29.8.12

WW Rindukan Zaman Ini


muda belia kan?? ce bandingkan dengan pic kat sebelah.... :)

28.8.12

Berkaraoke meringankan stress


Mesti ramai yang suka karaoke kan?? Orang kata nak lepaskan stress dan tension dengan karaoke.. tapi bukan saya.. kalau nak ikut pergi karaoke boleh.. tapi jangan lah sampai 3 jam.. tak larat nak teman.. saya jenis ang tak suka nak berkaraoke reramai.. kalau nak kaaoke dalam kereta je.. time driving.. tu lah masa saya berkaraoke…





Tapi kalau orang yang bebetul suka karaoke ni.. memang artis karaoke.. memang tak dapat di tahan-tahan laa.. kalau boleh tiap-tiap minggu nak buat konsert kat pusat karaoke tu..

saya kenal karaoke masa tingkatan 2 kalau tak silap.. saya pergi dengan kawan-kawan.. dulu sabtu kana da kokurikulum kan.. balik je dari sekolah, shoot pergi bandar klang.. sekolah saya dengan bandar klang hanya 10 minit berjalan kaki.. dekat sangat..

mula-mula dulu masuk karaoke jamban tu.. yang masuk duit pilih lagu.. satu lagu seringgi kalau tak silap saya.. time tu melalak lah tak beringat tapi yang tak bestnya, bilik sebelah punya nyanyian pon kita boleh dengar… bila masuk form  4 , upgrade sikit.. pergi karaoke yang ada bilik tu.. bilik pun luas sikit.. tapi tetap boleh dengar orang sebelah punya nyanyian.. masuk zaman kerja, lepas sekolah.. lagi hebat.. pergi pusat karaoke.. yang bilik besar dan sunyi.. sebab tak dengar bunyi dari bilik sebelah..

sumber google


saya hanya mengikut kawan je pergi karaoke.. nama saya nak berkarok sesame.. takde laa.. tak suka.. hahaha… then, bila saya masuk kolej.. oang ajak berkarok.. aduhhh.. memang tak pegilah.. saya rasa saya sorang je kot yang tak suka karok.. kengkawan lain memang hebatlah berkarok…

Cuma, yang saya peliknya.. stress dan tension boleh dilepaskan dengan pergi karok.. tempat tu bising.. kalau saya lagi menambahkan stress je… lain orang lain pandangannya kan? Bila dah meningkat umur ni.. lagilah saya tak suka berkaraoke… kalau stress dan tension saya tak boleh dengar bising-bising ni.. kang jadi baran je kang…


Satu je lah yang saya nak pesan.. kalau pergi karok tu.. jangan lah sampai berjam-jam lamanya… tak rasa membazir dan buang masa ke??

27.8.12

Duit raya sebagai sedekah.. :)

Dulu masa zaman kanak-kanak, paling raya best sebab dapat duit raya lah kan… pergi sana-sini dapat duit raya.. kemain happy laa.. jangan kata budak-budak, kita yang dah cukup umur ni pun, kalau dapat duit memang happy sokmo laa…


sampul untuk tahun ni >.<


Tahun ni saya masih dapat lagi duit raya.. dapat 3 sampul rasanya.. tak banyaklah.. makin lama makin menurun.. hikhik:p alhamdulillah lah jugak.. masih dapat..sebabkan adik saya yang no 2 tu berbadan besar dari saya.. so, orang tanya die, “dah habis study ke?” dia jawab “baru habis praktikal..”  bila saya salam, terus bagi duit raya.. eehhh… mesti die ingat saya belajar lagi.. sebab adik saya beritahu die baru habis praktikal…

saya dan adik di raya ke-2

Zaman belajar dulu memang sedaplah dapat duit raya.. lagi meriah dari budak-budak.. hahaha… zaman tu lah paling best dapat duit raya… kalau tak silap beratus-ratus jugak saya dapat... dulu duk fikir, macam mana rasanya bila dah tak dapat duit raya.. hahaha... sekarang alamilah sendiri...

saya start bagi duit raya since last year… Alhamdulillah ada rezeki lebih… rasa seronok jugak sebab bagi budak-budak duit raya.. itu namanya sedekahkan.. so, buat amal jariahlah sikit… kalau nak tahu sejak kecik lagi saya adik beradik takde dapat duit raya dari parents… kalau orang lain mungkin, puasa penuh dapat duit raya kan? Kami tak di ajar kan sebegitu… saya pon tak bagi lagi adik-adik duit raya… muahahaha=p rasa janggal taw!

