30.7.12

girl! please be strong...

kadang-kala tak dapat bayangkan yang sebenarnya kita kuat… apa yang ujian Allah bagi, sebenarnya kita dapat mengharunginya.. sebab ujian Allah bagi tu sesuai dengan kemampuan diri kita… Cuma kadang-kadang kita rasa kita lemah untuk menghadapi ujian macam tu…
hari ni tak berapa nak sihat sangat…mood pun kelaut… haishhh… kerja tinggi menggunung.. aduhhh..

You do not know that you are strong until to be strong is the last choice you have!

27.7.12

Sambal Tempoyak Petai - terangkat!!!!

Puasa semalam mengidam nak makan sambal tempoyak… ingatkan nak buat sambal tempoyak dengan cili padi… tapi, sebelum sampai rumah semalam, terus je kereta bawak pergi PARAM..  kereta yang bawak yerr.. hikhik:p
Takdelah rambang mata sangat saya kat sana… intai-intai..jengah-jengah… beli badak berendam yang super duper besar dan keras, beli kuih tako a.k.a tepung pelita yang sedap (berbaloi!), air laicikang yang sedap jugak… sekali jalan-jalan ternmapak petai berpapan-papan tersusun.. besar-besar lak tu mata dia.. apa lagi.. terus lah rembat.. seikat RM5.. dalam seikat tu ada 5 papan…  sukee!!
Sampai rumah terus suruh adik tumbuk bawang besar dan bawang putih.. jengah peti ais.. ikan bilis ade senonet je… setengah genggam pon tak sampai.. nak suruh kopek ikan bilis memang tak sempat dah… 


pic tak clear...
amik pic dalam kuali jek...
hahaha....


Resepi Sambal Tempoyak Petai

Sedikit ikan bilis - digoreng rangup
1 biji bawang merah - ditumbuk halus
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
petai - terpulanglah berapa banyak korang nak
1 senduk cili kering yang diblender
setengah cawan air asam jawa
3 sudu makan tempoyak
gula
garam

Cara-caranya...

Tumis bawang yang ditumbuk tu sehingga garing..
masukkan cili blender.. kecikkan api...
agak-agak cili dah garing, masukkan air asam jawa dengan petai..
kemudian masukkan tempoyak, gula,garam...
api kecik ye,.. kacau sebati..
nak tutup api baru masukkan ikan bilis tadi...
siap!!!

makan dengan nasi panas... fuhhh!! hancur diet.. hahahaha.. pagi tadi sahur makan sambal ni dengan telur dadar goreng je....bertambah gaklah nasi pagi tadi... sekali-sekala makan menu camni memang sedap!


semalam malas bebenar nak pakai bedak ke foundation ke.. hanya pakai lipgloss je...


muka dak selebet ke ofis...
bawah mata memang ada dark circle...;(


24.7.12

Majlis Perkahwinan Pasangan Sekolah.

Semalam kecoh-kecoh kat twitter pasal pasangan muda berkahwin.. saya pun duk sibuk-sibuk suruh orang bagi link.. nak jugak tengok.. hihihi (: lelaki umur 16 tahun manakala isterinya 14 tahun… muda belia lah sangat-sangat kan??? Tak tahu lah kat kampung mana ni.. yang bestnye… meriah lah majlis perkahwinan dia..
Ramai yang memuji keberanian pasangan ni berkahwin… yelah, umur  tu terlalu muda untuk pikul tanggung jawab kan? Tapi Allah tu Maha Mengetahui… mak ayah diaorang ni macam mana pulak ehh?? Kalau saya umu 14 tahun, cakap nak kahwin… hishhh.. tak tahulah apa yang jadi… hahaha.. sebab tu saya bukan insan terpilih nak kahwin awal ni… sekarang tak tahulah.. esok lusa kot ada orang masuk minang… muahaha…
Kalau tengok komen kat youtube.. ada yang bagi komen negative…jangan lah korang mengata dan mengeji.. dah termaktub diaorang ni kahwin awal.. takdir diaorang macam tu…  berfikir dulu sebelum berbicara… tak elok mengata orang yang bukan-bukan..
Kahwin tu seronok.. Proses nak kahwin tu mudah je.. tapi menggalas tanggungjawab tu bukan mudah… perlu banyak bersabar dan mungkin bimbingan dari oang tua..

