30.3.12

anak-anak buah saya..

sekarang ni saya ada 4 orang anak buah belah ayah dan seorang anak buah belah ibu.. dan tak sempat pun nak tengok anak buah ni masih baby.. i mean masa dia bawah dua bulanlah.. 

yang latest tengok ni :


ni anak angah.. Dania nama baby ni.. pandai pandang kamera.. pandai ajak keluar rumah dah..


tapi anak buah saya ada seorang je lelaki.. tak pernah jumpa pon.. jauh nun di Nebaraska.. Wan Shakir.. selalu tengok pic dia kat blog ummi dia.. blog ummu syuhada



alaa.. comelnye!!
panggilan untuk saya? kakak ye.. kihkih(:

29.3.12

Untungnya di lahirkan sebagai seorang perempuan.


Hai kaum wanita... Allah amat menyayangi muu..~~
tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi' alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
50 Keistimewaan Seorang Wanita 


 1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

 2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

 3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

 4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

 5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

 6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

 7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi' alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

 8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

 9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

 10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

 11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

 12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

 13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

 15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

 16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

 17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10, 000 tahun).

 18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

 19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

 20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

 21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

 22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

 23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

 24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

 25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

 26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

 28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

 29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

 31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

 32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyade lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

 33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap- tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

 34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya. 35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

 36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

 38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

 39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

 40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

 41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda, "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nIscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

 42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

 43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

 44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

 45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

 46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

 47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. "

 50. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita


saya copy paste dari kawan FB.. tapi mana yang no 49 yea?
berbanggalah kita lahir sebagai seorang perempuan.. dan ucaplah Alhamdulillah.. 





27.3.12

Cara berkesan untuk menurunkan berat badan.

Air memang boleh mengurangkan berat badan kita.. tapi dengan syarat minum air kosong dan 8 – 10 gelas sehari.. bermaksud dalam 2 -3 liter kalau tak silap lah.. sejak januari hari tu saya memang dah start dengan semangat yang tinggi untuk mengurangkan berat badan saya..
Pada awal permulaan tu.. memang terasa susahnya.. sebab saya ni jenis yang suka minum air bergula.. serius.. kalau kat rumah.. sunquick tu je yang saya bancuh untuk minum.. nak minum air kosong ni memang tak lah… bila dah dengar ramai duk cakap salah satu diet berkesan adalah dengan minum banyak air kosong.. maka saya pon minumlah.. tapi secara perlahan-lahan lah perubahan yang saya lakukan.. sehari minum dalam 2 gelas.. lama kelamaan makin sukalah kat air kosong.. kat rumah pon dah tak heran kalau tengok sunquick tu dah habis…

Since saya dapat kerja baru.. saya memang mendisplinkan diri untuk minum 6 botol air mineral.. 1 botol mineral tu isipadunya 600ml.. so, 600ml x 6 = 3600ml.. 3.6liter saya minum dalam sehari.. kadang minum 4 botol je.. tapi tak kurang dari 4 botol lah.. saya akan minum banyak air kosong di ofis.. sebab bila sampai rumah.. saya hanya minum dalam 3 @ 4 cawan je.. sebab tak teringat nak minum air..
Kalau cuti memang saya minum air kosong hanya 1 liter – 2 liter je.. jarang jejak 3liter.. sebab malas nak pergi dapur.. hehehe.. boleh terimakan alasan ni.. tak jugak.. kadang tak teringat nak minum air.. bila lalu dapur baru teringat.. time tu paksa lah diri minum 2 3 cawan.. hehehe…


Ni botol air saya kat ofis.. satu ni boleh muat 1.3liter air.. selalunya saya minum sebotol before lunch.. after lunch sebotol setengah.. kalau busy.. minum 2 botol je lah.. kadang tak sempat nak habiskan.. dan sekarang saya hanya minum air bergula time lunch je.. limau ais.. ais batu pun dah kurang minum.. sakit badan memang dah rasa berkurangan sangat-sangat.. kalau tak dulu.. badan dah macam orang beranak 2.. sakit sana.. lenguh sini.. angina dalam badan memang toksah cakaplah..

Kalau minum air yang cukup memang kita akan asyik berulang ke tanas je.. tapi sebenarnya bagus macam tu.. sebab kita buang benda-benda yang kotor sebenarnya.. jadi memang muka saya ni.. sejam 2 3 kali berulang alik ke tandas…

26.3.12

zaman yang paling kita rindui..

Bila friends kat fb update pasal buat assignment or present ke.. memang saya teringat zaman blaja.. rindu sangat kot nak g kelas.. nak buat assignment.. last minit siapkan assignment… tak tidur malam semata-mata nak buat assignment… huhhh.. I really miss that moment…last minit study untuk exam dan test.. hehehe... saya ni banyak betul last minit nye...


