30.6.15

Permulaan Sebuah Kisah #1








gambar : google

Gold with Champagne.

gatal-gatal tangan meng google.. heheheh:D


29.6.15

Kisah berbuka puasa hari ke 11

Semalam pergi bazar ramadan Shah Alam.. yang kat stadium tu.. masa pergi tu niat nak cari kek coklat je.. terliur pulak tengok kawan upload kat moment wechat.. biasalah, puasa-puasa ni.. mesti selalu terliur.. hehehehe:D

Sampai sana, macam biasalah sesak ya amat.. dengan bahang kepanasan lagi.. peluh menitik-nitik.. saya perasan ada dua tiga orang brother yang tinggi snap picture.. mesti nak upload kat FB ken?? kek tu memang sedap! sorry, gambar takde sebab semalam buka ramai-ramai dengan makcik semua.. tak koser lah nak snap pic.. kang tak pasal je kena bahan setahun.. saya beli 2 jenis.. satu butterscotch satu lagi coklat apa ntah.. saya dpt rasa yang coklat tu je.. yang lagi satu abah ngan ibu habiskan.. dorang kata sedap.. takpelah, kalau pergi lagi boleh lah beli lagi.. kalau lah ye.. sebab saya memang tak berapa suka nak ke bazar..

dalam kata nak beli kek je.. terbeli popiah basah, kuih pelita -feveret- dan jugak air Bliss Yogurt.. 3 botol RM12.. kat pasar raya mahal weh.. 1 botol cecah RM16.. =( ada peluang beli je lah.. lagi pun dah lama tak minum...

semalam makcik saya masak Patin Tempoyak dan ibu masak Mi Kari.. ada orang tu dia terliur dengan Mi Kari, jadi carilah semalam kat bazar tu Mi Kari.. dah nak balik baru jumpa.. dalam berpuluh-puluh gerai tu.. ada 1 je jual Mi Kari.. yang lain semuanya laksa.. dia beli air tebu sebungkus RM6.. mahal kan? bila kami jalan row belakang.. sebungkus RM4.. hai lah peniaga.. nak pergi haji balik hari ke? 


tak best eh cerita tak de gambar... kikiki:p

24.6.15

#WW R I N D U





19.6.15

cerita jumaat

Kenapa eh tiap kali hari Jumaat rasa malas sangat nak kerja.. malas gile lah.. 

semalam tak pergi terawih.. lepas buka puasa, sakit kepala sangat.. dah nak tidur dah lepas maghrib tu.. tapi saya tahankan je.. kang isyak terbabas kang... tengok drama Cik Bunga dan Encik Sombong tu best jugak ehhh.. 

pagi tadi sahur, lepas subuh sambung tidur balik.. kunci jam pukul 6.35.. pon malas nak bangun weh... hahahaha.. sampai kat parking ofis pukul 7:50.. sambung tidur lagi.. ntah kenapa rasa mengantuk sangat ntah.. nasib baik waktu kerja bulan puasa 9 - 4:30 je.. taipi takde lunch hour lah.. kalau ada mau saya bawak bantal ke ofis.. wakakakaka:p

sehari sebelum puasa hari tu, makan cakoi.. dengan caramel.. tapi makan sikit je lah sebab orang bagi.. ni puasa-puasa ni mengidam lak nak goreng cakoi sendiri.. tapi saya tengah diet karbohidrat ni.. haihhhh.. acaner? 

weekend kita buat cheat day lah ye.. :p

jangan lupa banyakkan berdoa hari ni.. =)

Jumaat pertama di dalam bulan Ramadhan...

