikah dengan Almy Nadia next year.. 

kat sini kita dah boleh tengok betapa sayang nya Almy kat Fizz ni kan?

kalau saya.. ntahlah.. 

tapi back to basic..

Jodoh tu semua ketentuan Allah..

:)

Hati perempuan ni, kalau dah sayang.... susah nak lepaskan.. kau buat lah apa pun dengan dia.. dia still standing beside lelaki tu..

saya ada kawan yang memang pandai bab-bab belajar ni.. memang handal lah kalau in term of academic.. tapi bab bercinta memang bodoh.. hahahaha.. siapa yang tahu full story mesti kata, "apasal kau bodoh sangat? cinta kat lelaki macam tu?"... tapi nak buat macam mana kan? hati dah suka.. kita bagi lah ceramah panjang menjela macam mana pun.. dia tetap dengan "aku suka kat dia.. aku sayang kat dia.."


23.9.13

Tips Matang dalam Percintaan.




#8 Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa

Anda tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.

==> saya kawan je dengan semua orang.. tak kira umur dan tak kira pangkat..

#7 Menambah ilmu

Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.
Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.

==> tontonlah semanis kurma.. hehehehe.. banyak sangat input yang kita dapat..

#6 Membaca surat khabar

Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja. Dan yang paling penting tahu tentang isu semasa yang berlaku sekarang

==> tengok berita kat tv je.. sesekali je baca paper..

#5 Merubah gaya ber-SMS

Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya.
Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak memahami maksud dan nilai CINTA.

#4 Belajar daripada pengalaman

Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”. Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza. Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda untuk menjadi sang pencinta yang baik.

==> baca blog korang.. serius! macam-macam saya dapat belajar.. :)

#3 Elakkan daripada bercinta 24 jam!

Bukan anda seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri diabaikan. Anda bukan lagi di peringkat sekolah rendah.
Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia. Kalau dahulunya, kita ke universiti untuk belajar tanpa memikirkan soal kerja dan duit. Tapi sekarang, kita sudah berada di alam pekerjaan iaitu alam dewasa. Banyak tanggungjawab terletak di atas bahu kita. Sesekali ambil masa untuk SMS si dia diwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.

==> rimas eh kalau 24 jam nak sms dan call.. i'm not that kind of person..

#2 Tahu yang mana serius dan yang mana gurauan

Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta. Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.

#1 Ubah penampilan anda

Kalau dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda  setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai tshirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama pasangan anda.
Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu
*   *   *   *   *   *   *   *


Maturity is a matter of time. Tidak perlu terlalu memaksa untuk menjadi dewasa kerana ia akan datang sendiri daripada pembelajaran dan juga pengalaman hidup.


sumber : Zon Cinta

20.9.13

Jumaat dah kan?

Bestnya.. hari ni dah hari Jumaat.. >__<

hari ni masuk ofis lambat sikit..malam tadi tidur tak lena.. asyiklah terjaga je.. belakang badan ni masih rasa sakit.. tak tahu nak describe sakit dia macam mana.. tapi yang penting sakit dia rasa macam ngilu2 kat tulang..


ni gambar semalam..




 kamera 360 ni..



pendedahan sebenar

yang ni no filter..
tengoklah warna kulit tu..
tak sekata.. 
ni dah pakai bedak tau..
tapi takde pakai foundation apa pun..
bedak sajo...
 eye bag tu memang sahabat sejati dari dulu..


ni gambar nak pergi kerja tadi..
kamera 360 yer...
pipi tu!!!
biasa sungguh mengembang sampai macam tu sekali!


dah 2 minggu saya start diet.. tapi baru 2 kali buat exercise.. hehehehe.. tu pon tak sampai 15 minit dah termengah-mengah.. badan penuh dengan lemak memang begitu lah kan? tapi setakat ni alhamdulillah.. dah kurangkan pengambilan nasi.. hoyeahhh!!