Tapi mungkin belum masanya lagi lah saya nak sambung belajar… company saya sekarang ni memang galakkan untuk belajar.. ade cuti khas di berikan untuk exam.. tapi saya rasa saya tak ready lagi untuk jadi student part time…sebab kena betul-betul fokus.. kang belajar ke mana.. kerja kemana kan... lagi-lagi bila ada exam.. huhh..!



Dan yang paling penting sekali… saya rindu nak pakai topi bersegi sekali lagi… serius nak pakai lagi sekali...


muka budak-budak kan..
^_____*





see.. siap ada record lagi untuk last assignment..
ni lecturer kesukaan saya..
dan juga kegemaran seisi kelas..

:)


pada mereka yang masih lagi tengah study.. sila nikmati alam study tu dengan baik.. anda akan rindui saat-saat itu semula...trust me!

23.3.12

Hati perempuan dan lelaki yang lembut.

Hati perempuan ni memang rapuh.. walau luaran nampak kuat.. Nampak tegas.. Nampak garang.. tapi dalamannya tetap lembut.. mungkin ade segelintir yang tidak menunjukkan.. bak kata orang hati kering.. tapi siapa tahu kenapa die jadi negitu.. mungkin kerana dendam.. kerana luka yang masih berdarah.. kan..
Kita tak boleh menduga apa yang ada dalam hati orang.. mungkin depan kamu die tersenyum.. bergelak tawa dengan kuat.. tapi dalam masa lima minit kemudian.. mungkin dia menangis secara senyap.. siapa yang tahu?

Kadang tengah bercakap.. hati tengah menangis.. tapi di tahannya dalam jiwa..

Lelaki juga sukar untuk di dugakan.. kita Nampak die dengan perempuan sana.. perempuan sini.. tapi dalam hatinya tetap ade sorang je.. saya pernah baca.. walau lelaki tu dikelilingi perempuan.. tapi sebelum tidur die pasti teringat pada perempuan yang dia cintai dan yang die paling sayang.. tapi lelaki kan ego tinggi.. biasalah..lumrah hidup..

Perempuan pada dasarnya ada juga ego.. tapi kalau kena dengan caranya.. ego tu akan hilang..

Dan.. walau die sedang bercinta… tapi dalam hatinya tetap juga ingat pada lelaki yang paling di cintainya.. kalau berkahwin, die berusaha sedaya upaya untuk melupakan lelaki tersebut.. dan cuba mencintai suaminya lebih dari lelaki tersebut.. sebab apa yang boleh membahagiakan dia adalah cinta kepada pasangan hidupnya…

Allah tu Maha Adil.. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. dan sebaliknya.. cerminlah diri kamu untuk mengetahui bagaimana pasangan kamu kelak.. jika kamu rasa kamu jahat atau tidak baik.. maka, berubahlah.. sebab Allah tu Maha Mengetahui segalanya…



aku bukan yang terbaik.. tapi aku berusaha untuk menjadi yang terbaik…”


22.3.12

Bangkok Trip part 1

First time pergi ramai-ramai ke luar negara.. so, keterujaannya tahap maksima.. ehee.. flight dari KLIA pukul 4
petang.. pukul 5.45ptg saya dah sampai ke bumi suvarnabhumi.. Saya tak pernah lagi naik flight dari KLIA.. so, memang mengikut je apa orang buat.. Actually ni company trip.. so, follow je apa yang lain buat.. saya rasa kalau saya pergi sendiri.. memang tercongok-congok lah kat situ.. dah lah kawasannya besar kan.. haa.. mau terlopong je mulut… if I’m not mistaken the name of this flight is Thai Airways.. pramugara die hensem!! Pramugari die ramai yang dah berumur.. tapi cantiklah jugak.. dan takde lah tinggi macam pramugara-pramugari MAS.



airport..
Masa di Bangkok adalah lewat sejam dari Malaysia.. so, sampai sana je memang kena betulkan jam.. kalau tak… boleh tertinggal bas lah.. sampai sana memang teruja lah tengok keliling kan..  first day, takde apa-apa aktiviti sangat.. kami just check in hotel.. ohh yea, hotel yang kami duduk ialah AMARI WATERGATE Hotel.. according to my officemate this is 5 stars hotel.. nasib pergi company trip, dapat merasa tidur hotel 5 stars kan.. kalau pergi sendiri.. tak payahlah.. kirim salam je lah yea..

my room..
level 19th..

