30.12.13

last post for 2013

tinggal lagi 2 hari untuk menamatkan tahun 2013.. sedih nya! seriously tahun ni rasa cepat sangat berlalu... rasa macam baru semalam update status Happy New Year kat FB.. tiba-tiba dah akhir tahun..

hari ni last kerja untuk 2013.. esok plan nak pergi Sunway Pyramid.. Samsung tab saya tiba-tiba tak boleh nak switch on.. baru beli.. nasib baik ada warranty lagi..

Start hari ni dah boleh fikir azam 2014.. macam lambat je kan.. tapi better late than never.. :)

Kalau sebut azam ni.. kemain lah ramai kawan-kawan suruh list kan perkahwinan.. huhuhu..:p

Apa pun azam kita.. mesti kita nak jadi lebih baik lebih positif dari dulu... kan?

bubye 2013...

thanks for all the excitement !


27.12.13

banyak nak cerita ni...broga hills, jumpa kawan, diet!

Mood menaip blog dah hilang ke mana ntah.. hehehe... banyak kerja, takde masa nak menaip..

sepatutnya hari ni hari terakhir berkerja bagi tahun 2013.. tapi ada hal tak dapat di elakkan hari Isnin nanti.. so, terpaksa lah bekerja.. boss pun dah cuti.. so, kurang lah tekanan tu kan..

tahun 2013 ni tahun yang best jugak bagi saya.. macam-macam perkara yang jadi.. macam-macam benda saya alami.. pengalaman tu mematangkan cara pemikiran seseorang kan?

bulan 10 lepas, for the first time saya daki bukit.. Broga Hills.. seronok nya lah! thanks to Aina sebab ajak.. walaupun masa naik tu macam nak putus nyawa je rasanya.. hahahaha..pukul 3 pagi dah bertolak dari rumah Aina.. mula2 nak jugak bantah.. hahaha.. dah lah orang ajak, orang bawak nak bantah pulak.. tapi ikutkan je lah.. rupa-rupanya, dah ramai orang kat sana yer.. tak payah lah fikir nak takut ke apa.. kalau datang around pukul 5 macam tu.. mendaki bukit sambil tengok bontot orang je jawab nya..

 snap by Aina

tunang aina as our driver


  suka gambar ni..



tahun ni 1 st time jumpa kawan alam maya yang dah kawan sejak dari zaman myspace lagi.. =)


pucat lesi muka saya..
sekarang ni memang tak suka nak pakai bedak ke krim ke..
dasar pemalas..

Proses diet!

start diet 27 oktober lepas..
setiap hari sabtu pagi akan pergi jogging kat taman tasik seksyen 7..
orang selalu tanya, "kau jogging dengan siapa?"
pelik ke kalau saya jawab sorang je..
yess! saya pergi sorang je..

entri lepas kisah diet 3 green tea berat saya around 57..

sekarang berat saya dah 54kg..
mungkin naik 55.5kg.. saya baru baik demam.. demam seminggu..
macam-macam saya makan..
green tea tak minum!
apple cider pun tak minum!
makan hentam kromo..tapi kawal jugaklah..
so, minggu ni memnag kena buat workout dan jogging..



gambar tak clear..

left : 61kg
right : 55kg

yang penting saya dah boleh pakai seluar jeans lama! 
target nak capai 50kg.. doakan berjaya!

 

24.12.13

lama tak update

lama tak update.

malas.
takde mood.

demam dah seminggu tak baik lagi.
 

6.12.13

Jumaat





Kerana episode hidup memang tak selalu indah. maka, 
bersabarlah…

Selamat Hari Jumaat =]

5.12.13

Kurus dengan cara bodoh

 Amboi.. tajuk tak beragak yer.. hehehe... sila baca untuk tahu apa yang dikatakan bodoh..

26 Nov – Pelbagai cara yang dilakukan remaja kini untuk mendapat bentuk badan yang langsing dan bergetah namun sedarkah anda tidak semua cara itu menyihatkan kerana diet tanpa kawalan boleh mendatang mudarat.

Kini trend terbaru remaja yang boleh dianggap gila dan tidak masuk ialah dengan memakan bola kapas yang biasanya digunakan untuk membersihkan kekotoran itu dijadikan amalan yang dikatakan mampu memberi rasa kenyang.

Antara cara yang dilakukan oleh sesetengah pengamal diet apabila memakan bola kapas ini ialah dengan mencelupnya dengan di dalam oren atau lemon untuk memberikan rasa yang lebih sedap.

Namun ketahuilah mengikut kajian oleh pakar perubatan Brandi Koskie trend diet sebegitu adalah amat berbahaya kerana kebanyakan bola kapas ianya lebih bersifat luntur dan mengandungi gentian poliester yang terdapat banyak bahan kimia.

