30.8.13

K A H W I N


Kahwin itu penuh tanggungjawab.
Jangan mengeluh andai belum jumpa jodoh.
Pasti ada sebab munasab kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.


29.8.13

Majlis Pertunangan Fatin

Bila dah lama cuti, mesti rasa malas sesangat nak pergi kerja. kalau dah cuti sampai 4 hari, lepas tu nak masuk kerja.. memang lemau lah badan.. mula lah rasa nak apply je position "full time housewife".. hahaha..tapi kat jobstreet takde lagi jawatan tu..

ni nak story pasal majlis pertunangan Fatin dan Amir..

last saya jumpa Fatin dan Amir ni raya 3 tahun lepas kot? Masa Fatin whatsapp jemput datang majlis dia, saya baca ulang kali.. hahahaha.. dah kenapa kan? sebab rasa macam salah baca je.. rasa excited mula menjelma kat kitaorg yang single ni.. Nelly siap wechat suruh pakai baju tema warna hijau wechat.. muahahaha.. semua excited kan? siapa yang tak happy kan bila kawan kita menempuh alam bahagia.. :)

Pergi rumah Fatin dengan Pejort.. sebab nak merasa naik keta baru dia.. Nelly pun sama , suruh Pejort amik dia.. 


Fatin dah memang cantik.. bertambah cantik!
tu gambar muda mudi Fatin dengan Amir..



sesi fotoshoot..
so sweet!!
love in the air..
kalau saya.. tak mampu nak buat macam ni..
sebab saya tak mampu pandang mata orang yang saya cinta lama-lama..
tak tahu lah pasal apa..



friend since 2004..
i do love our friendship..
memang kami jarang berhubung.. tapi kami tak lupakan satu sama lain..

after this turn Aina.. 
I can't wait for that event..
walaupun tersentap sikit sebab kawan-kawan rapat semua nak mengakhiri zaman bujang..
hihi..


 

28.8.13

Workout dan diet

Isnin dan Selasa lepas saya cuti. saje nak menghabiskan sisa annual leave. annual leave masih berbaki 8 hari lagi ni. Jumaat ni pun saya cuti, sebab nak pergi Terengganu dan Kuantan. hantar adik masuk Uni.

Minggu ni dah masuk sisa raya yang terakhir kan? so, jemputan open house pun dah berakhir. tapi raya kali ni memang hebatlah. weekend je langsung tak lekat kat rumah. beraya saje. sampai rumah je pukul 12malam.. hahahaha.. hebat tak? Ahad lepas saya balik rumah pukul 5 petang. balik tu terus baring, fuhhhh baru terasa penatnya badan.. bulan 9 pulak full dengan wedding invitation. Korang ni pakat ramai-ramai eh tamatkan zaman bujang tahun ni? rasa tertekan tau tengok wedding invitation yang banyak tu.. hehehehe

Tapi yang tak bestnya, semua kawan-kawan tegur tahap kegemukan badan saya ni.. touching tau.. memang nak kena diet sangat ni nampaknya. jadi cuti 2 hari kat rumah, asal petang je saya buat workout ikut video dari youtube. sepatutnya 30 minit exercise, tapi disebabkan saya ni "selalu" sangat exercise, buat 10minit je.. hahahaha.. gila penat kata kau! malam sambung lagi 10 minit.. hasil nya untuk hari rabu ni, urat kaki tegang! 

harap-harap kurang sikitlah lemak kat badan ni.. dan buat masa ni saya taknak google resepi ataupun blogwalking kat blog masak-masak.. kang kalau tergoda tengok makanan memang diet ke laut terus..

sekarang ni kurang kan makan nasi dan lebih kan makan sayur dan lauk pauk. harap-harap ada perubahan positif kat jarum penimbang.

23.8.13

Happy!!~~

Pernah tak korang rasa happy sangat.. rasa nak senyum je..
tapi bila fikir balik.. kenapa eh aku happy macam ni?
takde sebab munasabah pun...hee~~

just nak beritahu yang hari ni saya happy sangat!!
tapi takde sebab apa pun...
saja nak bagi muka awet muda.. senyum senantiasa.. :)


 happy weekend u olls!

22.8.13

Takziah pada mangsa.

Takziah pada keluarga mangsa kemalangan yang berlaku semalam.

Dulu pernah pergi Genting 3 kali rasanya masa zaman belajar. pergi dengan kawan-kawan. yelah, time tu fikir keseronokan je. mana tempat boleh berlibur di situ kita pergi.. pergi tanpa pengetahuan keluarga.. kalau lah apa-apa yang jadi masa tu.. siapa nak jawab? sekarang dah berakal, tak nak lah pergi sana lagi. kalau ke Cameron Highlands saya mahu.. hikhikhik :)

buat adik-adik yang tengah belajar tu, memang best time belajar kita pergi sana-sini dengan kawan-kawan. tapi always tell you family yer. kang takut-takut ada benda yang tak di ingini berlaku. Malang tu kan tak berbau.