18.6.15

DIY Bunga Tangan Pengantin

Korang tengok tak pelamin fantasia tu? program Astro..

saya tak tengok.. hehehehe.. rumah takde Astro lah katakan.. tengok viral from FB dan Insta je lah.. 

saya cuma nak cakap.. Hand Bouquet Fiqa tu cantik dan unik.. Rizalman yang buat kan...


sumber instagram Rizalman

korang tahu, jenuh saya google in BM apa itu "succulents"
hahahahaha.. google translate tak membantu langsung...
rupanya memang nama tumbuhan itu succulents.. so, ko trnslate memang tak jumpa laa.. LOL!



setelah di google, ini yang jumpa..
dia sejenis kaktus kan?
dari pemerhatian mata saya laa...

sape2 nak kawin boleh lah buat...




DAY 13: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!





Last person saya text is with Syaza.. kawan yang kenal dari umur 18 tahun.. dulu sama-sama kerja kat McD lepas SPM.. dari situ kenal dia.. pernah lah few years lost contact dengan dia.. lepas tu jumpa balik kat FB.. terus keep in touch until now.. 

dia seorang ibu tunggal.. ada seorang anak perempuan yang berusia 5 tahun kalau tak silap..

bagi saya dia seorang yang sangat-sangat berani...
cuma kadang-kala ada percaturan yang dia silap buat..
I wish her all the best in her relationship..

Ingat tau...

Yang terbaik tu selalu datang lambat sebab dia istimewa hanya untuk kita.. 




Ramadhan 1436 Hijrah

Selamat Berpuasa semua...

setiap kali puasa atau raya mesti kita excited kan? office-mate saya cerita, semalam pergi Econsave, ayam ikan semua habis. Makanan segera pun sama.. korang borong banyak-banyak untuk sahur eh? heee~~

tahun ni tak payah lah kita upload gambar kalau kita pergi terawih ke baca AL-Quran ke.. - pesanan untuk diri sendiri

pagi tadi menu sahur simple je.. Ikan kerisi goreng rangup, sambal kicap, sambal telur rebus dan sup sayur. semua masak dalam kuantiti yang sikit. sup sayur pagi tadi saya tak tumis, rebus dengan ikan bilis dan bawang merah, lepas tu masukkan sayur sawi pak choy.. tak bestnya nak ebrcerita bila takde gambar ni.. nanti lah kalau masak lagi, saya amik gambar nya..

saya tanamkan misi NO Bazar Ramadhan this year.. tak nak jejak kan kaki langsung ke mana-mana bazar.. harap2 berjaya lah ye..

kelopak mata ni kalau boleh di tongkatkan, saya dah tongkatkan dah.. mood : mengantuk

17.6.15

DAY 12: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!


My accomplishment so far is independently doing anything. Learn by myself to settle by my own self. For my life, I’m proud of my career. Bukan senang nak ada di tahap sebegini di usia 26 tahun. Alhamdullilah atas peluang yang di beri dan kepercayaan yang di beri. 

16.6.15

Menu Sahur

tengok post Kak Rara pasal menu sahur.

family saya selalu nya makan left over dari buka tu. kalau takde left over, masak simple-simple je lah menu sahur. macam sambal sardin dan telur goreng.

kadang-kadang buat jugak macam Kak Rara tu, goreng nugget makan dengan nasi. nasi pulak panas! memang terangkat lah weh. Family saya memang jenis kena makan nasi. macam saya, tak makan pon takpe. tapi yang lain wajib nasi, lagi-lagi abah. takde nasi boleh mendatangkan kemarahan.. hehehe:D

dari kecik lagi saya memang bersahur.. even, puasa sunat atau puasa ganti pun saya mesti bersahur.. abah memang pantang kalau tak bangun sahur.. bila dah di baisakan dari kecik, rasa tak lengkap kalau tak buat kan?

kalau takde aral melintang, esok malam kita start terawih dah kan?

To do list for me :

1) khatam Al-Quran
2) belajar dan amalkan solat dhuha

Semoga kita menjadi lebih baik dengan memperbanyakkan amalan kita..

issyaAllah..

