31.3.14

Tips apabila kereta di langgar

Khamis lepas, balik kerja dengan perasaan yang gembira... ntah kenapa happy sangat pun tak tahu... sedang elok, memandu nak pulang rumah... dunggggg!!!  kereta di langgar dari belakang.. 

masa detik pertama tu saya terdiam.. macam tengah fikir.. betul ke orang langgar kereta aku ni?? lepas tu tersedar... terus rasa nak marah.. berhenti kat tepi... call abah dulu.. sebab tak pernah berhadapan situasi macam ni... 

kereta yang langgar pun Myvi juga... keluar tengok, bumper dah retak... panas hati! saya terus tanya.. macam mana boleh langgar? sebab jalan tengah jem.. kereta memang slow je.. dia cakap tertekan minyak.. terus saya tangkap gambar sana sini... abah cakap, tangkap gambar kereta dia, roadtax dan juga lesen dia.. patuh je daku mengikut kata abah.. yelah, kang jadi lain sendiri susah..



saya tanya pasal nak buat report.. then, dia suruh saya ikut dia.. gila jauh bawak.. balai polis mutiara damansara... padahal kena langgar dekat dengan damansara uptown lama tu.. kena amik u-turn je.. untuk pergi balai polis tu.. ni, kemain jauh dia bawak.. saya pun redha kan je.. masa dalam perjalanan pergi tu, kereta bunyi-bunyi.. bunyi tayar bergesel.. dup dap dup dap hati saya.. fikir takut tayar meletup je.. 

sampai balai polis, polis tu kata kalau buat report, immediately kena pergi trafik kat PJ Old Town.. hari Jumaat equal dengan jalan jem sana sini.. dengan hujan lebat lagi.. macam mana?? saya dah blur.. polis tu suggest pergi tanya bengkel estimated berapa.. tapi bengkel kat situ tak boleh nak estimated.. haaaa... mendidih lah hati ni.. dia kata, jom tengok your car.. okay, tengok.. siap kata dengan saya.. ni ketuk sikit sini.. masukkan balik...bla..bla..bla... saya dengar kan je.. pasal tak kuasa nak bersuara.. takut tertinggi pulak volume suara ni kang.. dia bagi saya RM250..


balik lah rumah... esoknya pergi Perodua.. kawan saya kerja perodua..dia tengok.. estimated harga RM1000 macam tu.. sebab bumper tu dah pecah dari dalam yer.. bonet pun kemek sikit... tapi tak boleh siap dalam masa yang cepat.. saya nak siap dalam masa yang cepat.. fikirkan Isnin kang nak pergi kerja naik apa? kurang-kurang kena tinggal 3 hari kat perodua.. kalau kerja dekat-dekat dengan rumah.. saya tak kisah... ni nak berulang dari Klang ke Damansara... 

last sekali saya pergi bengkel kat Seksyen 7.. nama bengkel tu Deen Auto Workshop.. owner dia Melayu... orang kita ni selalu kurang percaya dengan melayu kan? kata buat cincai lah apa lah.. tapi saya tawakal je.. sebab saya seorang ke hulu ke hilir mencari bengkel.. dia kata Sabtu petang dah boleh amik.. tapi cat kena tengok dulu macam mana.. sebab takut tak kering ke apa ntah.. total damage RM700.. of course lah orang tu yang langgar... saya puas hati lah dengan keadaan bumper baru.. kalau korang nak pergi sini.. dia dekat dengan cendol seksyen 7 tu... cari nama tu yer.. insyaAllah pakcik ni boleh di harap..

pada kaum hawa yang lain.. pesan saya.. bila kena langgar macam ni.. amik gambar semua.. bukti tu biar jelas... :)

Jealous mood turn on.

tengok orang bertunang atau berkahwin...
memang feel jealous tu ada..
nama pun manusia..
mestilah ada sifat jealous tu..
tapi perasaan jealous tu masih dapat ku bendung..

bila dah lepas majlis.. 
back to normal..

tapi!!!



saya sangat cemburukan orang yang dah ada baby comel2...
ergghhhh.. 
sumpah jealous tahap gaban..
lagi-lagi mereka yang sebaya dengan saya...atau lagi muda..