19.9.13

Amanah Saham 1 Malaysia

Siapa ada baca surat khabar ataupun dengar kat berita pasal dividen AS1M (Amanah Saham 1Malaysia)? Tinggi dividen dia 6.60 seunit. nak tahu klik sini dan sini .. gila best dapat dividen macam tu. tapi masa saya dengar berita kat tv tu, saya tertanya-tanya.. bila eh dorang war-war kan pasal saham ni? Lepas google punya google dapatlah jawapan.. saham ni diperkenalkan tahun 2009.. masa tu tak kerja lagi.. mana nak amik tahu pasal amanah saham semua ni.

PM umumkan akan ada pelancaran Amanah Saham yang baru. tapi saya lupa apa nama nya. insya'allah nak amik part dalam amanah saham ni. sebenarnya tak berapa nak faham pasal amanah saham ni. tapi not a big deal, sebab google kan ada? hehehehe.. dari google macam-macam kita boleh tahu. amanah saham bumiputera selalu tak habis ataupun tak berapa laris kan? tapi cuba bagi kaum lain? memang cepat je habis kuota dorang.

kalau nak ikutkan, umur 24 tahun ni. simpanan memang takde. tetiap bulan ngam-ngam soi je. tapi kalau nak servis kereta untuk bulan depan atau nak beli something yang a bit pricey pandai pulak saya buat bajet. so, dari situ saya sedar yang ada benda boleh di cut.

mata wang kita makin rendah nilai nya. jadi kena banyak berjimat cermat lah kan? kalau ikutkan nafsu.. memang takkan puas punya dan duit memang takkan cukup. hidup ni tak kaya tak pe, yang penting takde hutang menghantui hidup..

nasib baik ada kesedaran dari umur 24 nak ke 25 tahun ni.. walaupun terlambat tapi better late than never right? dunia sekarang.. apa pun perlukan duit.. even cinta itu perlukan duit ya.. :)

Sakit Belakang

Semalam saya MC.. tak tahu kenapa dah seminggu lebih sakit belakang.. tak boleh duduk lama.. kalau time tidur pulak saya kena try macam-macam posisi.. dah macam ibu mengandung pulak kan?

yang bestnya, semalam pergi klinik.. saya cerita lah sakit saya ni.. doktor tu tak pegang ke tak check apa pon.. bagi ubat sapu macam minyak panas tu.. hoitt... kalau minyak panas kat rumah pun ada! nasib baik klinik panel company.. kalau still rasa sakit lagi saya terus nak pegi hospital.. nak buat x-ray kat belakang.. saya pasti bukan sakit urat sebab dah suruh ibu urut.. still sama.. 

dah lama tak update blog dengan berfaedah.. faedah lah sangat! hahahaha.. sebabnya takde story yang best.. weekend duduk rumah diam-diam..

Tapi saya suka BW blog korang..

have a nice day!

13.9.13

to someone

bukan kepandaian ku untuk berkata-kata..
bukan aku orangnya jika mahu bermadah..
sebab aku suka straight to the point..

but i love writing...


harap jelas!

12.9.13

Period Punya Cerita



Tak tahu lah nak cite camne kan.. sebab I olls malu sikit cite bab-bab perempuan kat public ni.. tapi nak taip jugak kat sini.. 

Saya tak ingat sejak bila period saya tak regular. Tapi yang paling latest saya perasan tahun ni. Itu pun sejak saya guna application kat fon. Kalau tak.. memang haram nak ingat.. cycle yang normal selalu 28 hari kan? Tapi saya mesti lebih more than 28 days. Pernah 2 bulan tak datang. 

Sejak datang period saya tak pernah pun kena senggugut. Kalau kena pun just mild pain. Tak macam orang lain yang sampai berguling-guling. Saya masih lagi boleh pergi kerja dan buat apa-apa aktiviti. Tapi since this year. Saya mesti rasa macam nak patah pinggang sebelum period. Really pain! Sampai rasa nak nangis sebab nak duduk tak boleh nak berdiri pun tak boleh. Serba tak kena jadinya.

Saya nak makan jamu. Tapi saya google, anak dara tak elok makan jamu sebelum kahwin. jadi, kena tukar cara.

Tanya ibu dia tak pernah macam saya, unless dia pregnant lah kan. 