15.6.15

DAY 11: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!






dulu masa sekolah, saya rajin mencari kenalan di majalah macam Galaxy, dan mirc room... sape membesar zaman-zaman siber baru nak up, mesti tau.. gila lama nak connecting masuk room.. kadang-kadang memang takkan masuk.. hehehehe~~

apa lagi, suka lah cari pakwe dalam tu.. well, saya bersekolah perempuan.. mana ada lelaki nak di "goda' waktu itu.. chatting punya chatting.. next, kita jumpa face to face.. saya ingat lagi.. muka lelaki ni memang jenis sedap mata memandang.. dalam chatting room kemain kau beramah mesra bagai.. bila depan-depan.. 1 suara pun tak keluar.. siap gagap-gagap lagi.. dia bukan jenis gagap.. tapi dia pemalu tahap petala ke 10.. hahahaha:p

sepanjang 30 min berjumpa.. saya rasa macam 3 jam dah kat situ.. muka siap blushing bagai.. hadoiii.. failed! 

tu zaman sekolah lah..

lepas dah habis sekolah takde dah buat perangai macam tu.. 

sebab tak berapa nak percaya perjumpaan jodoh di alam maya..



DAY 10: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!





saya pernah cerita kat entri ini Nama macam orang dulu-dulu.

Nama saya simbolik dengan pengorbanan ibu Nabi Ismail yang di tinggalkan seorang diri di padang pasir bersama bayi yang masih kecil. Ini adalah kerana perintah Allah. Setiap apa yang di perintahkan oleh DIA pasti ada hikmah tersembunyi.

Siti Hajar seorang yang cekal dan sentiasa bersangka baik terhadap Allah. 

Saya sendiri selalu berdikari dari mengharapkan orang lain. bagi saya adalah satu kepuasan kalau kita dapat melakukan segalanya dengan sendiri. mungkin ada sedikit sebanyak kita memerlukan pertolongan orang sebab itu kita di jadikan hidup bermasayarakat. 

di sebabkan dah biasa ke sana ke sini sendiri.. jadi saya tak berapa nak harapkan pasangan di sisi. lagi-lagi sekarang dunia di hujung jari, apa saya nak tahu, google je..

bersangka baik terhadap Allah. jodoh lambat sedikit tapi rezeki lain lebih dari orang yang berjodohan. InsyaAllah.


[DAY 9]: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

DAY 9: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!


Ketinggalan jauh sangat ni..
takpe takpe.. kita guna kuasa kuda ye..

saya ni memang talkative.. suka bercakap suka bercerita.. tapi ada masa nya saya suka menyepikan diri.. tiba-tiba je suka menyepi kan diri.. senyap sunyi secara tiba-tiba.. pernah ada orang tanya.. are u okay? kadang-kadang orang tersilap sangka.. ingat saya marah atau merajuk.. walhal mood saya untuk menyepikan diri dah turn on.. Kiranya saya boleh ada dua personality, kejap talkative kejap silent and taciturn.

saya suka mengemas separuh jalan.. kihkihkih:p mula-mula semangat berkobar.. kombah satu almari baju.. nak asingkan baju nak lipat dengan gantung.. lepas dah beberapa jam.. "ehhh.. esok lah sambung.." sudah nya baju-baju tak berlipat.. sama jugak macam menyapu sampah.. sapu separuh rumah je.. lepas tu suruh adik yang sapu.. hahahaha..

ada lagi pelik.. tapi tak nak lah cite details kat sini.. 


12.6.15

Sembang borak kosong jom!

Sembang-sembang pasal Ramadhan..

InsyaAllah Khamis minggu depan kita akan berpuasa.. setiap tahun akan rasa excited tiap kali nak smabut Ramadhan.. sambut Raya pun excited.. hekhekhek:p

Tahun ni pasang niat nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan.. tahun-tahun sebelum nya nan ado.. teruk sungguh! tiap-tiap tahun sahur kami ada giliran.. giliran bangun untuk perhangat makanan untuk bersahur.. legaaaaaa sangat sebab giliran saya dah lepas.. hahahaha.. tapi adik no 3, kebetulan cuti sem bulan puasa ni.. jadi, dia lah yang akan bangun awal..