Oleh itu, tindakan memakan bola kapas adalah sama juga seperti makan pakaian kerana pakaian itu diperbuat daripada poliester.

Dikatakan model antara invididu yang disyaki makan bola kapas ini untuk kerjaya mereka dan trend begitu menjadi ikutan remaja dan kanak perempuan semata-semata untuk menjadi kurus.

Jadi kepada anda di luar sana terutamanya golongan remaja perempuan yang mahu berdiet janganlah mengamalkan diet seperti ini kerana ia akan membahayakan kesihatan anda.


Boleh yer terfikir cara macam ni untuk berdiet? jangan jadi bodoh.. orang diet nak cantik dan yang paling penting nak sihat.. bukan dah dapat body cantik lepas tu kau sakit.. tak guna yer..

 

4.12.13

#WW OOTD

 today


left : normal camera ; right : 360 camera

muka pucat sebab tak pakai apa2..

Header

See header baru.. dulu masa baru ber blog.. kemain asyik tukar background dan header.. time tu memang semangat blogging tinggi.. sekarang? hahahaha... bukan takde semangat nak berblog.. tapi takde banyak masa macam zaman belajar dulu.. 

tapi saya geram lah.. apasal header tu mesti nak terkeluar.. dah 10 kali betulkan.. asyik lah macam tu jugak.. lantak ler... malas dah nak mengedit..

dulu rajin view blog yang buat tutorial pasal html dan coding ni.. banyak jugaklah yang saya dapat belajar thru blog.. sekarang? semuanya dah lupa yer.... hilang ingatan terus.. 

lepas ni nak upah orang je tukar baju blog ni..

jom bw!

3.12.13

Makanan untuk meningkatkan metabolisma

Metabolisma adalah proses untuk mengekalkan sel dalam badan kita hidup. Ia adalah kadar kalori yang di bakar oleh badan kita, Orang yang tinggi metabolisma akan memiliki tubuh yang ramping. Metabolisma akan berkurangan mengikut peningkatan usia.

Ada beberapa jenis makanan yang boleh meningkatkan kadar metabolisma kita.


1. Oatmeal
If you're looking to jumpstart your metabolism, start your morning off with a bowl of oatmeal. This super food is rich in fat soluble fiber, which requires a lot of calories to break down. Eating oatmeal can also help decrease your cholesterol levels and reduce your risk of heart disease.

2. Grapefruit
Studies indicate that eating grapefruit can reduce insulin levels. Lower insulin levels after meals can help your body process food more quickly and efficiently. This means that you burn more calories and store less fat.

3. Hot Peppers
Adding some spice to your food can speed up your weight loss. Hot peppers, like jalapenos, contain a chemical called capsaicin, which gives these veggies their heat and causes a spike in your metabolism. This chemical also keeps the calorie burn going hours after you've finished your meal.

4. Lean Proteins
The protein found in chicken, turkey and other lean meats takes a great deal of energy to break down. Therefore, your body burns a lot of calories during the digestive process. Protein is also an essential ingredient in building lean muscle mass, which burns more calories than fat.

5. Salmon and Tuna
High levels of the hormone leptin have been linked to slower metabolisms and weight gain. A good way to lower leptin levels is to increase your intake of fish. The oil found in fish like salmon and tuna has been shown to cut leptin levels and help your body process foods more effectively.

6. Low-fat Yogurt
Low-fat yogurt is one of the best foods to eat if you're trying to lose weight and boost your metabolism. Yogurt is full of calcium and protein. It gives you the energy your body needs to keep going all day and helps you build lean muscle mass. Yogurt can also help regulate your digestive tract.

7. Green Tea
The caffeine found in green tea accelerates your heart rate and speeds up your metabolism. The tea also contains a chemical, known as EGCG, that stimulates the nervous system and helps you to burn calories at a faster rate.

8. Broccoli
Broccoli is rich in both calcium and vitamin C. These two vitamins work together to help you burn calories faster and more effectively. Calcium activates your metabolism, while vitamin C helps you absorb more calcium.

9. Almonds
Almonds may be high in calories, but they are also jam packed with essential fatty acids which are great metabolism boosters.

Sumber dari : http://www.fitday.com/

Tapi jangan lah bergantung pada jenis makanan ni je.. salah satu usaha untuk meningkatkan metabolisma dengan cara bersenam. kalau tak dapat bersenam pun, sekurang-kurangnya berjalan. Jom tingkatkan metabolisma sama-sama.. kata nak kuruskan? =) #padahal tuan belog yang nak kurus#

2.12.13

Monday with black

sebenarnya tak larat nak bekerja hari ni..
Jumaat half day, angkat barang pindah rumah.. rumah saya tingkat 3 dan tiada tangga... -.-"
Sabtu pagi kemas rumah, pergi wedding dan berjalan-jalan dengan bff saya sampai pukul 11 malam..
Ahad kemas rumah balik.. banyak lagi tak settle...
tulang belakang rasa nak tercabut...

dengan hujannya pagi ni.. memang totally takde mood nak kerja..
but i must work..