Enjoy the video.. senyum sorang-sorang tengok video ni..


Majlis Perkahwinan Syafiq (16) dan Yana (14)


Sweet sangat.. macam main kahwin-kahwin je…


mesti pic outdoor dorang cantik kan? tengok suasana hutan tu...

23.7.12

Pesanan Ramadhan untuk Kaum Wanita

Assalammualaikum..
Alhamdulillah.. masuk hari ke-3 sudah kita berpuasa kan.. kejap je.. tengok-tengok kang esok dah nak raya.. saya masih tak sempat nka pergi mana-mana PARAM (pasar Ramadhan).. tekak ni kepingin nak makan kuih tepung pelita… dalam minggu ni juga akan menjejakkan kaki ke sana.. tapi tak tahu lah kat mana nak pergi… maybe around shah alam kot.. kalau pergi area stadium shah alam, kang nak balik mesti sesak.. sampai rumah bebetul time azan maghrib kang.. kalau kat Klang tak tahu lah mana paling ramai peniaga..




Pesan saya pada kaum wanita; kalau anda cuti puasa, jangan menunjuk sangat walaupun dengan perempuan..hormatlah mereka yang tengah berpuasa…


20.7.12

Selamat Berpuasa Semua ^^


Selamat bertarawih malam ni... :)

jangan lupa sahur esok pagi yea!

Petua pakai high heels tanpa rasa sakit.

Mesti ramai kan perempuan suka kumpul kasut? Dulu housemate saya memang pengumpul kasut yang sangat tegar… selipar, sandal, wedges dan high heels.. semua dia kumpul… saya tengokkan je.. mula-mula saya bising kat dia sebab asyik beli kasut je kan.. lepas tu dia cakap, kasut pergi kelas lain, kasut jalan-jalan lain.. selipar pegi makan dengan selipar pergi kedai lain… aiyooo… susah lah kalau semua nak dibeza-bezakan..
Saya pulak jenis yang satu kasut pergi kelas, satu selipar pergi pasar dan juga pergi kedai… sebab utamanya, kaki saya bersaiz kecik.. saiz saya 3 sebenarnya.. iyea! Memang saiz 3.. ramai tak percaya kebenaran itu… tapi mana ada kasut dewasa saiz 3.. jadi saya kena pakai saiz 4 je…nasib baik tak banyak beza sangat.. kalau saiz 5, memang saya tak boleh pakai.. besar sangat…

sumber : agapeboutique


Sebab susah nak jumpa saiz.. dan juga design saya berkenan, sebab tu saya jarang beli kasut.. high heels tu, lagi lah.. selalu saiz 5 je yang ada.. kalau ada saiz 4 pun, saya tak berkenan design dia.. sudahnya memang tak beli…


sumber : agapeboutique

lawanya... menawan sungguh!

Pernah dulu masa saya form 3 kalau tak silap.. malam raya tu pergi cari kasut raya saya.. kat Klang tak jumpa, ibu abah bawak pergi shah alam.. pun tak jumpa.. saya memang dah nangis dah time tu.. setiap tahun mesti kasut saya yang terakhir sekali jumpa.. last-last, masa balik rumah tu, ada lagi kedai kasut yang buka.. ibu masuk kedai tu.. lepas tu cakap “saya nak kasut budak kecik saiz paling besar” … hahaha… baru jumpa.. muat elok je kat kaki saya.. walaupun tak suka design kasut tu,.. tapi fikir esok pagi nak raya dah.. ambik je lah.. kesat air mata.. hikhik:p
Lately suka sangat tengok kasut… high heels atau wedges.. lawa-lawa semuanya.. geram! Tapi kan.. saya ni adalah jugak pakai high heels 2inci tu.. perghhh… 2 jam je kot tahannya.. lepas tu rasa nak nagis dah.. sakit! Macam mana korang pakai high heels tanpa rasa sakit?? Jalan steady je tengok depan.. saya pulak takut kalau terpelecok.. malu oiii..
Dan jugak kasut sarung tu… flat shoes.. saya tak boleh pakai.. :’( nanti melecet teruk… sakit bias melecet tu belum tentu seminggu sembuh.. saya selesa berselipar.. dari kereta masuk ofis pakai high heels.. tapi dalam ofis jalan-jalan pakai selipar… sampai kena tegur dengan staff lain… kalau pakai wdges okey lagi laa.. tak sakit sangat kaki ni...
Takde ke petua tak nak bagi rasa sakit bila pakai high heels,.. nak jugak melawa macam uols…

19.7.12

Morning! sejukkkkkk.....