Kalau pergi jumpa doctor, dorang ada buat scan ke eh? Scan yang macam mana pulak.? Siapa ada pengalaman boleh tolong saya yea..

Ada kemungkinan tak penyakit lain datang? zaman sekarang ni macam-macam penyakit ada..

11.9.13

Perasaan......................

Perasaan bila orang ramai tegur badan kita..
Perasaan bila pakai size M tapi macam ketat lah pulak..

Perasaan itu semua sedih okay!

kenapa masa sekolah dulu wat lek wat peace je pasal berat badan...

isskkkk...

memang kena plan strategi untuk diet dan jugak kena tingkatkan displin diri...

sepanjang masalah gemuk dari dulu sampai sekarang.. memang tak pernah pakai size L.. tapi certain baju ada lah jugak.... cuma minor case je L tu..


tingkatkan displin kurangkan berat badan.. !!

Chaiyokkkkkkk....

10.9.13

kenapa lama takde up resepi?



Ada silent reader hantar email.. kenapa dah lama tak update resepi masakan.. jawapannya? sebab saya dah lama tak masuk dapur.. kalau masuk pun setakat masak mee segera atau pun masak simple-simple.. sejak raya lepas busy open house every weekend then this month pulak busy menghadiri jemputan kahwin.. cer cite camne nak masak? 

Setiap hari bekerja ibu yang masak.. kalau weekend tu adik yang masak.. kakak dia memang makan kat luar je cite nya.. 

Bila time busy on weekend.. memang busy sangat.. kadang rasa nak baring setengah jam kat katil pun tak boleh.. ada je hal nya nak kena buat.. sejak raya tu pun saya dah lama tak iron baju full.. selalu saya iron 1 almari terus.. so, takde lah nanti terkejar pagi-pagi nak iron baju.. ahad lepas sempat iron untuk this week je.. minggu ni pun ahad ada kenduri kahwin.. 2 orang kawan sekolah rendah..

Seriously saya rindu nak buat kek.. sebab dah lama sangat sangat tak membakar kek.. tapi sekarang ni proses diet lah! So, kena postponed sampai tak tahu bila.. hehehe.. diet konon.. tapi bila orang buat makan-makan kemain laju kan?

Hari ni office ada buat bowling tournament.. ada hadiah untuk siapa paling banyak bola masuk longkang.. Rasa-rasa saya ada a huge opportunity to win that.. hahaha.. last main bowling 3 years ago dengan kisah-silam.. korang bayang kanlah... 


9.9.13

Belajar untuk hormat orang.

Bila satu pangkat kita naik itu di kira peningkatan yang baik. maknanya kerja keras kita di pandang dan juga di iktiraf oleh semua. tapi once you dah naik level, you got staff bawah you. kadang-kala staff tu lagi lama kerja dari you kan? dan dia pun ada banyak pengalaman and perhaps they got more skills from you.

jangan ingat orang bawahan ni macam kuli. sometimes mereka jadi orang bawahan sebab nasib tak menyebelahi mereka. rezeki semua oang berbeza-beza kan? jangan mendabik dada sangat. lagi pun, tak tahu sampai bila kau kat position tu. sekali Allah tarik rezeki kau, memang ke bumi kau tersembam.

kalau nak orang respect kau kena belajar respect orang dulu. don't expect sebab kau orang atasan orang kena rexpect kau. 

kesian jugak kan dengan orang yang rasa pangkat dia tu hebat sangat. pangkat dia tu dah tinggi sangat. memang kesian sangat sebab takde nilai sivik dalam diri tu.

kata-kata cinta : jangan mengeluarkan kata sesuka hati kelak kau makan balik kata-kata kau tu.

Aina E-day

Hari Sabtu lepas, kawan segonjeng kawan sekepala dah pun bertunang... happy sangat!! 

Dari minggu lepas saya dah buat janji dengan kawan-kawan yang lain.. nak pergi sama.. saya boleh je pergi sorang sebab dah biasa sangat kat rumah dia ni.. tapi yelah, nak meriahkan suasana kena ramai-ramai.. hikhik:p yang ajak tu pun sekepala jugak...