salah seorang kawan baik saya...
sedang mengandung anak ke-2!
oh maiiii...

jealous mood turn on..


dah ada sifat mak2 ke apa sampai macam ni sekali...

kalau orang tahu... mesti cakap... cari suami dulu yer...
^_^

Allah sedang merencanakan sesuatu yang baik untuk saya.. =)

26.3.14

Berbalik pada Al-Quran

Kalau kita scroll FB sekarang.. kemain banyak kan spekulasi, teori atau kemungkinan berkaitan dengan MH 370.. banyak sangat.. sampai penat nak baca.. well, kepochi tu memang middle name of rakyat malaysia.. 

memang ramai tak puas hati sebab bukti kukuh tak di jumpai.. waris mangsa nak bukti serpihan kapal terbang atau pun mayat mangsa... tapi ikutkan akal logiknya.. Lautan Hindi tu besar.. bergelora dengan ombak.. kedalaman ke dasar pula, terlalu dalam...kita hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan usaha pencarian ini.. 

Tiada yang musathil bagi Allah.. 

semalam tengok program Assalamualaikum kat TV9.. tetamu jemputan Ustad Don dengan lagi seorang Ustad.. minta maaf, lupa nama ustad ni.. tapi memang selalu ada program ceramah kat TV9..

Ustad tu kata, PM dah umumkan "ended" di lautan Hindi.. janganlah, keluarkan balik statement "haa.. hari tu saya nampak kat situ pesawat besar.."... benda dah jadi.. kalau statement tu di keluarkan balik, boleh jadi menyulitkan lagi misi pencarian ini.. boleh jadi, melukakakn hati waris mangsa.. siapa tahu kan? sebab tu dalam Islam, kalau takde apa yang baik untuk dipercakapkan.. senyap itu lebih baik..

Amin, sebagai pengacara mengatakan bahawa CNN telah menabur pelbagai fitnah pada negara kita.. macam-macam benda teruk di keluarkan.. iya, mereka adalah kuasa besar berbanding negara kita.. untuk menghalang mereka dari menyertai sidang media, itu menunjukkan kita tidak bersifat matang.. sebagai orang matang dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlu tunjukkan contoh yang baik.. dan paling utama.. berdoa.. Doa supaya tiada anasir dari luar yang mahu memecah belahkan negara kita.. doa supaya MAlaysia sentiasa dilindungi.. kekuasaan Allah tu tak terbatas.. percaya dengan setiap janji-janji Allah.. 

Dunia sudah hampir ke penghujung nya.. pengikut Dr. Morsi di hukum gantung..tetapi sedikit pun mereka tak gentar.. kerana mereka menegakkan ISLAM.. Yahudi memang dari dulu mahu menentang Islam..

sedikit demi sedikit kehancuran dilakukan di bumi Islam.. kalau tengok balik siri penjajahan dan pengeboman.. ajaran Islam adalah paksi negara tersebut.. dan mereka tahu kebenaran ajaran Islam.. 

antara kita ramai yang leka.. pelbagai insiden dah berlaku ni... kita kena berbalik semula dengan Al-Quran.. mukjizat terakhir untuk umat Nabi Muhammad..

25.3.14

di selubungi kesedihan. #MH370

Satu Malaysia di selubungi kesedihan,
Bahkan, satu dunia turut berkabung.

Sudah tertulis ini akan terjadi,
sudah direncanakan oleh Allah.

Akal fikiran kita mungkin mahu mengatakan sesuatu,
tapi kita perlu terima hakikat, Allah tu Maha Berkuasa.
Apa yang mustahil bagi kita, tiada yang mustahil bagi Allah.

Di sebalik kejadian ini,
tanpa kita sedari,
terkandung seribu satu hikmah didalamnya.

mungkin ada mempersoalkan di mana mayat mereka?
dimana serpihan kapal terbang?

bumi Allah ni terlentang luas,
lautan itu bergelora,
sedalam mana dasar laut itu?
betapa kerdilnya kita di sisi Allah.