  

black for today..
baju pakai apa yang ada je.. sebab takde masa nak iron..
pucat kan? sebab tak pakai bedak dan lip stick...
muka suci je.. hehehe



oh yess.. ada 1 perkara mendukacitakan.. berat naik 1.5kg.. #nangis#

27.11.13

Monolog #4

almost 1 week dah mimpi benda sama...
tiap kali bangun tidur dada rasa berdebar..
gementar..
semuanya adalah...

aku tak tahu ini petunjuk atau apa..
mimpi itu mainan syaitan..
tapi kalau dah seminggu direct mimpi...
kau mesti rasa sesuatu kan?

Jujurnya perasaan aku kosong...

moga dapat petunjuk di kemudian hari..


Keyword Janda Molek

selalu kalau tengok keywords nuffnang... sumpah gelak sakan sorang-sorang..



ramai gila search janda molek kat blog ni..
hahahaha...
entri mana lah yang ada janda molek ni.. 

lip longss nivea.. 
lip gloss baru betul..

apa pun terima kasih sudi masuk blog ini..

26.11.13

Kisah Diet #3 - Green Tea

korang boleh view Kisah Diet #2 sebagai rujukan.. kalau mahu lah.. Dah genap 5 minggu saya tak makan nasi... untuk 2 minggu pertama saya memang langsung tak ambil karbo berat, contohnya nasi, mee, mihun, kueh teow , roti dan makanan yang ada tepung... kalau nasi kosong tu saya tak terliur pun.. tapi korang jangan makan nasi goreng... memang boleh meleleh air liur.. 

lepas 2 weeks, saya masih tak ambil karbo berat.. tapi kalau ada orang pelawa makan mihun ke, makan kek ke.. saya ambil.. tapi macam mihun saya ambil tak lebih dari 3 suap.. macam kek, sepotong sudah.. tapi jarang lah.. sebab tunggu orang pelawa.. nama nak beli sendiri atau buat sendiri memang tak lah.. sebab tengah diet kan? Macam saya janji kat entri Kisah Diet #2 nak share berat badan saya.. ni nak reveal lah ni.. hehehe.. nervous.. sebab malu!





 ramai tak sangka berat sebenar saya 61kg.. saya pun tak sangka sebenarnya..
ingatkan dalam round 58kg je.. cehhhh.... 
tinggi saya 153cm ke 152cm ntah.. around that lah.. tapi kita amik 153cm lah yer..
BMI saya masa 61kg tu 26.06 which is over weight lah...

sekarang ni berat 57kg, BMI 24.53 normal.. tapi cukup-cukup makan je ni..
kalau berat cecah 58 kg.. memang over weight balik..

gambar 57kg tu gambar Jumaat lepas..



 masa mula-mula hilang 2kg..
orang sekeliling ramai tegur tang pipi...
semua tanya.. kenapa pipi mengecut.. huhuhu..
nampak tak.. pipi ni banyak simpan lemak... 
gambar kiri ke kanan..

2 gambar pertama guna kamera 360.. yang last tu guna kamera biasa je..
saya memang tak suka pakai bedak ke krim apa kalau keluar time tengah hari terik..
so, masa ni muka totally natural.. sekarang ni saya consume Vitamin C Shaklee.. yang tu nanti saya buat review lain yer...


sekarang ni, weekdays saya amalkan minum green tea without sugar yer.. selama 5 weeks ni memang saya tak ambil minuman berkarbonat.. minuman manis adalah dalam 3 4 kali je.. sehari minum air kosong 3 liter... kadang 2.5 liter je.. beli Green Tea jenama Boh je..

Kebaikan minum teh hijau..





yang penting diet ni jangan stress.. stay healthy and keep smiling..


Annual Dinner 2013.. back to school...

last week hari Khamis dan Jumaat ada teambuilding dan annual dinner di Avillion Port Dickson.. memang cantik lah view dari hotel ni.. bilik dia pun not bad.. kalau nak pergi honeymoon.. memang sesuai sgt hotel ni yer...

ni masa last day.. before pergi lunch..

 ni masa baru sampai..

kita kurus kan.?? hahahaha..





cantik-cantik pemandangan dia.. :)

ni boss tangkap kan...
 i love the view..

malam tu ada dinner.. tema back to school... bayangkan lah yang umur baya-baya ibu saya 42tahun ke atas pakai baju sekolah... so comel ok!! Tema back to school ni saya pernah dapat masa tahun 2010.. masa ni masih manager di restoran.. sekarang ni head office pulak buat tema ni.. i olls okay je.. rasa diri macam budak form 5... 