Presenting......


...



...



...





 

Aina on her e-day..
truly she's vey beautiful..
make-up yang sangat kena dengan dia..


oh..dia ni memang pandai survey..




masa tengah bersiap..





just nice..
make-up dia tak terlalu heavy kan?



ni seni picture dari Nelly...



 Mimah ni dah jadi mak orang pun kurus kering...

tensi lah tengok..


 Wani mommy-to-be..

memasing excited nak tangkap pic dgn wani..
masa Mimah pregnnat, dorang ni tak menyempat nak jumpa dengan beliau..

anak Mimah..
Aryan Bazil..


 Mini pelamin diy by herself..

nanti aku tunang memang nak panggil dia ni haa..wat kan pelamin..

 gemuk nyaaaaa~~~





 Aina & Amezar

Saya sampai rumah Aina ni around 12.30 macam tu..masuk bilik tengok Fatin ngan Layla tengah buatkan hantaran.. sebab ada orang sedekah kan barang lagi buat hantaran..so, both of them buatkan lah tapak hantaran tu.. pihak lelaki datang lambat.. around 2 lebih kalau tak silap.. so, memang tak boleh nak tunggu sebab Nelly nak masuk kerja pukul 5 petang..

takpe, yang penting majlis berjalan dengan lancar.. nanti bila majlis besarnya, aku teman kau eh.. :)



yang takde dalam gambar ni Fatin dan Mimah...


dalam ramai-ramai tu kami bertiga paling rapat...
saya seorang je masih pegang tittle solo...
huwaaaa... sedih tau..
tapi semua masih keep in touch..
so, no hal lah!..
hehehe...



6.9.13

mudah mengucapkan.

Bila melihat orang sekeliling kita di timpa musibah, dengan segera kita mengucapkan "sabarlah"..
Semua orang tahu, sabar itu separuh daripada iman..
Senang perkataan sabar tu di ucapkan, tapi tidak mudah untuk memujuk diri kita bersabar..

semua pernah lalui saat getir, tapi tak semua berjaya menyabarkan diri dalam keadaan singkat.
sebab manusia itu berbeza sifatnya.
fahami jiwa orang lain, sebelum mengungkapkan kata-kata.
kita tak berada di tempat mereka kita tak merasai, kita cuma mampu memahami.


Kadang kala kita perlu bersendirian untuk seketika.

4.9.13

#WW Painful Feeling


campur sana sini

a few days ni penuh our walls and news feed dengan amukan atau amarah sebab harga minyak naik.. untuk saya yang dah ada kereta ni.. terasalah jugak, even-though kereta I tank dia kecik je.. tapi bila nak berjalan jauh pasti terasa kan?

Last weekend saya pergi Terengganu dan hantar adik masuk Universiti Malaysia Pahang di Gambang... total lost duit minyak RM140.00.. kalau laa ni, tak tahu lah total cost berapa..

bagi pihak bawahan memang akan terasa harga minyak naik.. walaupun sekadara naik RM0.20 tapi impak nya amatlah besar.. barang harian naik harga.. kenderaan sekarang ni bukan lagi kehendak tetapi kewajipan.. lagi-lagi yang dah ada family..

tapi tak payah lah kita nak memekak di laman sosial.. tak memberi kesan apa-apa pun.. just accept it as our fate kena bayar macam tu.. kita kenalah pandai manage financial bulanan kita..paling utama kena berjimat...kalau boleh naik public transport, why not? kan? tapi tu lah, bukan semua tempat ada public transport ni.. mohon kerajaan buat MRT dari Klang ke Damansara... senang sikit saya nak pergi kerja..

 my parents at Masjid Kristal


mendamaikan pemandangan mata..



gemok >.<"

till then~~

bye

3.9.13

LUAHAN RASA #1

Lately ni rasa tertekan..

sana sini orang mengata..

memang betul apa di kata..

tapi tuan badan tak dapat terima hakikat..

seriously... saya nak K U R U S!!!