Assalammualaikum...!!

Selamat pagi!! pagi-pagi hujan lebat... seronoknya kalau dapat sambung tidur kan? saya bangun sebelum hujan turun.. nasib baik.. kalau bangun lepas hujan turun, memang bermals-malasan lah kat atas katil tu....

sampai ofis seperti biasa jugak hari ni walaupun jalan agak sesak dan lambat.... sejuk sampai ke tulang terasa seperti daku tiada lemak yang pejal.. hehehe=]


lama tak tempek pic sendiri....

saya nampak kurus sikit kna???? kan???

sikit je laaa...




18.7.12

WW Ramadhan


sumber : google

Insya'allah..within in a few days we will meet Ramadhan..

Bulan penuh keberkatan..

16.7.12

Majlis Perkahwinan Syawani

6 Julai yang lepas seorang lagi kawan baik semasa di sekolah teknik dulu, mengakhiri zaman bujangnya. Yeaayyy!! Another kenduri to attend.. 6 Julai tu hari Jumaat, jadi saya apply cuti semata-mata nak pegi majlis pernikahan beliau.. nampak tak di situ bahawa saya sangat bersemangat pergi majlis pernikahan.. saya suka upacara pernikahan.. J


barang hantaran dia....


Sebelum pergi rumah Wani, pergi Meru dulu, ambil Aina. Haruslah bertemankan..kang keseorangan pulak.. sampai rumah Wani 1.30 petang kalau tak silap.. time tu Wani tengah make-up.. saya dan Aina touch-up sikit-sikit barang hantaran dia.. pukul 2.00 petang macam tu, patutnya kena bergegas ke masjid dah.. tapi biasalah, pengantin kan, time tu carik kasut, time tu cari kad pengenalan.. =] nasib baik masjid tu dekat je dengan rumah, 2.30 petang sampai kat masjid.. tapi kan orang baru selesai sembahyang Jumaat, jadi sesak gila nak masuk masjid.. rombongan pengantin lelaki pulak tak nampak bayang lagi.. almost 15 minit lah jugak kami tunggu..


ketibaan di masjid



selepas nikah....
ni dirumah...


 
Turun kereta , kawan-kawan Wani yang lain naik masjid dulu dengan bawak bantal nikah.. tapi tok kadi bawak kami yang lain ni masuk satu bilik yang diberi nama Bilik Nikah.. ehhh.. 1st time tahu kewujudan bilik nikah ni.. aiyooo.. tak best lah.. Photographer nanti susah nak shoot moment yang lawa… okey..okey.. yang penting akad nikah kan? Baiklah..



barang hantaran dari pihak lelaki....


see perempuan gemuk itu... >.<"

 
Hari ahad majlis bersanding.. tema putih gold.. so, sesiapa nak cari wana tema... mari tengok pic ni...pelamin Wani memang lain dari yang lain lah.. ala-ala Arab pun ada, sebab berkhemah kan.. sampai-sampai je wani tengah bersanding.. 1 thing I love her wedding, tak payah nak tepung tawar or renjis-renjis.. senang dan simple wedding.. I loikeee….<3


boleh tak, orang tengah bersanding saya pergi tangkap gambar kat tepi pelamin tu....
mula-mula Aina taknak snap this picture...
tapi saya kan suke memaksa kawan-kawan.. hikhik:p

i love this picture so muchhh!!!

dulu masa kat teknik memang Wani dan Aina kawan sekepala...=]



see pelamin die..
cantik!!

pada yang nak kahwin marilah cedok idea dari sini...






kami ex-perdagangan Teknik Klang....

who next????????