21.8.13

Isu PTPTN

sekarang ni tengah hebat isu PTPTN.. mana-mana kat fb mesti nampak status pasal PTPTN..

saya tak tahu apa-apa pasal PTPTN.. sebab saya peminjam dari MARA... dan saya bersyukur sebab meminjam dari MARA.. siapa yang follow blog saya mesti tahu saya lulusan dari kolej swasta je.. dan seperti yang semua tahu, kolej swasta ni yuran dia mahal.. sijil saya pulak lulusan dari luar negara.. so, kos yuran memang mahal.. saya tak nafikan.. tapi please eh, bukan semua pelajar kolej swasta tu anak orang berada.. pada yang tak tahu tu, meh saya bagitahu, ramai pelajar kolej swasta dari golongan pndapatan sederhana.. tapi ada juga yang dari golongan berpendapatan rendah.. saya ada jumpa.. 

di sebabkan tidak berkemampuan kami kena apply loan dari mana-mana kan? masa saya masuk kolej dulu dia tawarkan 2 pilihan, PTPTN atau MARA.. tapi tengok result saya memang layak mohon MARA.. saya pinjam RM60k tapi saya bayar RM11k.. alhamdulillah..kurang sikit beban...

bagi mereka yang nak hapuskan PTPTN tu.. fikirlah sikit kat mereka yang tak berkemampuan.. 

tapi PTPTN nak buat CRISIS tu.. memang rasanya tak patut.. yelah, keluar Uni atau Kolej umur paling minimum pun 21 tahun.. tu pon belum tentu terus dapat kerja.. dapat kerja pulak nak kena bayar rumah sewa, makan, minum lagi.. bagi mereka yang bertanggungjawab nak kena sara keluarga lagi..jadi nya, kerajaan kenalah amik inisiatif untuk membantu mengurangkan beban bukan menambahkan beban kan?

apa pun, hutang tu wajib di bayar..

20.8.13

Bahagia kah?

Bahagia itu apa rasanya?
sering kali kita di momokkan dengan cerita yang ending cerita fairy tale yang happy sepanjang hayat...
tapi dalam hidup ni tak akan ada perkataan "selamanya"...
perkataan itu Allah yang punya..
manusia ini sifatnya hanya sementara..
nikmati lah apa yang kau rasa sekarang..
mana tahu akan datang lain pula yang akan kau rasa..

jangan memandang hina pada mereka yang tak bahagia..
kamu tak rasa apa mereka rasa..
jangan menunjuk rasa bahagia itu pada semua orang..
kelak akan ada sifat riak dan bangga..

sekali kita mendabik dada,
ramai yang akan membenci..

saat bahagia mengulit kehidupan mu..
kenang kembali duka yang pernah menemani hari mu..
kelak kau takkan merasa sakit lagi kerana duka itu,..

Lepas raya.

Lepas raya poket makin kempis kan? Nak tunggu gaji, hari-hari membilang. hahahaha.. 

Lepas raya yang makin naik adalah berat badan.. phewwww.. puasa pun berat badan statik je.. tak turun langsung.. inikan pulak raya.. makan je kerja nya.. semua makanan sedap.. sampai ada yang tanya saya "apa je kau tak makan?".. bukan main perli lagi dorang ni tau..

Sabtu minggu lepas saya pergi 7 buah rumah...pukul 10.30 pagi dah keluar pergi rumah kawan-kawan.. balik rumah pukul 12 malam..sampai kena perli dari ibu.. "raya sakan kau?" haaaa...sedas kena.. muahahahaha :D

sabtu lepas ex-classmate teknik bertunang.. bestnyaaaaa! sebab betunang dengan pakwe dari zaman sekolah... alhamdulilah.. (: gambar nanti eh.. nak upload kat sini jugak.. tapi tak edit lagi.. hewhewhew;p

banyak yang berlaku, tapi tak terluah... nak tulis kat sini rasa tak proper sebab ada sedara mara yang membaca di sini.. kan?? raya hari tu kemain ramai tegur... nanti update gambar kat blog yer? blushing i tau... #perasan retis#


19.8.13

Monday yang tak berapa nak blues.