jom kita pergi sekolah!
^_^

 

 sepanjang hidup.. saya tak pernah ada luck dalam lucky draw..
tiap kali lucky draw session..saya hanya tepuk tangan saje..
but not this year!
for the 1st time ever.. ada luck!
hadiah ke-2 pulak tu..
rasa nak lompat-lompat je.. tapi malu.. hahaha



ni Kak Fipah.. muda 2 tahun ke 3 tahun dari ibu saya..
dia menag pressure cooker tu...
tapi sebab dia pegangkan orang lain punya tu..
tayang sekali lah.. 

 kami se-geng..

this is my big boss..


ni both of my bosses..


 gambar paling buruks... 


tengok gambar je lah yer... hihihi :)


 2010 vs 2013

kussss semangat tengok pic 2010..
kenapa comel sangat yer??
see my face? bulat nyaaaaaa...
currently my weight is 56.5kg.. sy consider 57kg laa...

another 7 kg to lost.. tapi dapat 51 kg pon okay dah..

wish me luck!

20.11.13

zaman gemuk - zaman kurus

hari ni belek-belek pic lama... dari tahun 2008.. baru saya perasan.. gemuk tahun 2008.. tahun 2009 kurus.. habis study 2010 start gemuk balik.. hahahaha..


 amboi... feeling cantik lah ni konon...
hahahaha

 masa ni nak pergi kenduri kahwin...
ni tak nampak sangat pipi tu..
baju kurung tu still ada..
tapi tak boleh pakai dah..
geloboh gila..
nampak sangat i dah kurus dari zaman 2008..



ni pergi cameron tahun 2008..
korang mampu apaki baju macam tu?
sendat tang perut..
hahahaha...

berani nya saya yer pakai begitu..

nanti upload 2009 pulak.. tetiba banyak kerja masuk...

gambar sekarang nanti minggu depan upload yer... esok ada annual dinner.. :) boleh tangkap gambar banyak-banyak...

19.11.13

aku disini...

aku ingat aku kuat...
rupanya aku salah...
aku ingat ia nya dah berlalu..
aku ingat ia nya dah pergi..
sebenarnya aku silap...

dan di saat ini aku masih lagi di sini..
sama seperti dulu...
tiada apa yang berubah...

Bulan bercuti December

sekarang dah musim cuti sekolah, wedding pun melambak-lambak.. saya every week ada wedding invitation sampai bulan Januari nanti.. tapi saya pergi mana yang perlu je.. kalau setakat cakap hi dan bye.. tak payah kot nak pergi wedding orang tu.. lagi lah sekarang ni semua invite thru FB.. yang korang setakat tahu nama je pun.. lepas tu dia invite pergi wedding dia.. memang tak lah yer...

kat ofis saya ni, masuk bulan December je nanti.. memang sunyi je rasanya.. kebanyakkan habiskan annual leave.. lepas tu pergi bercuti sekeluarga..

untung budak-budak sekarang ni... cuti sekolah je pergi holiday... saya dulu, mana lah dapat macam ni.. dulu kalau nak pergi PD je... tapi happy macam dapat bercuti luar negeri.. hahahaha...

memang dari sekolah rendah bawak lah ke zaman kolej.. mana ade percutian keluarga ke mana-mana.. abah jenis yang tak suka pergi berjalan... so, terima lah seadanya dah ketua keluarga tak suka berjalan.. hehehe... tapi zaman kolej saya ada lah berjalan time cuti sem.. tapi dengan kawan-kawan.. bukan dengan family.. saya rasa first family vacation yang pergi Terengganu awal October tu lah.. 

lagi pun, masa zaman saya takde lagi musim mak ayah bawak anak-anak bercuti ni.. kawan-kawan saya pun jarang bercerita pergi bercuti.. so, tak amik kisah pun.. dah masuk kerja kat sini baru saya noticed. hikhikhik..

dari tahun 2010 bekerja.. tak pernah pun lagi pergi bercuti kemana-mana... saya memang dah tekad.. next year kena jugak pergi bercuti... harap-harap tiket flight ada promotion next month.. :)

korang ada plan ke bercuti December ni?

15.11.13

Jelly Bunny dan Teppanyaki

Semalam saya masih berpuasa.. puasa sunat Assyura.. alhamdulillah.. :) salah satu kelebihan laman sosial ni, ingatkan kita lakukan kebaikan.. balik kerja memang dah plan nak buka puasa makan teppanyaki kat Food Republic... ajak officemate temankan..


  
This is my plate..
sebab saya amik set tapi taknak nasi.. dia bagi extra sayur.. 
saya suka! tapi batang sawi tu besar-besar gabak..
ni nama nya Chicken Breast Teppanyaki..