Kita akan happy bila orang lain happy.. rezeki Allah tu kena kongsi sebab tak semua yang kita dapat tu milik kita


kredit google..

memang apa yang kita beri tu, insya'allah akan di beri semula kepada kita berlipat ganda.. mudah-mudahan kita ikhlas bersedekah...





24.8.12

Raya 2012

Raya tahun ni saya sempat menunaikan solat sunat raya.. Alhamdulillah.. memang dari awal puasa lagi saya dah berazam nak menunaikannya.. sejujurnya, ini solat raya yang pertama sepanjang saya hidup.. harap tahun depan ada rezeki lagi nak pergi solat raya..
Tahun ni raya, tak banyak gambar..sekeping dua je.. sebab charger battery kamera hilang pulak! Misplace sebenarnya.. dah duk kemas umah sana sini.. lupa letak mana.. macam nak nagis pun ada.. tapi kena jugak tangkap gambar.. nak buat perbandingan tahun ke tahun.. hikhik:p
Raya pertama seperti biasa hanya di Klang sahaja.. dan raya ke dua di kL.. orang pulang ke kampung kami sekeluarga pulang ke bandar..
Tahun ni, jujurnya saya memaafkan setiap orang.. dan tiada apa-apa pun yang tersimpan dalam hati ni.. insya’allah hati saya akan tenang lepas ni..
Minggu ni mesti penuh dengan open house kan?? Siapa-siapa nak jemput meh habaq awal-awal.. ececehh… cam ado je orang nak ngajak…



pipi yang gebu.. ^_______^"

Kerja Selepas Cuti Panjang

Assalammualaikum...

Selamat pagi semua... alhamdulillah, jumpa lagi dengan Jumaat... hari ni 1st day masuk office after long holiday.. saja je amek cuti sampai smelam khamis.. sebab kalau start kerja hari Isnin saya takut tak sempat settle kan semua kerja yang tertunggak.. selalunya Isnin adalah masa paling busy bagi saya...

so, hari ni mood okey!! yippiee!!!



kredit google


later will update again.. :)

15.8.12

WW Kad Raya


Selamat Hari Raya untuk semua...

balik kampung tu jangan excited sangat.... bersederhana je yea...

14.8.12

Iklan Petronas 2012 - Stranger

Siapa dah tengok iklan raya Petronas yang baru??




ada pengajaran tersirat di situ.. ;)



iklan bernas pun best.. sedih...;p

13.8.12

Takde kemeriahan dah raya sekarang ni...

Lebih kurang dalam 5 hari je lagi kita kana meninggalkan Ramdhan dan menyambut kedatangan Syawal.. masa zaman kanak-kanak dulu memang seronoklah kalau nak smabut raya ni kan.. kalau boleh setiap hari duk kira balik bila nak sambut raya.. tapi lama-kelamaan saya rasa kemeriahan dan keseronokkan tu berkurangan.. bagi diri saya lah..
Mungkin sebab saya takde kampung.. dari rumah saya nak ke rumah nenek hanya makan masa 10 minit je.. kemudian belah ayah saya di kL.. pagi raya di klang petang atau malam raya di kL dan esoknya di rumah semula.. nothing to do at home.. hanya tidur je..
Sebelum-sebelum ni saya kerja pagi raya.. selalunya raya ke dua baru cuti.. tapi saya tak rasa berapa ralat sangat.. sebab kalau saya tak bekerja pun kekadang saya bangun lambat pagi raya tu.. serius.. kisah benar.. masa saya sekolah dulu, subuh raya tu ibu ralit menjahit langsir atau alas meja.. jadi, lepas subuh baru tidur.. pukul 11 pagi macam tu baru bangun.. bila saya kerja, pernah sekali saya cuti raya pertama, ibu cakap baik kerja dapat duit.. bagi orang yang dah kahwin tu cuti.. jadi, saya tak berapa kisahlah kalau kena kerja pagi raya.. setakat ni laa… esok esok dah jadi isteri orang tak tahu lah pulak macam mana gayanya kan?
 Tapi tahun ni first year dapat cuti seminggu.. mula-mula tak nak amik annual leave since my ibu pun memang tak amek any leave. After that my boss asked me to clear leave.. sebab leave ada lagi 9 hari.. sikit je 9 hari tu kan? So, I managed to take 3 days for Hari Raya. This Friday I will be on leave until next Thursday. Orang lain tanya kenapa taknak amik cuti sampai jumaat terus..? sebabnya bila dah alma cuti ni, banyak kerja pending kan? So, I taknak masuk kerja hari isnin nanti kelam kelibut.. for me Monday is equal to busy day..