12.7.12

Cara nak renew lesen di post office

lesen saya expired 8 Julai yang lepas... lesen expired, roadtax pun nak expired bulan yang sama... **sigh**

jadi semua boleh teka bahawa bulan ini adalah bulan papa kedana saya... hahaha..=] serius rasa muflis sekejap... tu lah duk angguh-tangguh simpan duit roadtax.. last-last sendiri menggelabah.. korek sana, korek sini... hambekkk.. sekarang mari cakap padan muka pada saya... T_T"

dua tahun lepas, selepas musnah riwayat lesen P.. maka renew lesen dengan bangga sebab takde huruf P lagi.. tapi bukan saya yang renew.. ibu yang renew kan.. iyea.. masa tu baru mula bekerja, dan tak dapat gaji lagi... maka, haruslah buat muka kesian kat ibu.. ibu jugak lah yang pergi renew kan lesen saya.. (:

jadi selepas dua tahun, masa untuk renew lesen kembali... kali ni kena buat sendiri.. dah 23 tahun, takkan semua nak ibu buat kan? jadi dengan gagah pergi hari sabtu, 7 Julai... sebab post office kat rumah saya memang bukak hari-hari.. selalunya.. sekali pergi, tutup.. silalah menangis di situ yea.. siap marah-marah lagi kat depan post office tu.. apasal kau tutup pulak hari ni??? fikir punya fikir... kerajaan cuti minggu pertama lah weiii... rasa nak lempang diri sendiri laju-laju...!

tapi akhirnya buat jugak... sendiri... without no on helping me.. bangga!! cehhh.. padahal lesen je, minah ni dah bangga.. 

cara-caranya : pergi ambik no, tekan kat button pelbagai.. lepas tu, tunggu giliran.. pergi kat kaunter cakap nak renew lesen.. bagi lesen lama.. sediakan RM47.00 untuk tempoh 2 tahun.. dari lesen P kepada lesen full takleh renew di post office ye.. harap maklum..



muka suci dua tahun lepas... =]





ehh.. apasal eh, takde gambar? macam tak berseri je lesen baru ni...




sibuk-sibuk nak PRU kan.. saya register lah sekali nama saya masa renew lesen ni... hihihi.. sambil menyelam minum air.. free je... bawak kad pengenalan je ye... tapi tak tahulah sempat ke tak nak mengundi this year.. sebab kalau tak silap kena maik masa 3 bulan untuk nama kita masuk dalam SPA..



Bergaya dengan baju raya rekaan pereka terkenal.

pejam celik pejam celik, tinggal lagi beberapa hari je nak berpuasa kan??? tahun ni macam cepat sangat berlalu... masa begitu pantas bergerak meninggalkan kita di belakang...

walaupun lagi beberapa hari baru nak start puasa, tapi!!! tailor-tailor ramai dah tutup tempahan untuk baju dan langsir baju raya... for me, memang every year beli siap punya.. dah lama tak merasa nak suruh tailor jahit.. ingatkan tahun ni nak hantar pada tailor... tapi, disebabkan kekangan masa dan juga $$$.. terpaksa juga membeli baju already made...

tapi tahun ni, bolehlah beraya dengan glamour... sebab baju design Rizalman Ibrahim ada jual dengan harga berpatutan di Tesco!! antara harga RM180 - RMM250 sahaja.... hermm hermm.. RM100 duit saya, RM100 lagi mintak ibu boleh tak???



sumber : google

inilah baju raya yang direka khas untuk raya tahun ni...

saya dah aim mana satu nak beli.. hikhik:p


Bagi anda yang ingin dapatkan koleksi ini bolehlah berkunjung ke cawangan Tecso Ampang, Mutiara Damansara, Kota Bahru, Paradigm Mall, Seremban 2, Desa Tebrau, Tanjung Pinang, Melaka, Shah Alam, Station 18, Puchong, Taiping, Seri Alam, Kepong, Penang, Kajang, Setia Alam, SP Selatan, Mergong, and Nilai. - sumber Oh Bulan.

yang saya bold tu tempat yang bakal saya kunjungi... :)

11.7.12

Review Restoran Parameswara, Umbai.