Lepas buka puasa nak cari surau kat OU ni.. pergghhhh... jauh bebenar suraunya.. saya rasa dia ada 1 surau je agaknya... dari tingkat 3 kena berjalan ke tingkat 1.. jangan tanya old wing ke new wing ye.. saya tak tahu apa beza old wing dan new wing...

dah lepas solat, tiba-tiba teringat Jelly Bunny... jomlah cuci mata ke sana...

 
bukan cuci mata je.. cuci poket sekali... :)
saya suka love love dia..

harga RM29.00..

dah aim 1 kasut ni.. tapi tunggu gaji yer.. di dah tengah bulan... tapi Jelly Bunny kat OU ni tak best lah.. kecik je.. kalau bebetul nak cuci mata.. pergi kat MidValley.. baru puas hati..
 

14.11.13

Review azam 2013

hari ni dah 14hb Nov.. lagi 6 minggu nak masuk tahun baru... gila cepat lah.. please lah jalan slow-slow wahai masa.. saya nak menikmati zaman 24 tahun ni lagi..tak puas lagi..

nak review azam tahun ni.. 

nak bagi duit bulanan kat ibu without fail - success

kurus - still going on the process

note 2 - berjaya!

saving - not succes.. tak capai target

holiday - bulan 5 pergi gold coast Morib. tapi still tak capai target sebenar

jadi lebih baik in term of percakapan - rasanya berjaya

kurangkan online - tak success langsung.. rasa yang ni tak boleh di buat azam lah..

untuk azam tahun depan ibu dah bagi satu.. hahahaha.. bertunang.. orang lain yang bagi azam kat diri sendiri.. kita pun tak terfikir lagi azam tahun depan..

apa pun azam kita, harap-harap kita jadi lebih baik dari tahun sebelum nya.. :)

Menu Diet #2

hari ni saya berpuasa.. puasa sunat 9 Muharram.. nak tahu lebih lanjt puasa 9 Muharram ni apa, google yer..

malam tadi memang dah kunci jam nak bangun pukul 4.45pagi.. nak masak sahur.. sejak saya diet ni.. saya amalkan makan 5 - 6 kali sehari.. makan kerap tapi dalam kuantiti yang sikit.. 

dari malam tadi dah fikir.. nak masak menu apa ni?? tidur malam tadi pun mimpi menu... hahahaha... meroyan betul sampai bawak ke dalam mimpi...
 


saya masak ni.. tak tahu lah nak bagi nama apa.. bagi nama Telur Dadar Sayuran..

saya gunakan 3 biji telur , sedikit kobis bulat, sedikit bayam dan sedikit bawang besar... nak tambah cili padi, dah habis stok pulak kat rumah.. guna je apa yang ada.. seasoning saya taruk serbuk lada hitam.. goreng je macam biasa..

atas telur dadar tu ada ayam.. dada ayam hiris + cili kering 1 batang + bawang besar sikit + cendawan shitake.. cendawan shitake ni pun saya hiris halus-halus.. sebab nak bagi cepat masak.. cara nya.. guna non-stick pan masukkan je semua bahan sekali.. api kecik yer.. agak-agak ayam tu separuh masak.. saya tambah kan sikit kicap.. dalam setengah sudu mkn.. just nak bagi rasa je sebab saya tak tambah garam.. siap!

telur tu tak habis pun saya makan.. ada lagi suku lah.. hahaha.. air saya minul 1 liter je.. sebenarnya nak minum 2 liter.. tapi... dah kembung sangat perut time tu.. 

ada orang tanya kat Instagram saya.. diet atkins ke? saya tak amalkan diet ni pun.. sebab saya suka makan buah.. kalau diet atkins, for 2 weeks tak boleh ambil buah.. saya hari-hari mesti makan buah.. sepotong betik atau sebiji epal.. 

diet ni kita tanya pada diri kita.. nak yang mana.. kan?

13.11.13

#WW Perjalanan Kurus


kenapa pipi degil sangat?

please bagi kerjasama yer!

Digital Weight Scale

Hari tu ada entri kan nak beli penimbang.. pegi watson habis stok uolls.. time-time saya nak beli lah ramai nak beli.. ececehhhh... semua pakat-pakat nak kurus kot.. 

mula-mula saya try cari kat Mr.DIY cawangan klang.. tapi yang ada semua tinggal kat rak tu je.. kotak dah tak rupa kotak.. staff kata stok takde lagi..