10.8.12

Dugaan Bulan Ramadhan - Doa Selamat Dari Dengki

aku tak faham dengan sebilangan manusia ni.. puasa-puasa pun nak mengutuk orang.. nak cakap buruk pasal orang.. buka aib orang…


ambil iktibar sikit!


tersentap hati aku bila boss cakap macam tu.. someone mengadu pasal aku kat boss aku.. kalau cite  elok takpe.. ni bukan-bukan.. And I’m so lucky my boss jenis tak percaya sangat cakap orang..
After this memang aku akan extra berhati-hati lah….




Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan yang tinggi. Jauhilah aku dari segala syak wasangka dan fitnah. Ameen.


9.8.12

Chocolate Chips Cookies

Semalam balik keje laju-laju.. sebab semangat nak buat cookies untuk raya.. saya baliki betul-betul punctual.. nak kejar kedai bakery pun iyea jugak.. selalu bakery shop tu tutup kul 5.30petang kalau tak silap.. sekali pegi semalam nampak notis yang bulan Ramadhan kedai tutup pukul 8 malam.. **sigh**

semalam saya baking chocolate chips cookies atau bahasa melayu nya biskut chocolate chips..


sebelum bakar..
tak menarik langsung kan...




selepas di bakar..
warna bertukar jadi terang sikit..




ape motif ni?



dua cookies je gatai tangan letak chocolate chips kat atas tu..

yang lain chips dalam cookies yea.

Resepi nya saya ceduk dari myresepi
Resepi Chocolate Chips Cookies
Bahan-bahan ( 100 biji )
  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus  - 90g
  • 110g gula perang  - 90g
  • 100g chocolate chips – 150g
  • 3 sudu besar cocoa powder – tukar pada milo
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus) – tak letak
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu makan tepung jagung
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

yang warna merah tu version saya.. sebelum buat bulat kecik-kecik, saya simpan adunan ni dalam fridge selama 15minit.. sebab adunan ni lembik sikit.. jadi nak buat bulat-bulat tu agak payah..



8.8.12

Review Segi Seri 3 in 1 Steamboat, Shah Alam

Jumaat yang lepas saya buka puasa dengan kawan-kawan.. sepasang couple.. saya ni menyibuk je.. ehehhe… makan steamboat.. memula nak pergi Island BBQ Steamboat kat Kg. Melayu Subang tu.. tapi saya call kul 12pm, nak reserved.. dah full.. orang tu cakap full until ahad.. perghhh.. memang pack lah kan kedai tu.. then, saya google lagi.. dorang nak jugak makan steamboat.. sebelum ni saya dah bawak dorang pergi makan kat Flaming Steamboat.. this time nak try kedai lain pulak lah..
Google punye google jumpa kedai ni…

korang google lah eh..

