28.5.15

sehari sebelum 26 tahun...

Hari ni hari terakhir berada di umur 25 tahun.. setiap kali nak celebrate hari lahir.. memang saya akan rasa teruja.. ntah kenapa rasa seronok.. padahal bukan ada orang nak celebrate pon birthday kau..


gambar ni sehari sebelum umur 24 tahun..



sehari sebelum berumur 26 tahun...


:)

hari ni puasa sunat khamis..
harap-harap semuanya berjalan dengan lancar lah..


25.5.15

Kalendar 2016

tahun ni rasa cepat sangat.. tup tup dah nak masuk Jun.. hoitttt... dah kenapa rasa tak sedar apa tau-tau dah Jun.. sedar pun sebab dah nak masuk Ramadhan lepas tu Raya.. ehhh.. kemain cepat pulak..

baik di Instagram mahupun Facebook; peniaga online dah buat marketing untuk jualan raya.. cookies dan baju raya.. saya pulak jenis tak reti nak beli awal-awal ni.. kang nanti ada je yang tak puas hati... kalendar tahun 2016 pun dah keluar tau..


this for Malaysia

banyak long weekend..
ni yang kita nanti-nanti kan...
:)


ni untuk Selangor..

dapat ni pun dari FB..

advanced kan... date 2016 pun dah ada...





No words can explain.




22.5.15

Gembira tapi ada sedih nya.

semakin rasa berjauhan dengan orang sekeliling...


ya, 

tanggungjawab berbeza...
hidup sudah berubah corak nya..


masa semakin pantas berlalu..
semakin jauh memecut..


meninggalkan aku yang masih di sini...



sumber google


#sedihdalamkegembiraan

Salam Jumaat : AIB

Jangan kita mencari keburukan orang lain. 

Jangan kita membuka aib orang lain.
Jangan kita buka aib diri sendiri..

sebab 



Allah pun menyimpan aib kita...




selamat pagi Jumaat!

21.5.15

Review Bert's Cafe Seksyen U12, Shah Alam

Seperti biasa, cerita ni dah basi... ampunnnnnn...


ada satu hari tu, kawan saya ajak pergi makan.. lepas tu dia tanya ada idea tak nak makan kat mana? kalau menambah lelemak ni memang kesukaan ramai kan? korang pun suka kan? jadi on the way balik rumah google sana sini... well, dunia di hujung jari.. kalau boleh nak klik image terus keluar real food depan mata... hehehe:p hamboihhhh berangan over betul...

saya berjumpa dengan Bert's Cafe di Seksyen U12, Shah Alam.. jangan tanya kat mana? sebab tempat ni macam tersorok sikit dari pelusuk Shah Alam tu.. maka, guna kan kuasa Waze.. unfortunately, Waze tak berapa nak bijak malam tersebut.. sesat barat pusing-pusing di tempat yang sama.. time perut betul-betul kebulur dia buat perangai ye!! selepas berhempas pulas... sampai lah kita di hadapan kedai ini..


gambar kredit : fwzhonestbites

masa saya sampai tu full house.. yes, dinner time kan? you kena order dulu.. tapi masa tu kami duduk dulu sebelum fikir nak order.. sebab kan saya yang google, so saya berkenan menu Butter Chicken with Rice.. kawan saya order Nasi Lemak pada mulanya.. tapi takde rezeki.. habis sudah.. saya add on Pavlova.. 

Nak di jadikan cerita.. saya tak tahu kenapa cafe ni kelam kelibut semacam.. kami order 2 Butter Chicken with Rice.. yang datang nya 1 je.. lepas almost 45 mins baru sampai lagi 1.. 2 kali waiter tu datang tanya benda yang sama.. bad service! kalau fast food memang dah kena jerkah dengan customers...

kedai ni hak milik bumiputera kalau tak silap saya..



mungkin pisang dah habis kot time ni..
tak nampak pun...



dia ada jual cookies..
fresh baked kalau tak silap..



sila zoom yer..