Isnin minggu ni, balik saya pergi ambil kotak kat McD seksyen 3.. sebab nak kena packing barang dah.. lagi 2 weeks nak pindah masuk Villa Puan Hasni.. alang-alang kat shah alam.. terus gerak ke Plaza Alam Sentral.. kat situ ada Mr.DIY baru buka.. besar lagi tu.. kalau masuk dalam tu... setengah jam tu rasa kejap je.. hehehe.. macam-macam barang ada.. yang saya suka, pekakas dapur comel-comel.. ala-ala DAISO.. 

terus tanya staf.. mana penimbang berat badan? dia tunjuk kat rak tu... haaaa... rambang mata.. banyak pilihan! yang saya beli ni harga RM48.00.. warna pink lagi uools.. puas hati dapat penimbang.. :)
 
 

 yang penting digital...


 

balik tu terus lah menimbang..
hehehehe:D

tapi saya tak timbang hari-hari.. 2 hari sekali.. timbang hari-hari boleh mendatangkan stress...


beli penimbang pun kau nak entri kan... dah kenapa???? hehehehe

12.11.13

Harga Vs Kain

tadi baca blog Kak Di (Green Apple) entri pasal tudung berjenama.. kan baru-baru ni ada orang complain pasal tudung jenama tu tak menepati piawaian menutup aurat tapi harga mahal.. kalau korang perasan lah kan.. baju yang tak cukup kain ni memang mahal sikit harganya.. memang ada busana muslimah yang mahal.. tapi kalau betul-betul korang bandingkan.. busana yang tak cukup kain ni, harga up sikit lah..

saya dah lama perhatikan..

ohhh.. iolls tak guna tudung berjenama ni.. jujurnya selalu beli kat pasar malam atau kat shop lot yang kecik dalam mall.. tak reti nak masuk butik semata-mata nak beli sehelai tudung.. tak koser..! senang cite, poket saya tak tebal pun nak masuk butik-butik gah.. 

kalau masuk butik-butik ni, dorang mesti tanya "cari apa cik?".. kekadang kita nak tengok-tengok je dulu.. kan? tapi saya sangat rimas kalau sales girl tu ikut saya ke hulur ke hilir.. eeeeiiiii... takde privasi je rasanya nak tengok barang.. kau tak boleh ke perhatikan dari jauh ke? ni duk mengekor.. alahai.... tak selesa..

mungkin 1 hari nanti saya akan pakai barang berjenama dari butik ternama.. tapi tak tahu lah bila kan.. sebab sekarang ni saya takde expectation tinggi pun kat barang yang saya beli.. cuma kita sebagai pembeli ni kenalah gunakan akal sebaiknya masa nak membeli tu.. kalau rasa, diri nak ke arah lebih positif.. pergilah butik yang jual pakaian cukup kain.. kan? janganlah salahkan kedai tu pulak..
 
kalau tengok saya pakai tudung ala-ala mahal tu.. tu semua tudung ibu saya.. :D

Kegunaan sampingan olive oil


Minyak zaitun ni memang banyak kegunaan kan? lagi-lagi yang pure extract tu.. tapi mahal yo! nak guna memang jimat2 je.. hahaha...

boleh buat furniture polish.. kalau saya memang tak sanggup ye.. beli mahal-mahal kau nak buat untuk polish...

11.11.13

Tak bercinta dan terus berkahwin.

tadi tengok ulangan Nasi Lemak Kopi O... majlis penikahan Fizo Omar dan Mawar.. saya dari zaman budak-budak lagi, suka sangat tengok orang akad nikah ni..kecik-kecik dah gatal!~~

saya suka rasai suasanan orang akad nikah.. time tu kan banyak malaikat.. kita je tak nampak.. nak bina masjid ni benda baik.. rahmat Allah pun ada sekali.. 

satu benda penting.. Fizo dan Mawar tak bercinta dan tak pernah keluar berdua.

bagus kan?

moga Allah merahmati kedua pasangan ini..

 

sumbe : google

wife dia muka manis je.. :)

Menu Diet #1

sejak diet ni breakfast memang masak dari rumah.. senang sikit lah.. kalau jalan jem yang tak bergerak tu.. memang terus makan dalam kereta.. takdelah melambatkan breakfast kan.. kekadang buat extra breakfast unuk minum petang sekali..

So, let's share resepi menu diet..




 menu minggu lepas..
minum petang..

oat + susu skim sunlac + low fat yogurt..

sedap!



ni menu dinner hari sabtu

Telur dadar cili padi + coleslaw + salad.

coleslaw tu saya perah lemon sikit.. nak potong lemak kekdah nya.. :)

telur dadar tu sebiji.. buat nipis2.. 


Tak payah resepi lah yer.. hehehe..

till next!