On the way to the hotel, pemandangan kat sana still ada hijau-hijau lagi.. yang bestnye, taxi kat sana warna pink ok.. taxi meter warna oren kalau tak silap lah.. scooter atau motor pon kebanyakkannya memang warna pink.. even lelaki pun bawak scooter warna pink.. kalau kat Malaysia tak jumpa lah lelaki bawak scooter pink kan.. hehe:D


yang tak bestnye, kat sana sesak gila.. memang kawasan penduduk yang padat dan ditambah dengan bilangan pelancong lagi.. dan jalan kat sana banyak yang sehala je.. kalau nak kena buat u-turn, memang kena pergi sampai hujung jalan..

sampai di hotel pukul 5.15 kalau tak silap.. yang kat atas tu.. kan saya cakap saya sampai 5.45 petang, tu waktu Malaysia ye… sampai je kat lobi kami di beri tuala sejuk.. sebabnya kat cuaca Bangkok lagi panas dari Malaysia.. Minuman yang di sediakan oren campur dengan nenas.. saya rasa lah… sebab warna oren dan di hias dengan nenas.. hikhik;p

makan malam disediakan pihak hotel.. dalam agenda tulis pukul 8.00malam.. tapi tour guide kami bagitahu pukul 6.30petang.. saya buat conclusion yang tour guide salah bagi information.. jadi saya turun lah pukul 8.00 malam dengan roommate saya.. bila tengok kat buffet tu, makanan memang tinggal sisa-sisa je.. saya pun pelik lah.. orang pun dah tak ramai.. my boss see me and said, “why are coming very late?”… haaa!! Patut lah makanan habis.. rupanya betullah dinner pukul 6.30 seperti yang diberitahu tour guide tu.. nasib baiklah perut tak lapar sangat sebab dalam flight dah makan.. so, just makan dessert je…
after that kami keluar jalan2...

tempat dinner ..:>

me at that night..

ade cheese cake, fruits and coconut cake..


bersambung next entry.....

21.3.12

Not in Mood

sumber : google

Hari ni takde mood sangat-sangat.. pagi-pagi lagi mood dah hilang.. entah kenapa pon tak tahulah.. memang rasa tak nak kerja je hari ni.. tapi terpaksalah jugakkan kerja.. bukannya saya kerja company sendiri..
Sometimes fikir, penat sangat.. tapi apa yang saya penatkan?? Huhh.. kerja mana tak penatkan.. orang yang tak kerja pun penat taw.. penat tak buat apa-apa.. selagi ada kerja untuk di buat.. kenalah bersyukur..
Typical of being a human: takkan tahu bersyukur nikmat yang diberikan jika tiada ujian atau dugaan yang mendatang…
Kalau dah melalui ujian atau dugaan baru tahu kan.. hidup ni kena selalu bersyukur.. nikmat ALLAH tu terlampau banyak sangat…Cuma kadang-kadang kita tak menyedarinya.. dan manusia mana pernah cukup kan.. kehendak tu banyak sangat… lagi-lagi zaman sekarang ni… banyak kehendak yang nak di penuhi…
Kalau lah boleh terbang di awan yang biru… menjerit sekuat hati…


sumber: google



16.3.12

cerita kosong hari jumaat

Assalammualaikum…
Yayy..! finally jumaat tiba juga.. hehehe.. tapi mode cuti dah ter’on’.. macam mana tu? Memang feeling malas nak kerja dah ni.. ehee..

Ingat lagi waktu study dulu, time dapat time table, mesti tengok hari isnin dan jumaat.. isnin tengok class start pukul berapa… hari jumaat pulak tengok class habis pukul berapa.. kalau dapat class jumaat petang.. mesti nak cari waktu yang sesuai untuk di tukar.. hahaha.. mesti! Gara-gara sebab nak balik rumah awal.. and one more thing, kalau class jumaat petang memang tak dapat nak focus.. serious..! kepala otak dah ingat rumah je.. tak pun, fikir esok nak pergi mana.. biasalah, student kan banyak duit.. bukanlah banyak tapi sebab masa student takde tanggungan kan.. so kalau awal-awal sem tu, time assignment tak dapat lagi.. haa.. berjoli sakan lah.. dah nak akhir-akhir sem kena jimat sikit.. sebab duit nak bayar print assignment…

Sekarang ni, dapat gaji awal bulan je macam-macam dah nak kena tolak.. kan.. baru dapat gaji hari ni, esok tengok dah tinggal suku je.. apa pon nak buat macam mana kan..kalau tak berhutang nanti tak berharta pula kan..



Mumbling on Friday.. hehehe…;p

14.3.12

we learn new things everyday..