Harga not bad.. RM33 before tax and service charge..:) affordable lagi…
Kat sini ada surau, tu yang bestnye.. tau lah kan kalau makan buffet ni kite mesti akan take more time kan? Puasa ke tak sama je.. =]

Kedai ni kat seksyen 23.. lepas dari bulatan kayangan amik jalan nak ke highway kesas tu… ikut situ..
Dengan semangatnya kul 5.30 petang dah sampai kedai ni.. ahahaha..kiteorang adalah antara yang terawal datang kedai ni.. lepas tu nampak dorang dah sediakan makanan untuk buffet..

tu semua ada makanan tu..
 banyakkan ??



antara sebahagiannya..
paling sedap ayam panggang madu...



sape yang datang hari jumaat,sabtu dan ahad..
dapatlah merasa kambing bakar ni..

saya tak merasa pun...
 kat sini kalau nak bbq korang kena panggang sendiri.. ada dua tempat khas untuk memanggang...
saya tak memanggang pun.. being lazy on that day...



aiskrim memang feveret sejak azali lagi..
dua kali beratur ambik aiskrim ni...











antara pilihan untuk di steamboat kan..
memang banyak pilihan...




sos pencicah..


overall makan kat sini not bad.. cuma kalau lambat.. cawan abis..dan susahnya nak suruh dorang ni amikkan kita cawan... then, kat sini meja agak kecik lah...



see my meja...

saya punya makanan je dah penuhkan meja..

okey, this week pun ada berbuka kat luar..

kedai yang mana.. kita tunggu yea...



WW Mencintai Allah







"Apabila kita mendekatkan diri dan mencintai Allah sepenuh hati kita, Allah akan mendorong orang yang kita cintai mencintai kita..." - Ustazah Siti Nurbahyah

3.8.12

Pengajaran sentiasa ada untuk kita.

Jangan percaya sangat pada semua orang.. dalam perhubungan juga… kepercayaan tu tak boleh diberi 100%.. In future if anything happen, mesti hati kamu koyak rabak.. Seriously! I learned that form my past time.. mungkin korang boleh cakap yang setakat ni pasangan korang jujur dengan korang.. setakat ni.. masa akan datang kita tak tahu.. manusia berubah..keadaan boleh berubah..


it's true..

Masa silam buat kita belajar sesuatu yang berharga dalam kehidupan kita.. pengajaran yang boleh diguna pakai untuk kehidupan kita sekarang dan masa depan.. setiap yang berlaku tu pasti ada hikmah dia.. yang kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya hikmah tu dah berlaku depan mata kita…
I am strong now because I learned a lot from my past time. I need to thank people from my past that makes me strong. Tak semestinya my ex je.. kawan-kawan dulu jugak…


what I'm wearing today..=]

Hidup ni cuma sekali.. janganlah kita persia-sia kan.. sekali kita buat silap besar, susah kita nak betulkan semula.. kita boleh betulkan kesilapan tu tapi kita akan rugi sesuatu..memang betul orang cakap kita belajar dai kesilapan.. tapi kalau kesilapan tu kita boleh avoid.. why not just avoid and do the right things.. it’s for your own life no others.

Dulu saya adalah seorang pendendam..seiously, memang dendam.. hati tak bersih kan? Hari ke hari saya fikirkan.. hidup ni kalau kita berdendam dengan orang.. hati kita makin sakit sebenarnya.. hidup pun tak bahagia.. jadi, perlahan-lahan saya belajar jangan dendam kat orang lain.. tapi sekali orang buat saya.. sampai mati saya ingat.. saya dah memaafkan.. tapi nak melupakan tu susah bagi saya..


percaya dengan ketentuan dari Allah..


saya sedang belajar mencari cinta Allah yang hakiki... sungguh saya lalai sebelum ni.. alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh-NYA unuk berubah...


Abby Abadi berbaik semula dengan Memey

Pagi-pagi jalan-jalan kat internet nampak story pasal Abby Abadi kini dah berbiak dengan Memey... berkat bulan Ramadhan barangkali kan... apa yang boleh dikatakan.. alhamdulillah...

lagi pun, takde apa lagi kot nak didendamkan oleh mereka ni...

nak tahu lebih lanjut baca kat sini erk... BeautifulNara... kat Mstar pon boleh jugak...

malas pulak nak menaip pepagi ni.... hehhehe..





cantiknya telekung ni....


keluarga bahagia.... =]

2.8.12

Review Restoran Murni SS2 , Petaling Jaya ..