24.3.14

Fish Manhattan..

Bulan lepas saya beli voucher Fish Manhattan kat Groupon. harga RM49 untuk dua orang. saya memang tak pernah lagi makan kat sini. selalu tengok-tengok dari luar kedai. tak tahu pun apa yang sedap kat sini. nak try, beli lah voucher ni. saya pergi outlet Setia City Mall... Fish Manhattan ada banyak outlet jugak rasanya..


the main menu.
lupa lah apa..
tapi seafood lah..
 
 
yang ni hidangan sampingan...

overall, saya tak berapa gemor.. hahaha.. untuk pergi kali ke dua, tunggu orang belanja jer lah..

korang kalau nak try makan benda baru.. cuba usha ke Groupon.. 

berbaloi-baloi...

21.3.14

Pernah tak korang rasa?

Pernah tak korang rasa...
ada benda nak cakap dengan seseorang...
tapi bila dah jumpa..
blurrrr~~!! tiba-tiba takde benda nak kau cakap kan kat dia...

Pernah tak korang rasa...
nak sangat jumpa seseorang...
tapi bila dah berjumpa..
rasa menyampah pulak..

Pernah tak korang rasa....
happy sangat-sangat..
kalau boleh nak senyum sampai ke telinga...
tapi bila fikirkan balik...
apa yang buat korang rasa happy??
takde apa pun....

Pernah tak korang rasa...
Rindu sangat...
tapi...
rindu kat siapa?
rindu pada apa??

Pernah tak korang rasa....
semua ni???


20.3.14

Percutian bajet ke Penang part 1

Minggu lepas, hari Jumaat pergi becuti ke Penang @ Pualu Pinang. rasa nya dah lama tak dengar orang cakap Pulau Pinang, selalu panggil Penang je.. moden kata nya.. :p

Plan bercuti ni dah lama ada.. tak dilaksanakan je.. tau je lah memasing busy.. nak pergi sorang, macam tak best.. kang siapa nak tangkap gambar kita? hehehe :D gambar tu penting yer..

Nama pun percutian bajet.. maka hari-hari saya survey dan baca dulu di blog orang lain.. apa yang boleh jimat dan apa yang tak boleh di jimat...

Day 1 (Jumaat)

Hari khamis tu, lepas balik kerja saya bertolak ke Perak. bermalam di rumah kawan saya, sebab rumah dia dah sepadan dengan Penang. kalau dari Klang kena bertolak lepas subuh lah kan? kalau dah bertiga ni. memang lepas pukul 8 pagi lah bertolak.. pukul berapa pulak nak sampai?

 berpandukan signboard je..

 jalan kosong je..


Sampai Penang around  10.30 pagi kalau tak silap. yang best nya, dapat naik Jambatan kedua Pulau Pianang.. yang lagi best, free!! hehehe.. kalau nak masuk Penang kena bayar, nanti korang keluar dari Penang tak kena bayar pun..jimat sikit budget kami..=)

sampai je terus waze ke Chulia Heritage Hotel.. tak sesat langsung.. terus je sampai.. semalam RM100.. hotel ni terletak betul-betul di tengah bandar Georgetown.. memang senang ke mana-mana..nanti review pasal hotel ni.. lepas check in, terus keluar pergi cari breakfast.. bilik ready pukul 2 petang kan? so, moh, kita cari makan.. jalan kaki dari hotel ke Nasi Kandar Line Clear.. tu kan famous amous among Malaysian..

around 11 pagi masa ni... kedai Line Clear ni memang clear pagi tu.. hehehe.. takde orang.. mungkin belum masuk waktu lunch kan? dari hotel ni, jalan ke kanan sampai jumpa signboard, Line Clear.. dalam 5 minit je.. dekat sangat! macam-macam ada.. pilih je! Nasi kandar sebenarnya nasi putih dan kuah yang di campur.. tapi kat sini saya pilih nasi beriani... sedap!! terbaik sangat..!


harga RM7.20
kuah campur!!
ayam tu memang besar sungguh laa...
tak perasan ayam tu belah 4 je..
kalau tahu amik tang peha..
memang tak terhabis pun ayam tu..
 


amboi pipi tu...
kembang setaman...


gambar zaman dulu-dulu kot?
macam mana Line Clear dulu..
kot lah..


nanti sambung eh...