Last week saya pergi Melaka.... after balik kerja terus rush pergi sana.. sebab ada orang baik hati nak belanja saya.. rezeki jangan di tolakkan?? hikhik:p dari kL ke melaka, sejam je.. hebat tak hebat saya drive.. jangan kena speedtrap sudah.. bulan ni nak kena renew roadtax..



kami datang sini...

ni di Umbai, Melaka..

bila masuk area Umbai tu, kan bayak deretan restoran seafood kat situ.. pergi straight je.. restoran ni paling hujung dan dekat dengan laut...

kalau nak suruh pergi lagi sekali.. sure sesat punye... masuk lorong sini, masuk lorong sana... tapi memang nak pergi lagi sekali... insya'allah nak bawak bff pulak.. yang ni pun pergi dengan one of my bff jugak..

cara nak order... korang pergi kat tempat ikan pilih lah ikan apa korang nak atau seafood apa korang nak makan... nanti dah timbang dia tanya nak masak apa... ikut selera korang laa nak masak apa lauk-lauk semua tu...




muka happy orang belanja makan..!





butter prawn...

yang ni kurang sikit..
next time nak try sambal udang petai lak...





ketam sweet sour!!!

sedappppp!!





selepas sesi menjamu selera..


antara menu yang di order...

butter prawn
ketam sweet sour
ikan pari bakar sambal
sayur baby kailan
nasi 2 pinggan
buah-buahan

total RM 91.00

for me berbaloi... even baru makan dua orang tapi harga dah macam tu... ehh.. semuanya ni memang rasa fresh.. ikan tu rasa manisnya.. ketam?? lagi toksah cerita lah.. memang sedap sangattttt.... yang kami order ni.. untuk makan 3 orang pun boleh ni.. nampak sangat yang makan ni perut besar kan?? sebab boleh habis licin... =] tak membazir...


thanks sebab murah hati belanja..
moga dimurahkan lagi rezeki kau.. ameen~~~



next time pergi nak makan ketam je.... :)

5.7.12

ramai perempuan menangis tengok video pernikahan Irma Hasmie

Mesti ramai dah tengok kan video pre-wedding dan pernikahan Irma Hasmie. Ya Allah, mengalir air mata saya tengok video tersebut.. kenapa sweet sangat wehh?? macam dalam novel dah cerita cinta mereka ni...

wedding yang istimewa sebab pengantin perempuan bertudung labuh dan juga memakai dress yang menutup aurat...


yang ni video pre wedding..

jumpa kat Mekah tapi takde kata-kata perkenalan...
balik Malaysia, mak ayah terus datang risik..

sweet kan?

jalan cerita dah macam novel ataupun filem..
but this is real one.






"Aku terima nikahnya........"

itulah yang setiap perempuan single nak dengar.... masa dengar tu.. jantung saya macam nak luruh..sebak sangat...ececehhh.. macam saya pulak pengantin kan? tapi tu yang saya rasa...

Indahnya perkahwinan mereka.. 

Sama cantik sama hensem....



:)




sekarang mood berangan on...huhuhu

4.7.12

Tanda-tanda taubat kita diterima

Waktu-waktu taubat tidak diterima.


1. Nazak
Manusia sememangnya sentiasa lalai. Lebih-lebih lagi apabila banyak nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan kepada mereka. Kelalaian inilah yang membawa manusia kepada azab Allah S.W.T. yang amat pedih di akhirat nanti kecuali pada mereka yang sedar akan nikmat Allah S.W.T. Mereka sentiasa bersyukur tidak kira masa senang mahupun waktu susah, waktu sihat mahupun waktu sakit.

Tetapi ramai manusia yang akan mengingati Allah S.W.T. apabila datangnya sakit. Pada saat dan ketika inilah mereka akan ingatkan Allah S.W.T. Pada saat inilah mereka akan bertaubat, akan meninggalkan segala perbuatan dosa yang telah dilakukan dan apabila mereka sihat semula, mereka lupa akan janji mereka semasa sakit.

Ingatlah Allah S.W.T. tidak akan menerima taubat hamba-Nya apabila roh sudah sampai ke kerongkong atau dalam keadaan nazak. Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesunggunya Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama belum sampai saat ghargharah.”