Assalammualaikum! ^^

Monday yang tak berapa nak blues sebab banyakkkkkkk sangat kerja yang pending last week... sungguh menyampah nak hadap kerja pending ni.. tapi nak buat macam mana, nak tak nak kena hadap jugak kan?

weekend yang lepas saya full sangat.. nak cerita tapi gambar nan hado.. tak best cerita tapi gambar takde.. tengoklah kejap lagi, kalau sempat saya nak update cerita untuk simpanan peribadi di sini... kata orang buat kenangan lah.. hihihi..

pada yang baru bekerja setelah cuti panjang.. selamat bekerja yer! hihihi



Jangan cipta kenangan andai ia akan menyakitkan di kemudian hari. andai tercipta, anggaplah itu motivasi untuk di hari mendatang.
Aku tak bisa mengubah dunia untuk menjadi milik aku, tapi aku tahu Allah bisa mengubah duniaku untuk sesuatu.
Mungkin di sini bukan tempat aku, maka aku redha.
Biar hati ini menangis lagi buat sekalian kalinya, kerna aku sudah bisa menanggungnya bersendirian.
Aku tahu Allah sentiasa menemani aku walaupun aku selalu alpa akan tanggungjawabku padaNya.
Demi secebis harapan, aku gerak maju kehadapan agar bisa ku cari kebahagiaan yang tertulis untuk aku.

14.8.13

nama saya

Dulu masa sekolah agama kan ada belajar Sirah. ada topik bab Hajar Aswad. kalau tak silap Ustaz cakap maksud Hajar Aswad ialah Batu Hitam. nama saya kan Siti Hajar, jadi saya macam tak boleh terima lah. balik rumah tanya abah. kenapa letak nama saya Siti Hajar? kalau translate jadi Siti Batu. hehehehe :D abah cakap, letak nama saya Siti Hajar bukan pasal Hajar Aswad tapi sebab kisah Siti Hajar ibu kepada Nabi Ismail.

tapi, saya memang tetap tak boleh terima masa tu. siap cakap kat abah, nanti dah besar nak tukar nama. siap pilih nama cantik-cantik lagi.sebab tu dulu saya tak suka orang panggil nama saya. hehehe.. keji tak perangai? lagi satu, masa zaman saya sekolah dulu famous dengan nama NUR.. jadi saya fikir, ni apasal pulak nama saya je siti ni..

dah besar, tak koser nak tukar nama. yelah, kang elok-elok tukar nama tapi orang still panggil dengan nama lama serupa tak payah kan?

berbangga je dengan apa yang kita miliki sebab tu semua anugerah Allah. nama tu satu doa, jadi nama yang baik tu insyaAllah doa yang baik untuk kita kan? think positive. 



 


13.8.13

Raya Paling Meriah 2013

ramai lagi ke yang sambung cuti raya? saya semalam lagi dah kerja.. tahun ni tak minta cuti raya pun. yelah, dah dapat 4 hari berderet kan.

raya tahun ni alhamdulillah! lagi meriah dan bermakna dari tahun sebelum-sebelum ni. seronok sangat raya tahun ni!

nenek, parents and siblings!

raya pertama, pergi rumah nenek di jalan kapar. 10 minit je dari rumah saya. lepak kat situ sampai pukul 3 petang, gerak balik Pandan Indah pulak. ni rumah arwah atuk belah abah. Makcik saya duduk kat situ. lepas tu, Makcik ajak pergi beraya rumah atuk sedara. apa lagi! moh kita bersiap. hahahaha.. selalunya tahun-tahun lepas, dah sampai Pandan Indah, kiteorang duduk rumah sampai malam lepas tu balik Klang semula. 

 ibu di tengah-tengah antara kami.
gambar ni masukkan dalam FB, kemain ramai puji ibu nampak muda...


 siblings.
from right to left :
siti hajar & siti hawa & siti fatimah & siti maisarah & siti sahira

Raya ke-2 pula kami pergi ke Ipoh. Mak Ngah ajak ikut balik kampung. saya set je! hahaha.. lagi-lagi kami adik-beradik memang tak pernah pergi beraya kat kampung. seronok wei! jalan pergi tu tak berapa clear sangat. ada jem sana sini tapi alhamdulillah tak stuck setempat je. saya kalau drive tak suka jem yang stuck setempat kang mata mengantuk. pergi 4 buah rumah kat Ipoh. nama tempat nya saya lupa. insyaAlalh tahun depan saya nak pergi lagi.a Actually abah lahir kat Ipoh, masa dia umur 5 tahun macam tu atuk bawak pindah ke KL. tu yang jadi nya kami takde kampung. hehehe. takpe, nanti kahwin cari suami ada kampung yer! hahahaha :D kalau dapat ler.

 
posing di tangga rumah opah..