Minggu ni mesti segala pasar penuh dengan orang.. Malaysia ni unik sikit, nak sambut puasa ke nak sambut raya ke.. mesti penuh dengan orang kat pasar atau supermarket.. hohoho:p panjang barisan pun boleh agak kan macam mana? tapi nak tak nak kena jugak beli.. nak pergi weekdays memang tak menyempat lah..

rasa weekend ni nak tengok wayang.. Jurassic World.. macam best.. kesinambungan Jurassic Park agak nya..


cuba korang tengok trailer...
macam best kan?

pagi tadi hujan lebat gila...
dah bangun pukul 6:30pagi, matikan alarm sambung tido... hahahhaa... perangai tak semenggah.. nasib baik ibu kejut untuk subuh.. kalau tak.. haihhhhh~~ lepas dah subuh, boleh rileks2 lagi.. sebab nya kemalasan yang teramat nak pergi kerja.. nasib baik sampai ofis before 9am.. 

seperti biasa.. hari Jumaat je mood kerja ke laut dalam.. =p







10.6.15

DAY 8: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!



maaf yer.. lambat 2 hari..

1. Tahu erti sebenar "anak sulung"..

-Saya anak sulung dari 5 adik beradik yang kesemuanya perempuan. whatever happen, I am responsible to them. saya nak pasangan saya faham tanggungjawab saya. saya tahu, lepas kahwin kena ikut cakap suami, kena dengar arahan suami. tapi dia kena faham situasi saya. saya harap dia sama-sama boleh jaga kami sekeluarga. layan keluarga saya sama seperti keluarga dia.

2. Suka bercakap tapi tahu bila untuk berhenti bercakap

- knowing me, suka bercakap suka bercerita suka membebel. kalau dapat yang pendiam, mati kutu lah. lagi-lagi jenis, tanya berpatah-patah dia boleh jawab sepatah. hadoiiii.. tapi kena tahu lah bila masa nya kena senyap yer.. kang 24 jam bercakap bengong weh...

3. Kerja Tetap

- Tak lah nak pilih doktor ke jurutera ke.. tapi kalau dapat alhamdulillah! heee~~ as long dia ada kerja yang boleh menyara hidup. zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit yer. bukan materialistik but be a realistik. saya tak minat dengan orang yang suka tukar kerja. sorry! sebab kalau dah asyik menukar kerja, bila nak stabilkan ekonomi?


- Utamakan family. lagi-lagi bila seorang lelaki itu melayan emak dia dengan cara sepatutnya. InsyaAllah in future dia tahu melayan perempuan bernama isteri. dan, dalam apa jua hal, keluarga adalah penting bagi dia.

5. Sayangi dan terima saya seadanya.

- I'm not perfect at all. yes, semua manusia tak perfect, ada pro and cons. tapi ada sesetengah orang macam tak faham, yang manusia ni tak perfect mana. don't expect saya perempuan saya tahu buat semua kerja rumah. saya tahu cara melayan orang lain dengan sempurna. dan saya tak nak nanti di sebut-sebut kekurangan saya. saya ni nampak je garang, keras hati tapi deep inside saya suka bermanja. 

Jodoh kita adalah cerminan diri kita. kalau kita nak jodoh yang baik, kita mestilah jadi yang terbaik untuk dia.





8.6.15

DAY 7: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

Jom kita sambung cabaran ini.. walaupun agak lambat tak on-time.. nak jugak teruskan..:p

7)      Where you are in your life vs. where you thought you would be at this point

Since graduate, dah ada plan.. umur macam ni nak beli apa, umur sekian-sekian nak target gaji berapa.. Alhamdulillah, Allah bagi apa yang saya rancang, walau bukan kesemuanya. tapi apa saya nak dalam kehidupan dalam kerjaya. Alhamdulillah.