2. Terancam Nyawa
Manusia yang telah berada dalam bahaya dan dirasakan akan mati, dan pada ketika itu, mereka bertaubat kepada Allah, maka Allah tidak akan menerima taubat hamba-Nya.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nissa ayat 18, maksudnya:
“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini.” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”


3. Hampir Kiamat
Apabila Kiamat bakal menjelma, Allah tidak akan menerima taubat hamba-Nya. Antara tanda Kiamat Kubra adalah apabila matahari terbit dari arah tempat terbenamnya ia, iaitu barat. Dan apabila matahari terbit dari barat, ketika itulah Kiamat menjelma dan ketika itu jugalah taubat hamba-Nya tidak diterima oleh Allah S.W.T. 


apa pon, semuanya bergantung pada Allah..
sumber : Jalan Akhirat

1.Bersahabat dengan orang alim dan orang yg baik.
2.Berhenti melakukan maksiat.
3.Rajin beribadat.
4.Lebihkan akhirat.
5.Yakin rezeki datang dari Allah.

Saya copy paste dari FB Ustazah Siti Norbahya.

Makeup ikut pilihan hari...

pagi tadi dengar hotfm.. isu pasal wanita bermakeup.. hari Isnin mood makeup tinggi, dan akan menurun tapi bila tiba hari Jumaat mood makeup tinggi balik.. hahaha... ada erk kajian macam tu?? macam mana lah diaorang buat kajian macam tu???

kalau saya hari isnin memang agak malas nak makeup bagai ni.. kalau ahad tu cukup tidur dan lena.. Isnin saya kana makeup lah.. memang akan menurun, dan bila tiba hari jumaat..saya tak pakai makeup langsung.. orang kata natural beauty tu lagi cantik.. time camnilah nak guna natural beauty, padahal malas..

kalau saya pakai baju yang saya minat, memang saya akan makeup.. tapi selalu saya makeup takdelah lama mana.. paling koman pon 15 minit je rasanya.. ala, ke ofis je pon, lainlah ke event ke ade majlis ke.. kalau makeup gaya macam pengantin tapi nak ke ofis.. alahai.. sangat tak kena okey!





ni muka harini...

tak faham kenapa anak mata jadi macam tu..



ni time nak g tengok movie...

less is more bak kata mat salleh..







3.7.12

Kedai Mamak tu Halal ke?

Boleh dikatakan Malaysia ni syurga makanan kan? Lagi-lagi Malaysia ni berbilang bangsa dan kaum.. dan lagi satu tekak orang Malaysia ni macam-macam boleh masuk.. setuju tak?
Saya memang hobi lah tang makan-makan ni.. Alhamdulillah, saya bukan jenis yang allergic makanan.. nak cerita pasal makanan ni.. korang-korang ni mesti ramai yang suka lepak mamak kan?? Tengok bola ke nak bergosip ke.. mesti ramai pilih mamak.. kekonon murah.. padahal mamak sekarang ni mahal laa..
Korang yakin ke kedai mamak korang makan tu Islam?? Sebab kekadang korang makan nasi kandar dia lah, nasi lemak lah.. sekarang pon mamak pandai masak tomyam kan? tengah hari pulak ade menu nasi campur.. kalau tengok lauk-pauk mereka, memang kecur lah airliur kita...
cuma kat sini cuba kita berfikir sejenak... pasal bahan utama masakan tu.. Tak payahlah cakap kat mana die beli ayam tu.. kang ada yang tembak saya.. cakap saya beli ayam tu yang halal ke.. tapi nak basuh ayam kan baca bismillah.. nak siang ikan, kena selawat.. kalau terang-terang dia bukan Islam.. agak-agak macam mana lah dia bersihkan ikan dan ayam tu.. ?? masa nak menggoreng ikan pun kita baca bismillah.. halal bermaksud bersih kan? Dari cara penyembelihan, cara membersihkan dan juga cara memasaknya..
Saya bukan anti-mamak yea.. masa sekolah dulu pun saya makan kat kedai mamak.. lagi-lagi kalau dapat mi goreng mamak.. perggghhh.. sedap! Memang feveret tu… Lepas saya dengar satu ceramah ni.. saya berfikir banyak kali apa yang ustaz tu cakap...