 
3 beradik di depan rumah opah.
kemain excited dorang ni sebenarnya.. 
 

 acah-acah cover album syawal 2013.

masa nak bertolak ke Ipoh tu, saya update status kat FB. sekali, Diba wechat tanya Ipoh kat mana? haruslah saya tak tahu kat man. kata pun follow mak ngah je. hahaha.. tapi selepas berbelas sms dengan Diba.. akhirnya!!! 


after 3 years kita tak jumpa sekali jumpa time raya!
time kasih lah kat Shahril yang jadi kameraman tak bertauliah..
si Diba ni makin kurus lah pulak.. segan nak amik gambar dengan dia..
tapi kena jugak amik, kenangan kata kau!
tahun depan kita jumpa lagi ye Diba..

raya ke-3 pulak, pergi rumah makcik saya kat Denai Alam, adik ibu. malam tu ibu pergi Putrajaya rumah kakak dia, tapi syaa tak ikut. saya pergi Meru raya rumah Aina sebab nak singgah ziarah Bell. Mak Bell , Pn Norliza Ahmad (Mantan Adun Selat Klang), meninggal dunia pada raya pertama. Al-fatihah.

Ahad pulak, pergi ke rumah sepupu saya di Ukay Perdana dan rumah makcik saya di Taman Kosas. 4 hari yang full with activities. minggu ni turn rumah saya pulak.

menu raya pertama semua saya masak sendiri, kuah lodeh, sambal sotong, nasi impit, rendnag ayam dan rendang daging. malangnya!! takde satu pun gambar makanan itu.. hewhewhew.. :D

12.8.13

Stay Positive!

Tak sangka aku terpilih untuk merasai situasi begini.
tak pernah terfikir pun aku akan dipaksa begini.
hidup itu banyak pilihan tetapi kenapa aku tak diberi pilihan?

hati belum terbuka lagi.
masih lagi kosong tanpa perasaan.
dan aku masih lagi gembira hidup begini.

apa pun terjadi biarlah ia nya keputusan yang tepat.

mungkin beginilah takdir yang di tulis oleh Allah untuk aku.


stay positive!

life is colorful :)

6.8.13

balik kampung hati-hati yer :)

saya tahu ramai yang akan bercuti esok.. ramai juga yang telah pulang ke kampung halaman. maklumlah, sekolah pun cuti jugak kan? berhati-hati eh korang. semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

tiap-tiap tahun raya, time kemas rumah mesti ada timbul soalan. "ibu, kenapa kita takde kampung?" adik-adik suka tanya soalan yang dah tahu jawapan. yelah, sayu weyh hati tengok orang balik beraya. lagi-lagi rumah saya tingkat 3, kalau pandang ke bawah, kemain excited tengok orang tarik beg besar-besar. selalu kalau raya pertama tu, bila malam, turun bawah rumah dongak ke atas. rumah saya je berlampu. rumah lain nan hado. semua pulang ke kampung.

semalam saya mc.. jadi seharian kat rumah duk buat kuih raya.. dah 2 minggu buat kuih raya.. ibu tu baik sangat, pergi sedekah kat kawan-kawan dia.. mana nak ada kuih raya untuk rumah? sudahnya nanti saya kena buat jugak untuk rumah..kena pulun buat kuih 2 malam ni...



1.8.13

Khamis Pertama dan Terakhir



Assalammualaikum Ogos..

Khamis pertama di bulan Ogos dan kemungkinan Khamis terakhir di bulan Ramadhan.. Ya Allah, kejapnya bulan seribu rahmat ni nak pergi meninggal kan kita.. sedih rasanya bila mengenangkan tak banyak amal yang saya lakukan di bulan ini..

Bila orang nak samakan kehidupan kita dengan dia.. kita mesti tak suka kan? Setiap manusia tu punya kehidupan yang berbeza kerana takdir itu ditulis oleh Allah.. susah ke nak faham kenyataan tu? Muak dengan sikap manusia yang suka membandingkan ni.. kalau semua orang punya takdir yang sama, maka bosanlah bumi ni.. saya semakin jelak dengan orang yang suka membuat perbandingan ni..

Kadang-kala kita perlukan suasana yang sunyi dan sepi untuk bersendirian..bukan kerana kita sedih, tapi kita kena bagi sedikit masa pada diri sendiri untuk berehat. 

cerita persiapan raya? selalunya orang yang dah ada family je cerita pasal raya ni..macam saya yang bujang ni.. takde persiapan apa pun.. setiap tahun keluarga saya simple je.. baju raya sepasang seorang, kuih raya buat sendiri. almaklumlah, kami takde kampung. maka, raya tu bagi kami takde rasa seronok sangat. kalau masa kanak-kanak memang seronok kan nak sambut raya ni?