Sekarang ni saya plan untuk bantu keluarga.. dari segi kewangan. Ya, ibubapa saya kerja biasa-biasa sahaja. Ibu sampai kena buat 2 kerja dalam 1 masa. Siapa tak kesian kan kalau lihat ibubapa kerja berat di usia mereka yang patutnya dah tak payah kerja keras.

Abah selalu cakap, bersyukurlah dengan apa ada, kurang-kurang kita cukup makan. Tak pernah lagi kena ikat perut sebab takde makanan. Malas masak adalah. :p

Sebelum berkahwin, saya nak ringankan beban yang di tanggung oleh parents saya. Cuma saya masih belum mampu menanggung segala perbelanjaan mereka.

insyaAllah, selagi terdaya, selagi termampu saya usahakan.

Umur 26, ada kerjaya sendiri, hidup tanpa menyusahkan orang lain.

I’m satisfied!


Nama macam orang dulu-dulu.

Tadi jalan-jalan kat blog Kak Aty.. entri pasal nama..

Nama saya dan adik beradik semua bermula dengan Siti.. dulu masa sekolah, kan guna telefon rumah.. kalau ada kawan-kawan telefon, abah mesti tanya nak cakap dengan Siti yang mana? hehehee:D kadang orang datang rumah.. "Assalammualaikum.....Siti...ooOOOo Siti.." nanti ibu menyahut.. "Siti yang mana?

masa darjah 3 belajar Sirah.. pasal Hajarul Aswad.. batu hitam kat Kaabah tu.. Aswad = hitam ; hajar = batu.. balik rumah terus complaint kat abah.. kenapa abah letak nama orang maknanya batu?? sambil muncung-muncung saya cakap.. masa tu memang rasa nama kita tak best langsung.. kampung.com sangat nama aku ni.. cakap dalam hati.. masa saya sekolah rendah dulu ramai nama Nur.. jarang ada nama Siti ni.. macam nama makcikmakcik.. :p

Abah selalu cakap, abah pilih nama Siti Hajar sebab nama ibu Nabi Ismail.. seorang wanita yang cekal dan patuh pada perintah Allah..

Baca kisah Pengorbanan Siti Hajar

Dulu saya tak faham lah apa simbolik nya nama ni.. dah umur 26 tahun ni, faham lah apa tujuan nya nama itu sendiri.. 



Kiri - kanan

Siti Maisarah - Siti Fatimah - Siti Hawa - Siti Hajar - Siti Sahira

Nama adik beradik kami bersangkut paut dengan kisah Nabi. Kecuali yang bongsu, sebab nama dia, makcik saya yang bagi.. jadi tu nama dia lain dari yang lain..

yang lelaki tu adik ipar saya.. sah-sah lah nama bukan siti kennn..




DAY 6: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!


6)      Sound off on the quote “Every woman has the exact love life she wants”

Actually I never heard this quote.. nak explain pun tak tahu camne..

semua orang ada cinta yang di idam kan..
ada expectation towards love relationship..
jadi, tak kira lelaki ke perempuan masing-masing ada impian tersendiri..

hanya kita je tahu apa yang kita mahukan..
:)

5.6.15

DAY 5: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!






Day 5: The biggest misconception you think people have about single life.

Korang rasa apa?

Typical Malay will think.. "kau memilih sangat.. sebab tu single lagi.." everytime dapat statement macam ni.. rasa nak cekik je orang yang cakap tu.. mana kau tahu aku memilih? gila lah kalau ada orang tak memilih.. memilih untuk kebaikan.. tapi takde lah terlampau strict sangat dalam pemilihan.. sedangkan beli ikan dan sayur pun kita kena pilih, inikan pulak pasangan hidup?

kalau ada rupa tapi kerja takde... korang terima ke? 

tak semestinya orang tu memilih.. kadang-kala orang tu yang takde pilihan.. so, macam mana nak memilih? kan.....

DAY 4: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

DAY 4: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!









Fear...

Takut...