Semalam buka puasa kat luar dengan akwan-kawan ofis.. mula-mula planning nak makan steamboat kat Ikea.. tapi hari selasa lepas saya pergi Ikea, tengok kedai steamboat tu dan jugak menu-menu yang dia ada.. tak best lah! Saya lagi suka makan steamboat yang jenis buffet tuh..
Jadi selepas google dengan jayanya, saya decide nak pergi makan kat Restoran Murni SS2.. actually kedai ni memang dah famous kat area PJ ni.. cuba google.. memang banyak review best pasal kedai ni..  
Disebabkan dah google, jadi kami tahu yang kedai ni memang akan penuh punya.. so, dengan jayanya pukul 5 terus pergi sana.. restoran ni dengan ofis saya memang dekat je… sampai sana dalam pukul 5.15pm rasa nya..awal gile kan? Takkan nak duduk kat kedai tu je.. kang bau makanan banyak-banyak makruh lah puasa kami.. jadi, kami tawaf satu SS2 tu.. hahaha… exercise sikit…
Pukul 6.10 datang balik kedai tadi… lucky tadi reserved meja.. datang-datang hampir 90% meja dorang dah fully book.. amekaw! Kemain ramai kan.. tengok-tengok menu dulu.. fikir nak makan apa kan… nama menu makanan kat sini memang interesting! serius!


ni pukul 7 kalau tak silap..
tengok budak tu makan.. i'm just wondering apa nama makanan dia makan tu..
looks delicious!



dia ade bagi free ni untuk kita berbuka...




cer tengok deretan gelas air yang di susun tu...
banyak kan? dan warna dia memang menikam kalbu...!

actually masa snap pic ni lupa nak off flash.. so, budak-budak lelaki tu terperasan lah..




this is mine!
Lili special..
ada laici, nata de coco dan juga tembikai...



manggo..
sedap jugak! memang rasa manggo laa..




ni nama dia "Be Happy"

haaa... unik kan???

harga air ni semua Rm 5.00 sebab ambik medium size..


nasi goreng chicken chop..
RM 12.00

sedappppp!



nasi goreng seafood...

ni rasanya biasa-biasa je.. tapi lauk dalam nasi goreng tu memang banyak!!



this is mine!
masa google semalam ramai suruh test "Mi Raja"
so, saya pun try laa..
"Mi Raja Special Tomyam"

sedap! bagi lidah saya cuma kurang pedas je..
RM9.00

saya makan ni memang kenyang gile!
siap tak habis lagi then saya tapau bawak balik rumah..



roti hawai..

tak sedap!
isi die ayam kisar + sosej + telur..
tapi kering sangat laa..
kalau basah sikit mesti sedap...


makanan kat sini kalau nak makan kena bawak perut yang bebetul kosong... kalau tak share dengan orang kalau tak nak membazir.. plate dia memang penuh...

overall puas hati sangat dengan kedai ni.. akan pergi lagi.. dan cuba menu lain... paling teruja nak minum air "I Love You"... hihihi... lepas puasa lah..


10 produk yang korang kena ada!

Ramai perempuan mesti banyak barang kosmetik dan juga penjagaan wajah dan kulit kat rumah kan? Kadang-kadang tu tengok dalam toilet tu.. fuhhh… macam-macam ada.. macam saya ni jenis yang ambik endah tak endah pasal skincare semua ni.. sebab saya ni ada banyak vitamin “M” (read:malas) dalam badan.. tu pasal saya kurang gemar sangat nak membeli barang penjagaan wajah ke diri ke kulit..
Then, after browsing web to another web.. saya jumpa benda ni! credit to yahoo beauty....
10 beauty products that must you have..
1.      Sunscreen – UV block kan?? ---- takde!
2.      Shampo --- mestilah ade..kang rambut busuk bacin


my choice!

3.      Hair conditioner --- kadang-kadang je ada.. bile teringat nak beli..
4.      Makeup remover --- takde! Just cuci muka bersih-bersih after that cuci muka guna pencuci muka..
5.      Eye cream --- takde!

sumber : google

6.      BB cream --- ade!
7.      Concealer --- ade!
8.      Blusher --- ade..!

sumber : google


9.      Lipstick  --- ade!
10.  Mascara --- ade, tapi tak pernah guna..
Not bad.. banyak juga yang saya ada kan?? Tapi ni saya rasa most of women or girls need that beauty product.. kan??
Korang-korang banyak tak beauty product??