Ustaz tu cakap apa yang kita makan dari sekarang ni, itu jugaklah yang akan bentuk anak cucu kita., kalau kita banyak makan benda yang tak bersih, tu yang badan kita lemah, takde semangat.. nak solat pun rasa malas..
Kedai mamak sekarang pandai.. pakai songkok laa, tayang kalimah Allah dan jugak ayat-ayat Al-Quran.. semuanya untuk menarik perhatian umat Islam.. bukan apa, kalau kedai cina kita tak masuk sebab utama mereka makan makanan yang haram kan? Habis kalau kedai mamak yang dikendalikan oleh orang bukan Islam, sama je lah kan? Cuma tak di hidangkan makanan tu je.. saya pernah tanya pekeja kedai mamak.. sama ada mereka ni Islam atau tidak.. dan mereka jawab, bukan.. mereka bukan orang Islam.. mereka hanya bekerja je.. dan ada jugak yang tokey mereka bukan Islam pun...
Nasihat saya pada orang Islam, makanan tu penting untuk di jaga sebab tu darah daging kita.. kalau dari kecik ibubapa beri kita makan yang halal, bersih dan suci.. takkan dah besar panjang macam ni kita taknak jaga… kadang benda ni kita anggap remeh, hal kecik.. tapi impak nya besar dalam kehidupan seharian kita.. peringatan untuk diri saya juga..

2.7.12

sabtu yang best dan seronok!

Assalammualaikum…
Sabtu lepas ada undangan dari Asna.. small birthday party for her son, Adi Haikal..memang dari memula dapat invitation kat fb dah nekad nak pergi kalau takde apa-apa hal.. Alhamdulillah, I manage to attend her invitation.. seronok okey! Actually sebab nak jenjalan..lama sangat rasa tak pergi jalan-jalan..so, inilah peluangnya…


gemuk oitt..!!


Rumah Asna kat Setapak rasanya.. dan the best thing I didn’t know where is it. Hahaha.. main ikut signboard yang Asna bagi je..hahhaha… sebelum tu pergi jemput Aina dulu.. memang dah janji dengan dia.. ajak die teman.. segan nak pergi sensorang… rumah Aina kat Setiawangsa.. rumah Aina saya dah pernah pergi, tapi waktu malam..so, memang tak berapa nak ingat jalan.. dari klang lalu federal highway dan ikut je signboard tu…

she's sweet and nice.!

The best part is, Aina siap print kot google map.. arah jalan ke rumah Asna.. well done kan?? Hahhaha… harapkan saya?? Sesat laa jawapnye.. Sampai rumah Asna dalam pukul 4 ke?? Erkk? Lupa pulak.. tapi memang dekat lah dengan rumah Aina.. sampai-sampai je, Asna jemput makan.. dengan peringatan 4 kali round okey... hahaha...  deco kat rumah Asna simple sangat.. and i love it! serius, dah ter"berangan" if ada rumah sendiri nak buat macam ni...

roti jala my fav with mihun is mine.. nasi minyak pilihan Aina...


see..makan lagi... tak tahu malu kan???




with tuan rumah...=]




banyak pilihan makanan..jadi rabang mata.. kebetulan sebelum keluar rumah dah makan.. jadi dapatlah mengawal nafsu buas saya... =] tapi serius, red velvet memang sedap.. lain dari yang lain... before this saya memnag tak suke dengan red velvet..rasa die tak dapat diterima tekak.. lepas makan kek red velvet kat rumah Asna, terus jatuh cinta!!! pic Haikal semua tak menjadi.. gegar dan blurrrr! thanks Asna for inviting me! really appreciate!




iklan popcorn MBO sat...

rumah Asna dekat dengan Kl Festive City.. so, ape lagi.. jom jom terjah.. dah alang-alang keluar kan.. tengok Madagascar.. seronok gile movie tu.. lepas ni rasa nak tengok 3D punya pulak.. after that, lepak-lepak and sampai rumah lagi 10minit pukul 12malam...

To Aina, thanks girl for your time! next time kita keluar lagi ye....=]