As a single lady.. takut bila semua orang sekeliling dah kahwin, dah ada anak yang dah bersekolah.. tapi kau masih bersendirian.. I can't imagine.. lagi pun, bila semua your friends dah ada family masing-masing, dengan siapa lagi kita nak keluar? nak enjoy? hahahaha:D surely, bila ajak mereka akan ada je halangan yang datang..

I'm afraid that I won't find the one for my life for my future.

Ya, kita kena percaya pada Qada' dan Qadar yang dah ditentukan oleh Allah.. tapi we still need to make an effort to get the real one. saya percaya takdir memang dah tertulis, tapi apa yang Allah bagi setimpal dengan usaha kita.. :) 

saya takut bila fikirkan benda ni.. hahahaha.. u can call me paranoid.. 

deep in my heart, I knew someone is writing his destiny with me. His love just for me..

Ni doa yang boleh di amalkan untuk bertemu dengan jodoh.. 


سُبْحَٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَزْوَٰجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ - يس : ٣٦
"Maha Suci ALLAH yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui." (QS Yaasiin 36)
sumber : google

InsyaAllah.. 




DAY 3: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!





Bila tak payah nak bagitahu atau minta izin kita nak kemana. Balik kerja selamba je pergi sana sini, dah penat baru ingat jalan pulang. 

Boleh keluar dengan sesiapa yang kita nak atau boleh je texting dengan orang lain.


its's called as F R E E D O  M.


selalu dengar rintihan kawan-kawan takde masa untuk diri sendiri.. mandi kena laju-laju, makan kena cepat-cepat.. hehehe:D jadi single ni pukul berapa nak makan, pukul berapa nak mandi.. terpulang kat kita.. bersiram lama-lama dalam bilik air pun takde gangguan kan?

sementara masih ada masa terluang dan ruang untuk bersendirian.. better enjoy! nanti rindu kan?

:)

[ Day 2 ] The Single Woman's 30-Day Blogging Challenge!




4.6.15

Bakar Lemak di Royal Floria Putrajaya 2015

Saya dapat tahu pasal Floria Putrajaya dari FB Putrajaya.. ingatkan nak naik kapal Magic Nite tu.. tapi tak berapa nak feel weh kalau pergi sorang.. heee~~ 


jadi ajak kawan saya pergi sana.. gerak dari Klang dalam pukul 9 pagi macam tu.. sebab saya ada baca Floria ni bukak pukul 9 pagi.. 


kalau korang scroll FB Putrajaya tu, takde mention langsung pasal bayaran ni.. memang takde.. saya tahu pun lepas baca komen orang lain.. kalau ada My Kad RM5 kalau takde RM10.. budak-budak saya tak tahu... tak pasti pulak kenapa dia tak update pasal bayaran ni.. tapi rata-rata memang terperanjat bila kena bayar.. 
Masuk-masuk je dalam ni.. terus nampak mini-mini taman.. yang dorang decorated mengikut tema.. takde sediakan map pun.. saya mula-mula tertanya-tanya, nak jalan kiri ke kanan dulu ni? sebab, kalau boleh nak pergi masuk rumah winter dulu... tapi takde peta, jalan ikut kaki je lah.. hahahaha..


pusing-pusing nampak taman bertemakan minions..
comel-comel..
kiut-miut..

cubaan selfie dengan minions..






jalan-jalan jumpa lah peta..
tengok dah dekat dah nak pergi zon winter tu..
bila dah jumpa..
gila kau...
beratur panjang gila wehhhhhh..
macam nak beli tiket wayang cerita box office..
masa tu dah panas sangat.. memang tak lah saya nak beratur..
next time je lah...

sebabkan panas, jumpa tempat ber air-cond..

masuk rumah orkid..
cantik-cantik bunga kat sini..
siap ada pemenang lagi..
acara apa orkid ni bertanding saya tak tahu..
hahahaha:p

masa dalam ni tak ramai orang sangat.. jadi memang terasa aircond tu..






anything mix with purple is my favourite..



suka!
cantik weh..

putih suci je..



di sebabkan terlampau panas.. 
tutup mata bila orang nak tangkap gambar...


berlatar belakang kan jambatan Putrajaya..

banyak rumah mini kat sini..
rumah Melaka pon ada..


ni rumah apa?

tak tahu tajuk.. LOL

tapi bila dah pukul 11 lebih tu..
memang ramai gila orang weh...

korang kalau nak pergi, pagi-pagi k!
malam pun dia bukak..
samapi 7th June ni...
best jugak sekali sekala jalan-jalan macam ni...
katanya tiap-tiap tahun ada..
tu saya tak pasti..