8.11.13

blog,masakan,jiwa

saya kan suka berjalan ke blog masakan... suka tengok gambar makanan lepas tu terliur sendiri.. dulu kenal blog pun sebab cari resepi.. haaa... mana tak jatuh cinta kat dunia masakan...

sejak-sejak diet ni.. memang saya tak buka dah blog masakan.. lepas tu rasa kekosongan je.. hahahaha... makanan dan saya memang tak boleh di pisahkan..lol~

bukan tak boleh view blog masakan tu.. boleh je.. tapi nanti saya mulalah nak masak sendiri sebab nak makan.. tu yang pantang nya.. pantang tengok giteww...

ni penimbang tak beli lagi ni... kelmarin pergi lepak mcd minum iced chocolate dengan makan banana walnut muffin... fuhhhh... nasib hari tu memang saya makan sikit je.. tapi kalori tetap masuk kennn...


lagi 2weeks ada annual dinner... harap-harap time tu dah kurus sikit lah.. nasi memang saya tak snetuh lagi... semalam hampir tewas, sebab ibu masak kari daging.. berapi je tengok adik-adik makan.. tapi saya tahankan je... hahaha... cepat-cepat minum air masak...saiko betul kari daging tu...

bila ntah admin nak umumkan tema dinner.. iolls nak buat bajet lah!

6.11.13

monolog #3

Aku tak tahu nak cakap kat siapa..
aku tak tahu nak luahkan pada siapa..
sungguh aku tak sanggup nak simpan sorang-sorang...
nak meluahkan takut di tempelak..
sungguh aku rasa tak tentu hala..

rasa macam dah dapat petunjuk...
tapi ntahlah...

Ya Allah.. sungguh aku nak luahkan........

kisah penimbang semalam

Hari ni ofis macam kosong je.. sunyi je dari tadi.. pantri tu tempat selalu bersembang lengang pulak hari ni.. ramai masih cuti lagi ke?

saya pun tak pasti.. 

area workplace saya memang sunyi hari ni sebab bos-bos saya pergi meeting.

semalam gigih saya ke jusco, semata-mata nak timbang berat badan.. hahahaha... kat rumah penimbang dah rosak.. rasa balik kang saya nak pergi kedai MR. DIY sebab digital weight scale kat situ murah sikit.. 

mula-mula dah jalan 1 jusco tu... nak balik baru lah nak pergi timbang.. sekali syiling tak cukup.. pergi ke kereta nun kat luar parking jauh! amik syiling semua.. pergi ke penimbang yang pertama saya nampak.. semangat dah ni.. sekali.. asal penimbang ni sonyap je.. saya ketuk2 pun takde apa.. sah! rosak.. dalam hati dah panas dah ni.. sebab utama saya pergi jusco sebab nak timbang berat badan je.. 

jalan-jalan lagi.. jumpa penimbang.. saya tengok-tengok dulu.. rosak jugak! haih.. apa lah semua nak rosak ni.. last sekali pergi naik level 2.. jumpa lagi penimbang.. tapi kali ni tak payah check.. sebab saya dah tengok orang guna.. naik lah.. fuhhhhh... tadi panas hati kan.. sekarang boleh senyum... hehehe :D

2 weeks plus tak makan nasi.. berat turun sikit! berjaya jugak menurunkan.. sebelum ni.. memang takde apa pon yang turun.. asyik naik je.. 

lepas ni memang nak kena pergi cari penimbang sendiri.. sebab nak tracking berat naik atau turun...

dulu pernah timbang kat giant.. masa tu zaman sekolah lagi.. penimbang yang akan cakap.. "anda gemuk".. kong ajo sungguh penimbang tu.. hahahaha.. saya fobia nak naik penimbang kat public pasal dia lah.. dah lah volume tu memang kuat... iskkkk... masa tu berat saya normal.. yang kena sound "anda gemuk".. kawan saya.. mula-mula terdiam je dengar timbang tu sound.. lelama gelak habis.. boleh pulak ada orang cipta penimbang sound orang... 

minggu lepas saya buat cabaran 7 hari menu diet.. nanti saya share kan kat sini.. sebab gambar dah transfer ke pendrive. nanti lah eh... :)


xoxo


1.11.13

Diet pun jadi isu.

Hari ni kesabaran saya sedikit teruji.. masa breakfast tadi, orang mempersoalkan diet kita. mula-mula saya okay je.. cool.. relax.. tapi bila cakap dengan muka-muka sekali.. aahhhh... mulalah cool tukar jadi hot kan..

betul cakap orang.. nak diet ni perlukan kesabaran tinggi.. kena kuat semangat..

kalau lah orang tu dengar diet Atkins entah apa pulak dia cakap kan.. Atkins kan banyak makan telur.. haaa.. lagi lah banyak hujah kau nak bercakap kan?

simple method is.. kau perlu faham apa badan kau perlukan dan apa yang sesuai dengan kau.. dan diet ni tak boleh buat secara mendadak... kenapa diet Atkins kena banyak kali makan tapi tak boleh ambil nasi dan tepung? sebab kita ni dah biasa dengan nasi tu.. kalau takde nasi makan macam tak puaskan? sebab tu diet Atkins menyarankan makan dengan kerap..

bermacam jenis diet lah dalam dunia ni.. pilih je mana yang mampu kau lakukan dan yang sesuai dengan badan kau yer..

nasib ada blog.. boleh membebel kat sini...