19.3.14

WW Penang Island



12.3.14

Janji Melayu

Ya Allah..

menggigil-gigil marah aku ni..
minggu lepas kata nak hantar..
ni dah seminggu..
sekarang aku kena tanggung hadap sorang-sorang..

currently : menagih janji MELAYU

tolong lah berpegang dengan janji....

bukan nak malukan kaum snediri..

I had been waiting from last week..
then, promise at 11am today..
now!!! pukul 9.30malam..

kau citer macam mana aku tak marah???

Crunchiness Caramel kepingan badam rangup!


Ni produk terbaru dari saya.. Crunchiness Caramel. Kepingan badam yang rangup tu.. :)

sekali kunyah benda ni, memang terus gian nak habiskan sebalang.. saya sendiri bakar seloyang untuk diri saya sendiri.. tak boleh minta tolong dari adik2.. kang dorang suap mulut sendiri..

nak buat door gift pun boleh tau.. siapa yang buat majlis perkahwinan ke majlis bertunang ke majlis cukur jambul ke.. boleh je order.. harga kita runding ya.. =)

siapa nak meh order, RM15 sebalang exclude postage.

wechat id : ciksitihajar29


10.3.14

#MH370

jangan jadi keyboard warrior.
jangan jadi penganalisis.
jangan jadi seperti tin kosong, bunyi lebih apa pun takde.

silent is better for now.

we do not know what happened to them.
just pray to Allah, cause HE knows better.

walaupun tiada ahli keluarga atau rakan dalam #MH370, tapi kita bersatu atas sebab nyawa itu tiada nilainya..


7.3.14

Resepi Lasagna

minggu lepas saya buka order untuk Lasagna Beef.. ada seorang kawan saya mintak untuk buatkan Lasagna Ayam..  Jumaat, Sabtu dan Ahad saya pulun buat Lasagna.. orang tak pernah berniaga.. jadi, agak kelam kabut lah timing kan.. lagi, nak COD.. alhamdulillah, saya takde masalah untuk COD pada customers.

MyResepi <- Klik

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g daging cincang 
  • 1 botol prego (yang kecil)  tomato puree
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)- bawang Holland
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
  • 1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
  • 1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
  • Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak)- Capsicum
  • Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  7. Panaskan susu. buka api perlahan. bila susu dah suam, masukkan tepung dan kacau sehingga tidak berketul. kalau berketul sila skim. buang yang berketul tu.
  8. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  9. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  10. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  11. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  12. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
  13. Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :)
  14. Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce (curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye)
 

versi saya..

pada customers: terima kasih kerana membeli dari saya..
halalkan mana terlebih tekurang tu yer.. :)

Kisah percintaan hangat dan kontroversi - u know who-

kisah yang paling hangat minggu pertama di bulan Mac... semua tahu kan??

taknaklah komen panjang-panjang.. tapi bila baca balik satu per satu statement yang dikeluarkan tuan badan... rasa nak gelak je.. sendiri cakap terbelit-belit.. macam mana tak kena hentam dengan masyarakat..

lagi-lagi kalau kat Malaysia ni.. perempuan yang ada tittle perampas ni memang kena bash teruk.. orang kata hanya perempuan je faham hati perempuan.. tapi kau ni dari spesis mana pun tak tahu lah kan? 

mula-mula statement DUDA.. alik-alik, kes penceraian masih tak settle lagi kat mahkamah.. so, bukan lah DUDA ye.. kalau pun dia tak sebumbung dengan isteri dia.. tapi status dia masih lagi SUAMI orang.. 

yang paling lawak sekali.. suruh isteri orang tu minta maaf pada dia..? 

meh baca kronologi kisah ni kat chronology-hanez-suraya-romie-liyana-manan

kalau saya lah jadi isteri orang tu.. angkat kaki, jalan je.. memang bukan mudah jadi ibu tunggal.. tapi, hati kita sendiri taklah asyik rasa pedih je kan??

Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar. Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu - HS
Memang dalam Islam takde karma.. tapi faham tak balasan Allah? dan dosa sesama manusia tu kena mohon dari manusia itu sendiri.. gila punya statement? tu kalau kau jaga baik dia tak jaga baik?? senasib lah kau dengan Puan Liyana ni ya...cakap jangan mendongak ke langit je.. kang satu hari tersembam kat tanah.. baru lah kau nak menyesal kan?

Apa perasaan anda (Hanez) jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri Mr. R - Puan Liyana
Apa perasaan anda? dia takde perasaan kak.. pasal tu dia buat macam ni... 

tak faham manusia yang takde sifat perikemanusiaan ni... 1 day, kau mesti akan rasa apa yang Puan Liyana rasa.. she's not jealous.. dia tak nak anak dia di kenali oleh masyarakat Malaysia.. cukup lah kau dah ambil bapak dia.. takkan dengan anak dia pon nak sebat sekali.. being a mom and u will know what she's felt!!

6.3.14

makanan di ragui

Selalu kalau lepak dengan kawan-kawan lelaki.. dorang lagi prefer lepak mamak.. lagi-lagi kalau malam.. malam je mamak.. mamak je malam.. hahaha.. padahal kedai mamak sekarang ni buka 24 jam..

tapi saya kureng sikit kedai mamak.. lagi-lagi kalau perut lapar.. sebab tak semua kedai mamak saya lalu nak makan.. minum tu boleh lagilah.. kalau makan tu.. alahai.. ada lah juga kedai mamak yang saya confirm boleh makan.. ada je saya makan.. mi goreng mamak tu feveret ai tau!

saya ada pengalaman yang mendukacita di kedai mamak.. tu pasal saya kureng sikit dengan kedai mamak.. 

lagipun, kadang-kadang kedai mamak ni sebenarnya kedai India.. so, halal tu di ragui kan?? 

benda yang was-was ni jatuh haram kalau tak silap.. maka, kalau boleh kita elak.. kita elakkan..

saya pernah baca.. ada orang pernah tak makan kat luar seumur hidup.. sebab mak dia pesan.. kalau boleh makan masakan dari orang yang solat.. sampai macam tu sekali kan dia jaga pemakanan dia.. :)


stress kerja

semalam stress sangat dengan kerja... sampai petang rasa macam nak menitik je air mata ni... kalau kerja sendiri, dah lama dah cabut dari ofis..  balik pergi delivery Product Injection Vitamin C kat customer. rumah dia pulak dekat dengan Setia City Mal.. 

Ambil peluang terus meronda Setia City Mall.. tak dapat shopping takpe.. window shopping pun dah cukup kan? perempuan je tahu perasaan ni.. hehehe :D

ni yang saya hantar semalam.. terima kasih membeli dengan saya!

ada juga saya dengar kata suntikan vitamin C ni tak bagus.. bagi saya bergantung macam mana kita amik..
kalau setiap hari nak suntik.. memang mendatangkan penyakit lah..

sebelum nak mengambil apa-apa jenis suntikan.. fikir dulu, diri kita ada masalah apa? jerawat ke, banyak parut jerawat ke..

kalau dah memang tiada masalah.. masih nak ambil juga.. tak  boleh nak kata apa lah kan?

insyaAllah, dengan cara yang betul takkan memudaratkan kita.. :)

5.3.14

Semangat yang hilang

Rasa nak give up.
Takde semangat.
Takde inspire.
Tapi cepat-cepat beristighfar.
Allah tak suka pada mereka yang mudah berputus asa.

Teringin nak bertukar angin.
tapi masih tak diberi peluang baru..

saya jenis yang cepat bosan melakukan perkara yang sama.
Saya suka kan cabaran.

Indah nya angan-angan, indahnya dunia imaginasi.
Realiti kehidupan takkan pernah sama dengan imaginasi.
Mungkin 1 dalam 10000 akan dapat kehidupan seperti alam imaginasi.

Wahai semangat. Jangan pergi lagi. Perjuangan masih di sini. Aku perlukan kau setia di sisi.