3.6.15

My 26 years birthday celebration.

Jumaat lepas genap lah umur saya 26 tahun. Alhamdulillah for over the past 25 years old. Syukur dengan apa yang ada dan apa yang diberi Allah. Saya ambil half day Jumaat lepas, ingat nak pergi tengok wayang. Tapi ada hal pulak petang tu. Jadi tak dapat lah tengok wayang.


ni last year birthday...


this year celebration..
Pakai bawal satin maroon. 
Tapi tak cantik jugak macam Mia Ahmad.. 
kehkehkeh.. 


Sebelum balik tu ajak officemate pergi lunch kat Fikcles TTDI. Saya dapat tahu kedai ni dari blog Kak Su. Kalau korang nak tahu makanan terpaling sedap, silalah terjah blog dia. Trademark dia “terpaling”.. hikhikhik:p lama dah nak pergi sini, sebab dekat dengan office. Tapi tahu je lah kawasan TTDI, parking kemain susah. Doa lah siap-siap dalam hati supaya dapat parking weh. 2 kali tawaf, dapat parking. Perut dah lapar weh.

saya order Mushroom Junkie. Totally 100% cendawan saja dengan carbonara sauce. Order air white chocolate caramel. Sedap!


my meal..
campuran berbagai jenis cendawan..
tapi saya tak mampu nak habiskan..
portion dia banyak.. tapi memuakkan..


white chocolate caramel..
sedap bangat!


officemate order ni..
sedap jugak..

Malam Aza dan tunang dia ajak pergi Fiske Steakhouse AU2 Keramat. Saya order set grill yang ada ayam, lamb dan beef. Lupa nama dia. 1 set ada mash potato dan coleslaw. Kedai nya memang ramai orang. Masa kami pergi tu duduk berhadapan dengan tandas. Nasib baik tak berbau. Hehehehe~~ saya tak perasan bila masa ntah dorang order slice kek. Terharu! Thank you bff!



my personal review:
daging dia kering, jadi liat sangat.
for lamb banyak lemak je.



mushroom soup ni memang sedap.. pekat dan likat..


ni my birthday kek..

saya hanya sempat makan sesudu, bawak balik rumah..
abah habiskan..



So, that’s how I celebrate my 26 birthday.

How time flies. Now we are in the middle of 2015.

Harapan saya hanya yang baik-baik sahaja berlaku. insyaAllah.



To someone; terima kasih awak untuk hadiah Si Ungu.. :)

2.6.15

DAY 2: The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!




2)      Describe a moment or a day when being single really sucked.

The moment when you have a big problem and you need to share with someone. You call and text your BFF; but none of them are free. At this time, memang air mata turun bagaikan hujan..
Nak pulak saya jenis suka bercakap.. tapi takde pendengar..

last-last kau cakap kau dengar sendiri..

time macam ni perasaan cemburu pada mereka yang dah berkeluarga memang meruap-ruap.. serious! nak pulak time tu dia pergi upload gambar nikah, gambar dating dengan kekasih halal.. why?? why??
masa ni baru sedar, jangan show off kebahagian pada public.. hahahahaha..
dan-dan lah kau cakap macam tu.. muahahahah:p



jangan di bandingkan hidup kita dengan orang..
jalani je hidup kita dengan aura positif dan sentiasa lah pandang ke hadapan..
You're not alone.. 
Allah always with you..

**tarik nafas, smile dan kesat air mata**
settle!


gudnyte blogger..