Assalammualaikum...

hari ni seperti biasa masuk kerja je terus buka email.. itu emmang rutin harian saya.. sebab memang di ajar untuk buka email sebelum mulakan kerja.. everyday saya sampai di ofis pukul 7.50 pagi.. sedangkan masuk kerja pukul 9.00 pagi... kadang saya pergi breakfast kadang tak.. sebab kat pantri ada sediakan roti atau pun cereal drink..

today i made a mistake.. .. punyelah semangat pergi reply all the email.. sekali, dang!! salah bagi date..tak perasan meeting bos..so, i bagi date yang ade meeting tu.. then the time clash.. T-T... dahlah saya ni Admin plus PA.. so, I being a half PA to Vice President in company.. make a mistake is unforgiveable.. pity me.. memalukan diri pun ada jugak.. x pe.. ni adelah lesson for future kan? and we cant growth without experience...

tapi kan.. being the boss to others, you should explain to fix the mistake.. memang u boleh marah.. tapi lepas to boleh tak tolong fix kan problem tu.. yes, i create the problem.. tapi tolonglah faham.. baru 3 bulan jadi PA.. banyak benda lagi yang i tak tahu...lagipon, macamlah dulu you tak pernah buat mistake.. dna macamlah you dulu tak pernah jadi orang bawahan kan...


tak pe lah, i take it as a challenge to improve myself in job scope.. saya tak faham lah, kenapa orang pandang tinggi kat jawatan saya ni.. i mean in this office laa.. haii... tekanan mak nak keje taw..

apa-pon, day to day i learn a new things to make an improvement.. so, hari-hari adalah hari pembelajaran ye!




see my eyes..
tak tahulah kenapa berkelopak-lopak.. eehh...
x leh nak pakai eyeshadow bagai..

take it easy... smile..  ^____*





tak boleh marah-marah.. kang rezeki lari... kena stay cute je k.. (nak muntah**)



13.3.12

Segala yang terpendam berjaya diluahkan...

Seminggu tak masuk ofis, padahnya hari ni melambak kerja.. tapi baru pukul 11, saya dah mula terasa bosan.. adehhh.. padahal kerja melambak lagi tahu tak?? Ni kes tak sedar diri ni..
Actually, last week saya pergi ke Bangkok.. ingat nak update pasal Bangkok, tapi pic saya tak dapat lagi.. nanti saya update ye.. best kan tengok negara orang… this year dah dua kali saya pergi negara orang.. then, September nanti saya nak pergi ke USS.. 3days only.. kena kerja keras untuk kumpul duit..


“hati ni sukar untuk menduga.. sebab kadang akal ke kiri, hati tunjuk ke kanan.. whatever is, heart is the loyal friend to me because heart keep many secret of my life.. I only did tell my firend 20% of my heart secret..  Somehow, If there has a delete button in my mind and heart, I will do that.. “

“ I admit that I miss our cherish moment when we are together, but I admit too that moment make my life disaster..” syukur sebab saya tak menangis sebabkan ini atau sebabkan awak…
I promise to myself to keep that moment in deeper my heart because I really really don’t want to remember @ recall it again..
I’m not hate you but I don’t want to remember you at all..

As my friend said : you should be proud because you have career, you have money and you have better life than him..

12.3.12

Sentuhan pertama mencantikkan orang

bosan malam sabtu hari tu... tangan gatal nak menconteng muka... tapi takmo muka sendiri.. sebabnya muka sendiri tengah banyak ruam.. baru balik dari bangkok.. bangkok panas sangat.. tu yang naik merah-merah kat muka..

saya pun panggil adik saya yang ke-empat.. dia pulak memang suka makeup makeup ni.. ape lagi.. bermulalah projek kami.. saya takde lah nak tangkap pic step by step ye.. juast layankan je lah finishing dia,..



sebelum di cantikkan.. 






after..


saya hanya buat natural je.. sebab kulit adik saya ni agak gelap.. so, tak tahu warna apa yang sesuai dengan dia.. 



marilah kritik... kritikan membina ye kengkawan...:)

lepas ni nak belajar buat shading kat hidung.. hidung dia ni kemek.. nak mancungkan tak reti lagi...

1.3.12

Reset password Maybank kena tanya ex-bf/gf korang dulu.

Assalammualaikum…J

Pagi ni nak bukak maybank2u.. sekali lupa apa password so, kena reset again password.. bila sampai security question… hahaha.. sila lihat pic di bawah yea…




sila clik untuk pembesaran

 
Why nak tanya nama first gf/bf?? Sebabnya, semua orang mesti ingat nama first love diaorg kan??? Even kalau lepas korang putus, ada bf/gf baru, korang still ingat-ingat lagi kat dia kan??? Tapi kalau pengalaman bercinta dengan first love tu memang menyakitkan..mungkinlah korang boleh lupakan dia..

macam mana pulak kalau yang lupa who is a real fisrt bf/gf yea? ade ke kes macam ni??? mesti ada punyalah..