31.10.13

Kisah Diet #2 - Lemon untuk Detox



2 minggu lepas, saya mula detox badan. Sebelum nak diet kena cuci sikit lah usus kita kan. Saya banyak baca info, lemon bagus untuk detox kan badan kita. Jadi, saya pergi beli lemon. Untuk permulaan, 1 biji lemon tu tahan 2 hari lah. Lemon mahal hoit! Saya beli kat Tesco sebiji RM1.19. saya beli 3 biji untuk permulaan. Nak tengok macam mana kan. 


sumber google



Hari pertama minum takde apa pun. Sampai lah hari kelima. Hari kelima, baru saya masuk toilet membuang toksid. Perut tak rasa memulas ke apa. Sekarang saya dah amalkan setiap hari. 2liter air bersamaan sebiji lemon. Kekadang saya tambah lagi seliter. 

Kebaikan Lemon: - sumber lifehack.org


11 Benefits of Lemon Water

1. Gives your immune system a boost.

Vitamin C is like our immune system’s jumper cables, and lemon juice is full of it. The level of vitamin C in your system is one of the first things to plummet when you’re stressed, which is why experts recommended popping extra vitamin C during especially stressful days.

2. Excellent source of potassium.

As already mentioned, lemons are high in potassium, which is good for heart health, as well as brain and nerve function.

3. Aids digestion.

Lemon juice not only encourages healthy digestion by loosening toxins in your digestive tract, it helps to relieve symptoms of indigestion such as heartburn, burping, and bloating.

4. Cleanses your system.

It helps flush out the toxins in your body by enhancing enzyme function, stimulating your liver.

5. Freshens your breath.

It also helps relieve toothaches and gingivitis (say wha?). Because the citric acid can erode tooth enamel, either hold off on brushing your teeth after drinking lemon water or brush your teeth before drinking it.

6. Keeps your skin blemish-free.

The antioxidants in lemon juice help to not only decrease blemishes, but wrinkles too! It can also be applied to scars and age spots to reduce their appearance, and because it’s detoxifying your blood, it will maintain your skin’s radiance.

7. Helps you lose weight.

Lemons contain pectin fiber, which assists in fighting hunger cravings.

8. Reduces inflammation.

If you drink lemon water on a regular basis, it will decrease the acidity in your body, which is where disease states occur. It removes uric acid in your joints, which is one of the main causes of inflammation.

9. Gives you an energy boost.

Lemon juice provides your body with energy when it enters your digestive tract, and it also helps reduce anxiety and depression. (Even the scent of lemons has a calming effect on your nervous system!)

10. Helps to cut out caffeine.

I didn’t believe this until I tried it, but replacing my morning coffee with a cup of hot lemon water has really done wonders! I feel refreshed, and no longer have to deal with that pesky afternoon crash. Plus, my nerves are thankful.

11. Helps fight viral infections.

Warm lemon water is the most effective way to diminish viral infections and their subsequent sore throats. Plus, with the lemon juice also boosting your immune system, you’ll simultaneously fight off the infection completely.



Cara saya, masa minggu pertama tu, setengah biji lemon saya perah jusnya. Air segelas je. Sebab nak bagi pekat kan. Lepas seminggu, baru saya hiris2 lemon masukkan dalam botol air. Memang akan rasa pahit sikit. Tapi nak kurus kan? Pahit pun hadap kan je lah..
Kalau rajin boleh buat Resepi Master Cleanse Detox.

Tapi saya tak larat lah. Kalau buat detox ni, 3 days in row tak boleh makan apa2. Kena minum air tu je. Jadi saya buatlah cara macam ni.

Sepanjang tempoh detox ni, saya kurangkan makan nasi. 2 hari sekali makan nasi tapi kuantiti dalam 5 suap je. Selebihnya saya banyak makan lauk pauk. Seeloknya kurangkan makan daging. Tapi lepas raya korban ni. Kat rumah tu memang berlambak daging. Tapi saya masih kawal kuantiti daging tu. Minuman bergula pun saya elakkan. Minum air kosong je.  Ada lah jugak terbabas sekali dua.

Memang orang kata minum banyak akan banyak ke toilet. Normal lah tu kan? Takkan kita nak simpan pulak berliter-liter air dalam badan. Next entry saya akan share macam mana nak buang air berlebihan dalam badan.