harga makanan not bad.
affordable..
cuma tak banyak pilihan..
dia ada sediakan menu special of day..




pavlova..
tak sedap..



not bad..
so-so je..


manggo selasih..

lepas tu tengah makan, waiter dia bagi paper bag without saying anything.. saya tengok dalam ada mini pavlova.. saya tanya waiter yang lain, saya dah makan habis pavlova tu... 
 rupanya dia bagi complimentary sebab tunggu lama kan.. tapi yang pelik nya.. waiter yang hantar paper bag tu takde mulut ke???

saya cakap dengan kawan saya.. this is the first and last...

kalau korang nak usha boleh pegi facebook dia..


complaint pasal jem

Pelik dengan sesetengah orang ni.. hari-hari complaint jalan jem.. 20 hari bekerja dalam sebulan, tak pernah pun kau datang awal.. mesti lambat setengah jam.. kalau tak nak jem, jadi boss kat rumah sendiri... kalau dah tahu jem.. tak boleh ke keluar awal sikit?

mungkin sebab dia berpangkat... jadi tak berapa nak kisah lah kan datang lambat? siapa yang nak tegur? 

Waktu pagi kat Lembah Klang ni, memang akan jem.. sama ada jem bergerak atau tak bergerak.. 

benda common pun nak kena orang bagitahu ke?

cakap je lah suka datang lambat ke ofis...

hari-hari compalint benda yang sama.... tak penat ke?

20.5.15

#WW Belon Happy Birthday




sumber : google image


Nak benda ni!


19.5.15

Tips memulakan diet

Kalau nak diet ni memang kena berdisplin.. kalau tak.. memang tak jadi apa lah.. so, kita kena prepare dari segi mental dan fizikal yer.. meh tengok apa yang patut kita buat sebelum diet..

Sebelum nak diet, tentukan berapa target berat badan yang korang nak. Sila check BMI masing-masing. nak tau kira BMI klik sini BMI Calculator .... yang penting kena target yang normal yer.. jangan gedik nak below normal.. target ni penting supaya kita tak lost track.. tapi, weight is just a number sebab sometimes tak hilang banyak kilogram tapi banyak inch lose.. kiranya, boleh pakai seluar atau baju lama walaupun berat baru turun 4kg.. 

kenal pasti diet yang kita nak buat.. yang famous sekarang ni Diet Atkins.. banyak jenis diet ada dalam dunia ni.. diet kalori, diet 7 hari.. nak tahu google je.. yang penting khatam betul-betul sebelum mulakan diet tu.. sebab apa pun yang kita lakukan, mesti ada side effect.. choose wisely you diet plan..

lepas dah kenal pasti diet tu, buat menu untuk seminggu.. supaya senang kita beli barang dan tak melalut.. contoh, diet 7 hari, dia ada menu yang kena kita patuhi.. hari pertama buah, hari kedua sayur dan seterusnya... dari situ kita boleh ingat apa yang kita boleh makan apa yang tak boleh.. lagi satu, tak payah membazir beli benda yang tak perlu.. bear in your mind, nak diet ni, suka tak suka kau memang perlu ada duit.. 

yang paling akhir sekali.. kalau jenis yang tak suka bersenam.. korang try naik turun tangga je.. kalori terbakar jugak... ni untuk buat kita jatuh cinta pada aktiviti fizikal..




Let's D I E T!!




18.5.15

Tips untuk gembira setiap hari


morning peeps!
;')

14.5.15

warna baju sama dengan pengantin

Masa 1st May tu PH... jadi memang ramai lah yang amik kesempatan nak buat majlis...

mula-mula fikir takde masa nak pergi majlis kawan saya yang ni..
sebab kenduri kawan sekolah teknik..
sekali geng2 tekcik cakap pergi lambat kenduri Layla..

saya terus call Kak Norsiah..
tanya nak pergi tak..
so, on!

masa sampai tu nampak pengantin lelaki tengah tunggu signal.. nak berarak...
saya pandang je baju pengantin lelaki..
alamakkkkk...

saya pakai baju yang sama warna dengan pengantin..
hahahaha..
kuning ni memang sama..
kak Norsiah : kenapa kau pakai sama kaler ngan pengantin?
tergelak saya..
mana lah saya tahu..

selalunya sama tema tapi lain kaler dari pengantin..
yang ni memang sebiji sama..

rasanya next time kena tulis kat kad..
warna tema pengantin.. 
muehehee




pelamin buat sendiri..
tahniah abang Hafidz dan kak Farha..
lama sangat bercinta ni..
:)

untuk kesekian kalinya...

my middle name is careless!

untuk kesekian kali nya..
saya lupa kat mana saya letak kad pengenalan dan juga lesen memandu..

hadoiyaiiiiiiiiiiiiiiii!!!

kau tahu tak..
IC tu dah dekat 7 kali di buat..
dulu selalu kena pick pocket...
yang ni hilang sendiri..

mana nak cari 300 nak menggantikannya???????

tengah usaha sebaik mungkin mencari nya.. harap-harap adalah ye..

amin~~!

12.5.15

Review Makan Di Sukiya

Ada satu hari tu.. hari selepas bergaji.. termengada pulak tekak request makan macam-macam..

so, lunch pergi ke 

S U K I Y A

ni restoran Nipon  (Japan). 


ada tanda  Halal di situ..
makan tanpa was was dan tanpa ragu ragu..



menu dia..
tak banyak choice..




air dia pun tak banyak choice..


saya pelik..
kenapa air Green Tea dia tak bewarna hijau??



ni menu pilihan saya..


ayam teriyaki..
sebenarnya takde sayur tu..
sayur tu ambil dari set tofu yang kat atas ni..
dia ada size Small, Medium and Large..
size ni untuk bowl..
kalau nak makan nasi banyak.. mintak size L..
yang ni saya amik size S je..
tu pun kenyang..
sebab nasi dia macam pulut sikit...

harga tak ingat..
tapi total ni RM12.90

..



11.5.15

Hari Ibu 2015

semalam hari ibu...

tahu, hari hari adalah hari ibu.. kan?
tapi semalam.. macam sambutan lah kiranya kan?
korang celebrate macam mana??



tengah-tengah ni ibu saya..
kang ramai kata kakak..
jelesss wuu~~

she's 47..

saya beli 1 slice kek..
beli sehelai jubah..
jadi lah dari takde kan??

:)

selamat hari ibu pada semua yang bergelar ibu!

anugerah terindah dari Allah adalah memberi kamu gelaran tersebut..


Cendol Food Court Giant Shah Alam

Bulan ni bulan kelahiran saya.. kononnya nak diet.. nak celebrate birthday dengan badan yang kurus.. #citacita tinggi sangat ni.. hahaha.. 

weekend lepas, berderet pulak invitation orang kawin.. haiyooo.. masing-masing nak kawin sebelum puasa.. ada 4 invitation sebenarnya... tapi pergi 3 je.. tak larat dah weh... dengan sekarang ni bahang bukan main lagi.. pasang aircond paling kuat pun tak rasa apa.. apa pun nak wish pada semua newly bride and groom...

Selamat Pengantin Baru
Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa mendapat berkat dan rahmat Allah.
Selamat bercinta hingga ke syurga.. 
Hari Sabtu (9May), balik dari rumah Farah kat Teluk Panglima Garang, kawan saya cakap jom lah kita ke Morib.. dia teringin coconut shake.. minggu sebelum tu kami ke sana.. saje duk lepak tepi laut yang tak berapa nak jernih air nya tu.. hahaha.. sekali kau.. dengan panas berdenting tu, kami ke Morib.. apa pun takde! ada event apa ntah kat Pantai Morib hari tu.. kesian kat dia.. huuuu~~ 

Semalam balik dari kenduri Shai, saya ajak dia makan cendol.. moh ler kita makan cendol kat Giant Stadium.. tekak ni macam terasa-rasa cendol tu.. orang kuat makan memang macam ni.. hahahaha..



saya suka sangat cendol kat sini..
kurang manis dan kurang lemak..
tengok gambar ni pun tertelan air liur lagi..
hahahaha

dah korang, pergi Gianta Stadium sana..
cari gerai cendol..
ada 1 je pun..
yang ni RM3.40 je..
sebab dia special..



Bila ada orang cakap...

Bila ada orang cakap.. "kau mesti bahagia sangat kan sekarang?"
saya akan terpinga-pinga sebentar... kat muka saya ni ada tulis status ke? ~tengah bahagia~ hikhikhik:p

I rarely received this kind of statement.. 
tu yang pelik kejap..

satu masa dulu, saya seseorang yang all out.. apa saya rasa apa yang saya tengah hadapi semua saya akan write down in media social.. either in FB or twitter or in this blog.. sebab bagi saya hanya dengan menulis, saya akan rasa cool down.. biar pun orang cakap-cakap belakang.. saya tak kisah saya tak peduli.. sebab ni kehidupan saya..

bila makin dewasa ni.. makin berfikiran waras sikit.. heee~~ 
saya tahu, tak semua nya boleh di luahkan pada semua orang.. tak semua nya kita boleh nyata kan.. sebab nanti ada yang tersentap ada yang terasa hati.. dan paling takut bila ada yang mula mendengki dari sudut negatif.. 

bahagia tu subjektif.. kehidupan ni terlalu banyak makna bahagia yang kita akan dapat.. 
saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ni..
saya rasa bertuah sebab di beri pelbagai ujian dari pelbagai sudut kehidupan..
itu yang menjadikan saya bertambah matang dan kuat.. :)



tak kisahlah orang nak label kita apa..
janji kita bahagia..
ehhhhh...

hehehehe:D

I choose to be happy even though sometimes I felt so down.. 
^_^

9.5.15

Panggilan manja kepada makwe


sugar dan honey tu memang common kan?
start dari no 3 tu...
tergelak-gelak saya..

hahahaha...

ada kawan saya geli & tak suka dengan panggilan "B"..
ala.. macam Yuhanis panggil Tengku Zaril "Bieeeeee"

comel what...
kehkehkeh:p

8.5.15

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Simple


Ni bulan lepas... weekend yang tangan dah gigil nak memasak...
dari jumaat duk terfikir, nak amsak apa ye..
nak masak yang lain sikit...
sebab hari-hari biasa ibu dah masak...

bangun pagi-pagi pergi Pasar Besar Klang...
pusing sana sini,
tergugat dengan udang yang besar..
sekilo RM 28.. not bad lah harga dia..

beli lah sekilo...

maka, terjadi lah menu di bawah..
heee~~

tadi kata nak masak special..
tang mana special nya kalau takat masak lemak udang...
kehkehkehkeh:p




Resepi Masak Lemak Udang

Bahan2:

Santan Kotak 
 3 batang Cili Hidup **
 Secukup rasa Cili Api **
1 biji Bawang Merah **
5 ulas Bawang Putih **
 2 batang Serai **
sedikit serbuk kunyit
Udang

Cara2 :

Blender bahan bertanda ** sehingga hancur lumat..
masukkan dalam periuk beserta santan.. saya guna santan kotak KARA...
tak payah letak air.. 
agak-agak santan dah nak menggelegak, masukkan udang dan serbuk kunyit..
nak senang kunyit kan je udang tu.. 
sampai menggelegak, masukkan tomato kalau nak letak..
saya hiris kan sikit daun kunyit..
bagi bau naik..
perasakan garam..
siap!





ni pinggan saya pada hari tersebut..
kacang botol tu goreng sos tiram..
sambal belacan tomato..

makan macam ni je 3 kali bertambah..

#ripdiet




7.5.15

Kawan dari dalam perut dah kawin..

17 04 2015

kawan sejak kecik kahwin.. saya kenal dia since umur 2 3 tahun.. berjiran sebelah rumah.. betul-betul sebelah pintu je rumah dia.. kadang kadang boleh dengar bila mak ayah kitaorang marah.. heheheh:D

Dia tunang Januari lepas.. buat kecil-kecilan je.. tu tak bagitahu orang.. masa dia datang rumah, kata nak menjemput.. nak meloncat saya.. yelah, kita tak tahu yang dia dah bertunang kan? sebab dia  perna cerita yang dia nak kahwin bulan 8 this year.. sebab tarikh lahir dia dan pasangan sama.. so, dia nak nikah masa birthday dia lah.. tapi perancangan Allah tu lagi hebat kan?

dia datang menjemput pun 2 weeks before majlis.. sebab ayah dia tak sihat, baru lepas operation.. tu yang tak de masa nak pergi jemput.. 

bila cerita kat Aza, dia pun terperanjat..


tinggi suami dia..
saya dengan syahida ni jenis kemetot je...
ni pun dia dah berdiri atas pelapik kaki tu..


masa ni dia boleh cakap..
"tadi aku dah doa jodoh untuk kau.. nah! pegang bunga ni amik berkat.."
speechless saya..
dia cakap dia pernah dengar ceramah "pengantin baru elok doa kan kawan supaya ditemukan jodoh.."

sayang kau ketat-ketat


tengok muka saya.. berpeluh-peluh..
maklumlah.. cuaca sekarang ni panas berdenting...





Aza yang menghitung bulan nak menjadi isteri orang...



hari bersanding dia pakai kaler peach..
sweet je...

semoga kebahagiaan ini kekal bersama sehingga ke syurga..


6.5.15

Nelly Bertunang.

Cerita banyak sangat pending.. sebab kekangan waktu untuk menulis.. tapi kena jugak tulis dalam ni.. untuk kenangan kata orang.. 

Geng sekolah teknik, sorang lagi dah menjadi tunangan orang.. Nalia @ Nelly.. 1st time jumpa tunang dia masa 31st Dec 2014.. dia bawak bodyguard ni lepak sekali.. okay je orang nya.. boleh sekepala.. memang ngam dah.. kata Nelly dah lama kawan.. tapi on off.. 

Kiteorang memang terperanjat bila dia jemput datang majlis tunang dia.. siap mention.. korang jangan gelakkan aku.. boleh pulak bagi amaran.. 

Majlis 12 April.. dah nak sebulan dah..

Majlis start around 4++.. masa saya sampai rumah dia, dia tengah make up.. kawan dia make up kan.. cantik.. natural je.. lagi-lagi Nelly ni tak pernah make up.. memang lain.. 


jangan di tanya siapa nama tunang dia..
dia suruh panggil Mr.Bobo..




tak dapat lah nak bayangkan Nelly ayu sopan atas pelamin nanti..


geng-geng kami..
#geng outsider ; #geng pedegek

yang takde dalam gambar ni Pejort dan Wani.
Pejort kerja; Wani anak demam panas..

Masa nak ambik gambar kat atas ni.. Aina tanya bila majlis besar nya? Nelly buat-buat tak dengar.. Adik dia yang jawabkan.. birthday Nelly nanti.. bulan 10 ni.. semua terkejut.. tak lama je lagi tu.. lepas tu sorang-sorang bagi tips.. yang dah kawin lah.. hahaha.. Nelly cakap kena berzumba dah ni untuk kurus.. heee~~ chaiyok chaiyok!!



dalam group ni yang single tinggal kami berdua..

Bell : Jar, aku chop akhir tahun depan tau..
Aku : Amik lah Bell.. aku bayang tahun pun tak nampak lagi..

sebelum-sebelum ni, bila orang tanya, kau bila lagi? Nelly mesti jawab.. akhir tahun.. tahun bila tak tahu lagi... heee~~


Aten ni sejak preggy.. cantik gila kulit dia..
flawless betul..



welfie picture kena ada...

Bell : nampaknya macam kena marathon je kejar korang..

nak marathon kalau ada calon tak pe.. ken? kalau single available ni.. nak marathon guaner?